Showing posts with label Santai. Show all posts
Showing posts with label Santai. Show all posts

Friday, June 25, 2010

Keliru...Di Manakah Arah Tujumu?


Keliru..Engkau Keliru..
Memilih Mana Yang Satu..
Keliru..Engkau Keliru..
Memilih Hijau atau Biru..

Janganlah Engkau Keliru..
Pilih Yang Mana Satu..
Dialah jalan yang bersih..
Itu harus kau pilih..

Berhati-Hati Melangkah
Menuju Ke Satu Arah…
Kerana Kau Akan menyesal..

Hijaulah Arah tujumu..
Bukannya Biru Atau Kelabu..
Gunakan gerak ilmumu..
Tidak ikut hawa nafsu..



Thursday, June 24, 2010

WAJAH-WAJAH PUTERAKU YANG COMEL

"Wahai tuhan kami..berikanlah daripada para isteri kami dan zuriat kami penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin kepada golongan yang bertaqwa.."


Mohd Khairul Irfad dan Mohd Khairul Imdad (sedang tidur)




Terjaga dari tidur yang lena..hemm..nak susu agaknya..



Tidur semula..hehe..dah kenyang katakan...



Sedang bermimpi..besar nanti nak belajar kat Universiti Al-Azhar macam Abi..

Saturday, May 22, 2010

MENUNGGU KEPULANGAN PUTERAKU..


Sudah empat hari ana menunggu kepulangan putera kedua yang dilahirkan pada hari Selasa, 18.5.2010, yang lalu. Putera kedua ana ni telah ditempatkan di klinik swasta kanak-kanak Dr. Habasyi berdekatan bandar Misr Jadidah lebih kurang 30 minit dari Hayyu Sabie’. Doktor menjanjikan pada hari Isnin ini dia boleh keluar dari klinik. Dia terpaksa menjalani rawatan rapi di sana kerana mengalami masalah pernafasan dan perlu diletakkan dalam inkubator.

Zaujah ana pula terpaksa menjalani pembedahan untuk melahirkannya kerana pada tahun lepas zaujah ana juga menjalani pembedahan untuk putera pertama, Mohd Khairul Imdad yang kini berusia setahun 22 hari. Sudah ditakdirkan Allah s.w.t putera kedua ini lahir setahun selepas putera pertama walaupun doktor sudah pun menasihati agar berehat lebih daripada dua tahun sebelum mengandung anak kedua. Nak buat macam mana? Memang dah jadi rezeki tuhan.

Kos ‘menyelamatkan’ nyawa bayi dan zaujah pun boleh tahan. Jumlahnya hampir LE 5000 setakat ni. Barangkali inilah kos yang termahal untuk bersalin. Namun kalau nak dibandingkan dengan nyawa semua itu tiada nilainya. Ini pun dah cukup bernasib baik kerana bayi yang lahir masih bernyawa dan hanya perlukan bantuan oksigen berbanding sahabat kita daripada kedah yang menyambut anak beliau dalam keadaan yang sudah tidak bernyawa. Alhamdulillah ala kulli hal. Terima kasih juga ana ucapkan kepada BP-BP PMRAM yang banyak membantu. Tanpa mereka, tentu sukar segala urusan bersalin. Syukran lakum.

Ana mengharapkan agar sahabat dan sahabiah berdoa agar putera kedua ana segera pulang dalam keadaan baik dan sihat. Solat hajat dialu-alukan. Moga-moga di sana ada hikmah dan rahsia yang ingin Allah tunjukkan.

Tuesday, April 6, 2010

MENJELANG MUKTAMAR SANAWI PMRAM

1. Seperti yang telah ditetapkan setiap tahun, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) akan mengadakan Muktamar Sanawi (MS) pada tahun ini. Tarikh yang telah ditetapkan adalah 10, 11. dan 12 haribulan April 2010. Bagi pencinta gerakan mahasiswa Melayu yang tertua di dunia ini, MS PMRAM merupakan satu agenda tahunan yang ditunggu-tunggu untuk menilai keseluruhan operasi pentadbiran dan usul-usul yang menggemparkan.

