Wednesday, January 1, 2014

entry pertama 2014

pheww sedar xsedar, lama xupdate blog.. and macam dah lupe aku ni ade blog.. and macam dah lupe mcmana perasaan mengulas isu2.. tapi elok lah gak kot, tandanya makin lama aku makin kurang rasa "tak puas hati".. after belek2 entry lama, terasa loser plak baca.. macam "eleh! bende mcm tu pun nak kisah ke? " heheheh

yezza! tahun 2014 dah.. azam? xde pn azam baru, sbb azam lama masih xtercapai..hihi tapi InsyaAllah nak ubah diri sendiri ke arah yg lebih baik.. nak tambah amal ibadat, nak tambah kemahiran english, nak tambah kemahiran memasak, nak tambah kemahiran kemas rumah dan menguruskan rumahtangga.

so far, 2013 tak banyak benda yg berlaku.. tapi yg kire perubahan terbesar adalah aku ngan Iyan dipindahlan ke Cameron Highland. after 6 yrs golek2 kat Lanchang, akhirnya dihantar ke CH pulak. pindah sbb Iyan promoted *alhamdulillah*. and honestly aku xberapa gemar ngan CH. semak bg aku.. huhu tapi, aku pasrahkan diri sbb redha dgn rezeki yg Allah tentukan.. ^^

bila kami dipindahkan ke CH, maka bermula la hidup suami Isteri atas kaki sendiri. ye la, nak sethn 6 bln gak aku duk ngan mertua. and mind u, masa duk ngan mertua, aku xmemasak pun.. kemas rumah pn tak.. kire nguruskan My Iyan je.. hihi Alhamdulillah sy ade mertua yg sgt2 baik and sgt2 rajin.. and bila dah duk umah sendiri ni.. tunggang langgang gak seketika..tapi semstinya la bestkann! ^_*

ermm and seriusly aku sgt2 jarang blog walk sejak google dah stop Google Reader. selalu lupa nak masuk blog.. alih2 dh setahun ko! anyway itu je la setakat ni.. moga2 tahun ni ingatan lebih baik.. :)


Kami ^^

Thursday, July 25, 2013

M&S Trip : Day 3 (National Park & Sunny Ridge)

ya.. sila percaya aku update blog.. heheh entry ni adalah sambungan entry 2 tahun setgh yg lepas. terpanggil tuk buat entry after  dpt request dr Jard and Kak Masy yang bakal pegi ke Melben jap lg.. btw, tempat2 yg aku pegi ni xbyk yg guna public transport, since kami gi sekeluarga. so kami sewa kereta.. :)


ok, untuk Day 3 kami bangun kul 4am, bersiap nak ke National Park Arthurs Seat! adik aku kata view cantekk! so pg tu breakfst dgn hasil air tgn kwn2 adik aku.. dorg bg puff and kek kurma karamel. aku plak pulun mkn eskrim Bulla mint and choc chip.. sedappp! after subuh dan bersiap2, kami gerak kul 6.50am..

 yeah, bdk2 mesti duduk di car seat. and vry strict dgn bil penumpang. klu 8 org, mmg 8 org la yg boleh naik kereta tu termasuk baby.. semua kene pki seat belt. Tu, Aishah muka pelik je kene duduk kat car seat. Pic beberapa kedai ondeway, Hungry Jack tu burger king kot kat malaysia. and Cheesecake shop tu franchise kek yg femes kat Aus. sedap2 plak tu! if pegi sna, jgn lupa singgah keh. serius sedap! hihi
ni pulak antara scene otw tu. ade sheep, and ade lembu.. lembu besar2 tu.. byk gak ladang anggur utk wine.. since time tu summer, maka cerah je la cuaca.. Alhamdulillah~
 after drive dlm 2 jam, kami sampai kat Arthurs Seat. singgah dulu pit stop yg 1st, Murrays Lockout! actually tmpt ni mcm bukit tinggi tau, so tepi2 tu ade la tmpt stop tuk bergambar. sblm smpi ke Arthurs Seat, ade la beberapa taman, toilet, tmpt piknik. kire complete la..
 Then kami stop kat Enchated Maze Garden yg cantik gila!! bersih dan kemas, Maze dr pokok2, byk gak bentuk2 yg dorg buat. wall entrance tu pun aku dah kagum gila.. hihi
 Dalam Maze Garden ni ade The Amazing Lolly Shop. byk gila gula2.. segala2, dan segala bentuk dan saiz.. tgk, lolipop tu lg besar dr muka aku. hihi ni 1st time jumpa gula2 yg boleh buat corak2. skrg ni ade dh kat OU.. :)
 dlm Maze Garden ni ade taman2 mengikut tema2 tertentu, ade japanese, kids, fairytales and sebagainya. aku dh xbrp igt nama taman2 tu. anyway, jgn risau sesat sbb dorg ade bg map..hihi Najihah and Aishah bole meniarap atas tar sbb main batu. batu2 kt sana pn cantik2.. and tar tu xde la panas, sbb nama je summer tp suhu bwh 15C time tu..
 tu la kreta sewa kami, then dlm kul 11am kami gerak ke area picnic yg di beri nama "Pig & Whistle" kehkehkeh. kami bwk bekal sendiri, masak nasik and buat ayam bakar. slps tu jamak zohor dan asar, then menuju ke Arthurs Seat yg sbnr!
 Yeah! ini la Arthurs Seat! dipuncak bukit yg boleh nmpk view Melbourne if aku xsilap.. gile besarkan Seatnye? then ade menara kawalan. aku xsure ape history tmpt ni, rsanya tmpt kwln keselamatan kot..

then selepas tu kami menurun menuju ke Ladang Strobery.. :)

 Ladang Sunny Ridge! msa company wat exhibition kt HK, gerai kami sblh company ni.. byk gk dorg bg Strawberry time tu. xsangka plak boleh sampai ke ladang dorg.. hihi farm ni bukak 7 hari seminggu tuk dr bln nov-april. bulan2 yg lain bukak weekend je and public holiday. pokok2 semua kat tanah je, bkn mcm tmpt kita. strawberry besar2 dan manis! boleh mkn kat farm time petik. just byr Aud10/pax utk tiap bekas yg kami pgg tu. masuk xboleh bwk beg, and bekas tu mesti boleh ditutup.
 tu dia! besarkan strawberry dia? dappp! and kt sini ade jual produt gk, mcm jem, jeruk, coklat dan aiskrim.. haihh dapnye la aiskrim dia.. T___T. Ladang ni dalam setgh jam je dr Arthurs Seat tu..




 Dari Ladang Strawberry kami gerakke Mornington Peninsula, salah satu stop klu naik cruise. dekat je ngan Queencliff. kt sini byk burung camar.. and sbnrnya adalah National Park dalam Parks Victoria. Arthurs Seat tu pn termasuk dlm parks Victoria.


 kami gerak jauh ke dlm sket dlm stgh jam dr Mornington, singgah kat Rye Pier. sini pn jetty jugak.. lps amik bebrapa pic, kami gerak pulang ke Melbourne. sampai dalam kul 5.15pm. kirenye tempat ni dalam 2 jam stgh dr city.. :)

sesampai kat melbourne, kami beli pizza. baru la merasa mkn pizza yg 1 slice kene pgg 2 tgn.. hihi. then aferisyak semua tidurr.. M&S Day 4 adalah konvo adik aku.. nak cite jugak ke? ke aku terus ke Day 5, kami gi Philip Island yg best gilee! tempat paling cantik bg aku stakat ni.. ^^


Wednesday, May 15, 2013

berjaya ke?

huhu traffic deras btul dari blog Ena. so saje je buat entry ni tuk mengurangkan traffic sket.. nmpknya entry part 2 aku buat lmbt sket keh.. hehe

Monday, May 13, 2013

Perginya seorang Ahli Syurga - Aqil Hamzah (Part 1)

Salamz semua.. iye, sila percaya aku update blog.. huhu tadi bukak dashboard, baru approve komen date 26/12/2012. ngehngeh sebenarnya banyak nak cerita, tapi bila dah lambat tu mood dah hilang. mcm rasa "err xpe la xshare, xde kepentingan pun..". sampai la 03052013! kami (Memuah) dikejutkan dengan pemergian salah sorg anak sedara kami, Aqil Hamzah. anak kepada Erina and Amir. yg mna aku rsa wajib buat entry.

pheww entry ni bukan la entry yg mudah untuk ditaip.. nangis dah ni ha.. tsk~ nangis, bukan sbb sedih.. tapi sebab sebak.. sebak yg tebal, maybe datang dr kasih sayang yg tebal. actually aku xsure nak buat entry mcmana, detail ke? simple ke? ke gambar je ke? dh seminggu lebih duk fikir2.. end up, aku decide nak luah segala yg aku rasa, tahu dan sedar. maaf kalau entry ini terlalu detail.. tapi sebolehnya nak semua dicatatkan, supaya aku xlupa..

pemergian Aqil Hamzah merupakan "pemergian' kedua dalam hidup aku, selepas pemergian Buya aku 09082010.. kalau difikirkan, memang xde pertalian darah. tapi seriusly rasa Aqil seperti anak sedara sendiri. mayb sbb kenal parent Aqil dr dorg still couple, lanchang Trip,  then gi wedding dorg, Penang Trip, Ena pregnen, dtg wedding aku, hangout sama2, sampai la lawat Aqil kat HKL, kiss dahi Aqil dan menyaksikan urusan jenazah dan pengebumian Aqil.. its complete Aqil! too complete! tsk!


Detail tentang condition dan penyebab pemergian Aqil, boleh rujuk ke blog Ena. dan ini entry dari kak Masy
Hari jumaat tu aku ade meeting kat HQ Puchong, bertolak kul 6am dari Lanchang. hujan pg tu. Biasanya gi Puchong sejam stgh je. alih2 hari tu jd 2jam stgh. perasaan masa tu xtenang.. xtau knape. Plan after office hr nak gi lawat Aqil kat HKL, tp risau gak xsempat sampai since waktu melawat kul 4.30-7.30pm je. bole plak smpi 7.30 je? nk redah jem lg kan? HKL tu.. lubuk jem org kata. 

Perasaan xtenang, maka meeting pn xsmooth.. tp alhamdulillah, myb disebabkan xfokus, meeting dismiss awal. spttnya kul 12.30, tp kul 10.30 bos dh suruh stop.hoho so boleh la aku pecut ke HKL, sementara nk smbg meeting kul 2.30pm pulak.

Kul 11.30 smpi HKL, susahnye la nk cari parking. baru tau xbyr dh parking kt HKL..hihi after park kereta, menapak ke ICU. nak dijadikan cerita, aku silap bgnan pulak. Aqil kat Institut Pediatrik, yg aku kat Bgnan ICU umum. menapak semula ke kereta. skalinya, Mak aihhh! ade 2 kereta block Cik Sona. jenguk2 dorg ltk gear kat N, so dgn gigih menolak 2 bijik kereta, dh la pki baju kurung.. basah ketiak weh! :p tapi xlepas jugak, so tpaksa call owners tu and tggu dorg smpi. dah kul 12.30 dah tu..
Menuju ke Pediatrik. berbaur perasaan time tu.  then sesampai sana nampak Ena. dia pakai baju yg sama ngan bday Aqil hari tu.. mata Ena bengkak, nampak letih, terus rasa sebak! sbb biasanya Ena la yg paling bertenaga antara Memuah, sentiasa senyum and ketawa2. Sampaikan hugs dr kak Masy and Jard. Ena kata "thanks, aku mmg perlukan Hugs skrg ni". aku pulak yg nangis. Ena plak yg tepuk blakang aku.. T__T Then jumpe Amir, dia siap2 nak ke Solat Jumaat. Ena cerita condition Aqil. masa tu seriusly aku xtau nak cakap ape. Ena ngan Amir nampak ok je, masih gelak2. Kagum ngan dorg, nampak ketabahannye..

after cerita2, kami masuk tgk Aqil, tsk! debar lg kuat! Ena bgtau tiap kali dia lalu lorong nk masuk ke ICU, dia berdebar2. hurmm xtau nak ckp ape. then masuk ke bilik ICU, cuci tgn dulu. boleh pulak aku xreti nk keluarkan sabun tu. rupa2nya pijak je, auto keluar! ena gelak sambil kata "ha, dah bertambah kepandaian ko Wafa.." ngehngeh

then menapak ke katil Aqil. MasyaAllah! sayu..sebak.. luluh hati tgk keadaan Aqil. berbeza betul dgn Aqil yg aku jumpe sblm ni. terbaring kat atas katil yg besar. sekeliling penuh ngan mesin2. time tu Aqil tgh diDialysis. Ena sapa Aqil, then baca Alfatihah tuk Aqil. Ena bg aku sentuh Aqil, terketar aku nk sentuh.. tp kuatkan hati, aku usap gk Aqil, sblm Dr marah.. Dr takut aku sebarkan kuman ke Aqil.. ok2.. saye paham Dr..T__T then nampak ade air kencing kat kantung air kencing Aqil, Ena nampak happy! tanya Dr, "Is this mean he get better? is this ok?" Dr senyum, angkat tgn kiri then tepuk meja katil "talk to the wood".. hurmm ok paham, nmpknya Dr xberani bg jaminan ke Ena.

after hugs2, salam2, balik ke Puchong. kat parking kereta office, whatsapp dulu ngan ahli Memuah yg lain. bergenang2 air mata menaip..huhu rasa nak terus balik ke Bahau. xde mood ah masuk meeting..huhu hemy plan nk gi melawat. kak masy and keri dah gi hari rabunye. Kul 5pm gerak gi rumah kawan, tumpang bermlm.. plannye esok tu nak ke Rawang, ade majils Tunang officemate.

