Yes! It me on the screen! Hehe~
[Ada ORANG TU mengomel yang blog ini dah bersawang. Mana tah dia nampak sawang.. Tak pernah tercipta pun sawang, habuk, daun kering dan yang spesis dengannya kat blog nie. =P]
Kembali ke tajuk utama,
Alhamdulillah syukur nikmat dipanjatkan ke hadrat ILLAHI dengan limpah kurnia kasih sayang dan nikmat NYA telah mengizinkan aku berhidup dengan gelaran seorang GRADUAN UNITEN. TAHNIAH dan SYABAS aku tujukan kepada sahabat-sahabat, kawan-kawan seperjuangan yang sama-sama diraikan di MAJLIS KONVOKESYEN KE-14 UNIVERSITI TENAGA NASIONAL pada 15 dan 16 Oktober yang lalu.
3 tahun sudah berlalu...
Muadzam Shah, Pahang menjadi saksi dan bukti segala penat jerih selama aku bergelar seorang PELAJAR. Halangan, cabaran, dugaan dan segala bagai 'an an' ditempuh. Aku akui aku tidak sesiapa tanpa sokongan IBUBAPA dan ADIK-BERADIK tercinta, SAHABAT HANDAI, kawan-kawan dan lecturers.
Special credit to :-
Abah,
Mak,
Kakak,
Kak Lun,
Abang,
Anis,
Saudara-mara,
Nurul Fatiehah Adnan,
Siti Norsabikah,
Family PPI,
Norana,
Balkis Kunhi,
Marianun Ansani,
Lestari Masiran,
Nik Arina Zawani
Geng2 HR,
lecturer2 dan lain-lain.
Kalian semua yang mewarnai kehidupan aku di UNITEN KSHAH dan aku sangat menghargai setiap sesuatu yang kalian telah lakukan terhadap diri ini.
Menyingkap memori, betapa sukar untuk menerima kenyataan bahawa aku ditakdirkan untuk bertukar aliran daripada pelajar SAINS TULEN ke aliran SAINS SOSIAL. Daripada mempelajari BIOLOGI, KIMIA, FIZIK ke ACCOUNTING, MANAGEMENT, BUSINESS. Semester pertama dilalui dengan tangisan airmata setiap waktu untuk menerima hakikat aku perlu lupakan segala macam berkaitan SAINS yang sangat aku minati semenjak kecil.
[ALLAH swt lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-NYA]
Di sinilah aku berdiri meneruskan segala perancangan ALLAH swt pada diri ini. Moga DIA terus mengurniakan taufiq, hidayah dan kasih sayang NYA kepada diri ini, keluarga ini, sahabat-sahabat ini dengan selalu bersyukur dan beribadah mengingati segala ini hanyalah pinjaman daripada DIA yang Maha Kuasa.
TERIMA KASIH!!!