! ! BajuLusuhSeluarTampal: April 2011

Pages

Tuesday, April 26, 2011

aku benci starbucks

sejak datang negara ni, aku mula kenal kopi lebih dari sekadar nescafe dan kopi O kat kedai mamak. ada la pulak senior aku yang mengajar orang-orang lain pasal kopi. sekarang sume orang dah terminat pulak kat kopi, termasuk la aku.

orang jermen ada byk budaya, tapi budaya yang aku boleh ikut tak banyak sebab budaya diaorg macam beer, makanan-makanan fancy....bukannya halal, dah la macam semua makanan nak letak babi.... budaya minum kopi ni je la kot yang halal ikut aku follow...

jom balik kepada tajuk berwarna hijau itu. aku rasa kalau nak cari minuman sejuk yang fancy, memang starbucks sesuai la. tapi kalau nak minum yang panas-panas, yang minuman tu duduk comel dalam cawan / mug keramik, tak payah la pegi starbucks.

setiap kali aku tengok harga starbucks, rasa nak pegi bagi salam kat cashier tu, lepas tu tumbuk perut dia laju-laju. kesian kat cashier, dia cuba nak cari makan je kot...

tak payah tertipu dengan kopi starbucks, aku tak rasa kedai tu hebat sangat sampai layak nak jual dgn harga mengarut. banyak lagi kedai-kedai kopi lain yang kecik, tapi interior cantik, siap letak mesin panggang biji kopi untuk pelanggan tengok lagi. puas hati dapat tengok biji kopi yang dipanggang tak hangus.

ni pulak bahagian sejarah trivial:

kopi americano, adalah cuma sejenis variasi air kopi cair. masa zaman perang dunia kedua, askar amareka syarikat datang sampai masuk ke eropah. mereka juga mahu minum kopi walaupun sedang sibuk berperang dengan nazi.

namun, agak malang di situ, kopi yang mereka jumpa terlalu pekat berbanding kopi di kampung halaman mereka (amareka syarikat). dari situ timbul idea untuk order espresso, lepas tu tambah air nak bagi cair. jadi terhasil la kopi americano yang sangat cair itu.

ni nasihat kesihatan:

jangan minum kopi banyak-banyak, tak sehat langsung.

ni untuk mereka yang baru belajar  :


infographic asal milik http://www.lokeshdhakar.com,
gambar yang sangat bes ni bukan milik aku.
i know it's an old infographic, but sharing it just feels right.

Monday, April 25, 2011

jalan-jalan panjat bukit : castle neuschwanstein

sebab cuti aritu dari jumaat sampai isnin, dan aku rasa aku akan jadi loser kalau duduk rumah je. aku pun ikut la kawan-kawan aku ni berjalan pegi tengok-tengok castle. bosan gile pegi castle, ni dah castle ke berapa la aku pegi...

cerite sikit pasal neuschwanstein, castle ini duduk betul-betul kat selatan jermeni, kat pergunungan alps. baru berusia seratus tahun lebih. castle ni jugak yang jadi inspirasi disney untuk replika castle snow white kat disneyland. walaupun castle ni bersaiz besar la jugak, tapi sebenarnya cuma 1/3 je yang berjaya siap, tokeh castle ni mati muda la plak. kontraktor binaan pun laju je lesap lepas tu. tuan punya castle dapat duduk kat castle tu setengah tahun je sebelum mati.

mungkin ada yang kenal bila tengok gambar ni:

foto dari http://www.biltongmakers.com , bukan milik aku

pagi-pagi dengan semangat membara aku bangun awal, lagi awal dari hari aku bekerja... pasal nak kejar tren la ni....dah la kena naik tren pukul 630 pagi, sampai kat kaki bukit tu pukul 12 tgh hari... hahahahaha, 5 jam setengah perjalanan, itu baru sehala..

puas hati beb ! sebab ni :

mengikut syak wasangka aku,
ada sekolah menengah kebangsaan hogwarts kat hujung tasik tu.

yang single je masuk gambar,
yang dah kawen jadi tukang amek gambar

suka-suka hati je panjat tebing ni,
konon-konon nak amek gambar castle cun-cun la...

foto panjang, memang patut la ada orang buat castle kat tempat macam ni.

ni gambar yang paling berharga

dari banyak-banyak castle aku pernah tengok, memang ni yang paling cun...

*semua foto boleh membesar bila diklik
**semua foto hakmilik hanafijaafar, kecuali dinyatakan

aku begini bila benda kecik pun nak emosi, maaf.


tahu benda apa ni? ini makanan yang sedap, masuk kategori pastri.


gambar dari http://flouronmynose.blogspot.com/ , aku tak memiliki foto ni.

pastri-pastri ciptaan orang putih ni makin banyak kat m'sia. sebab apa makin banyak? sebab banyak gila kursus-kursus ajar orang camne nak buat pastri lepas tu bukak bakeri jual benda-benda ni. bagus jugak bila kursus membuat makanan ni makin banyak, tak payah aku sibuk-sibuk nak blaja buat kek / roti / pastri , beli sudah...

oh, balik ke gambar tu. namanya croissant, bukan crossant ye rakan-rakan... bagi aku, huruf "i" tu sangat penting.

nama lain yang kurang popular adalah crescent atau crescent roll. orang jermen kadang-kadang panggil benda ni "tanduk kecik" , tapi nama croissant tetap lebih femes.

camne nak sebut? malas plak nak cite, sebab perkataan ni datang dari perancis.

[edit] tajuk entri macam tu sebab aku kecewa ramai tak tau ejaan (erk...dan sebutan) sebenar makanan yang maha sedap ni.

dan tak lupa nak cakap, aku suka croissant ni dah lama dah, bukanlah dah sampai jermeni baru nak suka makan croissant.
tapi masa aku 1st sem dulu, aku suka gila dgn croissant berisi soft cheese yang ada jual kat cafe, tak sampai 6 bulan je berat aku naik 10 kg, hebat gilos !!

Friday, April 22, 2011

jatuhkan bangsa sendiri

entri ini tak ditujukan kat mana-mana bangsa atau suku kaum mahupun suku sakat. ini untuk semua.



pernah dengar tak ayat macam ni ?

" kerja nak jatuhkan bangsa sendiri je ko nih! "

" ini la melayu jatuhkan melayu "

semua orang ada rasa nak pertahankan bangsa sendiri kan, bezanya cuma kuat ke tak kuat je perasaan tu... ramai orang suka ayat lebih kurang macam kat atas tu bila ada orang tegur dia...gunakan alasan sebangsa untuk bagitau orang yang tegur tu tak patut tegur dia...

aku tak tau la taktik gunakan nama bangsa ni betul ke salah... tapi cuba pikir sekejap, kalau orang tu buat benda salah, takkan kita tak patut tegur dia walaupun terang-terang dia buat benda salah.

ni contoh :

Babafemi Azagba seorang pegawai kerajaan berbangsa Uganda yang popular kerana posisi beliau di pejabat cukai dan juga rambut beliau ala ala justin bibir versi kulit gelap. bila tiada kerja di pejabat, beliau menjongketkan kerusi ke belakang sambil mendengar lagu noraniza idris di ipood beliau. bila beliau tidak mendengar lagu noraniza idris, beliau biasanya sibuk mengambil rasuah dari orang awam.

Dumaka Olatundem, rakan sepejabat Babafemi Azagba, dia tahu pasal rasuah-rasuah itu. lantas Dumaka pun menegur dalam bahasa ibunda,

"wala kuchukua rushwa, ni makosa"
(jangan amek rasuah, salah ni)

namun Babafemi laju saje membalas,

"wewe si busy. hawana na nataka kuweka watu wetu wenyewe kay hutaki watu kuwa tajiri?"
(kau jangan sibuk. tak perlu nak jatuhkan bangsa sendiri. kau tak nak tengok bangsa kau sendiri jadi kaya?)



aku rasa kan,  tak payah la nak guna nama bangsa nak pertahankan benda keji yang ko buat tu, kalau buat benda terkutuk, tak payah nak seret bangsa ko sekali...itu yang sebenarnya menjatuhkan bangsa sendiri.

pasal entri yang lepas :


aku cuma on sarcasm je, aku dah cuba sedaya upaya nak bersikap sarkastik... kali ni aku cakap terus-terang je...


lecture = kuliah


lecturer = pensyarah

sebabnya dah slalu sgt aku dgr student U sebut perkataan "lecture" tapi maksudkan "lecturer". rasa kesian pun ada.

"lecture aku hari ni emo gile dowh, ada ke dia suruh aku guling-guling atas lantai sebab aku kentut dalam cafe tadi...macam siot!"

"lecture mana ni? kalau yang botak tu memang perangai dia macam zirafah sket...aku lagi suka ponteng je kelas dia."

sebenarnya, menjadi bodoh adalah hak asasi masing-masing. kita tak boleh paksa orang jadi pandai... tapi kalau dah masuk U pun tak reti nak bezakan "lecture" dengan "lecturer", aku rasa tak layak la nak masuk U.


gambar sekadar hiasan, hakmilik diri sendiri
oh, lama jugak rupanya tak tulis kat blog sendiri. konon-konon sibuk la jadi buat praktikel, kerja sampai 11 jam sehari lepas tu balik rumah rasa nak tido je...

