Mahfuz akan bertanding sebagai calon bebas parlimen Pokok Sena PRU-14 nanti?


Beberapa-berapa hari lalu, Mahfuz Omar berkata, beliau akan mengumumkan pendirian sebenar politik beliau dalam masa 45 hari lagi. Dia ditanya nak masuk parti mana? Rupanya nak masuk parti dia dilemma macam dia nak keluar PAS juga.

Kalau keluar PAS dia dilemma, lebai faham. Ya ada ba'iah dan sumpah setia dengan PAS. Sumpah itu hanya boleh dibatalkan dengan dia meletak jawatan sebagai MP Pokok Sena. Takkan nak letak. Kalau letak tak boleh bertanding. Kalau tak letak, keluar PAS menyalahi sumpahnya kepada Allah taala. Kena laknat drp ALlah dan gajinya jadi haram mengikut apa dia sumpah. (Untuk makluman pembaca sumpah talak 3 isteri hanya di Kelantan sahaja atas permintaan TGNA. Dulu ada di Selangor 2 kes, termasuk Khalid Samad. Tapi PRU-13 Khalid tak lepas talak isteri setelah ditegur oleh PAS Pusat. Kenapa Kelantan tak ikut Pusat anda boleh baca di sini)

Jadi Mahfuz membuat onar dengan harapan dia kena pecat macam Hussam Musa, mungkin ada sikit alasan bahawa dia keluar PAS. Tapi PAS Kedah tak buat apa-apa laporan pun terhadap dia (ini mesti benci sangat). Bila tak ada laporan kepada badan tatatertid PAS, maka tak ada kes. Terbiar menyakitkan seperti duri yang tersemat tapi terbiar tak dibuang. Sakit juga PAS dikerjakan oleh si Mahfuz. Lebai tak setuju dengan sikap PAS Kedah, tapi tak tahu apa dia punya perbincangan.

Mula-mula di ceramah atas pentas AMANAH (PAN) supaya PAS marah. PAS tak layan. Dia tukar strategi dia fitnah Presiden PAS dengan RM10 juta kontrak. Anda boleh baca di sini, lebai dah mengulasnya. Fitnah tu kantoi, makan diri.

Fitnah tak berjaya. Kemudian Mahathir dan 'tension' dengan pertemuan BERSATU-PAS tak mendatangkan hasil Akhirnya Mahathir cut, istihar penyertaan HARAPAN dan putus terus dengan PAS. Semasa putus dengan PAS, Mahathir minta Mahfuz istihar keluar PAS kerana BERSATU ada perancangan nak tawan KEDAH.

Mahfuz memang minat dengan BERSATU. Tapi dia kalau boleh nak biar habis 'endah' supaya sumpah bai'ahnya tak makan diri. (takut juga). Tapi desakan Mahathir serta janji (dedak), akhirnya dia akur dan istihar keluar PAS. Tercabutlah duri dalam daging PAS, alhamdulillah.

Bagaimana lebai dapat maklumat Mahfuz minat dengan BERSATU bukan PAN?

Lebai kenal Mahfuz bukan sebarang kenal. Tahu di mana dia simpan kereta agak mewahnya di Kuala Lumpur (dia tak tahu memandu tapi ada banyak kereta... macam Zuraidah tak ambil AP bodoh kan?). Siapa yang akan ambil jika dia datang ke KL. Di mana mereka makan dan bersantai, termasuk rumah Mahfuz di KL.

Jangan hairan Mahfuz ada 'link' dengan orang Harakah kerana dia sangat 'peramah' dengan sesetengah dikalangan wartawan berkenaan. Lebai juga setuju dengan penulis batuapi@firestone berkenaan "USRAH BARBICAN" bukan sahaja dengan 'blogger celaka' tetapi dengan MP PAS yang membentuk fikrah asing dalam Jamaah PAS seperti Mahfiz dan Salahudin. Mereka ini menggunakan Harakah untuk menyebar luas pengaruh. (Ingat selepas puak ini keluar PAS, Harakah ok, tapi kini ada timbul pula beberapa orang pimpinan PAS nak kontrol Harakah nak cari pengaruh... Jangan lebih nanti lebai bongkar)


Mahfuz ada bercerita kepada bekas staf utama Harakah (anda boleh tanya Zul Sulong, Taufik atau Lutfi) dia melihat sokongan kepada BERSATU sangat baik. Kata Mahfuz setiap DUN, Bersatu mendaftar lebih 3,000 ahli (nilai ini tiada fakta tapi itu yang Mahfuz percaya dan diceritakan).
Pada awal ada kekosongan jawatan Naib Presiden Bersatu. Mahfuz kata itu untuk dia, tapi Bersatu tak umum kerana BERSATU-PAS sedang mengadakan perbincangan. Untuk tidak menganggu perbincangan jawatan itu tak diumumkan lagi dibiarkan kosong. Tapi akhirnya jawatan itu diisi, Mahfuz terlepas. --- Ini versi bekas staf Harakah yang bersama PAN.

