Showing posts with label weddings. Show all posts
Showing posts with label weddings. Show all posts

Sunday, June 12, 2011

Entry Peram : Kenduri Belah Lelaki

wargh..!!
serius peram entry ni :
Majlis Menyambut Menantu My Baby Sister
actually, 28 Mei lepas.
tp baru skrg berkesempatan nk tempek gambar.

korang layan kan aje la eh! ;)

pengantin nya..

Asyraf xde.. sangat2 jual mahal utk bergambar. huhu..

keluarga besar ku :
mak abah, kami 4 beradik bersama pasangan & anak memasing
tp kat sini, akhirnya Asyraf berjaya dipujuk utk berdiri dekat ngan atuk.

bilik pengantin dirasmikan oleh kami! ahaks!

bergambar depan rumah pengantin b4 balik..

nway, sbnrnya aku sgt2 hepi!!
bleh tgk dari riaksi mu ku itew, kan? ;)
lalalala...

Tuesday, May 24, 2011

gambar ngan pengantin


ha.. hasil 'kidnap'an gambar dari FB.
gambar ku ngan pengantin & sipi2 gambar Asyraf yg ensem.



nampak tak Asyraf?
nampak tak?
nampak tak? hihi..

(dari kiri : wife along + anak 2nd along, me + ayra, kazen (oni) + anak kazen, wife lil bro)
(kt row depan lak : my opah + MIL oni)
Asyraf? ce carik.. ce carik.. hehe..

Monday, May 23, 2011

my baby sister's wedding


alhamdulillah..
kenduri kawen my baby sister dah selesai pd ahad lepas..
gambar, x byk yg dpt diamik sbb bz mengejar the kids spjg masa kenduri kt dewan tu.
(serius seronok dorg dpt lari2 kt dewan yg luas tu. hihi..)
akibatnya, aku byk bergambar guna kamera org lain je.. hahaha..!!

nk citer pjg, badan x abis lg penat.
sbb lepas kenduri, esok nya, Isnin, yakni hari ni,
awal2 pagi lg dah gerak ke Melaka utk hadir Bengkel 3 hari, smpai lusa...
(skrg ni pun sbnrnya tgh bersiar scr langsung dr dewan meeting ni. 
curik2 bukak blog di kala group lain tgh bentang hasil bengkel kt depan nun. hehe..)

so, maka nya, 
layan je la gambar2 dari kamera aku yg x seberapa, ye..
skit giler gambar yg aku snap.
gambar byk2 & comel2, dr kamera jurugambar profesional & kamera mahal.
nanti klau dah dpt, klau x lupa, aku apload kt sini ye..






gambarku diambil oleh Asyraf!


opss.. dah belek2 gambar kt kamera ni, 
baru perasan takde langsung gambar Asyraf yg super hensem time kenduri tu..

oh photograper profesional..
meh la gambar2 kami..
cacat rasanya takde gambar Asyraf ni. huhu..

my baby sister dah jadi isteri org..

congratulations to you, 
dear my baby sister..
dah selamat jadi isteri org dah ari sabtu (21 Mei 2011) yg lalu..


angah loves you & hope only the best for you.
pls do take care, dear..
(sedih! *tetiba je terjadi EMOSI. huhu..*)


Wednesday, February 16, 2011

wedding Adilah & Sep

ahad lepas ada kenduri kawen si Adilah & pasangannya, Sep Irran (yup! Sep tu bangsa Melayu..)
Adilah ni, jiran selang sebuah rumah ngan rumah parents aku kt Bangi..
a.k.a kawan baik my lil'sis dari sek.ren, sek.men, pre-tesl, smpai lah ke degree.

nama famili dilah ni ngan famili aku, agak unik sbnrnya ..
nama ayah dilah sama ngan nama atuk aku..
nama kedua2 kakak dilah pun, sama sejibik ngan nama aku & my lil'sis.
even anak sedara dilah (anak abangnya) pun sama ngan nama anak aku - Ayra.
dan semuanya itew tak dirancang, ok!!
agaknya mmg dah jodoh kami. hihi..

dan pertama kali dlm sejarah hidup aku, aku gi kenduri kawen pakai tshirt & seluar jeans.
(dan sesungguhnya aku bukan lah buang tebiat, ok! hehe..)
akibatnya.. mmg kena bebel la ngan famili aku. huhu..
alasan : sbnrnya planning nk pegi Sg.Buluh melawat baby baru abg ipar aku, tapi tak jadi very2 last minute. and atas sbb itew kami menyimpang terus ke Dewan tempat Adilah kawen kt Serdang..

tema kenduri, BIRU - cantik! sama ngan tema aku time kawen dulu. hihi..
makanan, sedap! caterer, D'Ju Catering - sama ngan caterer aku jugak time kawen dulu.. hahaha...!!
sah sah jodoh famili aku kuat ngan famili si Adilah ni. ahaks!


nway, Selamat Pengantin Baru & moga bahagia bersama hingga ke akhirnya.. amin..





Monday, February 7, 2011

kenduri kawen di Johor

sabtu lpas, kami berkesempatan gi kenduri kawen sepupu en.hubby...
kat Benut, Johor.. and kami blk hari tau!
pegi pagi, balik Nilai balik, petang tu juga.

syok seh...
lama giler nk jumpa sedara mara en.hubby belah Johor nun.
kami smpai sana, singgah umah abah en.hubby dulu.
pastu baru grak sesama ke kenduri.

cik moin, bapa sedara en.hubby menyambut kami kt depan.
(ni kes amik gambar candid. x sempat cik moin nak sengih. sori ye, cik moin!)

nampak bungkusan2 polisterin kt blkg cik moin tu?
bukanlah kami kena makan nasik bungkus..
tapi nasi jagung & lauk kenduri hasil rewang 3 ari, 3 malam org kampung tau..
kami.. dtg makan je. aci tak? sgt betuah punya anak sedara lah kami ni dtg makan je. mmg nk kena sekeh. hihi.. (maaf skali lg, cik moin..!! en.hubby ku bizi kalahkan PM. :P )
bungkusan2 tu sbnrnya utk bekal bawak balik lepas makan kt situ (adat jawa @ Johor)

lepas makan, kami reramai ngan sedara mara en.hubby, lepak bawah pokok kt situ smtara tunggu pengantin sampai.



smart lah Ayra pakai sunglasses daddynya tu!


kebek punya kebek, 
baru prasan gambar ni je yg ada gambar abah en.hubby.
(jejaka tampan yg pakai baju belang merah/kelabu, pakai songkok kt blkg nun..)

camner bleh tak teringat nk amik gambar ngan abah ni, tak tau la. huhu..

akhirnya, kul 2.40pm, pengantin pun smpai..
duduk kt luar rumah dulu smbil perati persembahan silat (asyraf panggil org otomen. hahaha..!!)



close-up pengantin, kazen en.hubby, Awang & pasangan.


ok! pengantin dah smpai..
so, apa lg?
balik lah! bye..!!

oh! gambar last -
aku, asyraf & adik en.hubby, Tini.. (yg kawen thn lepas)
Tini ni tgh preggy 7 bln tau. due, bulan April.
tp dlm gambar ni, x brape nampak lak perutnya. hehe,,


1 je gambar aku kali ni, kan?
hehe..


Sunday, December 19, 2010

Selamat Pengantin Baru, Dr.Hafez!!


kecil betul dunia ni..
Dr.Hafez, Timbalan Dekan salah satu fakulti kt ofis aku,
akhirnya bertemu jodoh ngan anak gadis jiran abahku..


Selamat Pengantin Baru, Dr. Hafez & isteri..!!
moga bahagia hingga ke akhirnya..
amin..

Monday, November 29, 2010

pertunangan Nadia..


semalam gi kenduri Nadia..
Nadia dah selamat dah jadi tunangan orang dah..

 (sukanya baju warna kelabu..! aritu berangan nk tema kelabu utk hari raya haji, tapi tak kesampaian..)

siapa Nadia??
Nadia ni, kawan se opis ku..
well.. dia duk jabatan lain.. tp still di bawah company yg sama..
and dia ni, adik kepada Cik Reena..
dulu, parents Nadia & Reena ni, pernah mengasuh Asyraf..
dari Asyraf umur 2 bulan, 
sampai la Asyraf berusia 1 tahun 6 bulan.
so, kiranya ni, 
bleh dikira ala2 jejak kasih jugak la ni.
hehe..

ni hantaran pihak lelaki utk perempuan.
sangat lah cantik.
i like!

hantaran belah perempuan, x sempat nk snap..
pihak lelaki dah angkut. huhu..

ni, Asyraf ngan Atuk Malek..
muka sangat moody sbb baru bangun tdo 
& x brape ingat dah kot si Atuk yg pernah ngendong dia tiap2 petang, 
jejalan kt depan rumah, 
sementara tunggu mama & daddy datang jemput..

