Sunday, January 31, 2010

dah lemau macam limau~


malam tadi entah lagu apa yang dj dj radio tu pasang. tak ada yang menaikkan mood aku pun. lagu techno macam kat disko, lagu lemau dan mendayu. itu yang dipasangnya.

tukar tukar saluran. tiba tiba ada football highlight. dah rasa macam dengar astro saja [bayangkan tibi rosak tak ada gambar]. wah! accent orang putih memang berhabuk cakap pasal spurs, liverpool dan...erm..entah. dengar saluran tu sampai menguap dan terlelap. sedar sedar dah ada game. malas nak tahu siapa lawan, terus tutup. tidur.

hari ni layan lagu pilihan sendiri.

ken hirai - boku wa kimi ni koi wo suru
arctic monkeys - the view from the afternoon
owl city - the bird and the worm
extreme - more than words
taylor swift - you belong with me
911 - baby come back to me
abba - the winner takes it all
avril lavigne - happy ending
willie nelson & julio iglesias - to all the girls i've loved before
gym class heroes ft. the dream - cookie jar

oke. dengar sampai muak. dengar sampai lemau. lepas ni, entah kurun berapa baru aku dengar semula.
oke. memang tak ada lagu ajar bismillah. memang tak ada lagu ajak baca quran. itu tak payah komen pun aku tahu. aku memang lagha....[keluh]

erm..sekarang memang jarang buka blog. dan mungkin dalam bulan depan juga akan kurang kongsi idea, cerita dan masalah dengan 'diri sendiri'.
mungkin akan mengendap sekejap sekejap di mana mana dari sini.
mungkin akan tinggalkan jejak tanpa fikir. maaflah jika nanti bahasa adalah kasar. [keluh]

Friday, January 29, 2010

cerita semalam~

sampai saja ke rumah dari tempat kerja, naomei dah kena rogol kot.

yang lelaki keluar dari semak betulkan seluar macam baru lepas kencing kat tandas pesen kena berdiri.
yang perempuan merangkak keluar dari semak dengan muka takut takut macam dah buat salah. juga seakan akan terpancar riak kepuasan.

kemudian yang mamat bernama a'ar [mungkin boleh juga disebut "ha'ah"] kena gelak sakan dengan cik kapitalis.
aku pun gelak tapi secara terkawal.
bukan apa, gaya rambut serabai mamat tu tak boleh terima wei!

aku tak faham kenapa pula semalam cik kapitalis tak buka saluran korea seperti selalu selalu.
 kadang kadang rasa macam cerita "euuwww" pula tengok drama tu.

oh! maaf pada yang rasa tercabar, terhina atau yang seumpama dengan nya.

Tuesday, January 26, 2010

mimpi~

selalu aku dengar orang kata, apahal kau hari ni? mimpi apa sampai rajin sangat datang sini?




kalau.
malam tadi aku mimpi aku kahwin. [bukan bernikah atau bersanding]
kalau mimpi macam tu.
apakah patut aku buat?
adakah aku tak boleh malas malas?


tapi.
memang tiap tiap pagi aku rajin mandi~








perhatian: aku tak tahu font apa yang aku guna dahulu. jadi akan guna saja font ini...

Friday, January 22, 2010

baik buruk~

dalam minggu ini...

1. enchek pengawas asyik bagi kerja ketika lima belas minit lagi mahu tamat jam bekerja - tak baik
2. enchek bos dah kurang marah marah - baik
3. dapat jumpa dan berbual lama dengan kawan kawan yang lama tak berhubung - baik
4. kereta cik kapitalis rosak di parking basement sunway pyramid...[keluh] - tak baik
5. jumlah perbelanjaan dari satu haribulan sehingga kini mencecah hanpir lima ribu? - baik?
6. sakit bahu tolak kereta cik kapitalis yang rosak di parking basement sunway pyramid - tak baik
7. tidur nyenyak dan bangun pagi tanpa rasa mengantuk - baik
8. malas mahu pergi ofis pagi pagi dan berjumpa dengan orang yang tak mahu dilihat. rasa mahu cuti saja seminggu ini - tak baik
9. dagu berdarah akibat penggunaan alat senaman secara salah - tak baik
10. sudah berani menakutkan dengan mengugut membaling batu pada anjing - baik

banyak lagi sepatutnya....tapi kerana terlalu teruja dan gembira, aku tak dapat berfikir secara waras. perlu tenangkan diri agaknya.

Wednesday, January 20, 2010

lari~

lari!!!

saat ini aku rasa seperti mahu lari ke tempat yang boleh menenangkan aku.
entah mana tempat tu. aku pun tak tahu.
yang pasti bukan di sini.

muak.
jelak aku dengan muka muka dan perangai masing masing.

dayus.
pengecut.
itu saja yang buat aku bertahan dan tak larikan diri.
untuk elakkan diri daripada digelar begitu.

entah.
aku fikir lari bukan menyalahi apa apa pun.
entah.
mungkin aku tak mahu lari. tapi mahu kejar.

kejar.
aku ada buruan yang mahu aku kejar saat ini.
kalian. doakan aku berjaya, ya!
bila ada matlamat aku tak rasa terumbang ambing lagi.
maju ke depan.
banzai!!!
[senyum]

Tuesday, January 19, 2010

bercinta~

mak bapak pun benci kalau macam ni!
[apai. aku pinjam guna ayat kau ya.]

benci betul kalau lima minit lagi nak balik, baru nak jumpa aku kasi kerja yang macam macam.
memang boleh aku tangguhkan sampai esok. tapi esok pagi pagi nanti aku tengah nak siapkan, masa itu lah dia nak tengok.

bagi kerja akhir akhir waktu pejabat yang buat aku bercinta nih!



kata abang zizan, bercinta ni adalah apabila orang tu rasa malas dan buat kerja dengan berat hati. contohnya, mengemas setelah kenduri.
adui....memang bercinta~

ya. aku tengah bercinta!

Monday, January 18, 2010

firasat~

banyak benda yang aku nak buat.
banyak ilmu yang mahu aku pelajari.
banyak perkara yang aku nak lihat.
banyak tempat yang aku mahu pergi.
banyak pengalaman yang aku ingin tempuhi.
banyak makhluk yang aku ingin jumpa.

banyak buku yang aku mahu baca.
banyak lagu yang aku mahu dengar.
banyak cerita yang aku mahu tonton.

tapi.
berapa banyak saja masa yang aku ada?
agaknya.
aku sudah terlalu tamak.


nakama.
kawan kawan.
maaf ya.

aku ada firasat yang buruk.
tahun ini entah kita ada banyak masa untuk diluangkan bersama entah tidak.

Thursday, January 14, 2010

percuma~

semalam.
kalau pergi kenirok, pesan satu set ayam, boleh dapat lagi satu set percuma. syaratnya cuma pakai pakaian berwarna merah. aksesori kecil kecil pun boleh juga.

kata cik kapitalis lah.
lalu, apa nak tunggu. aku terus ajak dia. sambil berharap dia akan belanja.

pergh!!!
berderet orang beratur masa kami sampai. pakai baju merah masing masing. paling koman pun pegang telefon bimbit merah. yang penting masing masing ada warna merah. aku syak, kalau tunjuk mata merah pun dia kata boleh. [ketawa]

aku pakai baju merah tapi tutup dengan sweater [kalau boleh dikata begitu] warna lain. konon konon, bila orang tu kata tak boleh dapat percuma satu set, baru lah tunjuk baju merah. [ketawa]

tapi dia tak tanya pun mana baju merah aku. terus ambil pesanan. mungkin masa bayar kot...eh? tak adalah sampai kecewa dia tak tanya.

tapi memang dapat percuma satu pinggan. walaupun kami tak tunjuk apa apa yang warna merah.
serius.

dan semua orang macam kena paksa makan set itu saja.
aku syak, bila orang nak makan spagetti, dia akan kata 'not available today'.
aku agak saja.

Tuesday, January 12, 2010

petang~

petang petang. bila hujan.
masa kecil.
mak suka buat cucur udang. cecah sos cili. makan panas panas.
sorga~

petang petang. bila balik dari kelas terahkir pada hari itu.
masa belajar.
beli keropok lekor depan pintu pagar kolej jati. makan sambil tengok tivi [setelah pastikan orang tak ada] bawah pendingin hawa suhu paling rendah.
sorga~

petang petang. bila hujan dan sejuk begini.
masa sudah bekerja.
alangkah bahagianya kalau dapat lakukan aktiviti luar yang aku suka.

terfikir nak pergi restoran gembira makan roti canai. tapi dia jual roti canai pagi ja. petang petang kuew tiau kerang adalah terbaik.

erm...berfikir.
siapa yang mahu dijadikan mangsa untuk belanja aku makan.
[gelak syaithon]

Monday, January 11, 2010

katil~

mak dah bising bising.
bilik aku bersepah bila tak ada katil.
lalu mak mahu pindahkan katil semula ke bilik aku.

tanpa katil.
aku bebas baring atas lantai lepas balik kerja. humban saja baju di tepi sebelum masukkan ke dalam mesin basuh esok pagi.
sebelum tidur, lepak lepak baca buku/majalah. biarkan saja majalah bersepah lepas habis baca dan kemas pada hujung minggu [kalau tak keluar ke mana mana].

buku buku juga bersepah kerana rak sudah tak muat.
maka.
semalam adalah hari bertungkus lumus mengalihkan semua buku/majalah yang bertimbun.
dan.
beli rak buku yang baharu.

oke lah.
kena tidur atas katil semula tak apalah.
tapi kenapa bagi cadar warna merah jambu?
bunga bunga pula tu!

oh ya!
pagi tadi ada kesan darah atas cadar merah jambu berbunga bunga tu.
kenyang betul nyamuk tersebut. lena betul tidur sampai tak sedar banyak nyamuk seperti selalu.
[juga hampir terlajak tidur!]

Thursday, January 7, 2010

sibuk~

entah kenapa. sibuk selepas tahun baru semakin menjadi jadi.

orang masuk sekolah, bersemangat.
aku kerja, hilang mood.
siapa siapa yang terjumpa mood aku tu, sila simpankan dahulu, ya.

tadi.
telefon berbunyi. enchek bos telefon.
aku pelik. yalah, padahal baru keluar dari bilik dia. lagipun jarak bilik kami sekangkang kera saja pun. [tapi belum test ukur dengan kera lagi]

aku tak jawab.
aku terus mengadap dia.
kata dia, oh. sorry. saya bukan mahu call kamu.

aku syak.
dia tahu aku sibuk buat monthly report sambil sibuk ym.

Tuesday, January 5, 2010

setahun~

hari ini selepas setahun.

klik sini.

adakah masih begitu?
takkan bertahan hanya setahun?

oke.
jangan hangat hangat tahi ayam!




perhatian : tapi masih tak tahu apa pembaharuan yang mahu dibuat di sini.... bukan risau orang lain jemu. risau diri sendiri muak.