Tuesday, April 12, 2011

aku tak layak cakap hal ni, budak U je layak

ye, aku tak layak. sebab aku tak masuk universiti tak kira la IPTA atau IPTS, hal ni memang aku tak boleh nak cakap sangat, aku rasa nak bebel panjang tapi bila tengok cermin, rasa diri ini bakal dipandang hina. lagi-lagi bila dibandingkan dengan student universiti yang memang komfem layak nak jawap pasal benda ni.

halnya satu je :

lecture ke lecturer ? ke dua-dua tu sama ? ke ada maksud lain-lain?

haha, tadi kata ada satu hal je, tapi sampai tiga tanda soal apahal...!

bercakap pasal hina, teringat entri lama : jangan hina aku sebab aku pelajar luar negara

gambar ini betul, tapi sekadar hiasan

Monday, April 11, 2011

ada kecacatan yang kita suka

lesung pipit, benda yang dipandang cantik lagi-lagi kat asia. tapi ramai tak tahu,  lesung pipit terhasil dari attachment muscle zygomaticus major yang tak menjadi dengan betul. (betulkan aku kalau aku salah)

walaupun aku sekarang dah tau lesung pipit tu kecacatan, tapi aku tetap rasa lesung pipit tu satu benda yang cantik...

oh, kepada mereka yang takde lesung pipit, masih ada harapan untuk ada lesung pipit suatu hari nanti. dan kepada sape-sape yang ada lesung pipit, lesung pipit tu boleh hilang.

Saturday, April 9, 2011

langit biru

**




langit biru, hujung minggu, alasan yang baik untuk pergi jogging, hahahahha...

mood hujung minggu adalah sangat terpengaruh dengan a fine frenzy
**gambar hak milik hanafi jaafar

Thursday, April 7, 2011

20 tabs itu tidak sedikit.

bila aku nak blogwalk blog yang aku tak pernah sampai, biasanya aku akan buka lebih kurang 20 tabs kat google chrome serentak. jadi aku pun mula membaca / mengkomen blog orang. aku tahu aktiviti ini memang menelan RAM aku, tapi takpe, aku bayar untuk RAM aku, aku nak pakai sampai lebam.

jadi bila aku bukak sekali 20 tabs, ada beberapa blog akan autotune.

hasil : aku dapat remix lagu rihanna + ramli sarip. memang sedap abes la dengar lagu remix yang tak pernah dibuat orang, hahahhahahahahahaaahha...

6dollarshirts ada buat tshirt dengan ini, hahaha....


tak tak tak... aku tak suka dengar lagu remix pelik, dah la kualiti audio sangat menyedihkan... jadi akibatnya aku terpaksa mute suara google chrome. ini yang aku tak suka, sebab aku dengar lagu dari grooveshark.com

grooveshark tu apa? itu website streaming lagu yang ada koleksi hampir lengkap, lagu-lagu yang orang lain tak pernah dengar pun banyak jugak. memegang Alexa rank 1007 dari website seluruh dunia... please note; it's a legitimate music site. 

begitulah kisahnya kenapa aku tak gemar dengan autotune, apa-apa pun jangan lupa, autotune bukan jenayah dan tidak salah pasang autotune.

Wednesday, April 6, 2011

patik tidak patetik

aku tak rasa sesuai la bila facebook tu ada orang guna untuk tulis semua benda yang dia pandang, yang dia makan, yang dia hidu, yang dia sentuh. jadi sebab aku tak suka, aku pun hide semua post dia sebab aku rasa kesian dan makin kesian tengok dia macam tu. dia tak rugi apa-apa pun aku tak baca post facebook dia, dan aku boleh sambung hidup dengan tenang.

aku tak kata benda tu salah, tak boleh buat ke apa... tapi nampak macam takde kehidupan je, hidup melekat kat facebook. mungkin patut cari kawan dalam dunia sebenar, bukan cari facebook. aku pilih perkataan ni dari kamus dewan bahasa pustaka versi dalam talian : patetik.

dan kepada orang yang tak suka kat orang yang tulis terlalu banyak kat facebook, takyah la pergi kutuk dia ke, buat ugutan bunuh ke. bukannya wajib baca pun semua benda kat facebook tu, hide je la... jangan jadikan kecetekan ilmu facebook buatkan kita nampak bodoh...facebook je kot, kalau tak paham bahasa orang putih, pilih je la bahasa melayu, tak ada apa nak dimalukan...

dah la balik-balik gaduh benda sama je, macam malaysia indonesia plak kan...
akhirnya semua tu balik kat satu benda je, satu ni je...





funny facebook fails - Ain't That the Truth
see more Failbook


gambar ihsan dari failbook.failbook.org
serius aku suka baca failbook, ini sejenis motivasi, aku tak tipu.

Tuesday, April 5, 2011

israel sembelih 18743 orang hari ini dengan mesin pemotong rumput berkuasa solar, sempena perayaan tahunan ?

aku benci israel, korang pun benci israel jugak rasanya.

tajuk entri kali ini memang ntah pape, macam makcik gila trafik punya tajuk, tapi biasanya golongan gila trafik suka buat tajuk lucah ataupun curik tajuk suratkhabar metro je, hahahha....

berbalik kepada tajuk, takde tempat lain kat dalam internet korang boleh jumpa tajuk tu, sebab benda tu tak betul, dusta semata-mata, tipu, pembohongan.....

benda yang bohong, tapi bila kita iyakan jugak, jadi fitnah tu.... tak kisah la yang ko fitnah tu jelas-jelas orang jahat, walau israel sekalipun. ya, israel jahat, tapi tetap berdosa memfitnah kalau kita menabur fitnah kat israel.

bukan aku sokong israel ke apa, cuma ada benda kita lupa bila hati dah benci sesuatu kan. bila kita marah, kita lupa batas, kita lupa takat mana yang kita dibolehkan buat sesuatu.

sketch belongs to the copyright holder, i don't own this.
click image for backlink.



oh, aku bukan tulis pasal fitnah sebab aku berdepan masalah fitnah. alaaa...ada sesetengah orang bila berdepan dengan masalah tertentu baru nak quote ayat quran, hadis bagai. bila takde masalah tertentu, lupa pulak tanggungjawap nak share ilmu....

dan, sape tak percaya mesin pemotong rumput berkuasa solar tu wujud, boleh tengok ni

dari http://www.husqvarna.com ; brand : husqvarna

benda kedua tak bes dalam dunia ni selepas israel adalah.............:      autotune bila aku blogwalking

buat potong stim aku tengah layan internet radio je... tapi autotune bukan jenayah, masih hak korang la nak pasang autotune ke apa..

Monday, April 4, 2011

menjawap entri sendiri

soalan-soalan ni aku pernah letak kat blog ni sendiri, malas plak nak backlink entri sendiri, yang penting soalan dan jawapan kan...

kasut bata bukan dari malaysia ?

jenama kasut bata datang dari tempat yang sekarang dah jadi negara republik czech ( dulu czechoslovakia, dan dulu lagi austro-hungarian empire). tapi hari ni berpangkalan kat switzerland. walaupun banyak kilang dan kedai kasut bata kat malaysia, dan banyak kasut bata dalam almari kasut korang, kasut bata bukan dari malaysia.

dan sebutan sebenar bukan seperti yang korang biasa sebut, sebutan sebenar bunyi macam "baca". berasal dari nama pengasas Tomáš Baťa .


blog tu apa?


perkataan blog berasal dari perkataan weblog. nampak? web + log .
mempunyai ciri-ciri suka simpan tarikh dan waktu, sebab tu ciri paling penting kalau nak dipanggil blog. kalau takde tu, jadi website biasa je la.


dalam bahasa melayu, ejaan yang betul adalah "blog", bukan "belog" atau "bolog" mahupun "bolognese".


nah link ke kamus dewan sebagai bukti: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=blog

anjakan paradigma ?

paradigma itu adalah : trend utama, model yang jelas tentang kedudukan sesuatu, dan ada beberapa lagi.

Saturday, April 2, 2011

tolong jawapkan untuk aku pulak...

kenapa orang kita rajin betul mengejar kulit putih, cerah.... lagi-lagi perempuan. aku tak faham...?

aku rasa kalau kulit dah putih sangat, sekali ada jerawat naik (apa-apa kecelaan lain pun boleh), lagi senang nampak ada la.

aku lagi suka kulit yang tanned atau mudah jadi tanned, ini aku sendiri la. korang nak suka macam mana, sukati korang la kan...

tak salah pun mengejar kulit cerah, tapi kenapa masyarakat terkejar-kejar sangat, setiap brand krim kulit nak buat produk pencerahan. termasuk la brand tempatan yang buat iklan tak menarik selama 10 saat kat tv.... alaa...yang gambar statik je tu, pastu ada la akak mana ntah jadi tukang cakap..