Sepasang suami isteri sedang bertekak, bertikam lidah dan berbalah. Anak2 kecil pasangan tersebut berpelukan sesama sendiri melihat adegan tersebut dengan hanya satu pemahaman dlm benak kudus mereka. Terpinga2 dan tidak faham kenapa dan mengapa situasi tersebut tercetus. Sedar2 ibu mereka ditampar oleh si ayah. PANGGG~~~ . Panas di pipi si ibu..namun tidak sepanas hatinya. Si ibu dituruti anak2 keluar dari rumah mereka utk ke rumah makcik mereka. Berjauhan agar situasi reda. Memberi ruang antara mereka. Si ayah begitu menyesal. Rumahnya kosong tanpa gelak tawa dan tangisan. Lalu diturut si isteri dr umah kakaknya. Memujuk dengan tangisan. Begitu pilu dan menyesal dengan perbuatannya. Si anak2 mula berasa simpati. Rasa benci pada si ayah kerana mengasari ibu mereka luntur begitu saja. Menangis2 mereka mendapati si ibu meminta agar dimaafkan si ayah atas perbuatannya. Pedih remuk hati si ibu diketepikan. Tidak sanggup melihat cucuran air mata anak2, wajah yg terpinga2. Diketepikan ras...