Setelah pembahagian kerusi HARAPAN, Poko Sena dapat kepada AMANAH (PAN).


Bersatu dapat 6 kerusi iaitu Langkawi, Jerlun, Kubang Pasu, Jerai, Pendang dan Baling. Amanah (pan) dapat 3 iaitu Padang Terap, Sik dan Pokok Sena. PKR pula dapat 6 kerusi dan DAP tak bertanding untuk kerusi Parlimen Kedah.

Mahfuz tension!
Nak berjinak dengan PAN, sebelum ini dah jaja nak masuk BERSATU.
Dilemma lagi..

Kalau dia istihar masuk PAN agaknya PAN bagi tak Mahfuz bertanding di Pokok Sena? PAN dahlah dapat ciput... nak beri kepada Mahfuz?? Takkan berlaku, mereka keluar PAS pun kerana kerja duniawi dijanjikan Putrajaya. Takkan mudah nak lepas bodoh. Mereka ni pun berebut sesama sendiri. Kalau tak percaya tanyalah Hisomuddin boss Ilham Centre.

Kalau tak percaya tanyalah Aris Awang, SU Amanah (PAN) Kedah.
Amanah (PAN) melobi untuk mendapat kerusi bagi Dun Bukit Pinang dan Dun Bukit Lada mungkin akan bagi lalu kepada PKR untuk Dun Derga. 3 Ni adalah Dun dalam parlimen Pokok Sena.

Takkan bodoh-bodoh mereka nak beri kepada Mahfuz sedangkan mereka dah bersiap dengan 16 cawangan di parlimen Pokok Sena. Cawangan Kg. Bukit Lada baru bulan lepas ditubuhkan dengan 30 orang menjadikan ahli. Dengan itu Dun Bukit Lada kini 147 orang ahli. (ramailah tu). Maka kini Pokok Sena dah ada 304 orang ahli PAN.

Timbalan Naib Ketua Amanah (Pan) Pokok Sena, Juhari Hanafiah antara mereka yang sangat aktif cari ahli baru. Takkan dia nak serah bodoh kepada Mahfuz, habis apa kata ramai pimpinan lain PAN yang berkorban keluar PAS??


 Dulu Cikgu Juhairi bengang dah kepada Mahfuz, semasa program beri bantuan di Kg Aman. Mahfuz tunjuk muka semasa program dan beri beras kepada penduduk. Yang nak mampus buat kerja Cg Juhairi. Apa tak tensionnya.

Kesian sekali lagi kepada Mahfuz!!
Adakah Mahfuz akan bertanding atas tiket DAP.
DAP tak ada kerusi parlimen pula di Kedah.

Akhirnya lebai rasa Mahfuz akan bertanding atas tiket bebas di Pokok Sena. Masa tu seronoklah kita lihat pertandingan 4 penjuru. Lagi kita seronok apabila Mahfuz daripada MP Pokok Sena terus hilang deposit. Ini baru 'bala bai'ah".

Atau Mahfuz boleh jadi tukang bawa beg Boboi.... 


 

Berapa kali Saifuddin Nasution nak buat kenyataan bodoh?


Pengumuman Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu bakal bertanding di parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), merupakan kemuncak kebencian PAS terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR secara keseluruhannya kata Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution.


"Dari segi politik itu adalah petanda jelas kemuncak kebencian Haji Hadi terhadap Anwar Ibrahim dan parti Keadilan (PKR). Sehingga beliau sendiri turun (ke Permatang pauh) untuk mengumumkan PAS bertanding," katanya.

Lebai nak tanya, Saifuddin Nasution hadir tak konvensyen PKR tahun lalu Mei 2017? Takkan Setiausaha Agung tak hadir kerana konvesyen adalah dibawah tangungjawab SUA sesuatu parti.





Mungkin juga boleh berlaku apabila SUA parti PKR bekerja menjadi macai parti DAP. Terlalu banyak makan dedak DAP terlupa apa berlaku dalam parti sendiri.

Patutlah semenjak akhir-akhir ini kerja Saifudin Nasution menyerang PAS. Hari-hari dia kutuk PAS. Rupanya DAP beri dia ini dedak (memijam istilah Tun Mahathir). Saifudin Nasution ini adalah "pemakan dedak tegar". Semua jenis dedak dia makan DEDAK UMNO, Kemudian DEDAK PAS (Dalam PAS pun ada juga pemberi dedak tapi semuanya dah jadi PAN), DEDAK PKR dan terakhir DEDAK DAP

Lebai pernah menulis sebelum ini, Saifudin Nasution ini pernah menjadi ahli PAS, bukan sekali malah dua kali. Jika menggunakan No. KP 6984735 (lama Saifuddin Nasution) adalah ahli PAS bernombor 0226743 iaitu mendaftar terus tanpa Cawangan. Menggunakan KP baru 631207715005, Saifuddin Nasution adalah ahli PAS Pokok Sena, Cawangan Kampong Sakan pada 8 Jan 2007 no ahli 0828715.

Semasa belajar dulu dia terlibat dengan demostrasi bersama dengan Zulkifli, Johan, Idris Ahmad, Lutfi Othman dan lain-lain. Setelah habis u dia bisnes. Bisnes lingkup dia jumpa Anwar Ibrahim, Anwar beri jawatan pensyarah u dan terlibat dengan Pemuda UMNO. (Ini cerita mula-mula dia makan dedak UMNO). Pasal itu dia ikut Anwar 1998 terhutang "dedak" dengan Anwar!

Saifuddin Nasution selepas tewas dalam pilihanraya 2004 di Kedah, dia berundur dari PKR dan mendaftar diri sebagai ahli PAS di cawangan Pokok Sena. Saifuddin berhijrah ke Kelantan, kerana isterinya adalah anak tempatan Machang. (Dia terpaksa mendaftar semula sebagai ahli PAS kerana keahlian PAS pertamanya gugur setelah dia masuk UMNO)



Ketika itu Saifuddin memohon kerja dengan Husam Musa (exco ekonomi PAS Kelantan) dan Husam telah memberi kerja sebagai Pengarah Urusan Yayasan Tok Kenali yang berfungsi untuk mengatur ceramah memperkukuhkan PAS Kelantan termasuk memperkukuhkan diri Husam di Kelantan bagi melobi menjadi MB selepas TG Nik Abdul Aziz. Husam semasa dia menjadi exco Kelantan dia banyak duit dan ramailah dapat "dedak" Husam.

Pada Kongres Khas PKR 2007, Anwar Ibrahim secara mutlak telah melantik Saifuddin Nasution sebagai Pengarah Strategik PKR walhal ketika itu Saifudin sudah menjadi ahli PAS dan bertugas sebagai Pengarah Urusan Yayasan Tok Kenali. Ini pun menyalahi TAHALUF SIYASI yang Anwar tak faham kenapa PAS putus hubungan tahaluf. Apa janji "dedak" kepada SaifuddinNasution sehingga dia tinggalkan PAS kali kedua entahlah.


Anwar memang hebat PRnya. Lebai akui. Yang ini pimpinan PAS kurang dan banyak kena belajar. Lebai ambil contoh bagaimana Dato' Fauzi Abdul Rahman yang mula berjinak dengan PAS dan nak masuk PAS tiba-tiba masuk PKR.

Ceritanya ketika Anwar ceramah di pentas PAS di Kuantan, pihak pengajur sedia tempat tinggal untuk Anwar, tapi Anwar berseleroh nak kencing rumah Dato' Fauzi. Jadi malam itu Anwar tidur di rumah Dato' Fauzi. Beberapa hari kemudian Anwar umum Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang yang baru ialah Dato' Fauzi Abdul Rahman. Telompong pimpinan PAS Pahang.

Kita tutup cerita sikap hipokrit dan tiada penderian Saifuddin Nasution, kita balik semula kepada isu perbahasan artikel kali ini.




20 Mei 2017 Ahmad Azri Zainal Nor, Perwakilan Wilayah Persekutuan AMK yang juga merangkap Setiausaha AMK Pusat mencabar PAS supaya bertanding di kerusi yang ditandingi Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

Katanya "Jika mereka bertanding di kerusi kita lagi pastikan mereka hilang deposit."

Perlu diingat bahawa pada PRK yang lepas, yang ditandingi oleh Wan Azizah, PAS Pulau Pinang dan PAS Permatang Pauh tidak membantu. Sebenarnya PAS tidak membantu Keadilan dah lama dah. PKR boleh memang dan hakikatnya Permatang Pauh kekal sebagai kubu kuat PKR.

Bila berkumpul semasa sendiri, cabar PAS bertanding di kawasan mereka.
Bila PAS bertanding
Mereka kata PAS benci yang kemuncak.
Semasa kamu khianat pertolongan dan sokongan PAS kamu lupa.
Bila kamu ada sedikit kesenangan kamu sombong.

Saifuddin Nasution jangan buatlah kenyataan-kenyataan bodoh.
Terima hakikat bahawa PAS tak bersama HARAPAN
dan PAS akan bertanding sendirian bersama dengan Gagasan Sejahtera dan NGO.
Jika kamu ambil kawasan PAS, PAS ambil kawasan kamu.
Itu "fair"



 

Azmin Ali betul, AMANAH (Pan) & BERSATU Tak ada kemampuan untuk menang di Selangor


Pertelingkahan antara Menteri Besar Selangor merangkap Pengerusi PKR Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan Pengerusi AMANAH Selangor, Izham Hashim bukan lagi menjadi rahsia Pakatan Harapan.

Azmin mendakwa AMANAH berbohong (AMANAH tidak Amanah) apabila mengatakan rundingan berhubung pembahagian kerusi di Selangor belum dibuat.

Izham pula membalasnya dengan menyifatkan Azmin sebagai 'badut' dan tidak layak untuk menjadi Menteri Besar Selangor. Kenyataan itu mencetuskan kemarahan pemimpin PKR Selangor. Selepas itu bertubi-tubi pimpinan PKR menyerang Amanah (PAN).

Mahathir, Wan Azizah dan Lim Kit Siang diam melainkan menjawab pertanyaan wartawan. Hanya Mat Sabu mengeluar kenyataan meminta jangan berbalah diluar... balahlah dalam "kelabu".



Maszlee Malik perancang IKRAM dalam AMANAH (PAN) antara lain berkata ramai yang kecewa dengan pertelingkahan terbuka di kalangan pemimpin HARAPAN berkaitan rundingan kerusi, malah ada yang hilang keyakinan dengan kebolehan mereka untuk mentadbir negara.

Ppergeseran dalam Pakatan Harapan (PH) di Selangor berlaku disebabkan PKR yang dipimpin menteri besar Mohamed Azmin Ali (bukan Wan Azizah dan geng Rafizi) tidak yakin pada Amanah dan Bersatu dalam membantu mengekalkan kerajaan negeri pada PRU-14 nanti.

Jika Amanah (PAN) dan Bersatu bertanding di 20 kerusi yang pernah ditandingi oleh PAS pada PRU13 lalu, PKR mempercayai mereka semua akan kalah dan ini membuatkan kedudukan kerajaan Selangor akan tergugat. Anda boleh baca di sini, lebai dah menulis sebelum ini.


Boss Ilham Centre (pengerusi eksekutif), Mohamad Hisomuddin Bakar (ini bukan macai, tapi penyokong kuat Amanah. Dia tak menjadi ahli Amanah demi menjaga kredibiliti kajiannya tidak macam Dr Mazlan Ali) berkata, PKR menunjukkan sikap tidak yakin kepada Amanah (pan) dan bersatu apabila mendapati Amanah dan Bersatu tidak cukup menonjol untuk menggantikan PAS.

"Apabila kajian visibility (ketampakan) dibuat di bawah, mereka mendapati kehadiran Amanah dan Bersatu gagal untuk menggantikan PAS di peringkat akar umbi. [Note: Ini bukan kajian PAS]

"Jadi mereka membuat roadmap sendiri dalam usaha untuk mengekalkan kerajaan Selangor iaitu PKR bertanding lebih 30 kerusi," kata Boss Ilham Centre.

Mengikut "roadmap" itu, PKR mensasarkan untuk bertanding di 20 kerusi yang ditandinginya dalam PRU13 lalu ditambah dengan 10 lagi kerusi yang dimenangi oleh PAS sekarang. Jadi tinggal 10 kerusi sahaja yang akan diagihkan kepada AMANAH (PAN) dan BERSATU.

Agaknya berapa AMANAH (pan) akan dapat?
Parti 'hamba abadi' DAP dalam HARAPAN, rasanya 2 - 3 kerusi di Selangor sudah cukup.
Itu sebab Izham Hashim kata Azmin BADUT (JOKER) tak layak jadi MB!

Kata Hisomuddin lagi, kelemahan utama Amanah (PAN) sekarang adalah gagal memaparkan pemimpin akar umbi mereka kepada umum. "Bagi saya ini antara kelemahan Amanah. Padahal mereka tidak kurang hebatnya tetapi tidak kelihatan di bawah apabila kajian dibuat kerana masalah dalaman mereka sendiri".

Masalah Dalam Amanah (PAN) jika tidak diselesaikan akan menyebab Amanah akan berkubur?
Ini lebai akan menulis khusus dengan terperinci melalui maklumat dalaman serta kajian mereka yang lebai dapat. Tak perlu percayai kepada lebai sehingga lebai menulis. Harap bersabar!

Baru-baru ini Amanah buat poster forum dengan Hisomuddin dengan kata-kata "2 kajian PRK sebelum ini 100% tepat". Kalaulah mereka mengimani kajian Ilham Centre, maka kenyataan Hisomuddin berkenaan kajian visibility yang AMANAH (PAN) dan BERSATU gagal harus juga diimani.


Paling lucu, apabila Zul Sulong menggunakan data kajian Dr Mazlan Ali sebagai sandaran kononnya Amanah (Pan) boleh menang jika bertanding dalam PRU-14 nanti sokongan ahli Amanah (Pan) yang masih ada dalam PAS.

Katanya kajian yang dibuat oleh Dr Mazlan Ali dari UTM sebelum ini mendapati, ramai penyokong Amanah kekal sebagai ahli PAS kerana tidak mahu menyusahkan diri mereka dengan meninggalkan parti itu. Ketika 35% ahli PAS sudah meninggalkan parti itu, 10% daripada ahli PAS yang ada adalah pro-Amanah atau digelar "harumanis" manakala 20% lagi adalah golongan yang keliru dengan hala tuju PAS. Kajian itu mendapati, sebahagian besar golongan ini akan mengundi PH khasnya Amanah dalam pilihan raya umum akan datang.

Tapi Azmin dan PKR tak percaya dengan kajian ini. Lebai bersetuju dengan Azmin bahawa kajian Dr Mazlan Ali boleh dibakulkan kerana Dr. Mazlan Ali sendiri adalah ahli Amanah bernombor 010000185, sudah pasti dia sendiri tiada integrinti dalam membuat kajian. Sepatutnya Dr. Mazlan belajar dengan Hisomuddin, walaupun dia pro AMANAH tapi dia tak mendaftar menjadi ahli. Ini baru boleh dimana sebagai 'harumanis'.

Kenapa Kajian Dr. Mazlan Ali boleh dibakulkan.

Lebai bagi satu perbandingan mudah sahaja. Walaupun tak tepat tapi sudah cukup untuk membuka minda kita supaya kita tak mudah diperbodohkan oleh orang yang ada sijil cerdik.

Ahli parti Amanah Selangor terkini ialah 7,866 orang manakala ahli PAS Selangor terkini adalah 80, 345 orang.

Satu, betul atau tidak 35% ahli PAS sudah meninggalkan parti PAS? Kalau kita anggap semua 7,866 orang ahli Amanah itu semuanya berasal daripada PAS, baru 9.7%. Mana Dr. Mazlan Ali dapat angka 35%? Mungkin dia ambil ruang sample yang kecil, kubu kuat Amanah dia buat kajian. Macam orang ambil lubuk ikan kemudian buat kesimpulan bahawa sungai ini semuanya dipenuhi dengan 35% ikan. Sangat lucu.

Dua, 10% ahli PAS adalah Pro-Amanah. Ini pun lucu juga. Sepatutnya Dr. Mazlan kena buat "action research". Lebai beri contoh, Dr Mazlan ini dia juga mengajar sebagai ustaz di masjid. Semasa dia mengajar ramai yang tertidur. Kita mungkin buat anggap pendengar kurang tidur. Jadi diminta pendengar basuh muka dengan air. Tapi selepas basuh muka pendengar masih tidur juga. Mungkin ada faktor lain menyebabkan mereka tidur. Jadi kena buat "action" lagi.


Dalam PAS ada ramai ahli yang ber'fikrah' politik seperti Amanah. Adalah dengan berfikrah seperti Amanah sehingga ada 100% itu dianggap "harumanis" dan akan mengundi Amanah pada PRU-14 nanti. Satu kesimpulan yang sangat dangkal. Lebai bagi satu contoh yang berfikrah Amanah 100% ialah YB Dr. Abd Rani Osman Adun Meru. Adakah Dr Rani akan mengundi Amanah PRU-14 nanti?

PAS kena hormat mereka yang berfikrah seperti Amanah (pemikiran politiknya) dan itu memberikan kebaikan dalam PAS apabila menentukan sesuatu keputusan. Jika kita label yang berfikrah Amanah itu PAN maka suka benarlah PAN kerana boleh dapat ahli lagi kerana PAS pulau ahlinya sendiri. PAS tak bodoh dalam hal ini.

Lebai sendiri pun banyak juga pandangan politik bersamaan dengan pandangan politik pimpinan Amanah. Adakah dengan itu lebai akan mengundi PAN pada PRU-14 nanti... Tergolek lebai gelak jika itu justifikasinya.

Oleh kerana panjang sangat ulasan ini, lebai berhenti dulu setakat ini. Nanti lebai akan sambung lagi pasal kononnya sokongan terhadap Pakatan Harapan (PH) meningkat selepas Dr Mahathir Mohamad dinamakan sebagai calon perdana menteri, Ilham Centre ada beberapa kajian dan kajiannya bercanggah antara satu sama lain kenapa dan mengapa. Sifat individu dan keakuan dalam HARAPAN menyebabkan mereka tidak bersatu dalam menentang BN. Malah faktor ini membuatkan mereka bercakaran satu sama lain dan beberapa faktor lagi. Berikan kekuatan untuk lebai menulis. Insya-Allah lebai kan mengulas dan pembaca boleh berfikir dan mencari kebenaran.

Jangan mudah kita kena tipu oleh mereka yang ada sijil cerdik.


 

Tanjak, Kalau PAS “HARAM” kalau harapan Halal Lagi Suci




Memakai baju ala pahlawan Melayu purbakala bagi membuktikan kemelayuan bukanlah satu perkara yang salah. Islam pun tak larang. Pakai baju Melayu dengan tanjak, bersamping berserta keris takkan jadi asobiyyah. Ini kita kena faham.

Dulu semasa muktamar PAS, Perwakilan PAS mengenai pakaian ala Melayu. Ramai geng HARAPAN mengkritik. Macam-macam mereka kata kepada PAS. Assobiyyah, Facebook, whatsapp dan media sosial diwarna dengan carci maki mereka kepada PAS kononnya lari daripada apa yang di bawa oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz (Nik Aziz jadi hujah sandaran kebenaran PAS bagi mereka buka Al Quran dan Sunnah Rasul)





Susah apabila hati sudah benci maka Setiap langkah Pas semuanya sumbang,. Akhirnya isu keris dan pakaian tengkolok menjadi polimik politik. Apa masalahnya dengan keris dan tengkolok? Berdosakah? Kalau perwakilan Pas pakai seluar pendek, muslimat pula tidak bertudung, pimpinan PAS bersalam lelaki perempuan, barulah Pas boleh dituduh sesat.





PAS menjadikan tengkolok sebagai tema. Buka setiap hari pemimpin PAS memakai tengkolok. Begitu juga dengan Raja-raja Melayu. Bila raja-raja Melayu memakai tengkolok? Setiap hari ke? Hanya majlis tertentu sahaja. Ini sukar nak difahami oleh geng HARAPAN dan PAN dalam memahami adat dan budaya sosial.


Misalnya Seni lipatan atau solek Tengkolok Diraja Dendam Tak Sudah yang dipakai Sultan Muhammad V pada majlis istiadat pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15, bukan sekadar pelengkap busana kebesaran Raja-raja Melayu, namun mempunyai falsafah, lambang dan simbol tertentu. “Secara simboliknya, dendam tidak semestinya bermaksud permusuhan, tetapi berkaitan perasaan seseorang seperti rindu dendam atau dendam semangat untuk memperjuangkan Tanah Melayu. Apabila Raja-Raja Melayu memakai destar, ia menyampaikan maksud perjuangan mereka yang tidak sudah dan perlu terus digalas sebagai tanggungjawab kepada tanah air”.


Bila PAS menggunakan tanjak, berkeris yang dihunus oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam muktamar lalu, takkan Dr Muhaimin Sulam, orang kuat PAN, Disman atau AbdullahJones tak faham maksud tersirat?





Ahli Muda DAP, Ahli Majlis Eksekutif Sosialis Muda DAP Kebangsaan, Dyana Sofea Mohd Daud pula memuat naik gambar beliau memegang pedang ‘lightsaber’ yang terkenal di dalam filem Star Wars milik karakter Obi Wan Kenobi dan kapsyen bagi gambar tersebut berbunyi:
“I takde keris, tapi ada lightsaber. Adakah Obi Wan Kenobi akan redha guna lightsaber untuk potong kek?”


Walaupun Dyana tidak ada menyebut nama sesiapa dalam kapsyennya itu tetapi jelas beliau merujuk kepada acara perasmian Muktamar PAS. Lebai tak marah kepada Dyana, walaupun dia Melayu dia tak mengerti adat Melayu. Bukan adat Melayu dia tak faham, Islam yang dianuti semenjak lahir pun dia tak tahu pasal itu dia boleh minum dan berpoya lebih buruk daripada orang bukan Islam. Lebai tak nafikan ramai wanita bukan Islam yang lebai kenali menjaga maruah diri sebelum berkahwin, malah mereka hanya minum 'sandy' aje kalau nak mabuk.





Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN), Khalid Abdul Samad yang mengatakan pemimpin PAS yang berpakaian seperti Pahlawan Melayu bagi menepati tema Muktamar seakan seperti orang mabuk.





Tapi Khalid Samad dia membisu, mecam orang bodoh bila Boboi dan bapannya memakai baju ala pahlawan Melayu purbakala di dalam majlis makan malam PPBM.





Hang Mahathir, Hang Muhyiddin dan Hang Boboi menyanyi untuk menghibur para hadirin majlis. Lebai ingat dia orang menyanyi lagu Melayu purbakalatapi rupanya menyanyi lagu "Frank Sinatra, My Way". Teringat watak Larry, Curly dan Moe dalam sitkom 'The 3 Stoodges' kata kawan lebai.


Agaknya siapa mabuk antara yang belas kek dengan keris dengan yang menyanyi? Ini Khalid Samad belum khatam lagi untuk memberi komen, pasal itu dia tutup mulut dengan dedak, sekurang-kurangnya dia boleh guna 'dedak' itu untuk bayar kos akhbar AMANAH (PAN) seserta tanggung Zul Sulong anak beranak dalam akhbar tersebut.

lebai bawa isu ini supaya jangan kita terlalu hipokrit dalam membuat teguran. Bagi lebai kita boleh tegur PAS pasal tanjak kerana nampak terlalu 'drastik', tapi itu tidak mengizinkan kita membuat fitnah kononnya PAS nak bersama UMNO atas itu pakaian. Nampak bodoh sangat.

Apa yang HARAPAN dapat dengan membuat fitnah dan menyerang PAS. Adakah mereka fikir ahli-ahli PAS akan menjadi celaru dan akhirnya menyokong HARAPAN pada PRU14 nanti apabila berlaku pertandingan 3 penjuru? Ini nak realisasikan hasil kajian Invoke Rafizi yang kononnya jika 17% penyokong PAS memberikan sokongan kepada HARAPAN dalam pertandingan 3 penjuru makan HARAPAN boleh menang?

Adakah mereka fikir dengan mereka membuat fitnah dan menyerang PAS, ahli-ahli PAS akan duduk bersantai sambil mendengar lagu "Frank Sinatra, My Way" nyanyian 3 Stoodges band PPBM ke?

Tidak, ahli-ahli PAS akan menjadi lebih agresif membongkar semua salahlaku HARAPAN yang tidak ada bezanya dengan UMNO. Bukan sahaja ahli PAS tak sokong HARAPAN, malah orang atas pagar dan penyokong HARAPAN pun mula muat dengan 'kebodohan' pimpinan HARAPAN yang berebut jawatan sama dengan UMNO.





Lebai Hassan Omar

http://hajihassanomar.blogspot.com
 
 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger