My World

My World

Sunday, October 31, 2010

Saat Menilai Cinta


Eh tetiba lak aku menulis tentang cinta..dua ari aku tak update blog..agak-agaknya dua ari tu aku p cari cinta kot...hehe..

Takdela, aku kesibukan dan keletihan dengan program pandu puteri selama 3 ari 2 malam yang diadakan di hotel grand continental langkawi...hari ni baru la dapat luang masa untuk melihat blog aku ni..

Tentang tajuk saat menilai cinta ni, aku terbaca 1 artikel kat kosmo online..so aku nak share la kat sini dengan korang-korang yang membaca blog aku ni..yang boleh dijadikan tips jugak untuk aku..hehe..

mai kita baca artikel ni...

SETIAP kali menjelang tahun baru, melakukan resolusi mengenai karier, hal kewangan dan cinta sememangnya menjadi rutin bagi setiap orang.

Bagi pasangan yang sedang bercinta, kenangan yang dilalui sepanjang tahun lalu mungkin lebih mematangkan fikiran. Apatah lagi bagi pasangan yang pernah gagal dalam percintaan.

Mereka menganggap tahun yang dilalui umpama suatu pengajaran yang membawa ke arah kehidupan yang lebih bermakna.

Menyentuh soal cinta, jangan pula anda lupa melakukan perubahan kepada diri dengan meletakkan keazaman yang tinggi dalam hal-hal melibatkan dunia percintaan.

Ikuti tip-tip yang disenaraikan di bawah:

1. Lupakan masa lalu

Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin.

Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun. Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak.

2. Temui ramai orang

Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna.

Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan wanita.

3. Ubah penampilan

Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan.

Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa.

4. Jangan terburu-buru

Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan.

5. Jangan terlalu memilih

Setiap orang pasti ada kekurangannya, jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya.

6. Buat keputusan

Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan 'tidak'.

Em, menarik artikel ni..bleh diaplikasi untuk sapa-sapa yang masih mencari cinta...n menilainya...ok, dadidu... =D

Friday, October 29, 2010

Aku Pemimpin Pandu Puteri..hehe

Pemimpin la sangat.. :P

Tahun ni aku kena jadi guru penasihat pandu puteri untuk sesi pagi...so program yang telah dianjurkan oleh pandu puteri negeri kedah ni aku kena la hadir..nasep la buat kat langkawi...yang lawaknya blom ada baju pandu puteri lagi..apa lagi, meminjam la..hehe..

aku n wanie, ketua guru penasihat sesi petang

Tapi baju t-shirt p beli la tadi..sebab baju t-shirt senang je dapat..baju kurung tu susah..mana sempat nak p tempah dalam masa terdekat ni..nasep la ada yang sudi menghulurkan bantuan..Petang tadi start pendaftaran, pastu ada taklimat...lepas tu rehat, aku balik umah untuk ambil barang-barang..malamnya stay di otel...

Ni aku baru je balik dari tengok wayang..tadi program sampai 10.30p.m..panggung wayang bersebelahan ja ngan otel ni..apa lagi, midnight movie la..hehe..housemate aku pon juin..tapi lepas abes movie diorang terus balik umah...aku balik ke hotel..

Sok pagi nak kena bangun awal..pemimpin-peimimpin pandu puteri akan pergi ke geopark kilim, bersiar-siar di sungai menaiki boat..wooww bestnye...pastu tengaharinya makan kat restoran tangkap ikan...best2...

Blog ni masih lagi dalam penambahbaikan..aku tak sempat edit kesemua lagi...aku cuma tulis entry untuk tengah malam ni..k la, nak p tidur dah...papai...

Thursday, October 28, 2010

Penambahbaikan..

Aku try ubah layout..skali banyak pulak yang hilang da...so kena tambah-tambah lagi..arini dah tak sempat nak edit perabih..ada keje jap lagi...nanti aku cuba siapkan blog aku ni dengan layout yang baru sepenuhnya...da...

Wednesday, October 27, 2010

Kalau Berpacaran

Hari ni tak nak cerita panjang...cuma ingin menggambarkan perasaan yang agak kecewa sebab tak dapat naik cable car pagi tadi..plus ngan tak dapat men boling n tengok wayang...huhu...apela nasep...tapi tak pela, macam la tak dak hari lain kan...cable car tu akan bawak students p lagi minggu depan..kesian depa tak dapat naik..

Cuma ujung minggu ni aku tak dapat juin geng wondergurlz sebab aku terlibat ngan kursus pandu puteri selama 3 ari dari 28-30 oktober..peringkat kebangsaan punye...memang padat dengan aktiviti yang telah disediakan..so, hajat di hati nak menghiburkan hati di hari ini tidak dapat ditunaikan...sob3...

Tapi hati ini agak terhibur bila dengar lagu best dari ana raffali n suhaimi mior hassan..baru je beberapa kali dengar tapi rasa dah boleh hafal..hehe...aku paste lirik dia kat sini...

Sohaimi Mior Hassan
Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Korus
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Ana Raffali
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya

Ulang korus

Altimet
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga

Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

Ulang korus 2x


Tuesday, October 26, 2010

KAmi KEna SAbotaj!


Tengah syiok-syiok tidor, hampir-hampir mimpi indah pada waktu itu, aku dikejutkan oleh satu cahaya beserta dengan bunyi 'klik'..ohh noooo, penumpang di hadapan telah mencurik ambil gambar kami..aku, roshni n ain..

Kami baru ja pulang dari pekan kuah..lebih kurang jam 10.40 gitu...kami bertiga yang dok di seat belakang tu memang keletihan sebab pagi tadi dah bawak students p lawatan, petang nya kuar lagi..ada urusan penting, pastu malam pn kuar lagi..keja kuar ja..hehe...

Mungkin jugak baru lepas makan, tu sebab leh tertido..papepon time kasih kat orang yang tangkap gambar ini..sebab ada gambar ni, ada la idea aku nak mengarang blog..tadi masa makan, aku ada terfikir nak tulis blog..tapi ada rasa malas sikit..tu sebab tak amek gambar makanan aku tadi..lau tak leh tunjuk gambar oblong daging yang aku makan tadi...emmm marvelllooousss...sehingga menjilat jari..hehe..

Pasal gamba tido ni, aku nak cite sket masa kat ums dulu, aku ada gak la tertido dalam kuliah..maklumlah ngantok sangat..mintak maaf la lecturer ye..tapi aku tido tu bukan la lama..sekadar menghilangkan rasa mengantok pastu sedar dengan sedar-sedarnya la..hehe..

Ada skali tu masa aku tido, si dira, kawan aku leh p curi tangkap gamba aku lak..isk2 suke betol tangkap gamba aku ni...ha korang tengok la gamba aku yang memang tengah tido dengan nyenyaknya...haha...

comel jugak bila aku tengok..heee perasan lak...

moral of the story: pasni kena berhati-hati bila tertido..nanti orang amik gamba kita..hehe

Underwater World Kami Menjengah..

Aku cuma nak share gambar-gambar ja untuk arini..malas nak menulis banyak-banyak...kepenatan..hehe..

Cikgu lebih banyak bergambar daripada students rasanya..hehe...

rombongan pelajar seramai 44 orang

rombongan guru pulak 6 orang..hehe



ikan ni ngah senyum.. :)






kunun kesejukan..hehe


terasa macam comey lak aku kat cni..macam jela..hehe


ikan pari

ikan pelik

oppss adegan sensed..heeh

cantiknye obor-obor ni..


ni baka dari kuda+udang = kudang..hehe..


tu je gambo-gambonye...ekceli banyak lagi gambo tapi taknak la upload semua..penuh lak blog ni nt ngan gmbar-gambar underwater world..hehe...tu jela untuk arini...
sok ke cable car lak..heee :P

Monday, October 25, 2010

Penat Tapi Seronok..

Aktiviti untuk form 3 hari ni adalah sukaneka...aku n cikgu-cikgu form 3 yang handle..banyak jugak aktiviti yang kami lakukan..sampai tak cukup masa..antaranya semakin jauh semakin sayang, tiup belon sampai pecah, makan buah, makan biskut, ikat kaki dengan tali, cari gula-gula dalam tepung..lagi 1 aktivi tak sempat nak buat iaitu bawa bola pingpong menggunakan sudu...

Arini tak ada gambar..aku tak sempat langsung nak pegang nset yang berkamera tu..aku sibuk dok pegang pembesar suara tu..hehe..kena berteriak bagi arahan kat students..mula-mula pembesar suara tu takdak, terpaksa aku kuatkan suara aku yang pelan ni..macam nak keluar anak tekak pon ada..huhu...

Tapi memang best tengok students ni bersukaneka..riang gembira tak terkata, memang bising la kat dewan geopark tu..dengar 1 sekolah kot..hehe..penat nya la menguruskan depa..bila bagi arahan, leh pi tanya lagi arahan yang sama..tak larat aku nak ulang..tapi memang begitula budak-budak..kenala kita ni bersabar dengan kerenah depa...

After rehat aku bagi students tengok wayang ja..tak larat dah nak buat aktiviti outdoor..depa pon dah penat men sukaneka...oh ya, masa depa tengok wayang, aku bawak beberapa orang budak untuk tolong aku mengecat sempena projek hijau..tak siap-siap lagi dari haritu..betapa sibuknya aku ni..hehe...takpa, aku akan siapkan sebelom cuti sekolah..tadi dapat buat sikit saja sebab terlalu panas..aku pon dah sunburn gila dah ni..sampai ada cikgu yang menegur kegelapan aku ni..heheh...

Lepas mengecat tu aku masuk dewan balik untuk pantau mereka-mereka tengok wayang..lepas abes tengok wayang, aku bagi surat kebenaran waris untuk lawatan ke underwater world esok dan ke cable car lusa...aku pon turut pergi mengiringi mereka..jadi guru pengiring la aku...ngeh2...

yeaaaayyyy sok p lawatan.. :P

Lorong Masa Depan


Saja nak berjiwang di pagi buta ini..jam menunjukkan 3.03 pagi..aku masih tak dapat melelapkan diri..dek kerana sudah tidur tadi...

Oleh itu, ku titipkan sebuah sajak disini..untuk kita hayati..

Menerawang melepas penat
Menyeruak, melawan arus
Capai di badan,
Ditinggal sudah

Mengikuti iramanya waktu
Mengantar diri dalam sebuah keadaan
Membahana dalam lingkup kehidupan
Menemukan arti dari sebuah jiwa ini

Kosong...
Menadah dalam gelap malam
Berteriak, melepas sepi
Berontak, melawan daya

Mencoba kembali melawan arus
Begitu sulit
Laksana menjamah sebuah bintang malam
Sia-sia...

Ataukah mengikuti alur ini?
Meski hati tak lagi sejalan
Mimpi ada disana
Dan bukan disini...

Bersama malam ini,
Aku menatap lorong masa depan
Dibalik cahaya bulan
Dibalik gelapnya malam...

Sunday, October 24, 2010

Mumia Sekolahku

Banyak jugak mumia kat sekolah ku hari ini...haha..ni semua sebab program explorace lepas waktu rehat tadi..students kena buat mumia guna tisu dan buat putera raja dan puteri raja menggunakan surat khabar lama..



Aktiviti pagi tadi adalah pertandingan membuat gubahan...tergugat jugak aku tengok dorang ni membuat gubahan..hehe..bukan aku tak pandai tapi tak pernah try pon..tapi tak semua kelas yang juin...sebab tak bawak barang..mai kita tengok gambar-gambar mereka menggubah bahan-bahan yang mereka bawa...










Saturday, October 23, 2010

Photoshoot Wif Wondergurlz lak... =D


Photoshoot ni bukan dengan wondergurlz yang penyanyi berkumpulan korea tu ye..ni photoshoot dengan kawan-kawan aku yang juga merangkap cikgu smktp ni..ngeh3...





Time sek0lah kita bekerja, time cuti kita berenjoy la..hehe..salunya ujung minggu ramai yang balik kampung..tapi minggu ni ramai pulak tak balik..jadi kami semua pon pergi la melepak di Pantai Teluk Yu..sambil menikmati angin petang, makan-makan n bergambar kenangan..



Yang besh di Langkawi ni dapat tengok keindahan pantai..banyak pantai-pantai yang cantik yang boleh menjamu mata kita..tenang sangat bila dok kat tepi pantai sambil menghirup udara segar n mendengar desiran ombak..

Banyak lagi pantai yang belum aku pegi..yang dah pegi pantai cenang, pantai tengah, pantai kok n teluk yu ni..insyaAllah 1 ari nanti akan ku sampai jugak ke pantai-pantai yang laen...ngeh3... :P

Macam Kanak-Kanak Riang

Bukan macam lagi dah..memang betol-betol kanak-kanak riang..hahah...petang kemarin lepas makan tengahari kami geng wondergurlz bercadang nak pegi pesta makanan di Harbour Park..wondergurlz? mesti ada yang tak tahu lagi pasal wondergurlz ni..ni la nama geng kami kat langkawi ni..hahak..takdak kena mengena ngan wondergurlz penyanyi korea tu pon..ni saja-saja kawan aku bagi nama..entah sapa tak tau yang mula-mula bagi nama wondergurlz ni...

Berbalik kepada cerita macam kanak-kanak riang ni, kami p pesta makanan tu tapi tak macam pesta makanan pon..ada beberapa gerai ja..tak seperti yang dibayangkan...rasa menyesal gak datang..tapi dah alang-alang p harbour park, kami jalan-jalan la kat situ..kat harbour park ni ada petrosains ye kawan-kawan..kami pon p la masuk situ...apa lagi, try macam-macamla benda-benda yang ada kat situ..memang kelakor la..leh juin budak-budak kat situ lak tu..kikiki...macam biasa la, aku pon snap la picture...

acara pertama: melompat ke dalam kolam bola

Pastu kami try games yang nak uji tahap adrenalin kita..untuk uji ketakutan..aku relax ja..tapi el menjerit-jerit bila benda tu nak turun..(ini menunjukkan adrenalin el dirembeskan)..hehe..patutnye letak kepala tapi kami letak tangan ja.. :P

mula-mula letak tangan

pastu tekan switch on..

tunggu sampai tempat pemotong tu turun..tgk el tarik tangan dia bila benda tu dah turun..

ape ntah nama benda ni..lupo pulak..tau main je..hehe

ni nak tengok tahap kebesaran kita dalam cermin berbentuk lengkungan

meniti di atas besi (utk keseimbangan badan)..tangan kena letak di sisi ye..

aku berjaya meniti sehingga garis penamat..heheh

isma yang tidak berjaya meniti sampai ke penghujung..

hahah..lawak-lawak..ada buah-buahan baru yang bernama isma.. =D

dan jugak gee jah..ngeh2..

Lepas ja bermain-main kat petrosains ni, kami semua pon bergerak ke Teluk Yu untuk berkelah dan berphotoshoot di sana..ha yang tu nanti aku letak gambo-gambonye...aku nak bersiap-siap untuk makan tengahari jap lagi..adiosss....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...