2. Satu perkara yang perlu saya ingatkan di sini selaku mantan Presiden PMRAM, MS bukanlah satu medan untuk menghentam pimpinan dan lapang sasar untuk menembak Badan Pengurus dengan pelbagai jenis senapang lisan dan meriam mikrofon. Sebaliknya ia adalah medan untuk mencambah budaya berfikir dan membaiki struktur organisasi supaya lebih mantap dan sesuai dengan perkembangan semasa.

3. Saya kira ramai daripada perwakilan yang tidak memahami hadaf dan tujuan MS yang telah saya sebutkan. Ini dapat dibuktikan apabila MS dijadikan medan untuk ahli berlatih bercakap, bertanya soalan yang remeh temeh seperti 'sejauh mana', 'berapa kalikah' dan lain-lain yang menunjukkan kekurangan nilai intelektual dikalangan kita sendiri.

4. Seruan saya kepada semua sempena MS kali ini adalah supaya kita mengubah corak berfikir, tidak menjadi tin kosong dan jadikan MS medan berhujjah dengan usul-usul yang pintar lagi bijak. Jangan jatuhkan maruah dan kredibiliti seorang mahasiswa Al-Azhar atau Perubatan Mesir. Sesungguhnya kalam anda akan menjadi neraca timbangan untuk menilai sifat ambil tahu dan cakna dengan perkembangan PMRAM.

5. Akhirnya, ingin saya nukilkan kalam seorang pimpinan PMRAM yang berbunyi, "Nasib kita sama. Tiada dikalangan kita yang mahu jadi pimpinan. Kita semua buat kerja untuk Islam". Fahami kata-kata ini dengan baik..Selamat Bermuktamar.

Thursday, February 25, 2010

Tuesday, February 23, 2010

Maulidurrasul Datang Lagi…

ISTIGHATHAH BI SAYYIDIL ANAM MUHAMMAD RASULILLAH..

Ya Rasulullah…

Tiada ungkapan yang paling indah yang dapat aku bicarakan untuk menyatakan rasa terima kasihku kepadamu wahai Saidina Rasulullah s.a.w. Jikalau bukan keranamu nescaya tidak kan diciptakan sekelian makhluk ini. Engkaulah sumber segala kebaikan dan rahmat untuk kami. Walaupun pada zahirnya jasadmu tidak bersama kita tapi hakikatnya dirimu hidup bersama-sama kami…

Ya Rasulullah..

Engkau wariskan perjuanganmu kepada kami. Maafkan kami kerana belum mampu untuk melaksanakan tanggungjawab yang cukup berat ini. Kami yakin dengan cintamu pada umat.. Maka bantulah kami wahai Rasulullah…

Ya Rasulullah…

Apa yang kami mampu lakukan sekarang hanyalah terus mempelajari sirahmu..menekuni hadis-hadismu melalui himpunan para khalifahmu yang mewarisinya dari generasi sebelumya sehingga para sahabatmu yang langsung menjadi murid-muridmu..Terimalah ini wahai Rasulullah sebagai tanda cinta kami terhadapmu..

Rasulullah…kami cinta padamu tapi kami tidak mampu melaksanakan sunnahmu..

Rasullah…kami sayang padamu tapi apakan daya kami lemah dalam menegakkan kalimah Allah Yang Maha Agung yang menciptakan kami dan dirimu yang mulia…

Rasulullah..bantulah kami..Doakan kami..Berilah syafaat pada kami..

Monday, January 25, 2010

Solat kita... Adakah Sudah Sempurna?

Dalam al-Quran ada lebih 25 tempat ayat yang merujuk kepada
makna perintah mengerjakan atau mendirikan solat manakala perkataan solat itu sendiri lebih 70 kali disebut, menunjukkan betapa pentingnya ibadat berkenaan.

“Kemudian apabila kamu selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu berasa tenteram maka dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu satu ketetapan yang diwajibkan atas orang yang beriman, yang tertentu waktunya.” (An-Nisa’: 103)

Kesedaran umat Islam semakin meningkat kerana boleh dikatakan semua tahu bersolat, sama ada secara berjemaah atau bersendirian.

Tinggal lagi, kadang-kadang solat yang dilakukan tidak khusyuk, malah terlewat waktu dan tertinggal disebabkan alpa dengan urusan masing-masing dan kurang prihatin terhadap tuntutan agamaMungkin disebabkan jahil mengenai hikmah dan keistimewaan solat membuatkan sesetengah pihak memandang ringan tuntutan pelaksanaan ibadat itu, kurang tertarik terhadapnya.

Solat sangat dituntut dalam Islam, kerana menjadi tiang agama dan ia membezakan di antara Muslim dan kafir. Malah, ibadat itu amalan pertama disoal di alam kubur dan sekiranya individu itu dapat menjawab dengan baik persoalan solat, dipermudahkan lagi persoalan lain.

Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: “Amal pertama akan dihisab bagi seseorang hamba di hari akhirat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalannya yang lain. Dan jika solatnya rosak, maka binasalah segala amalannya yang lain.” (Thabrani)

Banyak keistimewaan mereka yang memelihara solat, umpamanya terasa seperti berada dekat dengan Allah dan disayangi-Nya, malah dipermudahkan segala dihajati walaupun tidak dikabulkan segera.

Orang yang mengerjakan solat bukan saja diberikan ganjaran baik, malah mendapat keberkatan dalam kehidupan, berasa lapang dan jika ada isteri, tidak memberikan masalah, malah anak-anak berkelakuan baik.

Tetapi bagi yang tidak solat hati tidak tenteram, diri berasa seperti berhutang, kerana tidak melaksanakan tuntutan Allah.

Aspek keberkatan ini sesuai dengan penegasan Allah di dalam surah al-Mukminun, ayat 1-2, bermaksud: “Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya.”

Rasulullah s.a.w apabila ada masalah akan melakukan solat sunat dan ia sangat baik dijadikan contoh bagi umat Islam sebagai amalan penyejuk hati.

Solat sebenarnya ibadat paling agung yang dapat meningkatkan seseorang untuk sentiasa mengingati Allah, sebagaimana dijelaskan dalam surah Thaaha, ayat 14, bermaksud: “Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan Aku, oleh itu sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.”

Ibadat itu juga dapat menghapuskan dosa, sebagaimana difahami dalam satu hadis bermaksud: “Dari Abi Hurairah r.a., sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Solat lima waktu dan solat Jumaat hingga Jumaat berikutnya adalah penebus dosa antara jarak waktu solat-solat itu, selama dijauhinya dosa-dosa besar.” (Riwayat Muslim)

Solat dilakukan dengan khusyuk juga mencegah orang yang melakukannya daripada kemungkaran.

“Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari al-Quran dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.” (Al-Ankabut: 45)

Untuk mendapatkan solat yang khusyuk seseorang itu perlu mengelak daripada hasutan syaitan dan memberikan tumpuan penuh ketika melaksanakan ibadat berkenaan.

Memanglah, apabila solat pasti syaitan datang menggoda kita, tetapi kita jangan layan. Sebab itu, antara kebaikan bagi mendatangkan khusyuk ialah kita mengetahui maksud bacaan kita dalam solat.

Sekiranya perkara buruk masih juga berlaku, menunjukkan solat yang dilakukan individu terbabit tidak dapat mendidik dirinya kerana lazimnya mereka mengerjakan solat dengan baik malu melakukan perkara buruk.

Jika masih berlaku benda buruk yang tidak sepatutnya, individu terbabit kenalah bermuhasabah semula, cuba perbaiki lagi solat, biar ia sebati dengan diri, barulah iman meresap balik dan paling penting kena ada istiqamah.

Solat fardu tidak boleh ditinggalkan, sebaliknya wajib dikerjakan dalam apa keadaan sekalipun, sama ada berdiri dan jika tidak berkuasa dengan cara duduk, berbaring serta isyarat dan hati.

Mereka yang tidak solat, tetapi masih mempunyai kemewahan, harta berlimpah ruah, malah cakap juga besar itu dipanggil istidraj, iaitu dihulurkan juga rezeki oleh Allah tetapi sampai satu masa jika dikehendaki Allah ditarik rezekinya.

Ayat 132, surah Thaaha, bermaksud: “Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu, dan (ingatlah!) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.”


Sumber :

1. Al-Quran

2. Hadis Nabi

3. Kalam Ulama