Thursday, March 4, 2010

Kenduri Kawen nya Adik En.Hubby

cuti Maulidur Rasul lepas, adik bongsu en.hubby dah selamat jadik isteri orang..
alhamdulillah..

yang bestnya kenduri kt kampung ni, dorang masih gotong royong masak gulai (makanan kenduri). hihi.. 
smpai Ayra pun nangis2 pedih mata kena asap yg masuk umah. erk! 
 

Asyraf, tetiba jadik 'kubang' faveret di kalangan 'bunga2' sepupu n dua pupunya. hehe..
 

daddy dgn Ayra..
 
sian daddy tertido kepenatan urus kenduri adiknya smbil jaga anak. huhu...

 -----------------------------
haa.. yg ni plak kenduri belah lelaki, 2 ari selepas tu..
 
dari kiri : kakak en.hubby (preggy, tgh tgu ari ni bersalin je ni!), wife abang en.hubby, smbil riba Ayra, then Asyraf n Nabilah (anak abg en.hubby)

 
ini la orang kuat kami : Mak Adik (baju kunin) & Mak Muda (baju kelabu)


ha.. akhirnya ada jugak gambar kami berempat. hihi...

Wednesday, March 3, 2010

Tini - Isteri Orang Dah..

alhamdulillah.. ari Khamis malam Jumaat lepas, adik bongsu En..Hubby, Kartini, selamat dah dinikahkan dan jadik isteri orang..
kawen ngan org kampung tu jugak - Mohd. Azahar. si zahar nih warden penjara tau! jgn main2! hihi..

 
Asyraf suka beno sibuk orang nk makeup nih..


aku terima nikahnya...


selamat dah.. nah mas kawen. hehe..


ngan abah En.Hubby

Tuesday, February 16, 2010

Wedding 14.02.2010

cuti raya cina kali ni, sangat lah panjang :  4 HARI
sabtu, ahad, isnin & selasa
so, confirm la ramai gilos manusia kt Malaysia ni yg amik kesempatan balik kampung. dan wajib la menyebabkan laluan trafik di mana2 jem berkilo2 meter.

and bg kes aku, xde la punya!! 
sebab kampung aku (umah parents) kt Bangi je.. 30 minit dr Nilai. hahaha.. teruk kan? suka benar gelakkan org yg kampung jauh. x baik tau.. :P

apa da.. dah mengarut2 dah aku ni.

aku sbnrnya nk citer pasal journey aku ke Melaka untuk wedding kazen En.Hubby. hiiee...
tuan punya badan : Dr. Aziman (warga Klantan).. alkisahnya jumpa jodoh ngan Dr. Diyana (warga Melaka)
 Ayra : TIDO (x kisah keliling, kompang bingit pun wat derk je)
tp, spt biasa, kena kaco dek si Abang Asyraf yg dengki
aku, kemaruk nk bergambar kt pelamin. 
warna pepel tu!! sama warna ngan tema wedding aku dulu. ekekek..
(tetiba terimbas kenangan silam. wakakah..!)
Asyraf nk lari ye?? x bleh! 
meh mama nk dera bergambar kt pelamin dulu! :P
 hantaran..
(nampak x nilai nombor kt cek tu? hehe..)
aku & Cik Su Asyraf (adik bongsu En.Hubby)
(darah manis ni : nk kawen dah Maulidur Rasul nanti ni..)
kami bertiga..
(Ayra xde sbb kena kidnap ngan Cik Ngah dia (wife si abang kpd En.Hubby..)
 
haa...
ni la penculik Ayra tu.
En.Hubby menunjuk skill nyanyinya. 
nasib baik x hujan. hihi..
 
akhirnya.. slps suma org balik, baru sempat bergambar ngan pengantin.
(sangat BENCI gambar ini. wat aku nampak gemuk. huhu..)


dah setel suma, BALIK!!
stop jap kt hentian Ayer Keroh..
tukar baju Ayra suma.. Asyraf? selamat dah tdo. zzzzz....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails