Hulu Kelang – 3 Feb: Satu
perjumpaan telah diadakan di kelab K , Melawati semalam di antara pengerusi pengerusi Gabungan
Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan Daerah Gombak pada jam 3 petang di Kelab K
bagi membincangkan gerak kerja program
pemeriksaan kesihatan Mega yang akan diadakan pada 11 Februari 2012 di Kelab K
Program pemeriksaan kesihatan ini anjuran NGO Gombak akan dirasmikan oleh menteri
Kesihatan Dato’ Liow Tiong Lai di Kelab K Taman Melawati. Ia nya akan bermula
seawal jam 7.30 pagi dengan sesi
senamrobik yang akan di adakan di kawasan kolam renang Kelab K
Berbagai pemeriksaan kesihatan
percuma boleh dilakukan di sini sehingga jam 5.30 petang. Program ini dibuka
kepada awam. Pemeriksaan percuma
disediakan kepada 1000 pengunjung
awal.
Lebih 50 pengerusi pengerusi gabungan badan NGO yang hadir
bagi membincangkan perancangan yang teliti bagi program tersebut yang di pengerusikan
oleh Sdr Ustaz Fadzli selaku setiausaha Gabungan NGO Gombak.Dato’ Dr Rahman
Ismail , Pengerusi Gabungan NGO Daerah
Gombak ,turut memberikan penerangan dan taklimat mengenai perjalanan program sehari ini. Turut
memberikan sokongan pada majlis ini ialah Datin Paduka Hajjah Rakibah Hj. Abd Manap
Program yang merupakan
satu program ceramah & pemeriksaan kesihatan Mega secara percuma
kepada orang Awam. Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan adalah ceramah
Kesihatan Jantung, Demonstrasi CPR, Pemakanan Sihat, Peranan Ibu Bapa dalam
Penagihan Remaja/ Anak-anak oleh Pakar Kesihatan Keluarga, Kanser Payu Dara dan
Stroke, Buah pinggang dan Kanser.
Bagi pemeriksaan pula ialah Pap Smear, Kanser Payu Dara,
Gigi, Kadar Gula, Kolestrol, Tekanan Darah, Indeks Jisim Badan, ECG (Risiko
Masalah Jantung), Mata dan COMPPM bagi yang merokok.
Orang awam dijemput hadir beramai-ramai bagi mendapatkan
pemeriksaan percuma dan juga boleh melawat gerai serta pameran yang telah
disediakan. Pada Majlis berkenaan
Pengerusi NGO telah di berikan
kad keahlain Kelab K percuma oleh
pengurusan Kelab K.
oleh : Zura
oleh : Zura
Sebahagian dari Pengerusi NGO Daerah Gombak |
Dato' Dr Rahman Ismail pengerusi NGO Gombak, Datin Paduka Hajjah Rakibah Abd Manap dan lain lain AJK Program |
Dato' Dr Rahman, Dato Raja , Datin Paduka Hajjah Rakibah Manap |
Dato' Dr Rahman Ismail , Pengerusi NGO Daerah Gombak memberikan penerangan programkepada pengerusi pengerusi NGO yang hadir. |
No comments:
Post a Comment