Nampaknya poll bagi kategori Bawah 18 tahun tidak tepat. Juara bagi kedua-dua kategori ini adalah nama yang tidak tersenarai dalam poll. GiLoCatur tidak perasan nama Lim Zhou Ren ada dalam kategori ini. Jika tidak sudah tentu nama beliau tersenarai dalam poll kerana beliau merupakan seorang pemain catur remaja yang berbakat dan bagus. Bagi Nur Munirah Mat Rahim dari Perak, seeded ke-26, telah berjaya membuat upset di MSSM 2009 kali ini. GiLocatur tidak berapa mengenali beliau kerana tidak pernah berjumpa dalam pertandingan2 catur.
Showing posts with label Kelang. Show all posts
Showing posts with label Kelang. Show all posts
Saturday, March 21, 2009
Friday, March 20, 2009
CATUR MSSM 2009 - Hari Penyampaian Hadiah
Pasukan P12 MSS Selangor yang menjuarai kedua-dua kategori Individu dan Berpasukan.
Pasukan P15 MSS Selangor.
Pasukan P12 MSS Selangor.
Pasukan L12 MSS Selangor.
Pasukan L15 MSS Selangor.
Pasukan L18 MSS Selangor.
Para Juara Catur MSSM 2009 Individu dan Berpasukan.
Juara berpasukan Kategori Bawah 12 Lelaki - KL
Juara berpasukan Kategori Bawah 12 Perempuan - Selangor
Juara berpasukan Kategori Bawah 15. Lelaki - Selangor, Perempuan - Kelantan
Juara berpasukan Kategori Bawah 18. Lelaki - KL, Perempuan - Johor
Tahniah kepada seluruh warga kontigen catur MSS Selangor yang berjaya menjadi Juara Keseluruhan Catur MSSM 2009.
GiLoCatur sekeluarga tumpang gembira di atas kejayaan Anis yang berjaya menjadi Juara P12 Berpasukan MSSM 2009 dalam penyertaan sulung di Pertandingan Catur MSSM. Semoga beliau terus berjaya dalam sukan catur sehingga peringkat paling tertinggi. Diharap juga Fikri dan Fahim akan berjaya mewakili Negeri Selangor di MSSM 2010 tahun hadapan.
TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG BERJAYA! JANGAN LEKA DENGAN KEJAYAAN, TERUSKAN USAHA. KEKALKAN KEMENANGAN. KEPADA YANG TIDAK BERJAYA, JANGAN PUTUS ASA. CUBA LAGI DI TAHUN HADAPAN. KEJAYAAN PERLUKAN USAHA DAN PENGORBANAN.
BRAVO DAN KUDOS KEPADA SEMUA YANG MENGORBANKAN MASA DAN TENAGA UNTUK CATUR MSSM 2009 - GURU-GURU, IBUBAPA, JURULATIH2 DAN PEMAIN2. SEMOGA CATUR AKAN LEBIH CEMERLANG DI MALAYSIA.
MSSM 2009 Pictures
Pasukan P12 MSSKL
Pasukan P12 MSS Negeri Selangor yang berjaya menjuarai kategori mereka. Dari kiri, Puteri Rifqah Fahada Azhar, Puteri Munajjah Azhar, Ee Sun Xin dan Anis Fariha Binti Saleh (anak GiLoCatur). Menurut keputusan rasmi, kedua-dua puteri Azhar MS berjaya menggondol Best Board 1 dan 2. Sila klik di sini untuk mengetahu keputusan terperinci kategori P12.
Pemain-pemain catur MSSM 2009 di Dewan Emerald, Tingkat 8 Hotel Goldcourse Kelang sedang menunggu Pusingan ketujuh i.e. pusingan terakhir bermula pagi tadi.
Pasukan L15 MSS Negeri Selangor (dari kanan) - Muhammad Nabil Azman Hisham, Muhd Syakir Syazmeer Azhar, Chan Sheng Yip dan Tariq Zaid Abdul Razak. Menurut perkiraan GiLoCatur, Syakir berjaya mengungguli papan kedua yakni Best Board. Untuk keputusan permainan mereka, sila klik di sini.
Pasukan P15 MSS Negeri Selangor sedang menunggu pusingan ketujuh bermula. Mereka bertemu pasukan Kedah di papan ketiga. Pasukan P15 MSSNS diwakili oleh (dari kiri) Winnie Hong Wee Ni, Dhanusya a/p Chandran, Nur Farihah Aminuddin, dan Amanina Husna Ahmad Riduan. Adakah mereka berjaya mendapat medal? Sila klik di sini untuk mengetahui keputusan terperinci mereka.
Dua orang pemain MSS Negeri Selangor, Nur Nabila Azman Hisham (kanan) bertemu dengan adiknya, Nur Najiha, di papan utama. Klik di sini untuk keputusan terperinci kategori P12 Individu.
