Perniagaan Kami


" Menjalankan perniagaan emas keluaran Public Gold seperti jongkong emas, dinar emas, barang kemas dan lain-lain berkaitan emas"

"Memberikan khidmat nasihat berkaitan pelaburan emas"

"Membantu usahawan- usahawan baru untuk menjadi peniaga emas yang bijak"


Showing posts with label syahidan. Show all posts
Showing posts with label syahidan. Show all posts

Wednesday, July 7, 2010

Emas jatuh menjunam!!!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera!!!

Sejak akhir-akhir ini, harga emas makin jatuh dan terus jatuh... kenapa??? aku pon tak tau ramai buyer emas dah mula call aku tanya kenapa??? Aku tak berani nak jawab kenapa tapi apa yang boleh aku katakan inilah peluang keemasan. Rata-rata orang yang masih rasakan ianya satu kerugian akan tetapi ramai juga yang melihatnya sebagai peluang terbaik. Biar aku bongkarkan strategi yang sering aku gunakan.

Seperti biasa la, aku akan gunakan pendekatan contoh untuk menerangkan kaedah yang bakal aku sembangkan.

Mari kita lihat contoh di bawah:-

ilustrasi harga emas PG 20G

Katakan lah setiap bulan kita membeli harga emas 20g dengan harga yang berbeza- beza dan setiap kali pembelian kita merasakan rugi tak beli dengan harga yang sebelumnya yang kita rasakan telahpun murah. Kita sering merasakan pembelian semasa harga yang di katakan masih rendah adalah berbaloi dan kitalah yang paling untung.

Apa kata sekiranya kita telah membeli emas pada harga yang kita rasakan rendah dan pada hakikatnya harga emas akan jatuh menjunam pada hari seterusnya. Dan harganya jauh lebih rendah dari harga yang kita beli. Persoalanya adakah kita ini dalam kerugian!!!!!!. Bagi mereka yang menggunakan mondus operandi yang "menyesal beli emas" akan merasakan ianya satu kerugian. Memang benar ia akan menjadi kerugian sekiranya kita menjualnya. Persoalanya adakah kita hendak menjual pada masa ianya jatuh???

Mari kita lihat graf pembelian emas kita:-


Graf ini adalah menunjukkan emas yang kita beli telahpun melepasi "breakeven"/average pembelian. Secara tidak langsung kita telahpun merasai keuntungan akan tetapi apa kata pada bulan Julai harga emas jatuh sebanyak RM2700?

Mari kita lihat data dan graf kedua.


Harga baru pada bulan Julai ialah RM2703 (average di kira dari bulan Jan sehingga bulan Jun)


Secara kasarnya emas yang kita beli sejak dari Jan sehingga Jun telah pun mengalami penurunan dan ianya di bawah garisan Average/"Breakeven" maknanya kalau kita jual semua emas kita mengalami kerugian di sini. Akan tetapi apakata kalau kita beli lagi pada harga yang tengah jatuh ini.

Sekali lagi mari kita tengok graf:-



Kita akan dapati graf average 2 kita menurun sedikit dari yang asal (perhatikan average2) maknanya lagi banyak kita beli dengan harga yang lebih rendah lagi cepat la kita rendahlah breakevent kita. Dengan kata lain andai kata emas naik maka kita telahpun cepat mendapat untung berbanding kita tunggu dan lihat.

Lihatlah sebenarnya kita telahpun merendahkan risiko ataupun nama lainnya tempoh masa menunggu yang ada. Ambillah peluang ini untuk multiply emas anda.

Ada beberapa langkah yang perlu di ambil:-

1) Guna simpanan wang anda untuk merebut peluang ini
2) Pajakan emas anda dan beli emas baru yang jauh lebih rendah
3) Pinjam kawan (no interest) beli seketul PG 20 ngan Syahidan.
4) Korang pikir la sendiri, camne caranya.

Senang cerita banyak cara nak mengurangkan kejatuhan harga dan ini adalah salah satunya. Banyak lagi caranya, nak tau lebih lanjut boleh la call saya 0192235129 mungkin kita bole jumpa dan bersembang tentang emas.

Akhir sekali, "We think what we believed"

P/s: Jangan lupa beli emas ngan aku. Akan kubongkarkan strategi terbaik penyimpanan emas. nak sembang properties pon boleh, tak de masalah





Thursday, June 17, 2010

Emas itu duit dan duit selamanya menjadi duit!!!!



Salam,

Posting ke 3....(dah posting ke 3 daaaaa) Dulu aku rasa ramai dah tau pasal emas tapi sejak aku mula menjual ilmu emas ramai rupanya masih lagi kurang pengetahuan tentang emas. Bukan aku katakan aku lebih pandai dan arif tentang emas tetapi apa yang ingin aku sampaikan tanggapan terhadap orang terhadap emas adalah suatu benda yang hanya boleh di simpan. Iye benar emas adalah suatu aset pelaburan yang menguntungkan sama seperti properties yang mana ia memberi keuntungan yang amat lumayan.

Sebenarnya emas juga adalah sejenis mata wang. Kenapa aku katakan ia sejenis mata wang??? Biar aku jelaskan di sini agar semuanya faham dan mengerti erti sebuah matawang (ayat buku matematik). Matawang adalah medium pertukaran di gunakan untuk membeli sesuatu barang.

Sebagai contoh:-

a) Kereta Avanza (keta aku) harga sekarang RM69,900 dan aku mengumpulkan deposit sebanyak 10% dari harga jualan. Jadinya aku perlukan RM6900. Persoalannya brape lama masa yang aku perlukan untuk RM6900 tersebut. Setahun, dua tahun, tiga tahun???? katakan lah setahun. Maknanya sebulan kena simpan RM6900/12 = RM575 (kurang sikit dari harga 1 dinar) katakan lah kita mampu simpan RM650 sebulan maknanya kita perlu menyimpan selama 10.6 bulan kurang dari kiraan asal. Maka pada bulan yang ke 10 kita telah berjaya mengumpul sebanyak RM6900(anggaran kasar)..... yeahhh korang berjaya. Dan aku ucapkan tahniah!!!
Tetapi apa kata kalau korang tukarkan duit simpanan bulanan tersebut membeli emas??? Jeng... jeng... jeng... maka dalam tempoh 10 bulan adakah korang rasa, adakah korang rasa hanya menyimpan RM6900 je.....

Bulan 1 = 1 Dinar
Bulan 2 = 1 Dinar
Bulan 3 = 1 Dinar
Bulan 4 = 1 Dinar
Bulan 5 = 1 Dinar
Bulan 6 = 1 Dinar
Bulan 7 = 1 Dinar
Bulan 8 = 1 Dinar
Bulan 9 = 1 Diana opss Dinar
Bulan 10 = 1 Dinar

Jadi secara kasarnya, dalam 10 bulan korang telah pun menyimpan sebanyak 10 Dinar = 42.5gram (1 Dinar = 4.25g). Lagi sekali tahniah... hoyeeeee!!!

Persoalanya mana lebih untung/bernilai duit yang ada di bank RM6900 atau pun Emas 10 dinar???

Sejarah gold trending telah menunjukkan peningkatan harga emas yang begitu menarik. Ia boleh di buktikan dengan melihat gold historical graf dari http://www.kitco.com/charts/historicalgold.html

Aku percaya ramai dah dapat mengagak apa yang lebih untung. Persoalanya boleh ke kita beli kereta dengan menggunakan dinar??? Sebenarnya korang sendirilah yang menentukan nak beli dengan dinar ke dengan wang fiat.


Senario Pelik

Tokey Keta: Tuan mari beli kereta harga banyak cantik.
Pembeli : Ok bole, duit muka brape?
Tokey Keta : Murah je, 10% dari harga kereta.
Pembeli : Brape?
Tokey Keta : RM6900 je celah gigi.
Pembeli : Okey la... Saya kasi 10 dinar.
Tokey Keta : Haiya... mana boleh!!!
Pembeli : Saya beli RM6100 untuk 10 dinar maa
Pembeli : Okey la kalo tokey tak mau... Nanti saya tukar jadi RM dulu...

Tempat lain di kedai mamak pelita jalan ampang.

Pembeli: Syahidan aku nak jual la semua emas aku.
Syahidan Tokey Emas : Brape banyak??
Pembeli : 10 Dinar.
Syahidan Tokey Emas: Mak aii kaya nye koooo...ko rompak bank ke?
Pembeli : Eh tak la.. ini kan aku beli emas ngan ko tiap-tiap bulan berserta ilmu emas ko ajarkan sekali tanpa bayaran walaupun segelas nescafe tarik tu...
Syahidan Tokey Emas : Eh hampir terlupa aku... Ok la di harga pasaran sekarang selepas 10 bulan ko beli adalah RM 720 = 1 Dinar maka total aku kena bayar kat ko adalah RM7200. Ko setuju tak?
Pembeli : Gilo apo ko ni???? (sambil berdiri atas kerusi)
Syahidan Tokey emas: Tergamam
Pembeli : Aku setuju... (hehehehe padan muka syahidan aku dah tipu dia)

[p/s: senario ini adalah rekaan semata-mata untuk memudahkan pemahaman tentang penyimpanan emas berbanding wang fiat]

Kesimpulannya, emas itu sendiri adalah duit dan nilainya sentiasa bertambah mengikut masa dan keadaan. Seperti yang selalu orang katakan harga barang akan naik sekiranya permintaan tinggi. Begitu jugalah emas, harganya sentiasa naik sebab kebanyakan barangan elektrik dan elektronik(cth handphone blackberry wak jeman dan pokli, samsung omnia II orang umah aku, TV full HD, mesin basuh microprocessor dan lain-lain) hari ini sudah mula menggunakan processor dan processor memerlukan emas walaupun sedikit (emas pengalir elektrik yang paling bagus). So "We think what we believed" kalo korang percaya bahawa wang fiat itu sentiasa bertambah nilai terpulang lah. Tetapi kalo korang percaya bahawa emas itu juga adalah matawang ayoh mari kita jadi pengguna yang paling bijak dan hensem untuk membeli emas.

Harga pasaran hari ini(17/6/10) untuk 1 dinar adalah RM598|| 5 dinar adalah RM2976 || 10 dinar adalah RM5927|| adakah anda semua rasa harganya akan tetap sampai bila-bila????

Ingat emas ingatlah diri sendiri." We think what we believed"

Untuk pertanyaan lebih lanjut boleh la hubungi syahidan 0192235129 (sms pon bole tp nak details call la)

Thursday, June 3, 2010

Langkah Pertama...






Salam semua,

Apa khabar harap semuanya sihat sejahtera. Hari ini masuk hari ke 32 aku sah menjadi Dealer public gold. Walaupun dah hampir setahun berkecimpung (ceh wah ayat buku) dalam dunia emas, aku baru bersedia nak jadi agen al-maklum la sebelum nak buat sesuatu kenalah ada strategi.

Orang kata nak jadi agen perlukan duit yang banyak tapi lain sikit dari aku. Banyak tu aku perlukan sebanyak RM38 751 ( sekarang dah mencecah RM40998 kejap je dah cecah RM40k) untuk menjadi agen public gold tapi ada rahsia cam ne nak beli tanpa keluar modal. Berhutang itu semestinya tapi tanpa perancangan yang teliti mungkin kita kalah atau silap langkah.

Tuan Jeman (goldjeman.blogspot.com) sifu aku banyak membantu dan memberi dorongan untuk menjadi agen. Terima kasih jeman!!!!. Atas paksaan dan desakan (deraan) tuan jeman akhirnya aku pun mula menjadi agen public gold.

Akhirnya terlahirlah blog goldtrees.blogspot.com. Dan aku berhasrat nak share sebanyak mungkin ilmu yang ada untuk di kongsi bersama. Untung menyimpan emas ini, banyak yang untung dari yang rugi. Tunggu lah posting aku yang ke2, rasanya nak bercerita apa kebaikan emas yang boleh di pelajari.

Sesiapa yang berminat nak tahu ke, nak beli ke, nak jual ke, nak kongsi ke atau apa sahaja berkenaan emas dan properties bole je....

Aku boleh di hubungi di 0192235129 (sepanjang masa- kalo tak dapat sms pon bole)

p/s:- jangan lupa tau beli emas. Ingat emas ingat le diri sendiri