Showing posts with label Sad. Show all posts
Showing posts with label Sad. Show all posts

19 February 2011

Tingginya kasihmu..



" Kerana memastikan kebahagiaanku, kebahagiaannya dia korbankan..
Terima kasih Papa,"


Baru habis layan cerita Papadom..

Okay jangan gelak, aku tau aku ketinggalan zaman. Dulu aku bukan kaki wayang cerita Melayu. Hobi aku selalu tengok Discovery Channel jer. 

Serius =.=

******

Walau apapun, tahniah Afdlin, filem anda buat naluri maskulinku menjadi pilu.. T.T


08 January 2011

Andainya..

Andai dapat ku ulang ke masa lalu,
akan ku kembali ke zaman kanak-kanak dahulu,
buat itu ini sesuka hati,
riang ria sana sini,
tanpa perlu resah di hati,

Andai dapat ku ulang ke masa lalu,
akan ku kembali ke hari gembira bersama rakan-rakanku,
makan maggi, biskut bersama-sama
didenda warden tiap masa,
tapi di kepala enjoy sentiasa,

Andai dapat ku ulang ke masa lalu,
akan ku kembali ke hari ku berkasar kepada kedua ibubapaku,
keterlanjuran kata yang diluahkan,
ingin ditarik semuanya dan disimpan,
dek emosi dikuasai syaitan

Andai dapat ku ulang ke masa lalu,
akan ku kembali ke pagi tadi,
menangkap bola lebih teliti,
kerana kecuaian diri sendiri,
terhasillah gol sendiri,


P/S : Sori la geng, memang silap aku tu. X dapat tidur malam dgn lena la minggu ni..T.T 






06 September 2010

Riwayat Si 6300...

Hari ni aku pi bank HSBC nak buka akaun. Aku set ngan abah aku jumpa kat Jesselton Point jam 12pm sebab ak x boleh buka akaun sendiri, kena joint dengan parents bab ak belum cukup 18 tahun. Susah jugak kalau jadi muda ni. Tapi uncle William kata (pegawai bank) muka aku macam 20 tahun dah. Cis, ini membawa petanda ak xkan dapat lagi duit raya tahun ni.

Hampa...

Di HSBC, aku jumpa rakan seperjuangan ku + seorang senior. Calon-calonnya ialah..


Hadi~
Loy~
Zaid~
Beru~
2 orang perempuan dari BTN~(maaf aku lupa nama, tadi aku puasa. Kalau x puasa mungkin boleh ingat)


Sementara menunggu nombor giliran, aku duduk di satu ruangan menunggu sambil menghayati kedinginan penghawa dingin dan kebosanan maen game di hp.

Inilah dia, handphone aku yang tersayang


Tatkala sampai giliran aku, aku bergegas ke kaunter dan tanpa disedari, aku tertinggal hp di tempat menunggu tadi. Borak punya borak, bila sampai part uncle William tanya aku..

"Adik, nombor pejabat ayah ada tak?" tanya uncle William


"Owh, ada di hp. Eh,mana hp aku neyh?" ak kehairanan


"Mungkin di tempat duduk tadi, kejap ye uncle" ak minta kebenaran


Dari jauh, dapat ku lihat hp ku yang bersarung case hitam itu. Namun, bila ku angkat..


"Eh, kenapa ringan semacam ni?"


Cis, rupa-rupanya hanya jasad yang tinggal. Rohnya (hp) telah dikebas oleh makhluk misteri.

Si bedebah itu cukup mulia untuk meninggalkan sarungnya untuk aku


"Aihl!! Ak tinggal 5 minit je da hilang?!!"

Emosiku mula terganggu. Perkataan kesat berusaha untuk keluar dari mulut namun ku cuba tahan-tahan di hati. Nanti kurang pahala, kata ustaz Zafrul dulu. Ku tarik nafas dalam-dalam..


"Hmmmm...fuuuhhhhh....sabar bean, anak soleh kena banyak sabar" konon.


Aku bgtau abah aku. Seperti biasa, jawapannya cool bersahaja..


"Ala along, apa boleh buat laa.."kata abah


"Haa?? Hilang!!" uncle William panik


"Eh, xpela uncle, biarla tu. Bukannya boleh jumpa lagi" aku cuba menjadi cool


Namun di hati, macam nak teriak ja 1 bank, mau ugut pencuri tu. Tapi bak kata abah aku, apa boleh buat.


Aku tengah sedih ni. Bulan-bulan puasa ne ujian menjadi-jadi. Aku jadi tidak menentu. 

Aku jalan-jalan di CentrePoint tapi xde mood. Bila tengok kedai hp, semua jual hp yang sama, Nokia 6300 aku. Macam mana nie??




P/S :Kepada makhluk yang kebas hp aku, semoga berbahagia di Aidilfitri...NOKTAH!!



25 August 2010

Lirik Hari Ini..

Akan Ku Jumpa
~By Azfar~

Ku mengatur langkahku
Berjalan tanpa bayang-bayangMu
Langit dan bumi setia menemaniku
Matahari menyinar tak pernah berpihak padaku
Ku kepanasan tanpa perlindunganMu
 
Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diriMu dalam hidupku ini
Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
Namun yakinku Kau kan ku temui

Ku takkan pernah cuba berhenti
Langkahku mencari cinta
Yang ku tahu hanya untuk diriku
Kan ku terus cari sampai hujung dunia

Kerna ku tahu akan ku jumpa diriMu
Dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpiku selalu

Ku lihat semua gembira
Bila mengenali erti cinta
Senyuman ku beri hanya duka
Bila ingin teman untuk berbicara

Cinta jangan sembunyi
Mataku kabur mencari
Hadirlah dalam hidupku ini
Cinta jangan engkau pergi bila langkahku cuba
Untuk mengejar diriMu 





Waa..bagus lagu ni. Kalau check baek2, ada mesej kerohanian jugak..

Ni lagu ak ambil dari OST drama terbaru kat TV3..

Tajuk dya Syurgamu Ramadan..

Best siot plak cerita tu..

Ak accidentally tertengok drama ni tym tengah online..hehe..

Sambil2 online tu, mataku jeling2 jugak kat tv..

Last2 terminat la plak..

Hampeh btol..

Tapi x rugi laa, memang best..

Ak x tau la berapa kali ak sedih. Kejam tol mak dya tu..ish3..

Nak tau lagi? Klik sinopsis syurgamu ramadan ni..

Tengok la kalau bbrrrrrrrr....ani!!

Ceh, cam promote coca-cola plak..

P/S: Gua da terpikat la dengan Suzana a.k.a Nurul Elfira Loy..
aiseh, siap tau nama penuh lg...
comey sungguh..
hehe..

03 May 2010

Hatiku Bersedih =(

Kadang-kadang..

kita tidak bernasib baik utk mencapai kejayaan..

tetapi kadang-kadang..

kita terpaksa melepaskan peluang yang datang..

pel
uang untuk mencapai cita2..

Sigh..=(


Ari nie ak dapat email dari sime darby..

Email tu berbunyi begini..

INVITATION TO ATTEND YAYASAN SIME DARBY PRE-UNIVERSITY SCHOLARSHIP ASSESSMENT AT SIME DARBY BUSINESS SCHOOL, BUKIT KIARA, KUALA LUMPUR

Waa..berbunga hati ak tym baca email neyh..

Akhirnya dpt jgk interview scholarship setelah dikecewakan oleh MARA..

YEAH!!!

malangnya niatku tuk menghadirkan diri dihalang oleh mak..

Katanya "buang duit saja, bagus kalau dapat"

Isk3..terguris hatiku oleh ayat itu..

Macam la ak ni xde harapan nak dapat scholarship tu..

Bukannya senang dpt kena panggil interview sime darby neyh..

Ak apply ni pon sebab nak tolong mak ngan ayah..

Supaya dorang x payah nak susah2 kluar duit tuk tanggung study ak nanti..

Ya ALLAH, peluang telah tiba namun ku tidak berkemampuan tuk mendapatkannya..

Hmm..

Xpelaa..

Kata2 orang tua kita kena ikut..

Itu yang nabi junjungan kita pesan..

Mungkin rezekiku bukan di SIME DARBY..

Akan ku terima kenyataan ini walaupun pahit..

Kena usaha lagi dan lagi~~

Related Posts with Thumbnails