Monday, March 29, 2010

14 teknik mencari air diwaktu kecemasan

Didalam tubuh kita 42% adalah air dan kira-kira 25% akan hilang apabila kita berjalan dalam hutan (tetapi bergantung pada keadaan cuaca panas atau lembab). Tubuh kita memerlukan air sekurang-kurangnya 2 litter sehari. Kehilangan air dalam tubuh mengakibatkan kepanasan atau kesejukan melampau dan juga menyebabkan tekanan dan keletihan cepat terasa. Jika kita terputus bekalan air contohnya dihutan atau dimana kita perlu lakukan sesuatu untuk mengembalikan kesegaran tubuh .Kemungkinan didalam perjalanan di gunung,hutan,belukar atau pulau kita tersesat atau terputus bekalan air, dan untuk mencari sungai pula tiada atau jauh dari tempat anda berjalan. Alternatif lain perlu dilakukan agar terus dapat bergerak dan menuju ke distinasi yang hendak dipergi.
Disini lusuh akan catitkan beberapa teknik mendapatkan air disaat kecemasan itu. Disini dicatitkan secara ringkas kerana untuk ambil air ini pun ada tekniknya.

1-Pokok lumut-kebiasanya ia lembab,cari dan perahlah lumut tersebut untuk dapatkan air

2-Pokok periuk kera-pasti terdapat air didalamnya

3-Kelopak air, jika ia kering gali dalam sikit pasti ada air-guna penyedut atau kain untuk ambil air.
4-Dari rekahan-rekahan batu,lubang atau lekukan pokok-carilah kemungkinan ada air yang bertakung didalamnya,mudah sahaja nak tahu jika ada air atau tidak iaitu jika nampak semut atau seranga mengelilinginya atau ada najis burung disekitar lubang maka pasti ada air.

5-Gunakan baju-ikat pada kayu (lebarkan baju itu) dan sapukan pada daun diwaktu pagi untuk perangkap embun.

6-Gunakan baju-ikat baju anda dipeha dan lalulah dikawasan berumput/tumbuhan renik yang tingginya melebihi paras lutut untuk memerangkap air embun dari rumput atau daun.


7-Mencari tumbuhan yang berbatang lembab atau akar pokok tumpang. Potong batang pokok tersebut dan perahkan untuk mendapatkan air atau tunggu ia mengalir sendiri.contoh pokok mempelas dan lundang.
8-Daripada akar tumbuhan, cabut dan keluarkan. Ketuk akar dengan kayu atau pisau untuk dapatkan air. contoh akar rotan.
9.Cari pokok dedaun yang berurat ataupun beranting mengandungi air.Potonglah pada pangkal ranting atau daun untuk mendapatkan air.

10.Cari pokok buluh yang tua dan ketuk ruas-ruas antara buluh tersebut. Jika bunyi mampat (tidak kosong) pasti ada air didalamnya.

11.Dari buah-buahan jenis pokok palma-seperti buah kelapa,tebu hutan atau buah pokok nipah-untuk air jenis ini minumlah sekadar untuk hilang dahaga saja, tetapi jika andai pandai mengambil niranya minumlah sepuasnya dan jangan simpan untuk esoknya kerana akan masam.

12.Pokok pisang hutan-cara dapatkan air potong bahagian pangkal pokok, kira-kira 8 inci dari tanah. Kemudian korek pada bahagian tengahnya untuk membentuk satu bulatan seperti mangkuk. Tunggulah sehingga air penuh dalam tempoh tertentu. Air dari sumber ini boleh bertahan sehingga empat hari. lihat contoh dibawah.13.Jika anda sedang berjalan dipermatang dalam ketinggian tertentu, atau di kawasan lembah, duduk diam dan gunakan telinga untuk memdengar kemungkinan ada aliran air yang kecil dari gunung atau bukit. Jika ada dan rasa tahu lokasinya, lihat pula laluan binatang (yang pastinya menurun) atau siulan burung inshaAllah jumpalah aliran air itu.

14. jika terdesak juga, cuba cari sarang burung atau ayam hutan dan ambil telurnya dan minum pelan-pelan. Sebiji telur ayam contohnya mengandugi 75% air.

Ok, setakat inilah yang dapat lusuh catitkan untuk pengatahuan kita semua. Walauapapun yang dicatatkan, pengatahuan asas survival penting untuk dibelajari kepada pecinta bidang reakriasi ini. Nasihat lusuh sebanyak mana gunung yang didaki, air terjun yang diterokai, hutan yang diredahi, tampa ilmu survival tidak ada maknanya. Belajarlah walaupun asas. Lusuh akan terus menulis ilmu ini selagi termampu untuk anda semua. sekian terima kasih.

Nota:

-Untuk menjamin keselamatan, sesetengah sumber air itu harus dimasak dulu.

-Gunakan teknik rasa,hidu dan sapu untuk lebih meyakinkan sumber air selamat diminum.

-Jika dapat air dari sumber akar pokok, kena hati-hati sikit takut beracun dan memabukan Jika airnya berwarna kuning@putih atau tidak cair atau tidak jernih (menandakan ia bergetah). Jika ia jenih kristal ok minumlah.

-Jika lalu kebun sayur, kelapa sawit dan getah, dinasihatkan jangan ambil/minum dari sumber sungai tempat tersebut kerana bahan kimia dari racun rumpai atau baja boleh merbahayakan diri anda. Jika hendak ambil juga , ambil dihulu sungai.

-Jika anda tiada masa nak masak air, maka gunakan 'iodin'. Bubuh dalan air.

terima kasih.
Lusuh Adventure
290609 2116
http://lusuh.multiply.com

(bahan penulisan adalah hak cipta lusuh adventure dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)

Simple Outdoor Gear for sale:

Water Bladder RM70
-2.5 litter
-non toxid

Water Container RM18
-10 litter
-non toxid

Sleeping Mat RM28
-very good meterialJika berminat sila PM atau sms lusuh adventure 019 3407872

No comments:

Post a Comment