Jangan Lumpuh Pada Kegagalan. Jadikanlah Kegagalan Sumber Kekuatan.
September 26, 2012
Assalamualaikum w.b.t
Minta maaf jika anda masuk saja blog ini, ada lagu autoplay. Rata-rata orang (especially Blogger) memang tak suka lagu autoplay di blog. Bertambah tak suka bila cari butang 'pause' tak jumpa. Bertambah hangin satu badan dibuatnya. Hehe. Rileks. Sabaq. Aku hiddenkannya. Letak sat saja lagu ni kat blog. (Eleh kalau letak lama pun macam ada je yang sudi bertandang ke blog usang hari hari ni?)
Jadi itulah mukadimah untuk entri kali ini. Mukadimah berbasa basi orang kata. Mahu teruskan coretan dan titipan dalam meneruskan secebis hidup yang sementara ini. Mana tahu esok lusa kita dipanggil menghadap Ilahi, tak sempat pulak kita berbakti. Menulis sesuatu perkara yang baik, mungkin itu suatu sumbang bakti pada masyarakat, pada pembaca. Biarlah sedikit, asalkan perkongsian yang baik itu diteruskan. InsyaAllah.
Menyingkap kisah jatuh bangun hidup. Rupa-rupanya banyak juga cabaran hidup yang aku dah lalui selama ini. Pejam celik pejam celik sat saja masa berlalu. Dah 27 tahun (even Birthday tak sampai lagi) dah pun aku menumpang hidup di bumi Allah yang luas ini. Bila diingatkan kembali, boleh tersenyum sendiri. Tersenyum mengenang kisah-kisah hidup. Di dalam kisah hidup itu terselit elemen kesedihan, kekecewaan, kehampaan yang sering bertelingkah dalam diri. Asam garam untuk manusia. Perkara biasa apabila menjadi manusia biasa.
Terngiang-ngiang kata-kata seseorang pada aku suatu ketika dahulu.
"Hami, hang ni tak pernah sedih ke? Tengok hang happy saja!"
"Happy? Tak pernah sedih? Hehe. Manusia mana yang tak pernah sedih bro? Kita manusia biasa la, dan sedih itu sebahagian dari jadi manusia. Tapi kadang-kadang kita perlu menutup kesedihan kita dengan berpura-pura happy. Macam tu la kot."
Menerangkan sambil meleretkan senyuman.
"Macam mana pulak dengan kegagalan? Hang pernah gagal?", tanyanya lagi. Ingin tahu barangkali.
Aku tersenyum lagi. Lantas membalas.
"Hehe! Banyak sangat kegagalan dalam hidup ini. Orang lain saja yang tak pernah tahu. Yang tahu mungkin tahu."
Antara persoalan-persoalan yang pernah ditanya. Begitulah. Kadang-kadang orang hanya nampak pada apa yang terzahir pada kita. Tetapi mereka tidak nampak apa yang terselindung di sebaliknya. Terselindung itu tersembunyi pelbagai kisah yang mampu meruntun jiwa. Kisah yang tidak pernah kita mahu peduli. Kisah yang mampu buat manusia jatuh dalam jurang kelemasan. Jurang yang dinamakan KEGAGALAN.
Kegagalan membuatkan manusia hilang pedoman. Merasai kegagalan, kita akan merasai kehampaan, kekecewaan. Kekecewaan yang sukar ditafsirkan. Terasa hancur luluh sanubari. Seperti tiada harapan untuk meneruskan hidup lagi. Kegagalan mampu membuatkan manusia hilang kepercayaan pada diri. Kegagalan juga kadang-kadang mampu membuatkan manusia tidak nampak akan pengertian dalam hidupnya. Pasrah. Serabut. Buntu. Semuanya digaul menjadi sebuah rasa negatif di sudut hati kecil.
Kembalilah istighfar.
Jangan terlalu ikutkan emosi. Jangan biarkan emosi membatasi warasnya akal fikiran. Ingat, tiada seorang pun manusia dilahirkan sempurna dalam dunia ini. Kegagalan itu adalah perkara biasa bagi seorang insan yang bergelar manusia. Biar pun sehebatnya seseorang manusia itu, pasti kegagalan pernah singgah dalam hidupnya. Gagal dalam peperiksaan, gagal meneruskan pengajian, gagal dalam perhubungan, gagal dalam percintaan, malah gagal dalam perkahwinan. Dan pelbagai lagi kegagalan yang sering terjadi dalam hidup masing-masing.
