Salam. Tadi, tuan direktor filem Mamat Khalids mengingatkan saya tentang pertemuan kami yang dirancang mahu diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka sambil mengikuti seminar 400 tahun Sulalatus Salatin 29-30 Oktober iaitu Selasa dan Rabu ini. Kami dan beberapa orang lain memang sedang berbincang tentang pengisian untuk filem epik Melayu beliau yang akan dibuat nanti bertajuk "Darah Melayu". Saya adalah antara orang yang diminta memberikan cadangan dan pengisian terutama dari sudut sejarah dan ketamadunan. Saya kata memang akan datang, insyaallah berbusana penuh tradisional bertanjak, bersampin dan berkeris.
Kemudian saya teringat satu ilham yang muncul 4-5 hari lalu. Oleh kerana Mamat Khalid mahu mengisi sebaiknya filem epik sepanjang 3 jam itu dengan segala unsur penting yang membentuk ketamadunan dan peradaban Melayu, insyaallah bermula dari zaman Pentas Sunda yang dipercayai sesetengah orang sebagai kerajaan purba berteknologi tinggi Lemuria atau Atlantis, apa kata sesi berkumpulan HIKMAH digunakan untuk menolong? Mereka yang sudah biasa dengan HIKMAH tentu tahu pada penghujung setiap acara HIKMAH kita adakan bengkel brainstorming di mana peserta dibahagikan kepada 10 kumpulan menurut minat - perkerisan, perubatan, persilatan, busana tradisional, kebudayaan/tarian, seni ukiran/khat, kitab/buku/sastera, keagamaan, keluarga dan salasilah juga ketamadunan dan kerajaan. Ia asalnya diwujudkan untuk menggalakan interaksi antara peserta yang ramai sebelum itu cuma pernah berkenalan di Internet tetapi tidak pernah bersua muka. Tetapi ia juga telah berjaya mewujudkan resolusi yang amat berguna demi kedaulatan Melayu. Rujuk Pernyataan HIKMAH Melaka - Blue print kebangkitan Islam akhir zaman?
.
Saya fikir apa kata sesi berkumpulan HIKMAH kali ini digunakan untuk memberi cadangan dan pengisian untuk filem "Darah Melayu"? Selain mendapat input dari hati nurani para pejuang kedaulatan Melayu ia boleh menjadi hubungan berpanjangan untuk menjayakan filem epik pertama sepertinya di Malaysia ini. Kita boleh menyatakan filem yang bagaimanakah kita mahu lihat ke udara ditonton dunia untuk menyatakan kedaulatan kita orang Melayu. Di celah2 itu ada peluang untuk menyediakan tenaga kerja, para pesilat untuk mengisi adegan filem, para cendekiawan, penggunaan busana yang sesuai dan sebagainya.
Mamat Khalid bersetuju. Beliau pun menyatakan komitmen akan datang ke HIKMAH VII di Mini Malaysia Sabtu 30 Nov ini. Oleh ini mari para pejuang Melayu sekalian. Mari kita sama2 jayakan usaha besar ini. Sila bertandang ke event page HIKMAH VII. Klik sini.
Kini seminar tersebut sudah pun selesai. Ternyata Mamat menunjukkan komitmen yang tinggi apabila hadir awal pada hari pertama dan terus mengikutinya sehingga lewat petang. Lihat artikel Hari pertama Seminar 400 Tahun Sulalatus Salatin di DBP - Mencari bahan dan 'rasa' untuk filem epik Melayu dan Hari kedua Seminar 400 Tahun Sulalatus Salatin di DBP - Membawa gerakan kedaulatan ke peringkat yang lebih tinggi di blogspot CATATAN SI MERAH SILU. Dua hari kemudian iaitu pada hari Jumaat saya mendapat tahu Mamat telah berjumpa dengan pihak MDeC (Multimedia Development Corporation, di Cyberjaya kalau tak salah) lalu menunjukkan video trailer seperti berikut :-
Oh. Yang diletakkan ini cuma gambar. Untuk melihat video trailer sebenar sila klik sini. Ia telah tersebar merata di FB. Secara rata maklum balas yang diterima adalah positif. Namun ada yang kelihatan
berfikiran negatif, mungkin kerana menilai semata-mata atas isi video sedangkan ia cuma gambaran awal penceritaan, butiran sebenar keadaan dari zaman ke zaman masih memerlukan penyelidikan mendalam yang harus memakan beberapa bulan.
Walaupun Mamat Khalid ada menjawab kritikan, saya sebagai seorang yang diminta menolong membuat pengisian lalu mengaturkan agar HIKMAH VII dijadikan satu wadah pengisian terpanggil untuk menjawab. Untuk itu biar dicopy paste update yang dibuat di FB 2 jam lalu...
ELEMEN2 PENTING UNTUK FILEM EPIK "DARAH MELAYU" MENGANGKAT MARTABAT MELAYU KE KACA MATA DUNIA
Untuk filem "Darah Melayu" yang mahu digarap sutradara Mamat Khalids saya rasa ini zaman2 penting yang patut disentuh. Bagaimana menggarapnya samada linear mengikut aturan masa atau kronologikal atau lompat-melompat melalui penceritaan dan flashback biarlah beliau menunjukkan kebijaksanaannya. Kita akan membantu untuk memberikan maklumat penting sebanyak mungkin...
1. Zaman Pentas Sunda sebagai tempat asal-usul segala tamadun dunia - Atlantis/Lemuria/Lanka. Ini sudah ada sokongan kajian akademik Prof Aryios Santos yang terbit dalam buku 2011 dan Prof Stephen Oppenheimer (terbit lebih awal iaitu sejak 1998) jadi tiada masalah. Cuma untuk dikaitkan sebagai tempat penurunan Nabi Adam AS dan beranak-pinaknya manusia awal membentuk tamadun tinggi yang katanya mencapai tahap lebih tinggi dari yang ada sekarang kita perlu keluar dari kajian saintifik. Kebanyakan sumber tentang ini datang melalui ilmu ghaib jadi kita boleh gunakan watak orang tua misteri ala2 Highlander sebagai pencerita keadaan zaman.
2. Zaman Nabi Nuh - Tentang banjir besar yang menghancurkan Pentas Sunda itu sudah diterima sebagai saintifik. Tapi untuk mengatakan Nabi Nuh membawa kapalnya dari Sunda sekali lagi kita harus menggunakan watak Highlander. Bila dah masuk zaman banjir surut lalu kapal mendarat di belah Timur Tengah, ada yang kata di Gunung Ararat ada yang kata di tempat lain rasanya itu sudah diterima ramai agamawan jadi tidak begitu bermasalah.
3. Zaman perpecahan manusia selepas banjir menurut 3 kelompok yang diketuai 3 anak Nabi Nuh - Ham, Sam, Yafitzh pun tak jadi masalah. Ini sudah diterima ramai pengkaji. Yang mungkin tak semua boleh terima adalah dari Sam yang memunculkan bangsa Arab juga muncul penduduk awal Tanah/Kepulauan Melayu selepas Pentas Sunda dilanda banjir besar. Watak Highlander memang sesuai bercerita tentang ini. Nak tambah rencah ada ustaz/agamawan kalau ada dalil le. Dari Sam inilah muncul apa yang kita kenali sebagai Melayu Proto, Orang2 Asli.
4. Zaman Nabi Ibrahim (6,000 SM?) - muncul zuriat dari 3 orang isteri, dari Siti Hajar dapat Nabi Ismail yang bergaul dengan Arab awal lalu membentuk bangsa Arab tinggi hingga ke Quraish, dari Siti Sarah muncul Nabi Ishaq dan dari Ishaq muncul Esau dan Yaakob, Esau ke Eropah, Yaakob mendapat 12 orang anak yang menjadi 12 bangsa Bani Israel, dari Siti Keturah dapat 6 orang anak yang kemudian menghala ke Tanah Melayu menjadi Bani Jawi yang mana menurut sesetengah cerita disebabkan merekalah Banjaran Himalaya mendapat nama.
5. Zaman Nabi Sulaiman yang mana dalam cerita kanak2 Tanah Melayu Sang Kancil dan sebagainya cukup terkenal sebagai Raja Sulaiman. Ini kerana ada cerita2 mengatakan Tanah Melayu itu juga dalam jajahan Ratu Balqis yang berkahwin dengan Nabi Sulaiman. Zuriat keturunan ini kemudian dikatakan membentuk raja2 Bugis.
6. Zaman Iskandar Zulkarnain - yang mana satu? Cyrus the Great dari Persia (550SM) kah atau Alexander the Great dari Macedonia, Greek (330SM). Dua2 ini boleh dikaitkan sebagai zuriat keturunan Nabi Sulaiman malah ada cerita menyebut Alexander Macedonia adalah anak cucu Cyrus jua. Cyrus mesti disentuh tapi saya rasa kita harus menurut maklumat dari kitab Sulalatus Salatin kerana memang disebut dalam kitab Iskandar Zulkarnain dari Makadunia.
7. Zaman Merong Mahawangsa - dikatakan anak cucu Iskandar Zulkarnain juga, saya percaya baginda datang ke Alam Melayu abad pertama Masihi. Ketika itu anak cucu Iskandar Zulkarnain hasil perkahwinan dengan puteri Hindi masih lagi berada di utara Hindi. Dari anak cucu Merong saya percaya muncul kerajaan Funan sebagai kerajaan besar terawal diketahui di alam Melayu. Kita juga boleh menyentuh tentang Kedah Tua yang mana kajian arkeologi menunjukkan sudah ada perusahaan dan relau2 besi seawal abad ke-2 Masihi di sekitar Lembah Bujang.
8. Zaman Srivijaya (abad ke-7-abad ke-12 Masihi) - harus ditunjukkan bagaimana kesinambungannya dengan Funan melalui kerajaan Chih Tu di Kelantan, ada yang kata dari Pan-pan berdekatan Segenting Kra. Sekitar itu datang satu keluarga, pecahan Funan juga yang membentuk Dinasti Sailendra di Pulau Jawa. Sambil itu Nabi Muhammad SAW lahir di Mekah sekitar 570 Masihi lalu terbitlah agama Islam syariat baginda. Tidak lama kemudian Islam muncul di Alam Melayu bermula di utara Pulau Sumatera, antara yang diakui kedatangan rombongan 100 orang pendakwah dari Timur Tengah diketuai Nakhoda Khalifah ke Perlak, 173 Hijrah (saya kira bersamaan 790 Masihi). Lalu terbitlah keSultanan Perlak yang diketuai seorang keturunan Nabi 840 M, masuk bab Ahlul Bait sebagai pendakwah dan peneraju utama mengIslamkan Alam Melayu.
9. Kemunculan 3 anak Raja Suran di Bukit Seguntang (saya kira berlaku sekitar 1130an) - pada saya ini dinasti baru yang menggantikan yang lama dari keturunan Merong. Inilah yang bersambung dengan Iskandar Zulkarnain seperti disebut dalam kitab Sulalatus Salatin.
10. Zaman Melaka - Dari Bukit Seguntang ke Bentan ke Temasek/Singapura (1170 ikut perkiraan baru berdasarkan kitab SS versi Raja Bongsu) maka masuklah kita ke zaman Melaka (mula 1262) yang tak perlu dihuraikan. Mengikut sumber dari Indonesia Sultan Malikus Saleh yang mengasaskan kerajaan Samudera-Pasai (disebut ramai sebagai bermula 1260an tapi kira2 saya menunjukkan Samudera telah diasaskan 1245 gitu) berbiras dengan seorang bernama Sultan Muhammad Syah dari Melaka. Kedua2nya berkahwin dengan anak Sultan Muhammad Amin Syah dari Perlak.
11. Zaman 1511 dan selepasnya - Inilah yang membentuk Tanah Melayu/Malaysia yang kita kenali sekarang.
Objek2 yang harus ditonjolkan atau boleh membantu penceritaan :-
1. Kapal Nabi Nuh - tentunya mesti ada. Soalnya kapalnya bagaimana.
2. Batu bersurat yang ditulis Raja Suran selepas keluar dari laut - dipercayai batu yang diletupkan British di Singapura kini serpihannya ada di muzium sana
3. Batu bersurat Terengganu.
4. Kapal2 besar/jong Melayu zaman kesultanan Melaka yang menurut sesetengah pengkaji besarnya 20 kali ganda kapal Cina
Tentunya kajian harus mendapatkan sebaik mungkin bentuk ketamadunan/pakaian/senjata malah ilmu beladiri yang digunakan pada zaman2 yang berlainan. Satu elemen penting yang harus ditonjolkan juga adalah fakta bahawa semua agama sejak zaman Nabi Adam sebenarnya adalah Islam atau agama/tauhid. Cuma syariat menurut keadaan, tempat dan zaman sahaja yang membezakan. Lalu ada yang lari landasan sehingga terbentuklah penyembahan berhala dan sebagainya. Ini penting agar kedatangan Islam syariat Nabi Muhammad pada abad ke-7 dan kemudian dilihat sewajarnya iaitu pembetulan pada agama syariat Nabi Ibrahim yang telah lari dari landasan menjadi agama Hindu dan Buddha, bukannya agama baru yang kononnya dibawa dengan pedang lalu menghancurkan keharmonian agama lama yang katanya sudah cukup aman.
Islam sebagai agama fitrah manusia sejak zaman Nabi Adam harus ditekankan bersama konsep Iman dan Ihsan dan itulah yang menurut orang2 lama menjadikan seseorang itu benar2 Melayu. Bahasa hamba, tuan hamba adalah bahasa tinggi keTuhanan manusia yang melihat af'al Allah, bertunjangkan pemahaman Tasawuf yang mendalam. Keinginan pelbagai bangasa untuk mendapat Tanah Melayu sebenarnya disebabkan fitrah untuk kembali ke motherland, bumi ibu asal-usul segala bangsa. Cuma gangguan syaitan menyebabkan keadaan jadi celaru, mahu memiliki Tanah Melayu tetapi tidak mahu kembali pada fitrah asal yang tidak lain adalah fitrah Adam yang memerlukan kita menjadi orang Islam.
Itu sahaja buat masa ini. Mungkin ada banyak lagi perlu dimasukkan tapi perlu ingat filem epik ini ada had masa 3 jam sahaja.
Dengan ini saya mahu menambah. Wacana ilmu untuk HIKMAH VII 30 Nov diatur seperti berikut :-
1. Siang ke tengah hari - Kajian tentang DNA dan asal usul Melayu oleh Puan Zaharah Sulaiman dari Ikatan Arkeologi Malaysia. Beliau pernah membentang pada HIKMAH VII di Shah Alam 7 Sept tetapi ketika itu kami cuma dapat memberikan masa sejam lebih. Di satu acara melibatkan kerajaan negeri di Melaka sebulan lalu pula mendapat ruang 2 jam. Kini kami mahu memberikan ruangan 3 jam agar beliau dapat menyentuh segala yang difikirkan patut. Agar peserta tidak terasa terlalu berat mencerna ilmu, ia akan dipecahkan kepada 3 sesi. Lihat Video sekitar HIKMAH VI - Sambutan Merdeka Raya juga artikel Simposium Serantau Asal Usul Melayu - Dari asal membawa ke usul.
2. Petang sejam jam suku - Tentang peranan Ahlul Bait dan sejarah Melayu yang dihilangkan oleh Tun Suzana Othman, penulis buku "Ahlul Bait dan Raja-raja Melayu"
3. Petang 1 jam - Satu pembentangan tentang adab Melayu/perkerisan/persilatan oleh wakil atau pembentang pilihan kumpulan Hulubalang Melayu, penganjur utama acara HIKMAH kali ini.
Insyaallah pihak Hulubalang Melayu akan memeriahkan acara dengan persembahan silat, budaya dan qasidah. Atur cara terperinci akan diberitahu nanti. Bagi HIKMAH sekurang-kurangnya wacana ilmu diatur sebegitu rupa untuk membentuk mood atau rasa yang patut selain membekalkan latar belakang ilmu yang sesuai untuk sesi berkumpulan selepas Asar memberi pengisian pada filem "Darah Melayu". Mamat Khalid telah memberikan komitmen untuk hadir. Semoga satu kerjasama yang berguna demi membangkitkan kedaulatan sebenar bangsa Melayu dapat dijayakan semua.
Nota tambahan : Untuk sesi berkumpulan di mana peserta dibahagi kepada 10 kumpulan menurut minat - perkerisan, persilatan, kebudayaan dan sebagainya - kami akan cuba mengatur agar setiap kumpulan dapat menggunakan sebuah rumah tradisional Melayu yang terdapat di Mini Malaysia. Untuk pengetahuan di situ ada rumah dari setiap negeri yang terdapat dalam negara ini. Lihat artikel Kompilasi siri Mini Malaysia (Compilation of the Mini Malaysia series) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).
Fikir saya sebelum rehat Asar taklimat akan diberi di mana Mamat akan menyatakan apakah beliau rancangkan untuk filem. Saya akan menambah sedikit latar belakang. Dengan pertolongan moderator, setiap kumpulan harus menyatakan perkara-perkara yang mahu dilihat dalam filem "Darah Melayu" sekurang-kurangnya mengikut bidang masing-masing dan perkara-perkara yang harus dielakkan atau dilarang. Selepas taklimat peserta bolehlah bergegas ke rumah 'masing-masing' mengikut kumpulan.
Sambil mengatur sendiri bila nak bersolat Asar, bila nak berehat atau makan petang sesi boleh diteruskan minimum 30 minit, maksimum 1 jam bergantung pada keadaan. Selepas itu setiap moderator akan diberi masa 1-3 minit untuk menggulung hasil perbincangan kumpulan lalu menyerahkan isi yang ditulis pada Mamat Khalid untuk tindakan lanjut beliau.
terbaik.....
ReplyDeletebagi pihak KPSK Kelantan...
Salama,
ReplyDeleteSiapa yg menguasai ilmu menguasai alam. Agama tuhan tegak dgn tegaknya khalifah sebagai perlambangannya. Kisah penuh nabi kita, Iskandar Zulkarnain dan nabi Sulaiman terdapat pada manuskrip Jawi di UM dan perpustakaan negara hanya menanti masa di kaji dan di sebarkan. Yg benar ialah Islam bukan agama nabi2 dan hamba buktikan dgn kebanyakan manuskrip Jawi dan batu bersurat tidak berbaris. Malah masjid lama di Melaka juga di tulis kalimat tauhid tanpa baris. Jadi, apa beza baris dgn tidak berbaris? Allaha jadi Allah, Mahamada jadi Muhammad, Asalama jadi Islam. Siapa beri kebenaran al quran di bariskan dan sejak bila? Malah Al Quran Aceh 400 tahun lalu juga tidak berbaris. Kebenaran itu pahit namun itulah ubat. Hanya dgn mengembalikan kebenaran mendapat kemenangan. Nashoro Mana Allaha Wa Fataha Qorayaba Wa Bashara Mana Al Mawamanayana. Laa Fataha Alaa A'laya, Laa Sayafa Alaa Zawa Al Faqora. Laa Alaha Alaa Allaha Mahamada Rasawala Allaha. mahadaya-asalama.blogspot,com
TERUSKAN PERJUANGAN!!!
ReplyDelete