PakCik tua Bina Sendiri Surau Klasik tanpa Batu atau Simen
Dari luar, saya sendiri teruja dengan keunikkan senibina surau ini. Seni binanya memang klasik. Dibina sepenuhnya dengan kayu tanpa batu atau simen. Walaupun tidak lah begitu luas, surau ini menjadi perhatian orang ramai dan selalu mempunyai jemaah yang singgah solat atau pengunjung yang ingin bergambar disini.
Jika anda yang selalu pergi ke Kelantan dari Terengganu melalui jalan pantai, pasti akan dapat melihat surau ini kerana ianya terletak di tepi jalanraya di Rhu Tapai, Setiu, Terengganu.
Apa yang lebih memeranjatkan saya adalah ianya dibina oleh seorang pakcik tua yang berasal dari orang kampung ni. Pok Su Arif sudah membina surau ini dua tahun. dan sekarang sedang membina madrasahnya sendiri berdekatan dengan surau ni.
Kisah bagaimana pakcik tua ini dapat membina surau ini dengan menarik telah saya upload di channel YouTube saya di bawah.
Sambil tonton, tekan butang SUBSCRIBE, LIKE, SHARE & KOMEN.
Perghh unik betul surau ni .... yang lagi menakjubkan tu .. boleh bina sendiri lak tu. Semoga amal jariah pakcik ni berterusan.
BalasPadamwow hebatnya pakcik ni...sangat cantik
BalasPadamTerimakasih banyak, Artikel anda sangat menarik
BalasPadamJangan lupa kunjungi :
IT TELKOM SURABAYA