BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, January 16, 2010

BINGKISAN HATI~



ASSALAMUALAIKUM






Alhamdulillah akhirnya dapat jugak aku luangkan masa seketika untuk blog aku nie setelah bertungkus lumus study untuk final exam yang aku kira dapat laa jawab dan berpuas hati dengan jawapan yang aku berikan.My last paper aku pada ari khamis lepas,jadi aku pon merdeka laa seketika hinggalah start fasa baru iaitu fasa thani.Debaran menunggu result keluar laa aku sekarang ni,maklumlah pointer aku atau muaddal aku tak berapa tinggi setinggi gunung Everest,jadi aku harap dapatla result yang baik dan memuaskan hati aku.


Sekarang ni rancangan realiti Raja Lawak musim ke4 dah bermula,dah masuk minggu ke 2, tak sabar aku nak tengok minggu ke3 macam mane maklumlah tuan2 puan2 aku ni memang peminat bende2 macam tu.hahaha.
Aku dengan kawan baik aku (muin),memang akan hafal dialog yang kelakar,siap tulis dalam status ym..hahaha.Yang jadi sebab aku nak tengok sangat Raja Lawak nie adalah kerana pengacara program ni,Zizan dengan Johan,aku memang minat la kat diorang nie pasal lawak2 diorang memang jadi dan kelakar,tak tahan aku bile aku tengok diorang....hahaha
Program diorang,Jozan sekarang nampaknya dah bersambung,sebelum ni ade problem kot program ni tergendala,jadi memang aku akan tengok laa sebab kelakar dan kelakar!hahaha
Jadi korang yang ada Astro kat rumah tu,tengok laa kalau boleh Raja Lawak nie ,memang syok giler....hahahaha



Dan sekarang ni macam-macam bende berlaku di persekitaran kiter,yang terbarunye gempa bumi yang mengorbankan banyak nyawa,aku tak ingat nama tempat tu tapi yang aku tahu angka kematian semakin meningkat,dianggarkan melebihi 500 000 nyawa.Sedih jugak aku tengok keadaan tempat tu,jahanam dan hancur la bangunan2 dek gempa bumi.Alhamdulillah di Malaysia kita bebas dari gempa bumi dan sebagainye.Di Malaysia,walaupon tak ade gempa bumi tapi ade jugak la malapetaka yang berlaku,kes jenayah yang semakin meningkat sekarang nie,contohnya kes pembunuhan 4 sekeluarga di N.Sembilan baru baru ni.Nauzubillah!!!
Mengucap aku bile aku baca artikel pasal pembunuhan kejam nie.Tangan dipotong,pisau didada dicucuk banyak kali dan last sekali kepala dipenggal!!!Apa nak jadi sekarang ni,senang senang jer main bunuh orang tanpa ada belas kasihan langsong!ALLAH bagi kita akal untuk berfikir,berfikir yang mana baik dan yang mana buruk.

" Ya ALLAH,jauhilah muslimin dan muslimat dari sebarang malapetaka dan sebarang bala yang kau turunkan,kami memohon padaMU,hidupkanlah kami dalam iman dan matikanlah kami dalam iman"amin.

Moga moga kita mendapat manfaat dan iktibar dari peristiwa nie.



Lepas tu isu bakar gereja.Punca kes ni adalah dari keputusan mahkamah tinggi yang membenarkan nama ALLAH digunakan dalam majalah terbitan Kristian!Kenapa puak kristian ni nak guna nama ALLAH dalam artikel mereka sedangkan tuhan mereka adalah jesus christ!disini kita boleh lihat ada propaganda dan muslihat mereka ini untuk mengaburkan mata umat ISLAM di Malaysia.Sebagai contoh,penggunaan nama Alkitab pada kitab2 penganut agama kristian,benda ni telah terjadi di negara Malaysia.Jikalau kita ataupun ayah dan datuk kita ternampak buku yang bertajuk Alkitab padahal didalamnya penuh dengan isi2 dan ajaran kristian,jadi pastinya akan terdetik jugak dalam hati kita,nie buku tentang ISLAM dan kalau ada orang minat tentu dibeli!Ni adalah salah satu contoh yang jelas dan zahir di mata kita,dimana kita boleh melihat cara2 orang kafir nak merosakkan aqidah kita sebagai umat yang bergelar ISLAM!Samalah jugak tentang isu nama ALLAH yang mahu digunakan oleh kristian.Bagi aku dan umat ISLAM di Malaysia aku rase takkan bersetuju dengan penggunaan nama ALLAH!sekali-kali TIDAK!!!!!!
Dan aku jugak terkilan la bila melihat media massa dan sebagainya menuding jari ke umat Islam atas kejadian ini.Bakar gereja nie memang aku tak setuju la,sebabnya telah menunjukkan bahawa Islam ni seolah-olah membenarkan perlakuan seperti ini!ISLAM tidak mengajar perbuatan seperti ini.Ini telah mencemarkan nama ISLAM.Bertindak dengan hawa nafsu membawa kepada kehancuran dan kemusnahan,bertindaklah kita dengan iman dan taqwa nescaya memberi kemenangan dan kebahagian!

Jadi,marilah sama-sama kita bermuhasabah dan mengambil iktibar serta pengajaran diatas peristiwa2 yang berlaku di sekeliling kita kerana ada HIKMAH disebalik kejadian itu.Moga mendapat hidayah ALLAH dan redhaNYA....amin


"ISLAM ITU TINGGI,DAN TIDAK ADA YANG TINGGI SELAIN ISLAM"



BYE-BYE
~SAY PEACE NO WAR~


0 comments: