Seronok bila dapat bercuti panjang sempena musim cuti CNY hari tu.
Bangsa Cina nak raya, bangsa Melayu pun nak balik kampung bercuti, maka jalan sana-sini sesak, redah je, takkan nak duduk rumah je.
Masak siap-siap untuk bekalan supaya tak bersesak di R&R pulak.
Berhenti je kat bawah pokok tepi jalan, terus makan-makan, berselera pulak budak berdua tu.
Yang seorang tu memang setakat ni berselera je, rupanya yang seorang lagi tu bila makan-makan dalam perjalanan barulah nampak seleranya...
Bila semua dah makan barulah senang hati ni nak teruskan perjalanan(takdelah banyak sangat drama minggu ininyakan...huhu).
Alang-alang menghala ke selatan, mohle ke Zoo Melaka.
Tak payah nak naik tram ye sayang-sayang sekalian.
Meh baKOr kalori, kita jalan je ek.
Masuk-masuk je terus terpikat kat burung-burung ni... ke burung tu terfikir...
eh geng kita la...pengshan mak kalau macam ni.
Baru je jalan-jalan si Harith dah tak sabar nak tengok Harimau Malaya dia.
Si Harith memang excited bukan main lagi...sampai je kat area harimau, semua harimau dok sedap landing...sabar ye Harith...depa kenyang, nak-nak ni tengahari memang best landing-landing ni.
Melayan perasaan sebab harimau cam buat dek je.
Dulu naik kuda menangis, takut katanya, sekarang dah ok...layankan juga.
Eh adik pun naik juga, ayah layankan juga.
Mau tak lapar jalan dalam zoo ni, so makan yang manis nak bagi tenaga untuk jalan lagi.
Huh sampai juga kat rumah mak.
The next day mak buat pau untuk Fauziah...wakaka, licin jugak.
Wow inti kelapa, i like empatpuloh kali.
Haa tengok hasil tanaman kat tepi rumah, berbaloi sangat kat
SINI.
Haha tak ingat dah telan berapa biji.
Pulang sudah ke pangkal jalan...eh ke rumah sendiri.
Pergi koje pula.
Tapau untuk sarapan kelmarin.
Sedap ni tapi time lapar memang sedaplahkan, kalau kenyang pandang sebelah mata - hai beratnya menu sarapan pagi di tempat keje.