iklan

Lauterbrunnen

Showing posts with label Pelbagai Sayur. Show all posts
Showing posts with label Pelbagai Sayur. Show all posts

Sunday, 19 April 2015

Tempura Sayur yang rangup...



Sayur yg ada dlm peti ais je..., Carrot, bunga kobis, kentang dan bawang besar...
Kalau ada bendir, capsicum, peria dan kobis pun boleh...

Bahan-bahan bater :

2 sudu tepung beras
2 sudu tepung jagung
2 sudu tepung gandum
1 sudu teh garam
1/4 sudu teh kunyit serbuk
1/4 sudu serbuk teh lada hitam
air

Bancuh macam bater goreng pisang tapi cair sedikit.
Sayur2 dipotong nipis dan kecil.
Panas kan minyak dan goreng hingga garing...
Sedap di makan panas2...



Sunday, 8 February 2015

Masak lemak Cili Padi Cendawan...



Bahan-bahan

2 mangkuk cendawan tiram
15 biji cili padi
1/2 biji bawang besar
1/2 inci kunyit hidup
1 mangkuk santan pekat
2 sudu ikan bilis
1 btg serai
1/2 helai daun kunyit

Cara-cara

1. Mesin halus cili padi, bawang besar dan kunyit hidup. Kisar sebentar ikan bilis.

2. Masukkan dalam periuk bhn kisar dan serai yang dititik, dan panas kan atas api hingga pekat.

3. Masukkan santan dan masak selama 5 - 10 minit. Kacau selalu.

4. Masukkan cendawan dan masak lagi hingga mendidih dan kuah masak.


Thursday, 8 January 2015

Kimchi


Bahan-bahan

1 biji kobis panjang - potong ikut suka, saya x suka besar2, so sy potong dalam 1/2 inci...



1 btg carrot - sy sagat halus
2 pokok kucai- potong 1 in
1 biji bawang besar dan 2 ulas bawang putih - dicincang halus
2 sudu garam halus
3-4 sudu serbuk cili

Bahan bubur

1/4 cawan tepung beras + 1/4 cawan tepung pulut
1/2 cawan gula
2 cawan air

Masak hingga pekat, dan biarkan sejuk.

Bahan Bubur


Cara membuat :

1) Kobis yang siap dibasuh dan dipotong, ditaburkan garam dan digaul rata. Biarkan hingga 4 jam. Selepas 4 jam, basuh dan bilas 2 - 3 kali dan perahkan sedikit kobis tu.

2) Sementara itu, bahan bubur + serbuk cili dan kacau sebentar.

3) Letak semua kobis, carrot, daun kucai dan bawang dalam besen besar, gaulkan dengan bahan bubur dan cili tadi. Gaulkan rata supaya semua bahagian kena.

4) Masukkan dalam bekas dan biarkan di luar dahulu sehingga kimchi kelihatan berbuih sedikit.
Masa ni pun dah boleh makan. Saya lagi suka kimchi yang belum masam...

5) Lepas tu baru simpan dalam peti ais...




Sunday, 27 April 2014

Tauge Kasar Goreng Tempe & Tauhu


Bahan-bahan :

Tauge Kasar dibuang ekornya
Tempe dan tauhu potong nipis dan kecil digoreng separuh masak

1/2 biji Bawang besar, 2 ulas bawang putih, 4 biji cili padi dan sehiris kunyit dimesin.
1 sudu Kicap manis

Tumis bahan mesin hingga garing sedikit.
Masukkan tauge kasar dan sedikit air, tunggu hingga tauge sedikit lembut.
Masukkan tempe dan tauhu dan kicap manis.
Sesuaikan rasa.



Saturday, 20 July 2013

Tempura Sayur

Menu berbuka hari ke-11 ialah Nasi Ayam Bakar Madu dan Tempura Sayur....

Suka pulak anak saya makan..., tak payah disuruh. Selalunya kalau sayur, susah la nak suruh makannya...


Bahan-bahan utk batter :

1 cawan tepung gandum
1 sudu tepung jagung
1 sudu tepung beras
1 sudu teh serbuk cili
1 sudu teh baking soda
garam
air sejuk

Bancuhkan seperti buat tepung goreng pisang. Masak secara deep fry..


Bahan-bahan Sayur :

Pelbagai jenis boleh guna, antaranya terung, kobis, bunga kobis, lada capsicum, carrot, bawang, bendir dll

Potong nipis sayur2 tersebut.



Sunday, 30 June 2013

Tauhu Sumbat...



Menu tengahari tadi...

Resepi sos

5 biji cili merah
10 biji cili padi
2 ulas bawang putih
5 sudu gula
1 - 2 sudu cuka
garam

Cili dan bawang putih dimesin halus.
Panaskan gula dalam periuk. Masukkan bahan mesin dan cuka.
Masukkan 1 cawan air dan renehkan hingga pekat...



Thursday, 2 August 2012

Pajeri Terung



Untuk hari ke-12, dah tak ada idea sebenarnya nak masak apa. Akhirnya, dah petang baru decide nak masak pajeri terung sebab dah dekat 2 minggu terung kat dalam peti ais tu tak di masak2....



Bahan-bahan :

2 biji terung panjang di belah dua
2 sudu rempah kari
3 ulas bwg putih + 2 ulas bawang putih + 1/2 in halia, dimesin atau tumbuk
1/2 biji kelapa dan ambil 1 cawan santan
Rempah penumis
Minyak utk menumis
2 sudu udang kering ditumbuk

Cara Membuat :

1.  Terung digoreng dalam minyak panas.
2..Tumis bawang dan halia hingga wangi.
3.  + rempah kari + udang kering dan kacau sebentar.
4. + santan.
5.  Sesuaikan rasa dan + terung yang digoreng sebentar tadi.