Followers
Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts
Wednesday, June 12, 2013
Tips Sebelum Mengecat Kediaman
Teks : Zaila Mohamad
Imej : Google
Sebelum mengecat sebuah kediaman, pastikan anda mempertimbangkan perkara di bawah;-
1) Jenis cat yang dipilih bersesuaian dengan ruang kediaman. Contohnya, ruang tamu seharusnya dicat dengan menggunakan cat emulsi di mana sekiranya terdapat kotoran di permukaan dinding, ianya boleh disapu dengan menggunakan tuala yang basah. Cat bahagian luar rumah pula seharusnya yang jenis tahan panas & kulapuk yang akan terhasil daripada air hujan.
2) Pastikan dinding yang hendak dicat bebas dari sebarang paku atau lubang yang boleh menghalang cat dari terkena dinding.
3) Pastikan berus dan penggelek yang digunakan juga bersesuaian dengan dinding yang ingin dicat. Ada berus celahan atau berus radiator yang digunakan untuk mengecat tempat yang sukar dicapai, ada berus dengan pemegang genggam untuk kerja-kerja mengecat bahagian siling dan dinding.
4) Pastikan proses mengecat dilakukan pada hari yang cuaca kering. Sekiranya proses mengecat dilakukan pada hari hujan dikhuatiri akan menjejaskan hasil selepas cat nanti.
5) Untuk hasil yang cantik, seeloknya dilakukan sekurang-kurangnya dua atau tiga lapisan. Mulakan dengan mengecat cat lapisan asas kemudian lapisan warna yang dikehendaki lapis demi lapis. Akhirnya sudah pasti akan menampakkan bilik yang cantik & menutup segala kecacatan yang ada.
Selamat mengecat!
Wednesday, October 26, 2011
Tips Menaikkan Seri Sofa Di Ruang Tamu
Bosan dengan sofa di ruang tamu yang kelihatan kusam?? Ayuh, ceriakan kembali ruang tamu anda dengan beberapa tips di bawah ini:-
1) Gandingkan Sofa Dengan Hamparan Permaidani
Carilah permaidani yang senada dengan warna sofa ataupun jika mahukan kelainan, carilah permaidani yang mempunyai corak yang menarik!!
2) Hamparkan Throw Sebagai Penambah Hiasan
Percaya atau tidak, kain "throw" mampu menaikkan seri sofa anda!! Letakkan Throw secara bersahaja di atas sofa anda
3) Ayuh!! Pasangkan Lampu Itu
Carilah lampu meja yang menarik & sedondon untuk diletakkan bersebelahan dnegan sofa anda!!
4) Side Table Yang Menarik
Kadang-kadang meja sisi juga berfungsi untuk menambahkan seri pada sofa. Pilihlah meja yang sesuai dengan warna sofa & tema ruang tamu anda
5) Hiasi Dengan Kusyen-Kusyen Kecil
Sofa tentunya menarik jika digandingkan bersama dengan kehadiran bantal-bantal kecil. Pilihlah yang bermacam-macam warna & letakkan di setiap bucu sofa anda
6) Sedondon Dengan Langsir
Tentunya menarik jika kita dapat menempah langsir sedondon dengan sofa atau kusyen kecil
7) Pelbagaikan Jenis Sofa
Gandingkan sofa 3 tempat duduk dengan sofa jenis arm chair. Barulah tak jemu mata memandang!!

Sunday, October 24, 2010
Impiana Edisi November 2010
Apa yang menarik dalam majalah Impiana bulan ini??