Bangunlah dari kegagalan. Jangan pernah tunduk pada kegagalan. Kegagalan adalah tiket untuk mencapai kejayaan. Jika kita tidak menempuh kegagalan, kejayaan itu dirasakan biasa. Kegagalan itulah yang mengajar kita untuk lebih kuat, lebih tabah, lebih kental menghadapi serangan ujian dunia. Selalu aku ingatkan pada diri. Bukan senang mahu senang. Itu sudah cukup menjawab segalanya. Jika kita peroleh sesuatu perkara itu dengan mudah, kita mungkin tidak belajar erti kepayahan. Kepayahan dan kegagalan yang membuatkan kita lebih kuat harungi hidup, malah tetap kental hadapinya.
Jadi, berhentilah bersedih dengan kegagalanmu. Bangun dan menyerlah semula. Andai rebah, bangun dan terus melangkah. Jangan berputus asa. Kejayaan bakal milikmu kelak.
Dua tahun lalu pernah menulis entri I Love Living Life. I am Happy. Salah satu entri yang berkaitan kegagalan dan semangat untuk teruskan hidup. Klik pada linknya untuk mengetahui lebih lanjut. Aku tinggalkan anda pada satu video yang awesome di bawah. Video yang memberi motivasi dan inspirasi pada diri ini. Mungkin pada kalian jua.
Wassalam.
Hami Asraff:
"Hidup tidak sentiasa menjanjikan kemanisan. Kepahitan itu lumrah hidup sebagai manusia. Penghujung pahit, pasti ada manisnya."
Bangunlah dari kegagalan. Jangan pernah tunduk pada kegagalan. Kegagalan adalah tiket untuk mencapai kejayaan. Jika kita tidak menempuh kegagalan, kejayaan itu dirasakan biasa. Kegagalan itulah yang mengajar kita untuk lebih kuat, lebih tabah, lebih kental menghadapi serangan ujian dunia. Selalu aku ingatkan pada diri. Bukan senang mahu senang. Itu sudah cukup menjawab segalanya. Jika kita peroleh sesuatu perkara itu dengan mudah, kita mungkin tidak belajar erti kepayahan. Kepayahan dan kegagalan yang membuatkan kita lebih kuat harungi hidup, malah tetap kental hadapinya.
Jadi, berhentilah bersedih dengan kegagalanmu. Bangun dan menyerlah semula. Andai rebah, bangun dan terus melangkah. Jangan berputus asa. Kejayaan bakal milikmu kelak.
Dua tahun lalu pernah menulis entri I Love Living Life. I am Happy. Salah satu entri yang berkaitan kegagalan dan semangat untuk teruskan hidup. Klik pada linknya untuk mengetahui lebih lanjut. Aku tinggalkan anda pada satu video yang awesome di bawah. Video yang memberi motivasi dan inspirasi pada diri ini. Mungkin pada kalian jua.
Hami Asraff:
"Hidup tidak sentiasa menjanjikan kemanisan. Kepahitan itu lumrah hidup sebagai manusia. Penghujung pahit, pasti ada manisnya."
28 Comments
Pahit.Manis.Masam.Manis.Manis.Manis.Terima kasih.hehe.
ReplyDelete"Hidup tidak sentiasa menjanjikan kemanisan. Kepahitan itu lumrah hidup sebagai manusia. Penghujung pahit, pasti ada manisnya."
ReplyDeletelike this quote...thanks bro..=)
kita tak boleh hanyut dalam kegagalankan?, banyak jalan terbentang luar dihadapan, kenapa perlu melayan perasaan kecewa, bangkit dan selagi ada usaha, InsyaAllah pasti ada kejayaan...terima kasih Ya Allah, masih memberi peluang hidup padaku...aamiin
ReplyDeleteThanks untuk entry ni hami! :')
ReplyDeletebtw, lagu ni tajuk apa eh?
Baru mengalami suatu kegagalan dalam persahabatan ... apa pun entri ini membuka minda ...suka ayat 'yang tahu MUNGKIN tahu' ...
ReplyDeletekegagalan tu kadang2 perlu dalam hidup supaya kita sedar yang kita sebagai manusia takkan pernah sempurna. Jadikan kegagalan tu sebagai titik permulaan untuk terus bangkit mencapai dan mengapai bintang di langit hehe...
ReplyDeletePssttt... mohon izin pinjam ayat yang last tu. menarik !!!
best sgt lagu ni,tajuk ape erk..penuh smgt..nice blog.:)
ReplyDeleteAlhamdulillah.. saya pernah rebah suatu ketika dahulu. Untuk bangkit kembali sangatlah sudah. Tak terbayang air mata yang perlu dibayar utk kepedihan ini. But Alhamdulillah sekarang ni saya kembali 'bernyawa'. Benar, masa mengubah segalanya. Sedikit demi sedikit Allah memberi saya nikmat2Nya yang tak terhingga sebagai ganti kepedihan itu.
ReplyDeletetakda manusia yang tak pernah temui kegagalan. Perjalanan itu mesti diteruskan. Pahit getir yang dilalui dengan penuh sabar, kelak akan menimbulkan kemanisan yang membahagiakan diri.
ReplyDeleteInsyaAllah.
terima kasih untuk perkongsian ni.
Salam hormat dari Kelantan. :')
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete@Novelgurl Dan juga pahit :)
ReplyDelete@mieya ayana Welcome.
ReplyDeleteRasenye bro Hami penah post berkaitan ngn ujian yg dikaitkan ngn surah albaqarah ayat 286 kan? kalo sy mase diuji smpai mcm da down sngat, ade lagu yg sering didengarkan utk terus bg semangat: Inteam - Kehidupan ... Kalo diamati, meleleh air mate T_T
ReplyDelete@KY Apabila manusia terlalu bersedih, mereka terlupa akan nikmatnya yang lain.
ReplyDelete@zafirahtajudin :D 'Perjalanan Hidup' oleh Maesa Andika Setiawan.
ReplyDelete@Diemsisi Sabar. Ujian Allah.
ReplyDelete@Mila Ahmad Silalah!
ReplyDelete@H.D.Y.H Lagu bertajuk 'Perjalanan Hidup'
ReplyDelete@faie mohamad Allah tidak pernah kejam pada hambaNya yang terus berusaha.
ReplyDelete@[ Yuyu Atiqa ] Jangan lelah dengan takdir Allah :)
ReplyDeletenice...satu semangat untuk saya! tq...
ReplyDeleteterpikat ngan blog nie... secara kebetulan... terima kasih.. byk memberi ku inpirasi menjalankan perjalanan hidup nie agar lebih kuat dan kuat lg.. pedulikan kata~kata orang... janji kite tak langgar perintah tuhan... semangat kembali sikit rasanye...
ReplyDeletesalam :)
ReplyDeletesy baru terjumpa blog ni,dan entry ni la yg mula-mula sy baca.. nice :)slps bce entry ni, buat sy nk bace lg entry sblmnye..
semuanya bermanfaat..Alhamdulillah :)
nice...saya pernah gagal dan bangkit untuk terus menjdi somebody...
ReplyDeletethanks a lot utk entri yg indah ini.
ReplyDeleteapa yg kita rasa sebenarnya orang lain turut merasainya, jgn pernah berasa sendirian dlm menghadapi ranjau kehidupan krn jika 'mereka' tiada utk menemani, DIA sentiasa ada di sisi :') Allahu akbar! *p/s 1st time komen kt blog ni :)*
mmg rs sgt ssh..n kdg sick with it..
ReplyDeleteselalu jatuh..ssh nak bangkit..:(
No one live a perfect life not even our beloved rasul.
ReplyDeleteSaya selalu pesan pd diri, setiap kegagalan itu ada hikmahnya tho kdg2 sy always think apa hikmahnya??hurmm...
ya, bukan senang nak senang..but as a human kdg2 it is hard tho to understand failure.
Kita dah buat sehabis baik tapi kegagalan itu masih lg menimpa...sakitnya, tuhan saja yg tahu..
But anyway thanks for a good sharing on failure...bercakap itu mudah but yg merasa itu lebih-lebih feelingnya..
May Allah bless us always..amin~
Sy sgt bersetuju ngn hami..
ReplyDeletePenah jugk hadapi satu kegagalan smpai mempertikaikan dan rase Allah itu tidak adil..tp sbnrnye bile sesuatu perkara yg gagal tu dibuat kmbali ade kemanisan yg Allah beri selepas itu..cume pada awal kegagalan ia dtutupi dgn kekecewaan dan kesedihn..
Sy seorg peljr perubtn sekrg thn 4. Sy pernah kene repeat yr masa sy thn 3..
Mase tahu kene repeat tu rase nak drop je medicine..semua ap yg family n kawan2 nashat bagai mencurah air kedaun keladi..masuk telinga kanan kluar telinga kiri..
Jd bile repeat tu, sy kene masok batch junior.jd rase malu teramat sgt sbb dorg sume sy kenal n junior sy..
Tp penerimaan junior sgt baik dan mereka tdak pernah pikir negatif mcm ap yg sy fikir.. then sy mule belajr ap yg sy beljr seblum ni..
Sy baru tau rupe2nyer..byk yg sy xtahu dan byk ilmu yg sy pelajri..mase tu baru sedar ade hikmah kenape kene repeat..da manis yg dtg tidak kte sangka2..Alhmdulillh sentiase meniti dbibir slps itu..
Maaf byk pulak komen..tp itu yg sy rase dan ingin kongsikan..
Jgn putus asa..
Setiap kesushn pasti ade kesengn slps itu.. :)
Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)