! ! BajuLusuhSeluarTampal: jatuhkan bangsa sendiri

Pages

Friday, April 22, 2011

jatuhkan bangsa sendiri

entri ini tak ditujukan kat mana-mana bangsa atau suku kaum mahupun suku sakat. ini untuk semua.



pernah dengar tak ayat macam ni ?

" kerja nak jatuhkan bangsa sendiri je ko nih! "

" ini la melayu jatuhkan melayu "

semua orang ada rasa nak pertahankan bangsa sendiri kan, bezanya cuma kuat ke tak kuat je perasaan tu... ramai orang suka ayat lebih kurang macam kat atas tu bila ada orang tegur dia...gunakan alasan sebangsa untuk bagitau orang yang tegur tu tak patut tegur dia...

aku tak tau la taktik gunakan nama bangsa ni betul ke salah... tapi cuba pikir sekejap, kalau orang tu buat benda salah, takkan kita tak patut tegur dia walaupun terang-terang dia buat benda salah.

ni contoh :

Babafemi Azagba seorang pegawai kerajaan berbangsa Uganda yang popular kerana posisi beliau di pejabat cukai dan juga rambut beliau ala ala justin bibir versi kulit gelap. bila tiada kerja di pejabat, beliau menjongketkan kerusi ke belakang sambil mendengar lagu noraniza idris di ipood beliau. bila beliau tidak mendengar lagu noraniza idris, beliau biasanya sibuk mengambil rasuah dari orang awam.

Dumaka Olatundem, rakan sepejabat Babafemi Azagba, dia tahu pasal rasuah-rasuah itu. lantas Dumaka pun menegur dalam bahasa ibunda,

"wala kuchukua rushwa, ni makosa"
(jangan amek rasuah, salah ni)

namun Babafemi laju saje membalas,

"wewe si busy. hawana na nataka kuweka watu wetu wenyewe kay hutaki watu kuwa tajiri?"
(kau jangan sibuk. tak perlu nak jatuhkan bangsa sendiri. kau tak nak tengok bangsa kau sendiri jadi kaya?)



aku rasa kan,  tak payah la nak guna nama bangsa nak pertahankan benda keji yang ko buat tu, kalau buat benda terkutuk, tak payah nak seret bangsa ko sekali...itu yang sebenarnya menjatuhkan bangsa sendiri.

3 komen komen oltromen:

noreply@blogger.com said...

kita hidup adalah mewakili diri kita sendiri.seseorang itu tidak boleh dilihat sebagai mewakili suatu bangsa dan inilah yang selalu terjadi dinegara kita yang menyebabkan politik sempit berleluasa

Mujaddid said...

Bagus entry nie.Menghalalkan yang haram menggunakan tiket bangsa,erk,sakit :(

makno said...

hahaha... dlm quran ade sebut "manusia mudah lupe"
tp malaysian suke sebut "melayu mudah lupe"
*moral- kite sdiri yg merancang baik buruk mase depan ank cucu kita.

Post a Comment