- 13++ idea memikat indah & praktikal untuk hias ruang tambahan tepi kediaman
- Jadikan ruang dapur & utiliti hebat, selesa & selamat
- Gandingan elemen klasik & moden
- Cara betul mengecat material besi, seramik, kaca & kayu
Beberapa tips berkenaan dapur yang dipetik dari majalah Impiana;-
1. UNIT PENSTORAN TARIK-KELUAR (PULL OUT) ADALAH UNIT PENSTORAN YANG BIASA KERANA MUDAH AKSES
Kabinet yang dilengkapi dengan sistem ini tidak memerlukan anda mengalih timbunan mangkuk atau gelas untuk mencari barangan di bahagian belakang kabinet. Pilih sistem yang mempunyai mekanisme penutupan lembut (soft closing) ataupun smooth gliding yang lebih memudahkan anda.
2. BAHAGIAN TEPI YANG JANGGAL TERUTAMA BAGI RUANG DAPUR BERBENTUK L JANGAN DISIA-SIAKAN
Lengkapkannya dengan unit penstoran khas pada bahagian sudut yang boleh memudahkan anda mencapai barangan yang terdapat di dalamnya. Terdapat banyak pilihan jenis rak penstoran untuk ruang sudut pada masa kini. Antaranya rak sudut tarik-keluar secara automatik apabila anda membuka pintu kabinet.
3. KUNCI KEPADA SISTEM PENSTORAN YANG EFISIEN ADALAH MENENTUKAN SETIAP RUANG UNTUK BARANGAN YANG DIKHASKAN. DI MANA, IA MEMBOLEHKAN ANDA MENCARI BARANGAN DENGAN LEBIH CEPAT DAN MUDAH
Sebagai contoh, tentukan ruang mana yang untuk menyimpan pinggan mangkuk ataupun makanan dalam tin. Kemudian pastikan ruang kabinet tersebut mempunyai kapasiti yang sebetulnya sebagai ruang penyimpanan dan juga memudahkan anda mengambil dan meletakkannya.
4. TAMBAH KAPASITI PENSTORAN DENGAN DULANG KUTLERI YANG MENJAGA PERKAKASAN PERAK ANDA AGAR SENTIASA TERSUSUN RAPI
Ukur terlebih dahulu sebelum membeli, agar ia muat disimpan dan mengelakkan daripada pembaziran penggunaan ruang. Sekiranya anda mempunyai pelbagai perkakasan kutleri, anda boleh mendapatkan dulang kutleri bertingkat yang boleh dilapiskan di atas satu sama lain.
5. GABUNGAN REKA BENTUK PENSTORAN KABINET DASAR ANDA DENGAN MEMPERUNTUKKAN RUANG UNTUK SISA BUANGAN ATAUPUN BAHAN KITAR SEMULA
Asingkan dengan bekas yang berbeza sebagai langkah alternatif bagi membezakan sisa buangan yang berlainan jenis.
Untuk tips yang selanjutnya, bolehlah mendapatkan majalah IMPIANA edisi November di kedai-kedai buku yang berdekatan sebelum ianya habis dijual!! Insya Allah, banyak lagi tips yang berguna akan dikongsi di Blog Hias Kediaman ini, jadi sila tunggu entri-entri selanjutnya;)
Sunday, October 17, 2010
Tips Penjagaan Tilam
Setiap orang pasti mahukan katil yang selesa & empuk, kalau tak cukup tidur boleh membuatkan seseorang tu jatuh sakit juga kan!! Jadi, salah satu kriteria yang penting bagi mendapatkan tidur yang selesa adalah tilam *selain katil yang cantik* tapi tahukah anda tentang penjagaan tilam?? Di sini ada beberapa tips yang boleh anda ikuti dalam menjaga tilam anda;-
1) Terbalikkan Tilam setiap 6 bulan sekali
- anda boleh meletakkan kertas nota iaitu bila anda membalikkan tilam tersebut. Dengan cara ini, anda tidak akan lupa & boleh melakukannya secara berterusan.
2) Guna pelapik tilam (mattress cover) bagi melindungi tilam anda
- Apabila membeli sebuah set katil mahupon bilik tidur, jangan lupa untuk meminta mattress cover sebagai free gift atau anda boleh membeli sahaja di rangkaian pasaraya pada harga yang berpatutan.