Kategori P15 Individu, Alia Anin Azwa Bakri (kiri) dari Melaka bertemu dengan wakil dari Selangor, Vickie Hong Wee (kanan), untuk menentukan juara individu bagi ketegori ini. Mereka berdua memperolehi 5 mata. Mungkinkah Hoh Tjin Li dari Pulau Pinang yang juga memperolehi 5 mata boleh memintas mereka? Sila klik di sini untuk keputusan terperinci bagi kategori P15 individu.
Pasukan L12 MSS Negeri Selangor sedang menanti lawan mereka, pasukan Terengganu, di papan ketiga yang belum masuk ke dewan. Pasukan L12 MSSNS diwakili oleh (dari kiri) Yeoh Li Yuan, Roshan Singg a/l Ajeet Singh, Mohd Fikri Farizal dan Mohd Noor Azam Mohd Nor. Untuk keputusan terkini mereka sila klik di sini.
GiloCatur perlu masuk ke dewan sekarang kerana majlis penyampaian hadiah akan bermula bila-bila masa. Tunggu update terkini .....
Thursday, March 19, 2009
MSSM 2009 Updates
Hari ini GiLoCatur berkampung di Hotel Goldcourse Kelang mengikuti perkembangan MSSM 2009 terutamanya pasukan negeri Selangor. Team P12 yang disertai anak GiLoCatur, alhamdulillah, mengekalkan penguasaan dengan menewaskan pasukan negeri Kelantan 3 - 1. Ini bermakna pasukan P12 Selangor menang ke semua 5 pusingan dan memperolehi 10 mata.
Malangnya pasukan L12 telah tewas kepada Pulau Pinang. GiLoCatur harap pasukan L12 Selangor akan menang pusingan keenam pada petang ini. Dalam kategori individu P12, Nabila telah seri dengan pemain KL, Tan Li Ting. Dan kalau tidak silap GiLoCatur, seorang lagi pemain Selangor, Chew Ee Wen, telah berjaya menang ke atas Aisyah Sabirin. Kemungkinan mereka berdua akan bertemu di pusingan keenam petang ini kerana memperolehi 4.5 mata.
Yeoh Li Tian meneruskan penguasaan beliau dalam kategori individu L12. Pagi tadi dalam pusingan kelima beliau telah menewaskan pemain sepasukan Irfan Haqqim. Di antara keputusan lain Sumant dari Pahang telah berjaya menewaskan Justin Ong dari KL bagi kategori L18.
Berikut adalah pairing pusingan kelima kategori Berpasukan bagi pasukan Selangor.
- L18 - bertemu KL di meja pertama. Match point Selangor 6, manakala match point KL 8.
- P18 - bertemu Kelantan di meja kedua. Match point Selangor 5, manakala match point bagi Kelantan ialah 4. Kedah bertemu Johor di meja pertama dengan Johor memperolehi 8 match point maksima.
- L15 - bertemu Sabah di meja kedua. Match point masing2 setakat ini ialah 6. Di meja pertama KL bertemu Pulau Pinang.
- P15 - bertemu WP Labuan di meja keenam. Masing2 dengan 3 match point. Di meja pertama Kelantan bertemu KL.
- L12 - bertemu Pulau Pinang di meja kedua. Masing2 memperolehi 6 match point. Di meja pertama KL menentang Kedah yang hanya memperolehi 4 match point.
- P12 - bertemu Kelantan di meja pertama. Selangor dengan 8 match point sementara Kelantan dengan 7 match point.
Jam menunjukkan pukul 3.00 ptg. GiLoCatur perlu turun ke Tingkat 8 untuk menyaksikan pusingan keenam yang sudah bermula.
Sunday, February 8, 2009
Keputusan GiLoCatur di Kelang Chess Open
Mendapat seeded nombor 85 dari 146 peserta dalam kategori terbuka, GiLoCatur bertemu Jax Tham (national rating-1770) di meja 12 dalam pusingan pertama. Bermain buah putih, seperti biasa GiLoCatur guna pembukaan Queen Gambit ala Alekhine. Bermain menentang pemain catur yang hebat seperti Jax memang agak payah kerana beliau amat mahir dengan banyak opening. GiLoCatur cuba bermain sebaik mungkin agar tidak dibelasah oleh beliau.
Di pusingan kedua GiLoCatur bertemu dengan pemain catur wanita. GiLoCatur bermain buah hitam. GiLoCatur bermain agak agresif dengan menyerang walaupun bermain buah hitam. Kalau tidak silap, GiLoCatur castling Queenside.
GiLoCatur berjaya checkmate pemain lawan dengan menggunakan kelebihan extra rook. Di pusingan ketiga, sekali lagi GiLoCatur menentang pemain wanita, kali ini dengan bermain buah putih. GiLoCatur menang pusingan tersebut.
Di pusingan keempat, GiLoCatur bertemu pula dengan Sahir, salah seorang pemain 17ChessClub, yang memiliki rating 1615. Boleh tahan permainan GiLoCatur, boleh membuat upset tetapi rupanya GiLoCatur masih kurang finishing skills, yang penting sekali tidaklah memalukan he he he ...
Dalam pusingan kelima, Cikgu Zullkafli (gambar di bawah) pula menunggu GiLoCatur. Ingatkan GiLoCatur kena belasah dengan beliau, tetapi rupa-rupanya mampu juga memberi persaingan sengit. Sayang GiLoCatur tidak cukup finishing touch untuk membuat upset terhadap Cikgu Zul yang mempunyai rating kebangsaan 1558. Jika tidak TPR GiLoCatur akan bertambah baik.
Entah apa yang GiLoCatur fikir kerana gerakkan Rhg1 (nota: sebenarnya Rab1, baru perasan board terbalik rupanya :)- ). GiLoCatur boleh dapat capture rook dengan gerakkan Qa8+ (nota: Qh8+). Mungkin ada chess expert boleh membantu GiLoCatur move apa yang terbaik untuk checkmate pemain lawan dengan posisi seperti di atas. (NG6? Sahir? Yedman? mungkin boleh bantu :)- )
Dalam pusingan keenam, GiLoCatur resign di posisi buah seperti di atas ketika menentang Shamsuddin Sabri, kalau tidak silap. Walaupun beliau tidak memiliki rating kebangsaan dalam kejohanan ini, tetapi beliau merupakan seorang pemain catur yang bagus.
Pada pusingan ketujuh, sekali lagi GiLoCatur bertemu dengan pemain wanita. Pemain wanita ini merupakan seorang OKU dan berasal dari Thailand. GiLoCatur berjaya checkmate beliau. Pada pusingan terakhir, GiLoCatur bermain buah hitam menentang seorang pelajar IPT. Beliau resign bila GiLoCatur berjaya queening.
Jadi, dalam pertandingan ini GiLoCatur menang 50% (4 game) dan kalah 50% (4 game). Permainan GiLoCatur memang agak meningkat dan diharap akan menang lebih banyak game di kejohanan-kejohanan catur di masa hadapan.
Tidak pula GiLoCatur bertemu dengan chess buddies dalam pertandingan ini seperti Zali Ng6, Max, Faizul dan Cikgu Rashid Jamaluddin.
Kelang Chess Open Winners
Today, a chess tournament in Kampung Jawa, Kelang atrracted a record of 411 participants. Organized by Majlis Guru-guru Besar Sekolah Agama Daerah Kelang at Pusat Sumber Pendidikan JAIS, Kampung Jawa Kelang. The rapid chess tournament was divided into four main categories - Open, Under 18, Under 12 Open and Under 12 PAID.
The Top 3 winners of some categories.
Open Category:
Champion : Ong Thian Loon
1st Runner Up : FM Anas Nazreen Bakri
2nd Runner Up : FM Mok Tze-Meng
Under 18 Category:
Champion : Muhd Nabil Azman Hisham
1st Runner Up : Muhd Syakir Shazmeer
2nd Runner Up : Geeneish Sivalingam
Under 12 Open Category:
Champion : Mohd Aziz Farhan
1st Runner Up : Nur Najiha Azman Hisham
2nd Runner Up : Muhd Sirajudin Munawir
The final full results of all categories can be accessed here.
Friday, January 9, 2009
KLANG OPEN 2009 - A National-rated Event
Date : 7th February 2009 ( Saturday )
Time : 7.30 am – 6.00 pm
Venue : Pusat Sumber Pendidikan JAIS ( PSPJ ) , Jalan Bukit Jati,
KAMPUNG JAWA, KLANG, SELANGOR ( refer below map)
System : SWISS SYSTEM – 7 ROUNDS
( ROUND 1 STARTS AT 09:30AM )
Time Control : 25 minutes per player
Tie Break : SOLKOFF, SONNEBORN BERGER, PROGRESSIVE SCORE
Entry Fees :
- RM15.00 – Under 12 Category
- RM20.00 – Under 18 Category
- RM25.00 – Open Category
TOTAL CASH PRIZES : RM7410.00 TO BE WON !!!
OFFERING 72 OVERALL WINNERS!!!
NOT-TO-BE-MISSED : LUCKY DRAW DURING PRIZE GIVING !!!!
BREAKFAST & LUNCH PROVIDED!!!
PRE – REGISTRATION & ENQUIRIES :
- ZAMRI SAJARI 016 - 277 5005
- SYED ABD RAHMAN 012 - 248 4513
- AZHAR MS 012 – 679 6193
CLOSING DATE : 31 January 2009
Register through SMS, deposit entry fee to 'Badan Kebajikan Kakitangan PAID Klang' - Bank Islam Account No: 12010010017749 and fax bank slip to 03-33231319 before closing date ( 31 January 2009 ). ONLY PAID ENTRANCE WILL BE ACCEPTED.
STRICTLY : Registration Or Payment After Closing Date WILL NOT BE ENTERTAINED!
Map to the tournament venue in Kampung Jawa, Kelang.
Subscribe to:
Posts (Atom)