my beLOVEd follower

Showing posts with label happy happy. Show all posts
Showing posts with label happy happy. Show all posts

Tuesday, March 14, 2017

HAPPY 2 YEARS !!


Assalamualaikum semua..

Pejam celik pejam celik, dah masuk 2 tahun dah perkahwinan akak :D Alhamdulillah~ Still rasa macam baru je lagi. Ye la kan, kami pun belum ada rezeki anak lagi. Mana tau tahun ketiga, kami bertiga lah nanti. AMINNN~

Sumpah akak cakap, xpenah selama ni husband kasik a bouquet of flower/chocs tau. But tahun ni, akak terharu sesangat sebab dia buatkan suprise ! hahaha~ Mula2 dah ingat memang tak celebrate la sebab masing2 kerja. Husband shift malam pula tu. Akak balik kerja petang, dia dah nak gi keje. Jadinya tak jumpa sangatla. Rupa2nya dalam diam dah plan surprise untuk wife dia ni. Terharuuu iolss hihiii~

Esoknya, akak pulak surprise dia masa tengah kerja. Nasebla bang. Malu ke apa ke. Padan muka hihih~

Anyway, this post just for remembrance of our memories. Semoga kita berkasih sayang sampai ke syurga ya. Amin Ya Rabb~


Till then,
Wassalam.

Wednesday, January 23, 2013

Aktiviti di Langkawi Part 2

Assalamualaikum semua

Kali ni nak sambung cerita pasal kat Langkawi. Bukan apa berpart2, sebab nanti meleret panjang sangat satu entri. Macam lah rajin sangat nak skrol kan kan ? :P Ni sambungan entri INI dan INI :D

Lepas ktorang gi KILIM GEOFOREST PARK, petang tu ktorang naik cable car. Nak tengok sunset dari atas gunung pulak :D Mula2 ingat tak sempat sebab memang ramai gila orang! Beraturpun sampai berkelok2. Tapi dah datang, takkan taknak gi pulak kan. So here we are :)

Mama gayat banget! Kalo boleh nak pejam mata je dalam cable car tu. Mula2 mendatar sikit, bila dah tinggi, maken curam! :P

Smartkan amek gambar bentuk LOVE tu? ^^
Beli lagi barang kenangan ni. :)
Kat cable car lagi murah dari kat Bird Paradise. -.-"

Masa masuk Oriental Village ni, ada pulak pasal tahun melawat Korea. Pastu ada lag diorang buat replika2 ala2 Korea sikit. Pastu dengan poster Winter Sonata lah, snowman palsu etc etc. Sempat la jugak bergambau kat sana :D

Esoknya ktorang lepak bilik je. After breakfast, anak2 lepak bilik while abah, mama n nenek pegi shoping kat bandar. Kemain elderly shoping tak ajak hanak hanak. Takut terlebih bajet lettuw :P

Petang tu ktorang pergi Underwater World lak. Mula2 ingat tak nak masuk sebab first , lebih kurang macam kat Aquaria KLCC, second, mahal weh ! *aku tak ingat berapa tapi bagi aku mahal la sebab buka  xpernah pergi*. Nenek memang awal2 cakap tak larat nak jalan. Tapi tup tup mama dah bayar, so semua masuk jelaa. :P

Ikutkan BANYAKKK GILA gambar amek kat sana. Tapi ni jela aku share. Nampak tak starfish tu ? Nama dia Chocolate chip starfish. Rasa nak makan je dia! haha
Adik kena paksa pegang gamat. Geli oh! Dia lembek2 dan kesat. :P

Actually masa pergi sini mata aku kena gigit binatang oh. So agak sepet disitu. hee~ Paling best masa tengok penguin2. Time tu pulak pergi masa nak bagi penguin makan, CUTE GILA kuttt dia jalan! hahaha. Siap amek video masa dia jalan and ada pulak yang sempat 'melepas'! Siot je! kakakaka

Last tempat ktorang pergi is Makam Mahsuri. Tempat wajib pergi kat sana.Tempat lejen la katakan :D
Banyak gila perubahan since last aku pergi Langkawi 2004 dulu. *lama giloskan?*
First, makin cantik tempatnya. 
Second, fee makin mahal *ikut peredaran masa lah kan?* 
Third, dia dah besarkan tempat tu. 
Forth, banyak barang2 kat rumah Mahsuri tu dah rosak which is tak bestla kan nak try itu ini.
Fifth, dah ada galeri khas,no camera siap ada video room pasal sejarah Mahsuri. :)

Before balik tu, jejalan pergi Pasir Hitam n Taman Buaya. Abang n adik aku je nak sangat masuk taman buaya tu. Yang lain semua stay luar tu je makan minum dulu. Aku bukan kesah sangat taman buaya ni, aim aku nak bergambar kat Dataran Helang. Tapi sebab lama sangat kat taman buaya, dengan nak hantar kereta sewa lagi, feri pulak bertolak jam 5 petang, terus tak sempat gi dataran helang. Geram betul aku ! Lari kut plan. Apa barang gi Langkawi tak dapat bergambau kat helang besau tu kan ? tskk.

Bertolak balik Jeti Kuala Perlis jam 5, sampai pukul 6 petang, check in motel mandi semayang apa semua sebab bas malam tu pukul 9. Sampai KL dalam pukul 5 lebih. Soo thats all. Itulah aktiviti ktorang kat Langkawi. Best memang sangat best! Macam tak puas kut nak mandi laut, tengok sunset dengan family. Memang release tension woo ! Tapi sampai je KL, tension balik fikirkan assignment melambak. HAHAHA

Pheww~ Habis pun entri holiday kat Langkawi ni. Aku bukan apa cerita ni, mana tau korang boleh dapat insight nak buat apa kat sana. Plus nanti senang aku nak kaborkan ke cucu cicit nanti. Mana ingat semua benda kan, so suruh jela diorang bukak blog aku ni haa. wakakakaka.

Thanks for reading :) 

Sunday, January 20, 2013

Aktiviti di Langkawi Part 1

Assalamualaikum semua

Hai korang! Haritu dah cerita pasal tempat tinggal kat Langkawi kat entry INI. Harini nak share aktiviti2 yang ktorang buat kat sana pulak :)

PERINGATAN!
Entry ni akan ada banyak gambar. Tapi no worries sebab banyak gambar telah ditapis SIRIM. wakakaka

Hari pertama sampai sana, lepas check in resort, kitorang terus ke Bird Paradise Wildlife Park. Basically kat sana boleh bagi binatang makan,tengok habitat binatang, rembat rabbit masuk beg. eh? haha. Kalau korang penah pergi Bukit Merah Laketown Resort, lebih kurang jugakla. Tapi kat sini takde guinea pig macam Bukit Merah tu. :P

Souvenir dari sana :)
Anak2 saya :D
Add caption
Paling best kat sini aku rasa masa bagi burung2 makan kut. Syok gila bila burung datang makan kat tangan kita. Selalu kat luar, kita datang dekat kat burung pun diorang dah larikan. Tapi kat sini they soo friendly. keke. Btw, makanan2 binatang boleh dibeli siap2 masa awal2 masuk tu :)

Second day, pepagi dalam pukul 9 tu kitorang gerak ke KILIM GEOFOREST PARK. This time kitorang dah book awal2 dari KL lagi. So tinggal deal dengan orang yang ktorang book jela. Aktiviti kat sini, naik bot, singgah Gua Kelawar, Eagle Watching, Fish Feeding, pusing2 pulau unik dan batu2 unik. Siap tengok monyet mandi manda uols! haha soo jakun! :P
Ni kat Gua Kelawar .
Ada jalan masuk dia kena bongkok. Pastu sewa la torchlight tu  rm1 sebab dalam gua gelapkan.  Tengok stalagnit dan stalagtit tu SubhanAllah. Cantik sangat ! ^o^

1) Batu muka baby (nampak tak nampak tak ? )
2) Pulau kasut *memang sejibikkan bentuk kasut dia? haha jakun2 :P
3) Monyet mandi manda
4) Eagle watching *banyak sangat helang! jakun jadinya* ;p
Nenek pun ikut sekali hokeh! kikiki
Abe bot amekkan gambar kami sekeluarga :D
Er macam dah terpanjang sangat la pulak. Okla bersambung entry seterusnya. hihi. Maapla naa bersambung2 pasal bercuti ni. Banyak sangat ai nak cerita. Sampai tak cukup satu entry. :P

Thank you for reading :)

Friday, January 18, 2013

Bercuti di Pulau Langkawi

Assalamualaikum semua.

Ni percutian akhir tahun lepas sebenornya. Kami sefamly gi bercuti 5 hari 4 malam kat Langkawi dari 5-9 Dec 2012. :D Bunyi 5 hari macam lama je kan. Padahal tak puas kut ! Before ni memang la penah pegi sana, tapi banyak lagi tempat tak pergi. Setakat tempat2 basic macam Makam Mahsuri, Taman Buaya, Underwaterworld semua tu dah selalu sangat. Kali ni pergi tempat yang tak pernah pegi and lepak sepuas-puasnya! ^o^

Ktorang gerak dari KL malam 5 hb tu naik tren sajo. Ikutkan mama nak naik flight, tapi sebab last minute book, memangla murah harga diakan. So naik tren sajo :P Sampai jeti, amek feri, sewa kereta apa semua, kitorang check in hotel dulu. Kami stay dekat SUNSET BEACH RESORT, Pantai Tengah. Sederet dengan Pantai Cenang :D

PERINGATAN : 
Entry ni pasal tempat tinggal masa kat Langkawi sajo. Belum aktiviti kat sana lagi. hihi

 Mama posing sat depan board Sunset :P
Ni pemandangan biliknya
Pintu masuk SBR ^o^

Mula2 aku ingat SBR ni tempatnya sempoi2 je. Dulu aku pernah stay kat Burau Bay Resort dan Mali Best. Burau memang jauh dari semua tempat kecuali cable car, kalau Mali Best lak memang best! sebab chalet berdepanan dengan pantai. Dekat pulak dengan tempat2 nak shopping :D SBR ni pun ikutkan sederet je dengan Mali Best semua dan temmpatnya secluded sikit. Ramai foreigner je kat sini. Masa kitorang check in, slumber je ade omputih berbikini kat lobby. :P

Design SBR ni pun ala-ala Bali. Masuk je lorong nak ke bilik, rasa macam hutan-hutan sikit. Lepas tu mesti ada bunga frangipani ni kat setiap tempat. Pastu ada banyak patung pelik2. Macam scarypun ye jugak. Aku memang tak berani oh nak jalan sesorang kat lorong nak ke bilik/ ke laut. Mesti ajak adik teman. hihi

Bunga ni ada kat mana-mana. Atas kepala patungpun diaorang letak :P
*ni gambar nak balik KL dah.Akak recception siap selitkan bunga tu kat tudung.*

Ni patung-patung scary tu lak. Ada banyak lagi sebenornya. Tapi tak dan la nak tangkap gambau semua.

Breakfast kat SBR simple je. Sebab bilik diorang tak banyak, tempat makan diapun takde la besar sangat. Tapi bagusnya makcik2 kat sana boleh lagi melayan kitorang nak telur dadarla, scramble eggs la. Siap boleh speaking tau! Sempoi ah makcik2 tu. :D

Specialnya kat sini, SBR ada private beach diorang. Err, bukan nak private sangatla. Cuma dia ada sediakan banyak kerusi rehat tepi pantai. Memang syok ah para omputih sekalian nak berjemur. *winkwink*

Ni pepetang ktorang lepak tengok sunset sambil minum coolblog. Memang haven gile! haha
Sambil berehat, sambil cuci mata. hihihi
*manalah power mata tak bertambah. tskk*
Ni lah permandangan Sunset ktorang kat Sunset Beach Resort :)
I think overall was really fine stay kat sini. Cuma satu jela, bila malam, jalan dia gelapla untuk ke laut. Dengan pokok2 kiri kanan, bagi aku quite scaryla. huhu.

Itu saja entry tempat tinggal masa bercuti kat Langkawi. Korang kalau nak holiday dengan member2, I recommended this place. Harga pun ok. Tak mahal sangat. Tempat selesa dan tak serabut. Maksud tak serabut ni sebab takde banyak kereta or orang lalu lalang sangat. Tak macam area Mali Best or Sandy Beach. :)

Later I will update aktiviti kat sana pulak ye :)

For more info pasal Sunset Beach Resort, boleh KLIK SINI. :D

Thank you for reading :)

Wednesday, January 9, 2013

Hi. Ini entri pertama 2013. :)

Assalamualaikum semua. 

