Showing posts with label maklumat. Show all posts
Showing posts with label maklumat. Show all posts

Monday, December 28, 2009

30 Peratus Gelatin Kapsul Ubat Tidak Halal

PULAU PINANG 2 Nov. — Kira-kira 30 peratus daripada 100 produk kesihatan yang diuji di makmal Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM) tidak halal kerana menggunakan gelatin kapsul ubat dari khinzir.Dekan Pusat Pengajian berkenaan, Prof. Madya Dr. Syed Azhar Syed Sulaiman berkata, kesemua produk yang diuji sejak setahun lepas itu dihantar oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan pengeluar produk bagi mengenal pasti sumber gelatin yang mereka gunakan."Daripada 100 produk yang kita uji sebanyak 30 peratus tidak halal dan menggunakan gelatin dari khinzir kerana ia lebih murah daripada gelatin lembu".Bagaimanapun ini bukanlah menggambarkan keseluruhan pasaran gelatin kapsul di Malaysia kerana ada pengeluar yang terlibat bertindak menukar gelatin yang mereka gunakan kepada yang halal seperti gelatin lembu selepas dimaklumkan perkara berkenaan,” katanya di sini hari ini.Gelatin adalah suatu campuran protein diekstrak daripada kulit binatang.Syed Azhar berkata, produk kesihatan yang diuji tidak halal itu memang terdapat di pasaran dan ia dijual sejak beberapa tahun lepas."Ini yang kita bimbangkan kerana gelatin kapsulnya tidak halal dan produk berkenaan dikeluarkan sijil halal yang sah ekoran bahan utamanya halal,” katanya.
- Bernama

Wednesday, October 28, 2009

INI BUKAN KES YANG MEMBABITKANKAN RADIX CHICKEN HOUSE


JAMALNASIR menunjukkan ayam goreng yang didakwa ada najis di Kangar semalam.


KANGAR - Seorang penggemar makanan segera fobia apabila mengalami keracunan selepas termakan najis yang terdapat dalam seketul ayam goreng yang baru dibeli dari sebuah restoran makanan segera di sini kelmarin.
Mangsa, Jamalnasir Kamarulzaman, 24, yang muntah-muntah akibat kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu terpaksa menerima rawatan di Klinik Kesihatan Padang Besar selepas sejam termakan najis yang terdapat dalam ayam goreng tersebut.
Menurut Jamalnasir, ketika mula menikmati ayam goreng itu dia tidak perasan dia terdapat najis di dalamnya cuma ada berbau masam sahaja, namun tahi ayam itu kelihatan sebaik dia memakan sebahagian ketulan ayam goreng tersebut.
"Saya mulanya hairan kenapa ada rasa masam-masam dan payau pada daging ayam yang dikunyah tetapi bila melihat bahagian selebihnya saya terkejut mendapati isi hitam di dalam daging itu ialah tahi.
"Saya terus hilang selera dan loya, sejam selepas itu keadaan bertambah teruk apabila saya muntah-muntah dan pening kepala sehingga terpaksa pergi ke klinik untuk mendapat rawatan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kangar di sini semalam.
Jamalnasir yang merupakan peniaga menjelaskan, ayam goreng itu merupakan salah satu daripada lapan ketul ayam goreng yang dibeli oleh ibunya di sebuah restoran makanan segera di sini.

KOMEN DARI GM.

SETELAH MENDAPAT INFO DARI LAPORAN POLIS, AKHBAR KOSMO DAN PEJABAT KESIHATAN, MAKA SAYA DENGAN INI MENGESAHKAN IA BUKAN MELIBATKAN SAMAADA RCH, RFC DAN AYAM HPA. SILA HEBAHKAN AGAR TIDAK BERLAKU KEADAAN PANIK.
INI KES RESTOREN AYAM YANG POPULAR DI NEGARA KITA...TAK BOLEH SEBUT NAMA...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails