Assalamualaikum...
Nak larik sekejap dari cerita pasal anak and famili. Cerita bab REZEKI pulak. Bila difikir-fikirkan, rezeki ALLAH ni amat-amatlah luas. DIA meberi rezeki kat kita dengan macam-macam cara, macam-macam kaedah. Mungkin rezeki naik pangkat, naik gaji, mengandung dan kelahiran baby baru, anak berjaya dalam pelajaran dll. Cuma apa yang kita boleh buat jangan berhenti untuk memohon kepadaNya agar sentiasa ditambahkan rezeki.
Aku imbas balik diantara rezeki yang ALLAH berikan kepada kami. Masa kelahiran anak pertama, ALLAH bagi rezeki dari segi kerjaya. Pas abis pantang dua bulan, SPA panggil tuk interview kerja, dan alhamdulillah aku berjaya dalam temuduga tersebut. Syukur sangat.
Masa anak kedua, ALLAH bagi rezeki kat kami dari segi wang ringgit. Alhamdulillah hasrat kami untuk ada rumah sendiri tercapai. Proses untuk memiliki rumah pun tak susah, sekejap je dah lulus.
Masa anak ketiga, ALLAH berikan kejayaan kepada aku dalam menghadapi peperiksaan, sebab masa aku pregnantkan Hafiy aku ada amik exam dan alhamdulillah keputusannya aku lulus.
Itu diantara rezeki yang ALLAH berikan melalui zuriat, kan ke setiap anak tu ada rezekinya. Jangan sesekali kita merungut bila ALLAH lambat memberikan rezeki. Itu tak bermaksud ALLAH tak memakbulkan doa kita :
Kesimpulannya sentiasalah kita berdoa dan memohon semoga ALLAH memperkenankan segala doa kita kerana ALLAH itu MAHA PEMURAH.
Sekian, Wassalam...