mari memfollow.. kengkawan.. kalo sy tak follow balik let me know ehh..

senyumm

Promosi Keahlian 2011

Showing posts with label sakit. Show all posts
Showing posts with label sakit. Show all posts

Tuesday, December 20, 2011

lagi hot!.. paling hot dan hangat!!




huwarghhh.. abi pulak demam sampai masuk sepital.. tahun paling Hot untuk kami.. semoga abi cepat sembuh, dan tahun2 akan datang akan lebih sihat dan kebal.. InsyaAllah..

 ok.. anak dara yang dah sihat seronok nak memanjat tiang yang gantung nak masuk air kat abi.. hahahaah
abi jadi seram ngan mia..

sangat HOT kan!!



Terima Kasih baca post neh.komen jom!!

Friday, December 16, 2011

panass.. hangatt!!


huhuh.. yang hangaat dan panass.. badan damia zulaikha.. siann anak mummy demam panas.. huhuh.. sakit tekak, batuk, selsema.. semoga cepat sembuh ye sayang..  agaknye sebab tak dapat main2 ( tak larat) smbil baring2 pun baca alif ba ta,, nyanyi2.. mula2 mami ingat kamu ngigau.. rupa nya mata buka, muka sedih.. tapi mulut riuh lagi.. huhuh.. takpe la .. nanti dah sihat weekend ni kita ajak abi g pantai pullman lagi ye..

p/s: 18hb ni senamrobik kat taman cempaka.. ayoh!! mari2
Terima Kasih baca post neh.komen jom!!

Thursday, August 25, 2011

sume DEMAM..

bermula dari episod mami demam.. siap mc segala... mia yang jaga mami..
masa mami duk berselubung, dia sangat behave.. tgk tv sorang2..
sesungguhnye mami demam sampai tak larat nak bangun pun.. memang da siap2 buh air KOSONG saja dalam 2 botol.. tuk mia minum.. 

dia layan diri tgk tv, ada sekali mami terjaga tgk dia tgh makan roti..
eh mana amik roti.. tak sangka dia  bole panjat kusi mami tu amik roti kat dapo.. mesti kuis pakai remote.. sebab ader remote kat dapo.. 

alahaii.. kamu budak yang baik.. sikit pun tak merengek.. 
siap bila mami batuk kamu kasi mami air..

ni mami dah kebah, kamu plak..
mula dr malam tadi batuk kong kong,
pastu kul 2 pagi, kamu muntah atas katil.
pun kamu tak merengek nangis..

baikk nyeee.. pandai anak ami ni.. huhuhu
dah besar ye...
huhuh tgh hari tadi ami rasa tak besh sebab tinggalkan kamu,
ami balik tgk kamu kat umah atok..

hehhe.. badan still panas lagi, comel.. siap pakai stokin, heheh nak kejar abg fahry tapi 
mcm pengguin jalan,  heheheh dalam tak larat nak juga main tu..

Alhamdullilah nak juga makan nasi..
ok ari ni mami masak nasi k..
petang karang kita singgah kedai beli chicken..


 budak demam sibuk mainn..
pakai stokin.. heheh baju seksi gak..

mami harap mia cepat sembuh, nanti bole la kita raya seronok2...

oh ye,, abi pun demam kat umah, tapi mami tak sempat jenguk , sebab atuk kata tak payah.. ahahha.. lagi pun abi nak stadi kan.. malam ni exam.. Chaiyooo abiii!!.. WE LOVE YOU!!


Terima Kasih baca post neh.komen jom!!

Monday, May 30, 2011

dugaan MATA

ohohohoh.. minggu lepas coti panjang sakit mata belah kanan... dari isnin saaampai rabu dapat mc.. mata ku merah dan gatal2.. huhuhu

minggu ni pula.. mata belah kanan pulaaaa.. tapi bukan merah sakit mata.. tapii.. ketumbit..huwaaa. sakit tau..

tapi minggu ni tak mc.. walau sakit.. gagah jua datang opis.. huhuhu nak upload gamba mata wayar tepon tak bawak pulak.. later la.. huhuhu...

adoi.. huhuh lupa nak capai bawang putih pagi tadi.. kalo tak leh gak tonyoh2.. ni da rasa berdenyut2 ni.. huhuh jgn la ko pecahh kat opis yeee..

huhuhuh apekah barang makeup ku dah tak relevan lagi sehingga kan membuatkan mata ku sakit.. ahaks.. nak beli baru la tuuu..



Terima Kasih baca post neh.komen jom!!

Thursday, April 14, 2011

info demam.. -anak anak

mia sekarang siang dia ok je.. just selsema.. tapi bila malam kul 1 mesti badan dia sangat panas.. suhu 38-39 pastu batuk2 berkahak.. semalam masa dia batuk tepuk belakang dia keluar kahak ketul2.. huhuhu..
tapi so far dia aktif n still minum susu lebih kerap dari biasa cuma tak nak makan nasi sangat.. tapi kalo bagi mee/beehon/spageti layann je tgk dia makan.. tadi survey2 info pasal demam jumpa ni.. YaALLah maaf saya lupa blog ke forum sy jumpa..
mintak halal ye share info pada tuan punya info..


INFO:


Kanak-kanak anak alami suhu tinggi berterusan, muntah mungkin petanda masalah kesihatan serius

ADAKAH anak anda sering demam? Hakikatnya, demam pada waktu malam atau siang sebenarnya sama saja. Bezanya, ibu bapa beranggapan demam malam lebih serius, apatah lagi jika anak merengek dan ibu bapa tidak dapat tidur yang mencukupi.

Demam sebenarnya reaksi tubuh kepada jangkitan virus atau bakteria. Bagaimanapun, bukan semua demam memerlukan ubat. Jika kanak-kanak itu aktif, masih makan dan minum susu, tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Dalam masa tiga ke lima hari demamnya akan kebah.

