Bismillahirrahmanirrahiim..
Alhamdulillah, setelah berbulan2 menunggu, akhirnya jadi juga saya mengikut trip Kelana Convoy ke 5 negara Eropah bersama rakan2. Sebelum ni, saya rasa membazir pergi jalan2. Tapi, dengan niat yang betul, tujuan yang betul, biiznillah banyak manfaatnya yang saya dapat
daripada trip ni. Harapnya, bagi sesiapa yang pernah terfikir seperti saya, silalah ubah pandangan itu.
Pagi yang hening berhampiran Victoria Coach Station ;(
Trip ni bermula 17/04 7.30am, tapi kami terpaksa ambil tiket awal sehari sebab tiada tiket yang membolehkan kami sampai tepat pagi itu. Mula2 ingatkan Victoria tube station bukak sepanjang malam. Akhirnya terpaksalah kami merempat dari 2a.m. sampai 4a.m. di luar bangunan. Nasib baik dua jam je... *Sori kawan2, saya tak cek betul2~ Memang tak tido semalaman kitorang semua. Esok pagi tu, masuk bas mata terus terpejam. Pengajaran ::- Silalah buat back-up plan and check betol2x!
Alhamdulillah perjalanan ke luar UK tiada masalah. Banyak situasi yang menyebabkan saya lebih mengenali hati budi rakan2, teman2 baru dan juga diri sendiri. Trip ni juga buat saya HOMESICK!!!!*Nak balik Malaysia!!!* sebab majoriti yang ikut trip ni adalah keluarga atau pasangan suami isteri, ada juga kakak2 yang baru habis belajar dari Australia, Canada n US dan tak lupa juga satu keluarga dari Indonesia.*Wah, kanget bangat ni ngan pae dan mae!!!*
Berada di Holland(Belanda) mengingatkan saya tentang Sejarah SPM, mengenai penjajahan Belanda ke atas Indonesia. Betapa bersemangat mereka ingin menguasai tanah air orang lain padahal negara mereka, banyak musibah yang terpaksa dihadapi, living in an unstable, watery environment. Melihat sistem dan corak hidup mereka membuatkan saya terfikir what is exactly freedom. Tak dinafikan keistimewaan negara ni, their land is below the sea level, weird but impressive buildings, windmills, clogs, cheese and has a big beautiful garden filled with different kinds of wonderful flowers, Subhanallah.. *ladies love flowers!* Tetapi, bila melewati bandar Amsterdam, betapa kecilnya matlamat hidup mereka. Yes, Holland is a FREE country but never free in hereafter if you thought you're free from God The Almighty. Alhamdulillah, di tengah-tengah kejahilan, kami sempat singgah sebuah masjid yang dahulunya sebuah church
. Sungguh tenang dapat merehatkan sebentar diri dan jiwa. One quote that really touched my heart is during trip to Keukenhof,
Below sea level
In Luxembourg, we go to Bock Casemates. I'm very impressed with their strategy during World War II. The place is like a space ship in The Core, they have mine gallery which if they can blow that part if needed to run away from their enemies.
Swiss is one of my favourite places. Subhanallah walhamdulillah dapat ke Swiss. Betapa keindahan ciptaan ALLAH dapat dialami dan mereka di sini memang tak perlukan kunci rumah, even our cabin. We can leave anything without worrying. Alhamdullilah, walaupun kami tiada ongkos untuk naik ke Jungfrau Mountain kami sempat mendaki bukit2 rendah di sekeliling dan ke Trummelbach waterfall(10 level waterfall in caves) dengan menaiki kereta kabel, kereta api kecil dan bas. Di sepanjang perjalanan, hanya doa yang mengiringi kami kerana dalam kereta kabel yang menjunam naik dan turun, apa2 boleh terjadi. Tawakkal mengiringi.
Dengan nama ALLAH, aku bertawakkal kepadaMU ya ALLAH...
Dalam perjalanan ke Paris, Pak Cik tour kami sempat mentadabbur ayat Al-Quran tentang ciptaanNYA.
"Bukankah Kami telah menjadikan bumi sebagai hamparan, dan gunung-ganang sebagai pasak?" (78:6-7)
Kita dapat melihat gunung-ganang yang terbentang luas dan nampak kukuh, gah. Tetapi,
"Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanat kepada langit, bumi dan gunung-ganang; tetapi semuanya enggan untuk memikul amanat itudan mereka khawatir tidak akan melaksanakannya(berat), lalu dipikullah amanat itu oleh manusia..."
(33:72)
Amanat dan tanggungawab telah terbeban di bahu kita. Jadi, marilah kita sama2 menyahut suruhan ALLAH untuk menjadi khalifah di muka bumi ini, insyaALLAH.
2 cakap2:
cool~jazak sharing zay!!!
waiyyaki~
Kak Didie, chiayok!!!
Post a Comment