Setelah berbulan bulanan ninggalin blog aku ni, this time I'm back ! Anyone missing me ? No? ok fine. haha. Sempat lagi kan aku wish tahun baru ? So HAPPY NEW YEAR guys ! Aku takkan bagitau azam aku, sebab aku tak penah berazam apa2. Apa orang kata, follow the flow jela :P

Mostly every uni tengah exam finalkan? ALL THE BEST aku ucapkan ! Aku ni pun baru habis exam jugak. Cuma terawal sikit dari orang lain. Tapi nazak tak nazak la paper aku semua berderet2. Bersyukur takde yang dua paper satu hari je. pheww ~

See see. berderet tak berderet ? 


Tapi untungnya, aku dapat habis awal ! jyeahh ! Ok la ni sajo short update dari aku. Banyak waiting list nak bebel kat sini. So, till the next post.

Thank you for reading :)

Sunday, October 28, 2012

The Gifts

Assalamualaikum semua.

Hari raya aritu, aku sefamly sebok dok beraya kat setiap kedai kereta area ampang. Mama kata nak carikan aku kereta. Di pendekkan cerita, at last jumpa jugak kereta second hand dan harga pun berpatutan  :D Cute pun cute. hehe


TADAAAAA!!!!!!!!!!




Kelisa SE baru ai. ^o^

Kereta ni next week baru dapat. Nak setelkan mende ntah. Takpela bukan aku nak bawak balik U pun. Leceh nak kena apply sticker bagai. Cari parking pun susah. At least dah ada kereta ni senangla sket nak merayap ke mana2. Yang penting aku kena beranikan diri dulu on the road. Harap je lesen dah renew bagai. Bawak keta berapa kali je setahun. -..-"

THANK YOU MAMA ! THANK YOU ABAH !
LOVE YOU SOO MUCH !
XOXO



Ha yang ni pulak, my dear yang bagi. Haritu ngedate kat Mid Valley. Masuk setiap kedai gifts. Ingat apela dia nak cari. Buat dunno jela. Pastu setiap bear dia tanya ni ok ke tak. Cute ke tak. Tapi dalam hati memang la cakap, awak nak belikan ntuk saya ke ? hihi

Last2 masuk Living Cabin, tengok ade doggie besau-gile-bapak-punye ! Sonok kut peluk. Tapi tadi dah aim nak teddy beso kat kedai mana ntah. Siap kol adik aku tanya, nak bear besar ke, nak doggie besau. Doggie ni ley buat bantal peluk. Tinggi dia pun setaraf bahu aku ^^

End up, beli jugak doggie nii.. THANK YOU AWAK ! LEP YOUU ! ^o^

Aku namakan dia Jolie, sempena kuceng aku yang hilang. Tapi adik aku cakap badan doggie ni macam Kim Jong Kok lak. Sebab taf en. So nama baru dia, KJK ! ok tak ? hahahhaa


Balik2 je mama tanya, kenapa anjeng yang kau beli ? -..-"

Tak haram kan? Aku jadikan dia bantal peluk kut. Bukan hiasan semata :P


p/s =  Cuti dah abes ! jom stress berjemaah ! arghhhh


Thanx for reading :)

Wednesday, October 17, 2012

Happy Birthday To ME. hihi

Assalamualaikum semua.

16 OKTOBER, genaplah umur aku 22 tahun. Dah bukan adolescent lagi dah. Kena terima hakikat aku dah masuk alam dewasa. dem!

Saja nak buat short entry pasal besday. Semalam celebrate makan dekat Q Thai Steamboat and BBQ kat Ampang Waterfront tu. Tak penah try kat sana tu yang teringin nak makan tu. So satu family melantak steamboat malam tadi dengan nenek sekali ikut. Tapi sayang betoi. Nenek pi makan nasi goreng ngan mee goreng je. Dia tak suka benda makan celup2 ni. haha

Makan kat sini memang heaven. Makanan laut banyak gila! sampai pepahat pun ade oh! segala macam sayur mayur fish ball crab ball dragon ball semua ada lah ! *dragon ball tu hiperbola je ye anak anak* :P Rojak ada eskim ada. Untuk steamboat je sorang RM22 ++ and ntuk steamboat dan grill rm 27++. Sup pun terus dapat dua jenis, tomyam ngan sup kosong.




See deretan makanan basah tu ? memang sangat ohsem ! banyak choice sampai taktau nak amek yang mana satu dulu. Nak mula dari mana pun blur. Apepun kalau yang muslim tu, dimulakan dengan Bismillah ye. kekeke~
Kat sini pun fish ball dia kiut2 oh. Time aku datang ada fish ball gambar bear ngan gambar ketam. Domo kyeopta! ^o^
Siap bagitau jangan membazir lagi ha. Resit tu bukan aku punye. Semua gambar ni aku gogel je sebab update pun kat computer lab je. So memang takde gambor sendiri la kan :P

But in my opinion, Seoul Garden lagi best! sebab tempat masak kebawah sikit. kalau kat sini, tak selesa kalau grill sambil duduk. mesti feel nak berdiri gak. :P Cuma memang sini lagi murah la kan. Tapi untuk korang try, takde masalah kut. Janji kosongkan perut dan melantak sepuasnya ! hahaa~

Meh setepek gambar besday gurl ngan buah hati dia. eh? hahahaa!

p/s : Semua gambar kredit to hencek gogel. kecuali gambar last sekali. keke.

*Tadi kata short entry. Terpanjang lak. Miann~ :P

Thanx for reading :)

Friday, September 14, 2012

Berayap Di Johor :D

Assalamualaikum semua.

Sekarang dah naik semester baru. Semestinya juga dengan azam baru. Apa azam aku? Renew je azam sem2 lepas. keh3~

Harini aku nak share beraya kat Johor minggu lepas. Ngam2 sebelum aku naik sem. Nak cerita panjang lebar sangat pulak kang. Aku dah compilekan gambar2 ntuk tontonan semua ^o^ 

Aku turun Johor Selasa minggu lepas 4 Sept sesorang je. Berkat kejakunan aku, dapat lak naik bas 2 tingkat pastu dok atas. Slumberland je pulak tu tukar seat dok depan sekali. Memang masyuk ah ! Feel gila dok kat tempat tinggi yang bergerak gitu :D Sampai je sana member aku Acan amek kat Larkin. Memang stay rumah dia pun :)

Rabu, 5 Sept kami gerak beraya ke Taman Daya. Ye kat atas tu lah Acan Ketot yea. :D Rumah 1st ktorang pegi adalah rumah Fatin. Pastu Bawak dia sekali beraya rumah Yan kat Pasir Gudang. Dengan kitorang sesatnya lagi, memang 2 rumah jela mampu pergi haritu. Untung2 mak Yan bagi duit raya tau. weeee~ ^o^

 Senang sikit ai kat Johor ni ada drebar peribadi. Senang nak gerak gi memana. :P

 Rumah Fatin bela kuceng. Rumah Yan bela arnab. Semua pencinta haiwan rupanya kawan2 aku ni :)

 Rabbit2 Yan semua putih-gebus-suci-tulus-murni oh ! Nama2 dia pun sedap. Macam Chocy, Muffin, Oreo dan sebagainya. Nama semua cam makanan. Ade gak aku makan kang binatang tomey ni. hihihi~

 Photoshoot sat kat rumah Yan. Itu penting! hahaha

 Masa ni dah amek Pipah and we head to JPO. Dok meroyan kat sana. Bukan ade mende sangat pun. Orang cakap barang memahal tu memang ye pun. Tapi ade lah certain stuffs yang affordable. Cuma setakat kau nak gi JPO tu untuk shopping, tak worth it kut. Unless kau ni foreigner or memang pesen beli barang2 branded2, so dipersilakan shopping disini :)

Bukti kami meroyan di JPO. :P

Balik dari JPO aku rasa dalam pukul 9 lebih, then balik je Bukit Tinggi kalau tak silap aku. Then reramai suggest nak tengok midnight movie. Wa takde hal beb. Memang wa turun Johor nak jejalan punye. hehe~ Dah sampai kat Jusco, takde citer best lak nak tengok. Mostly aku dah tengok. Last2 cancel tengok wayang dan gi late dinner sajo. Semua dah penat gilos kut. Drebar peribadi lagi ah penat. Dengan sesat barat nye lagi, kesian dia. hiks~

Anyway, thanks kawan2 ku yang melayan kerenah aku ngengade ajak jejalan last minute ni.First time aku pakai baju kurung je jejalan gi mall sana sini. Beraya nye tak sangat. Merayap je lebey. :P dan awak jugak, maceh jadi drebar peribadi saya. Kesian gila awak penat drive kitorang sana sini. Balik rumah sesorang lak tu. Mesti ngantok gilos. Sayang korang !! ^o^

p/s = Ai ada jugak beraya rumah si dia. Tengokla kalau rajin nak cerita. hihi. 