3) Vakum tilam anda
- Kadang-kadang debu, bulu dan tungau boleh berkumpul disebalik keempukan tilam anda. Vakum tilam anda dengan menggunakan muncung penyedut khas untuk upholsteri pada vakum anda. Jika anda alah kepada habuk, vakum & tukar pelapik tilam dengan lebih kerap.
4) Ikuti arahan penjagaan tilam
- Gunakan syampu untuk membersihkan kotoran pada permukaan tilam anda. Bersihkan kotoran dengan span.
Cara Membersihkan Tilam Yang Dikotori Kencing Si Kecil;-
1) Serap sebanyak mungkin air kencing dengan tuala. Bagaimanapun jangan menekan terlalu kuat kerana ia akan menggalakkan air kencing terserap jauh ke dalam tilam.
2) Tabur kawasan tompokan pada tilam dengan serbuk penaik bagi membantu menyerap lembapan dan menyerap bau.
3) Vakum serbuk penaik setelah dibiarkan selama sejam.
4) Buat larutan campuran cuka dan air. Isi ke dalam botol semburan dan semburkan pada tompokan air kencing tadi. Seterusnya gunakan kain untuk membersihkan kesan tompokan tersebut. Cuka membantu menyegarkan fabrik, dan juga menghilangkan bau.
5) Jemur tilam di bawah sinar matahari. Sinar matahari sangat efektif dalam menghilangkan bau dan membunuh kuman. Jika cuaca tidak mengizinkan, sandarkan ia di bawah kipas sehingga kering.
Thursday, October 14, 2010
5 Langkah Memilih Cat Yang Sesuai Untuk Kediaman Anda
Bingung dalam menentukan warna tema / konsep kediaman anda?? Berikut adalah 5 faktor yang boleh dipertimbangkan sebelum menentukan warna kediaman anda;-
1. Pilih Warna Yang Dikehendaki
Untuk menimbulkan / memberikan mood yang selesa kepada penghuni, pemilihan warna yang tepat amatlah penting. Oleh itu, cara yang terbaik adalah bawa gambar kediaman atau beberapa sampel fabrik dari rumah ke kedai cat agar warna yang dipilih tidak lari daripada yang diidamkan.
Terdapat beberapa jenis cat yang berada di pasaran. Antaranya adalah jenis matte, glossy (berkilap) dan satin. Faktor yang membezakan di antara kesan kilatan pada sapuannya akan memberikan impak yang berlainan. Jadi, minta bantuan orang kedai dalam menentukan jenis cat yang betul-betul sesuai dengan kediaman anda!!
2. Padankan Sampel Fabrik
Bagi mereka yang telah mempunyai atau menempah langsir, bolehlah dibawa cebisan fabrik supaya boleh dipadankan dengan mana-mana pilihan cat pada katalog.
3. Minta Sampel Cat
Anda juga boleh meminta beberapa sampel cat yang dirasakan sesuai dengan tema / konsep kediaman anda.
4. Cuba Sampel Pada Dinding
Bawa pulang sampel yang diberikan ke rumah. Kalau boleh dari pelbagai jenama supaya anda boleh memilih mana yang terbaik. Tampalkan pada dinding yang bakal dicat dan jangan lupa untuk melabelkan setiap kepingan sampel dengan kod warna dari jenama apa untuk rujukan anda.
5. Pilih Yang Terbaik
Perhatikan sampel tersebut pada waktu siang, malam dan juga hari mendung. Pilih yang bersesuaian dengan perabot, aksesori dan keseluruhan dekorasi ruang kediaman anda.
Berikut adalah jenama yang popular di Malaysia;-
- Nippon Paint
- Jotun Paint
- Dulux
- SKK Paint
- KCC Paint
dan beberapa lagi jenama yang menawarkan harga yang jauh lebih murah!!

Subscribe to:
Posts (Atom)