Namun, jika demam disertai dengan muntah, cirit birit, sakit kepala atau lesu, tidak mahu makan dan tidak aktif, ini petanda anak anda memerlukan rawatan segera. Demam yang dialami mungkin menjadi petanda kepada masalah kesihatan lebih serius dan tidak boleh dipandang ringan.

Pakar Runding Kanak-Kanak Pusat Perubatan Pantai Bangsar, Dr Azam Mohd Noor, berkata walaupun demam malam ada kalanya simptom masalah perubatan yang lebih serius seperti limfoma dan leukemia, namun pola demam itu berbeza. Antaranya demam berterusan tanpa mengira siang atau malam.

“Demam juga tidak mengancam nyawa kecuali darjah kepanasannya sungguh tinggi. Pada waktu itulah demam mungkin menjadi petanda masalah lain yang lebih serius.

“Namun, demam sebagai gejala penyakit misalnya tibi, leukemia dan limfoma memiliki pola tertentu dan demam bukan hanya terjadi pada waktu malam saja tetapi waktu siang juga,” katanya.

Kata Dr Azam, demam umumnya sebagai reaksi tubuh kepada jangkitan. Bahagian dalam otak yang disebut hypothalamus mengawal suhu badan. Hypothalamus meningkatkan suhu badan sebagai cara melawan jangkitan. Suhu badan yang meningkat menyebabkan organisma asing yang masuk ke badan tidak boleh bertahan.

“Sekarang ini ramai ibu bapa yang berpendapat demam bagus kerana ia tanda tubuh melawan penyakit. Namun jika suhu badan terlalu panas, kanak-kanak berasa tidak selesa,” katanya.
Dalam keadaan ini katanya, ubat diberi untuk membantu mengurangkan panas demam tetapi masalah demam itu sendiri tidak akan selesai. Biasanya ubat demam diberi apabila panas tubuh mencecah hingga 38.5 darjah ke atas.

Demam dengan suhu tinggi juga membimbangkan kerana bagi sesetengah kanak-kanak ia boleh menyebabkan sawan walaupun demam bukanlah penyakit yang serius. Namun demam yang berulang-ulang disertai dengan muntah, cirit birit perlu diberi perhatian.

“Walaupun demam itu secara fisiologinya reaksi pada jangkitan tetapi jika wujud simptom lain ia mungkin komplikasi masalah kesihatan yang lain.

“Malah perlu diingat, suhu panas badan yang melampau juga boleh mengundang padah termasuk kemungkinan menyebabkan sawan dan kerosakan otak,” katanya.


Mengapa demam?


1) Jangkitan virus adalah punca paling biasa untuk banyak masalah kesihatan misalnya batuk, selesema, cirit-birit dan sebagainya. Ada kala jangkitan virus boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lebih serius.

2) Jangkitan bakteria tidak begitu kerap menjadi punca demam. Bakteria selalunya menjadi punca masalah yang lebih serius misalnya pneumonia, masalah ginjal atau meningitis.

Apa boleh dibuat jika suhu badan terlalu panas?

1. Selain ubat demam biasa yang diperoleh dari klinik, paracetamol yang mudah didapati di pasaran juga boleh membantu menurunkan suhu badan.

2. Mandikan atau lap dengan kain basah. Namun berhati-hati kerana ada kalanya memandikan anak ketika dia demam tidak begitu sesuai kerana suhu badan turun mendadak. Ia akan menyebabkan masalah hipertorma (kesejukan kerana hilang suhu mendadak). Sebaiknya guna air suam, lap dan keringkan terus. Namun, demam yang berterusan lima hari membimbangkan kerana ia mungkin boleh dikaitkan dengan masalah lain seperti RA (rhemutoid arthritis atau penyakit auto imun.

Demam yang memerlukan rawatan serius

* Kelenjar leher bengkak
* Mata merah
* Tidak fokus
* Ruam
* Muntah
* Pening kepala
* Menangis/merengek
* Sensitif pada cahaya
* Tidak boleh bergerak disebabkan badan sakit

p/s demam memang kesihan kat bebudak yang demam.. mak pak pun pikiran jadi celaru sehingga boleh bercakaran.. harap2 malam ni mia tak demam lagi InsyaAlllah..

Terima Kasih baca post neh.komen jom!!

Tuesday, October 12, 2010

*susah hati*

hai.. mana tak susah hati..

anak demam lagi..

malam tadi bawak pegi klinik lagi

amik ubat ceri beri..

td telefon rumah kata panas lagi badan nya

hmm.. what should i do???

coti kah tgk anak? bawak pegi pakar ka?

Terima Kasih baca post neh.komen jom!!

Monday, October 11, 2010

mia demam..


oh.. mia demam panas masa besday aku.. huhu sedihnye..

kesian dia.. smpi 40degree.. e.l aku ngan husband

dia nangisss je.. huhuhu melepek.. tak mau duduk tak mau berdiri..

paling penting tak mau kat orang lain except me n hubby..

nak dipeluk je

tido pun nak atas dada kita.. melepek kat badan..

makan tak mo. minum takmo.. yang mau biskuttttttt je..

pastu asik terberi2.. huhuu sian dia..


mia melepek kat papa... huhuhuhu


papa dah letih duduk baring plak.. masih lagi melepek.. *selesa* okey


sian dia pucat muka dia.. huhuhu


ha.. tu tido ngan tabung yang br dapat.. auntie donna kasi.. hehe melabur la dengan takaful..




p/s semalam dia dah ok sikit... huhu dah nak gurau2 n gelak2..syukurr..

Terima Kasih baca post neh.komen jom!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...