Berayap = Beraya  + merayap. bukan typo ye anak anak :)


Thanks for reading :)

Tuesday, August 28, 2012

Baru Nak Wish Raya? :P

Assalamualaikum semua :)

Last entry on 18 Jun. Sekarang dah 28 Ogos. Lebih 2 bulan jugakla blog ni terabai. Bukan takde cerita nak update. Tapi sila salahkan Twitter sebab dia dah rembat semua cerita yang boleh aku jadikan entry kat blog ni. :P * Ni lah akibatnya bila jadikan blogspot sebagai tempat bercerita kisah hidup* -___-"

But is it too late for me to wish Happy Eid Mubarak? belumkan? kalau wish selamat berpuasa tu yang dah terlambat kan kan? hehe

So here I wanna wish 
SELAMAT HARI RAYA BUAT SEMUA
yang kenal diri ini
yang singgah kat blog ni
yang baca entri ni
  MAAF ZAHIR BATIN yea ^o^

Rasa tak feel lak nak wish sebab macam dah seminggu raya baru nak cerita pasal entry raya. Tapi aku dulik hape. Tengah ada mood nak menaep ni baek ku layankan sajo. ye dak? :P

Tema kami tahun ni, supposedly chocolate. Tapi dah terjadi gold, pon boleyy :)

Kami sefamly balik raya kat Batu Pahat. As usual semua berkumpul reramai. Bezanya this time pakcik dari Singapore pun datang sekali. Dengan anak2 dia n cucu2 semua. Plus pakcik dari Kelantan pun ada. Meghiah jugakla kat kampung tu :)

Ni nak bergambor satu famly tapi tak prepare lagi. Ni bukan gambar proper sebab amek guna nset je. ngee~

Another thing is, menu raya kami kali ni mix hidangan pantai timur dan selatan. Jadinya, tercombinelah Nasi Dagang + Sambal Goreng + rendang ayam + ketupat + lemang + lodeh + serunding dan asam pedas. Yes yes asam pedas pun ada. Jadinya aku ni dari breakfast, lunch sampai ke dinner makan nasi dagang + berkuahkan asam pedas, sambal goreng dan rendang ayam. Boleh tahan sedap jugak ! harhar. Rasanya ni first time menu raya ada nasi dagang. :D

Hari raya kedua pulak, kami konvoi ke johor bahru, then dari sana konvoi masuk Singapore lak. Nak beraya kat rumah Pak Long. Jem gilos tak payah nak citer ah. 3 jam terperangkap dalam jem nak masuk sana! Leceh bhai -.-"
Bukti pasport. *motif? :P

Raya ketiga sudah balik ke KL. Dan mood beraya pun dah babai tertinggal kat kampung. Parent dan nenek pun dah mulakan puasa 6 nya, aku adik beradik dah kebosanan sebab takde beraya ke mana2 lagi :"( 

Anyhow, sempat jugakla aku kumpul duet raya masa kat kampung dulu. Ada juga yang masih sudi memberi kepada gadis berumur 22 tahun ni. ^o^

Aku hado. Kau hado? ngeh3~

Last but not least, harusla setepek letak gambar tuan tanah kan. 


okbai. 

Thanx for reading :)

Monday, June 18, 2012

Happy MABAH Day !! ♥

Assalamualaikum semua.

17 Jun adalah Hari Bapa Sedunia. Abah nak masuk bulan 6 dah bagi hint bukan maen lagi. haha. so agak take note jugakla when fathers day ni. ;P

Aku dah tempah cake and choc dari Kamis 14 Jun lagi. Selamatla member aku ni boleh siapkan by Ahad tu kan. Mama pulak cakap teringin nak makan carrot cake, kebetulan dia pun boleh buat so order tu teruslah. :)
The carrot cake and choc abjad.
Cute ohh choc tu. Sedap pulak tu ! ^_^
Rasanya ni 1st time kut makan kek karot. Sedap weh ! Dalam tu siap ada peanut2 n kek nya lembut. Boleh pilih nak bentuk LUVE or BULAT. and boleh je nak design fondant. cuma bajet kurang, so sokayh la tu kan? ^o^

So this is our dinner for that night. Memandangkan abah puasa, memang celebrate malam jela terus. and tetiba teringat ada voucher dominos, so dengan lincah kaduknya terus abang kol ntuk order. wee~ Actually boleh la dikatakan ni celebrate abah + mama + nenek sekali sebab masa mothers day mama belanja pitza hut. dominos ni abah belanja. Ni kira combine semualah dengan belated besday mabah sekali. hihhi


I LOVE YOU GUYS SOO MUCH !!
NOTHING CAN COMPARE YOU IN THIS WORLD..
I LOVE MABAH VERY MUCH !!

