Follower Tersayang

Friday, March 22, 2013

Sikap Biar Cantik.

Gambar ehsan Google.

Hai..
Bertemu lagi..:-)
Hari ni kita belajar Peradaban Manusia..
Ecehhh..Macam tak kena aje. uhhuhu..

Apa yang saya nak cerita ini berdasarkan pemerhatian dan juga pengalaman sendiri. 
Wah.. Macam serius aje bunyinya. 

Perkara terjadi baru-baru ni membuatkan saya nak bercerita di sini. 
Anggaplah kita sebagai penjual contoh.. nasi lemak. Dia menjual nasi lemak, dia bukan hamba anda ya. 
Kenapa saya kata demikian?
Ha.. kerana dari pemerhatian sayalah..

Kebanyakan kereta-kereta besar sampailah yang naik kancil. 
Kalau kamu nak beli nasi lemak, kuih atau apa saja, sila parking kereta dengan betul dan tak mengganggu lalu lintas kemudian turun dan beli.

Saya cukup pantang kalau orang datang nak beli, 
dia parking depan gerai, turunkan tingkap dan jerit.
"Kuih apa ada?" 
"Nasi lemak lauk apa ada?" 
Penjual pun bagitau apa yang ada.
Dia pun order. Tapi dia tak turun!
Dia duduk dalam kereta dan tunggu dan menganggap penjual itu terkedek2 berlari ke arah anda dan berikan pesanan anda.

Haila..
Belajar beradab sikit boleh tak?
Nak2 orang yang kelas2 atasan ni.
Agaknya semua orang2 bawahan dia anggap sebagai kuli dan orang suruhan saja.
Sebab dah terbiasa. 
Tak bolehlah macam tu. 
Kalau saya nampak macam tu, memang saya geleng kepala aje. 

Belajarlah hormatkan orang walau siapa pun dia. 
Apa salahnya turun dan pilih sendiri.
Bukan susah pun. Tak terjejas lemak-lemak bontot tu!
Ish! Ish! Ish!

Saya nak tanya anda
Berapa orang yang bila kita pesan minuman dan makanan kat restoran,
lepas dia hantar pesanan kita ucapkan terima kasih dengan senyuman??

Sebab apa yang saya lihat,
orang duk buat muka kekwat lepas pekerja tu hantar makanan. Semua pun feeling2 customer always right. Urgh!

Kbye..

4 comments:

CintaZulaikha said...

eh, aku ucap terima kasih...:)

Hanny Esandra said...

bagus2..

JeeMacey said...

cik hanny..depa tu mmg..menyakitkan hati...turun ler sendiri..sakit jiwa dgn org mcm ni

Fendi BL036 said...

hohohohoh....mesti pernah kene kan?