Kwn tgh prepare dinner, aku plak time tu tgh main Candy Crush. tetiba kul 7.05pm Ena call. Angkat call dgn perasaan berdebar "Wafa, Aqil dah xde...tolong bgtau Memuah yg lain.." MasyaAllah... T___T call my Iyan, then call kak Masy. meremang bulu time bckp ngan kak masy. tp mcm blur.. xpercaya dgn ape yg aku ckp time tu. Then kak Masy call keri, aku plak call hemy. tp call bkali2 xberangkat. agak dia tgh solat or hp dlm beg and silent!

xlama lps tu dpt call dr Keri, plan nk gerak sama ke Shah Alam. Keri bckp dlm sedu sedan tangis.. terus aku nangis.. T___T then pas makan, solat maghrib bertolak ke Shah Alam. Keri ubah plan sbb nk amik Sepol kat Bangi. aku pn dh xigt aku ikut jalan mana. main drive menonong je menuju ke rumah kak Masy. tup2 dah sampai.. time smpi kat umah kak masy, Iza dh ade kt sana. then gerak sama2 ke rumah Ena.

Sesampai rumah Ena, rupanya Ena ngan Amir xsampai lg. baru gerak dr HKL. jalan sesak, ye la org nk balik kampung tuk mengundikan.. ade la sejam aku ngan kak masy duk dlm kereta. akhirnya dpt call back from hemy. kami teragak2 nk turun ke tak. sampai la adik Ena notice kitorg, dia ajak masuk rumah. kami masuk, bual2 jap ngan Iza then kak masy pass Yassin. berbaurr! xfokus! ade page yg aku berkali2 baca.. T__T

tak lama lepas tu Amir sampai, dengan Aqil dipangkuannye. Amir nampak macam nak tabahkan diri, tp dia xmampu menahan diri dr menangis. ye la, menatang jenazah Aqil masuk rumah. yg mna myb sblm ni penuh gelak tawa... tsk! terus nangis~ then Ena plak masuk rumah.. i will never forget that scene..T__T dorg bukak kain batik Aqil, and tutup muka Aqil dengan tudung putih.. sebakk~

Ena sgt tabah, lps dia tukar baju. dia yg gi salam2 org yg dtg.. aku dulu mmg terjelepuk je kt kaki Buya aku. Ena salam sorg demi sorg.. masa Ena dh nk dekat kitorg, sempat bisik kat Kak Masy, "akak, sy tak cukup kuat untuk ni..." then bile turn aku, xtahan! nangis semahunya.. "Wafa, aku redha wafa.. aku redha Aqil pinjaman dr Allah" T___T then turn kak masy. Nangis lagi~

tak lama lepas tu aku ngan kak masy keluar, tuk jumpe Keri and Sepol. sblm tu kiss Aqil dulu. masa nk menuju ke Aqil tu, hurmm lemah! luluh hati.. Aunty minta maaf Aqil, aunty xpernah kiss Aqil sblm ni.. T__T Aqil, tenangnye muka.. mcm tidur dalam kekenyangan.. Kuasa Allah.. Ahli Syurga..

Keri xboleh lama, since dia nk bertolak balik ke Gannu. 1st time jumpe Sepol@ Tunku Abdul Rahman.hihi Aima ade call, bgtau yg dia dh ondewy balik ke Gannu masa tau berita tu, dia dah sampai ke kuantan. menyatakan betapa kesalnya dia sbb xpernah jumpe Aqil. Keri and Sepol gerak balik, so aku ngan kak masy masuk dlm Cik Sona semula. tggu hemy pulak. hemy gi main tenis rupanya.. Jard pulak Nangis kat Airport (Cambodia eh?). flight balik Malaysia mlm tu. so xdpt la dtg. Zona jauh.. Kapten pn xdpt dtg..

 suasana dr luar time bacaan Yassin untuk Aqil.
Dalam kul 10 lebih nk ke 11 Hemy sampai. Sesampai terus menonong ke dalam rumah. tapi stuck dekat pintu, mybe sebab Aqil dikelilingi oleh perempuan. Hemy kata "aku nk kiss Aqil.." then aku ngan kak masy suruh je dia gi, tp masa tu ramai yg beratur nak kiss Ahli Syurga. then bila clear, Hemy pn gi ke Aqil. cakap sikit2 ngan Ena and Mama Ena. phewww antara scene yg aku xkan lupa! cara Hemy bersimpuh tepi Aqil, bukak kain yg menutup muka Aqil, dia usap pelan2.. dia tatap wajah Aqil dalam2 dan kiss semahunya. Tsk! terus aku ngan kak Masy nangis.. T___T macam hemy tak mo lepaskan Aqil, sampai mama Ena yg tutup muka Aqil.. then Hemy gerak ke tepi pintu, baca Yassin tuk Aqil.. Scene yg sebak jugak.. T__T then kami diberitahu yg Aqil akn diuruskan keesokkan harinya.
Pakcik Hemy @ Ketua Memuah sedang membacakan Yassin..

Sempat borak2 ngan Ena, tggu hemy abis baca Yassin, then kami. aku xsuka sentuh2 or pegang2 tgn org. tapi mlm tu aku rasa xmo lepaskan tgn Ena.. then sblm gerak kami usap and kiss Aqil buat kali kedua, and maybe kali yg terakhir. peluk Ena lg sebelum aku ngan kak Masy gerak balik. kat gate ade Amir, and rsa nak sgt tepuk bahu dia.. nak sgt bgtau dia yg kami ada, tp xboleh nk ckp.. rsa kesal plak My Iyan xikut skali.. 


Aku tukar plan jd numpang tido kat umah kak Masy plak..hihi masuk2 kereta nangis lagi.. aku rasa kak masy pn nangis. masing2 cover2..huhu then berwhatsapp dgn Memuah. masing2 selongkar album cari pic dengan Aqil. malam tu tido xlena. dah wish good nite kat kak masy, tetibe air mata bergenang... cover supaya xtersedu2. time cover2 tu, nampak kak masy pgg hp. skalinya bila tgk twitter, rupanya kak masy pun tgh nangis.. uhuk! terjage je nangis.. tsk!

ermm tu je rasanya tuk hari ni.. dah panjang berjela dah ni.. sebak pn dh rasa bergumpal. InsyaAllah panjang umur esok aku sambung lagi.. 


Wednesday, April 3, 2013

Kronologi kek bday kak baby and atan.. :)

Pheww~ dah lama xupdate.. bile update, ade org tu marah plak psl bubuh pic sikuning comey tu.. sorry2.. hihi

Ok, nk update psl celebration bday kak masy and atan bln jan baru2 ni (baru la sgt!). Alhamdulillah, dipermudahkan turun tuk berSG dgn mbawa bday kek.

Xde perancangan details sbnrnya. memula nk celebrate bday jard skali, tp dia xjoin sbb Paradigm tu port bosnye lepak katanya. Huhu mok pulak xjoin sbb jlnnye mcm bomerang if dia blk umah dan ke Paradigm pulak. Bellan kat NZ, Ena xjoin sbb Amir penat dan Iza xjoin sbb jem teruk katanya. So yg dtg kak masy, keri, atan dan kapten! dan berbekalkan kupon groupon, kami bayar rm35 je instead of rm50/pax.

Aku ngan iyan awal sampai, sbb kami mmg dh amik half day. Sebaik sampai, manager Sg tu kata kupon kami xboleh guna sbb kupon tu tuk weekday je. If dinner hari jumaat consider as weekend rupenye! Tsk! So aku pn start merayu (?) Wat muka kasian, habis semua keluar yg kami dr pahang la segala.. last2 dorg terima guna kupon tu! Alhamdulillah~

Dan kami pn mkn dgn jayanya! SG Paradigm la sg paling best bg aku.. lbh luas, byk pilihan dan sos pn best! Hihi

Psl bday kek, dh pancing kak masy kat twitter. Blur nk wat kek ape, yg penting time tu rsa nk wat kek kaler merah and hitam. Kak masy suggest kek Lady Bird! Terus mengugel, then berpandukan pic aje, aku start buat..

#Xboleh bubuh caption plak kat pic guna blogger android ni.. =.=

Aku guna fondant kaler putih, dan bancuh kaler sendiri. Xmampu nk beli fondant yg dh ade kaler siap2.. mahal betull! So gedek2, tekap2, picit2 maka jadi la kek sebegitu rupa. Ermm kek 3D pertama aku gak!

Tu je kot wat masa ni.. ^^

Saturday, March 16, 2013

Wednesday, December 12, 2012

Dapur - Butter Crabs!

antara benda wajib yg aku and Iyan buat bila balik Bahau ialah gi pasar borong! pasar borong ni kat tepi rail kretapi bahau. hahah lupe plak nk wat wedding photoshot kt pasar ni hari tu..hahaha ermm pasar ni bukak dr kul 3am smpi 12pm.. tp biasanya pagi2 buta tu org yg berniaga yg membeli, yg pesen beli ikan 100kg, sayur2 berbakul2. tuk yg beli sikit2 biasanya dtg membeli kul 6am keatas.

ikan ni direct dr kuantan. ikan yg xde bubuh formaline.. atau nama lain, dorg panggil "Ikan tempatan". Dak keri bole mkn kot udang dr sini..hihi tp kene igt la, dah xde formaline, so ikan tu cpt busuk. kirenye balik2 umah terus la siang.. and pastikan dr membeli tu klu nk bwk jauh, siap2 la beli ais or kotak polisterin.. :)

harga ikan mmg sgt2 murah! ikan selar besar yg biasanya RM13/kg kt sini RM8/kg. ikan siakap RM6/kg, ikan bawal RM18/kg, ikan tenggiri RM20/kg and ikan merah RM18/kg. 

sedikit gambaran keadaan pasar borong
semua ni kami beli dgn harga RM78.30 saje.. nmpk mcm sikit kan? tp penuh 1 sinki tu.. 'ikan karak' yg sebelah kiri skali tu sgt besar. selebar sinki.. hihi ikan karak tu dpt 6 ekor, ikan selar besar 8 ekor, kerisi besar 10 ekor, ikan pelaling 35 ekor and ketam 18 ekor! (ni beli tuk 3 rumah ok.. kwn2 pesan skali..hoho)

ok la, berbalik kepada tajuk asal, meh aku share camna nk buat "butter crabs".. resepi ni boleh gk guna tuk udang.. sgt sedap ok! aku dpt resepi ni msa kt sabah.. yg ni pesen 'masak butter basah'.. ade yg 'masak butter kering', yg pki nestum and kuning telur bentuk sarang burung tu.. aku xreti 'masak butter kering' and xbrp suka sbb berminyak sgt..huhu

Butter Crabs!

18 ekor ketam
2 sudu makan bwng putih (blend)
4 ranting daun kari
5 ulas bwng putih (ketuk)
4 btng serai (ketuk)
8 bijik cili api (ketuk)
3 senduk butter/planta/majerin
1 sudu teh garam
4 sudu teh gula
1 tin susu cair

kukus dulu ketam tu, letak bwng putih yg diblend and serbuk kari.. aku xrebus sbb xmo ketam tu basah sgt and xmo rasa ketam tu hilang.. klu udang xperlu kukus, just 'toss' kan aje, kuarkan air..
rupa setelah dikukus selama 15mnt
ni bahan2nye.. aku guna meadowlea tu sbb tu je ade kt umah.. biasanya aku guna planta. butter cup aku xprefer sbb nnt ade rse 'lembuuu~' heheh
so ni rupe2 bahan2 selepas di ketuk.. senang kan? hihi
so cairkan butter, bila agak2 dh panas masukkan bwng putih, serai & daun kari.. tumis smpi naik bau.. (serius wangi gile!!) lepastu masukkan garam dan gula.. gaul2 sebati..
then masukkan ketam yg dh dikukus td.. aku potong 2 ketam tu, supaya rasa meresap masuk.. gaul2 sebati..
bila dh agak2 mcm stabil, agak2 air dr ketam/udang dh kering sket, masukkan susu cair.. gaul2 sebati... rsa la garam and gula.. klu kurang, tambah kt kuah tu keh, jgn tabur atas ketam.. mmg xsebati kot nnt.. 
tips : kalau xberair sgt ketam & udang tu, susu cair tu akn jadi pekat, tp if xpekat, tambah je 1 sudu tepung gandum yg dibancuh dgn air sket.. tuang je.. and gaul sebati.

taraa! ini la rupa "Butter Crabs" saye! *uhhh! lapar la pulak!.. T____T*

ok, selamat mencuba! (klu kat KK, ketam butter biasenye Rm30/pinggan, pnh mkn kt kuantan rm60/pinggan.. baik masak sendiri.. lagi sedap and puas hati! hehehe)