Kepada yang berminat nak order cake or choc macam tu, boleh USHA SINI. Zureen ni buat kecil-kecilan je. Tapi sedap tau ! ce try :)

pstt : Mabah stand for MAMA + ABAH = MABAH. jangan pelik lak ingat typo ke hape. hikhik

Thanx for reading :)

Monday, May 21, 2012

Recreation Outing at Teratak Riverview Tanjung Malim Part 2

Assalamualaikum semua.

Gedik en aku nak berpart2 bagai. Bukan apa, penat nanti nak scroll kebawah. Sesaje la nak bagi part biar puas baca sikit. *baca ke korang? ngeh3~

 My OHSEM groupmates !
^o^

Ok mana berhenti before ni? Ha, malam lepak2 dalam hutan tu kan. So after 11.30pm tu, ktorang march balik campsite la kan. Redah balik sungai semua. Sampai kecut kaki aku. Hape ingat perut ke boleh kecut, kakipun boleh ok. hikhik.Sampai je campsite, semua pakat mandi la kan. Lagi2 aku ni memang sentiasa kena gi toilet. Bahaya tak tukar atau cuci. *tak paham, buat2 paham jela ye*. Malam tu Arip kumpulkan budak group, tanya siapa nak volunteer untuk jadi jaga malam ni. Macam patrol lah. Aku ngan Iqa ok je. Lagipun aku ingat aku mampula berjaga sebab tengah segarla katakan. Dapat undi pukul 3.30-4 am pulak tu. Aku memang dah kunci jam, last2 6.30am baru aku bangun ! Terlajak oh! Dan rupanya group yang kena jaga before ktorang tu pun tak bangun. So fair n square. hihi

6th May 2012 , Sunday.

Bangun je pagi tu, terus gosok gigi cuci muka and lincah mula buat bfast. Malas nak kejut budak laki dulu sebab biar setel masak apa semua. Menu pagi tu, spageti bolognese, scramble eggs,cucur ikan bilis. dan air teh. Eh jangan lupa sambal ikan bilis Baizura. hehe. Memang agak gempakla bfast ktorang untuk hari kedua sebab malam tu tak sempat buat dinner yang proper pun. Although dari 6.30 aku mula masak, budak lelaki bangun dalam 7.30 I think and tiba2 penghuluwati cakap 7.45 kena siap kemas semua. Eh memang TAK la awak. Ktorang makan pun belum lagi ni. -_-"

Setel makan+kemas semua secara rushing, pagi tu ktorang kena marah sebab lambat berkumpul. Sebagai denda, kena masuk berendam dalam sungai secara in line dalam group. Peh ! Aktiviti2 air ni yang aku lemah sikit. Kasut aku licin+ke'clumsy'an aku yang nyata terserlah ni memang leceh dow. Saat ini memang memalukan. Aku asek tergelincir sendiri je dalam sungai yang airnya agak deras tu, and nak orang selamatkan bagai bukannye best ok. MALU kot! Dengan masalah seluar aku yang jarang. urgh. memalukan! *taknak citer banyak.* *tutup muka* *larik*

Apa yang aku ingat Arip cakap "weh pasni kalau kau nak aku tolong, jangan tarik seluar aku tau". erk. aku ada tarik seluar dia ke? ok malas ingat. Mintak maap ye budak group aku semua sebab banyak menyusahkan korang. -.-"

Pagi tu aktiviti ktorang semuanya water-based. Ada river-crossing, water tubing and first aid. Semua best2! First aktiviti first aid and ktorang kena buat stretcher based on barang2 sekitar situ je. Cari lah kayu ke buluh ke, anything yang boleh dijadikan stretcher and boleh angkat orang. Ktorang kena pilih budak paling  berat dalam group and bawak dia menyeberangi sungai. Ktorang guna buluh and ikat guna tali net yang ktorang jumpa. Agak kreatif jugak budak group aku ni. Semua idea hebak2 blako. wee~ Ktorang group 1st yang seberang sungai and AKU jadi budak berat yang diorang kena angkat. Actually aku gak y syorkan dri sebab aku dalam air tak mampu nak berdiri betul. Aku takut aku yang jatuh2 and lagi menyusahkan diorang. Tapi aku kesian jugak kat diorang terpaksa angkat aku yang 'ringan' ni. Lagi2 kesian kat Cahah, Baizura, Yana and semualah sebab kena angkat aku kan. Tapi best woo jadi pesakit ni. Kau dok baring je atas stretcher tu. *dalam hati risau jugak kalau diorang terjatuh, akupon sama2 jatuh. hihi* but everything was fine. Budak group akukan HEBAT ! ^o^

Lepas tu, ktorang buat river cross and water tubing. Aku paling suka water tubing sebab duduk atas pelampung and nanti trainer lepaskan kita ikut air deras sungai tu. Pandai2 sendirilah nak bawak pelampung tu arah mana. Syok memang syok. Sakit pungkok pun ye jugak sebab banyak terlanggar batu. hehehe. River cross lak nampak je senang. Pegang tali and jalanla redah sungai. Jap lagi bila dah kat tengahm sampai kaki pun dah tak sampai tanah, memang agak payah ah nak gerak. Ada budak group lain tu sampai spec dia tercabut and dibawa arus. Kesian betul. Selamat spec aku tak buat hal. :P

After semua aktiviti tu, udah mau pulang ! Yeay ! Mandi apa semua, kemas barang2, bukak khemah and makan lunch ! This time lunch is provided. No need nak masak2 lagi. Yeay lagi ! haha. Although dah nak balik, rasa sedihpun ada. Sebab dah abes dah camping ktorang. After this pun takdenye nak jumpe budak2 group tu lagi except Iqa sebab sama class kan. :)

Ha, another most intresting part is when kami segroup dapat NAIK LORI balik tu ! Gila OHSEM ! Dahla memang jakun tak penah duduk belakang lori. Pastu saat yang paling membahgiakan bila lambai2 budak2 group lain yang kena jalan kaki selama sejam untuk sampai ke bas. haha! Sebenarnya ktorang dapat naik lori pun sebab group ktorang ditugaskan angkat beg masuk dalam bas. So penat jugakla. Cuma syok takyah jalan kaki je. hihi.

Kami naik lori ! YEAY ! Ok ada je budak group lain tumpang sebadan. Contohnya yang sebelah aku tu. ehe.

Dah nak balik barulah on nset and bergambar sana sini. So, inilah saje gambar2 yang ada ^_^

 With Iqa and Arip. Sebelah Iqa tu aku taktau nama dia sape. Tapi memang slumber join bergamba. Thanx to Lan sebab amekkan gamba :D 
Motif gambar ni sebab nak nampak sungai tu saje. :)

Kualiti gamba adalah pelbagai sebab amek dari pelbagai sumber. ahaha

 Time ni sudah mau pulang. Setelah penat angkut beg2 semua orang dan ktorang berehat minum2 sat. At least ada gambar kenangan kat signboard Teratak Riverview ni. ^_^

Personally I think this camp sangat best ! Sebab leisure, takdela strict over-the-dose although adalah jugak kena marah kan. But mostly aktiviti2 dia tak strict la. Lepak2 jugak.And kepada budak2 group aku, KORANG MEMANG BEST AH ! SANGAT SUPPORTIVE AND TAK SOMBONG. NICE! Kalau dulu masuk class Rec, semua macam sombong and tak tegur2pun. *unless sape yang memang dah kenal la kan*. Tapi after camp ni, semua dah kamceng and eksaited nak pergi class although tinggal 1 class je lagi.  ;p Hope after this kalau jumpe or terserempak mana2, tegur2la ye. *Macamla budak group aku baca en blog hingusan ni. ahahaha.

Ok tu saje cerita pasal camp aku. Saja aku cerita full sebab biar aku ingat sampai bila2 camping ni. Blog aku ni kan dah macam diary aku. ^o^

Ok cikgu ! Entry2 ni je sebagai logbook saya boleh?ahahaha

Pstt : Sekarang dah masuk zone final exam. Ini scary. bai.

Thanx for reading :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails