Showing posts with label PAS. Show all posts
Showing posts with label PAS. Show all posts

Thursday, September 6, 2012

TAGGED UNDER: ,

Sang Anak Ok Tapi Sang Menantu Plak Haru Biru .. Apa Barang ??



Hek eleh .. inilah dikatakan lebih sudu dari kuah .. lebih mangkuk dari mangkuk tingkat .. kah kah kah .. tapi apa nak heran, resmi orang orang ameno, create isu dari benda yang diowang sendiri tak pasti betul ke idak, kemudian buat lah aksi marah macam ayam hilang anak dengan tak memasal suh Mat Sabu mintak maaf .. apa kes ??

Mamat yang menyandang nama Datuk Ahmad Hamzah yang juga merupakan menantu kepada arwah Tun Ghafar, mendesak Che Mat Sabu minta maaf sebab katanya dia dapat tahu Che Mat ada kata pada sesi ceramahnya di Bukit Baru bulan lepas 'sekiranya Tun Ghafar umur panjang, beliau sendiri pun akan masuk Pas seperti anaknya, Tamrin.'

Wa cakap 'dia dapat tahu' sebab jelas sangat yang beliau ni tak tahu pon apa sebenarnya isi kandungan ceramah Che Mat yang dia pertikaikan, malah mungkin hanya bersandarkan 'dengar cakap' atau cedok memana blog dan kemudiannya panggil sidang akhbar untuk mewar warkan rasa tak puas hati beliau .. kan ke bodo namanya tu ?? kah kah kah 

Hari ni, PAS Melaka keluarkan kenyataan yang menyarankan supaya Datuk Ahmad Hamzah dok dengar balik klip ucapan Che Mat - Rujuk berita Sinar - dan wa amat berharap saranan ini dijalankan oleh beliau dengan menggunakan telinga .. dan bukannya pakai kepala lutut .. kah kah kah 

Yang lagi mengherankan wa, tak memasal Tamrin plak yang kena buat sesi penerangan pasal isu yang sama ..pada keluarga dan sanak saudara dia sendiri plak tu .. weyh .. cuba luorang khabarkan kat wa .. Tamrin ngan Datuk Ahmad Hamzah ni siapa yang anak siapa yang menantu ?? kah kah kah .. Anak tak melenting malah turut bersama sama memberikan penerangan tapi tup tup menantu plak macam naik hantu .. tersampuk syaitan selat melaka ke hape ?? kah kah kah kah

Nota dari sumber:

Tamrin sendiri akan mengadakan sesi penerangan di kawasan Jasin, yang juga kubu kuat Umno sejak zaman Ghafar lagi mengenai sebab beliau masuk Pas.

“Sebenarnya Tamrin menghormati keluarganya, namun apabila Ahmad menimbulkan perkara ini maka beliau membuat keputusan membuat penjelasan.

“Beliau akan menjelaskan sebab mengapa beliau tinggalkan Umno dan membuktikan kebenaran mengenai dakwaan memang benar Mohamad Sabu ada melawat Ghafar,” katanya.

Sehubungan itu katanya, satu ceramah oleh Tamrin dan Mohamad Sabu akan diadakan di Markas Pas Kampung Serkam Darat pada 7 September, jam 8 malam.

Wednesday, August 15, 2012

TAGGED UNDER: ,

Pemuda PAS Kelantan Pinta Semalam Tapi Sebenarnya TGNA Dah Suruh 3 Tahun Lepas


Semalam Dewan Pemuda PAS telah mengeluarkan kenyataan, menggesa mantan Timbalan Presiden PAS, Nasaruddin Mat Isa untuk melepaskan kerusi Parlimen Bachok sekiranya beliau tidak lagi berminat untuk berada dalam perjuangan PAS. Sila rujuk -> Harakahdaily .. untuk berita penuh.

Sebelum ni, dalam entri wa bulan mei hari tu pon dah tercetus khabar yang tidak enak didengar tentang beliau apabila tiada seorang pemimpin PAS pon yang hadir ke majlis perkahwinan anaknya berbanding kehadiran dari pihak ameno-bn. Masa tu memang pelik sangat dah .. takkan tak dijemput .. kalau dijemput pulak takkan seorang pon tak hadir ? ermm .. something fishy huh~!!? - Rujuk Biarlah Foto Berbicara Sendiri

Tapi dalam pada semua tu .. ada satu yang wa terlepas pandang. Rupanya Tuan Guru Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS telah membuat gesaan keatas individu yang sama jauh lebih awal .. iaitu pada tahun 2009. Apakah TGNA sudah dapat membaca bahawa semua ini bakal dan pasti terjadi ?? Malah TGNA sudah memberi label yang akhirnya semakin jelas sekarang iaitu Boneka Umno ..


Berita Penuh :


KOTA BHARU 17 Jun – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Nasharudin Mat Isa meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden Pas dan Ahli Parlimen Bachok jika masih meneruskan hasrat untuk menubuhkan kerajaan perpaduan.

Nik Abdul Aziz turut meminta Nasharudin supaya keluar daripada Pas dan menyertai UMNO kerana tindak-tanduknya itu lebih banyak menimbulkan kecelaruan kepada ahli parti itu.

Beliau dengan nada marah menyifatkan pemimpin nombor dua Pas itu sebagai tidak bermoral kerana telah membuat ‘sampah’ dalam parti tersebut.

Berikut ialah transkrip kenyataan Nik Abdul Aziz mengenai kerajaan perpaduan pada sidang akhbar selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini:

Komen Tok Guru kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak yang yakin dengan keikhlasan Pas berhubung cadangan penubuhan kerajaan perpaduan dan reaksi balas Timbalan Presiden Pas hari ini?

Pertama sekali saya nak ulangi kenyataan saya dulu bahawa isu perpaduan ini bukan datang daripada Pas tetapi lontaran (idea) daripada peribadi tertentu. Bukan daripada Pas.

Kalau Perdana Menteri kata ianya dari Pas, itu tak betul. Itu lontaran peribadi dan tidak masuk dalam kertas agenda mesyuarat parti dan juga kertas agenda mesyuarat pakatan (pembangkang). Sebab itu pakatan tidak tahu. Maka bagaimana hendak sebut Pas setuju... tidak boleh.

Kalau setakat hendak berunding untuk kerjasama sahaja dan bukan untuk kerajaan perpaduan bagaimana pendapat Tok Guru?

Bawa benda ini dalam mesyuarat parti dan yang kedua kepada pakatan. Kalau Pas setuju dan pakatan setuju, lain masalahnya.

Pas tidak bincang, pakatan pun tidak bincang. Mana boleh kita hendak bercakap benda ini sebab itu saya kata ini kerja boneka UMNO. Saya ulangi lagi ini kerja boneka UMNO.

Kalau benar Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa hendak setuju, lebih baik masuk UMNO, terang. Saya sebut lebih baik masuk UMNO, letak jawatan di Bachok dan bertanding (semula).

Apa yang duduk buat sampah ini, menyusahkan orang. Dia tidak tahu bagaimana susahnya saya ada yang telefon, datang jumpa sendiri menangis-nangis dan sebak dari dalam dan luar Kelantan. Malah ada setengah yang datang jumpa saya sebak tidak boleh kata apa, tidak boleh cerita.

Apa cerita ini, dia masuk UMNO senanglah daripada duduk bertenggek dalam Pas. Tidak ada moral orang panggil, tidak boleh macam ini.

Kalau semua setuju, pakatan setuju, Pas setuju. Semua jadi anggota kerajaan, DAP jadi menteri, Pas jadi menteri, Keadilan jadi menteri, baru benar-benar perpaduan.

Ini bukan perpaduan tetapi perpecahan. UMNO sekarang berpesta. Pesta bahawa Pas sudah masuk perangkap. Pas sama Pas kalut, Pas dengan pakatan bergaduh. Pas sudah bercelaru, Pas dengan pakatan pun bercelaru. UMNO sudah berjaya pecah belahkan orang Pas tetapi Alhamdulillah dapat dibendung dengan kenyataan saya baru-baru ini. Tidak boleh terima orang ini, boneka UMNO.

Tok Guru akan terus beri nasihat kepada orang Pas yang menyokong kerajaan perpaduan?

Hendak nasihat apa lagi orang ini, boneka UMNO.

Nasihat kepada ahli Pas yang memahami isu perpaduan ini?

Saya ucapkan terima kasih sebab semua orang sudah faham selepas saya buat kenyataan dulu. Cukuplah setakat ini.



TAGGED UNDER: ,

Teks Khutbah AidulFitri 1433H Tuan Guru Presiden Dan Dewan Ulama' PAS Kelantan




Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Kepada muslimin dan muslimat, mudah-mudahan diberkati dan dirahmati Allah SWT. Pihak Lajnah Penerbitan, Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) berbesar hati menyediakan teks khutbah untuk hari raya Aidulfitri yang bakal menjelang.

Teks-teks khutbah tersebut boleh dimuat turun di bawah ini:-



Perhatian supaya dapat dibaca lebih awal agar dapat disesuaikan dengan keadaan setempat masing-masing. Diharapkan dengan penyediaan teks khutbah tersebut dapat membantu dakwah kepada menegakkan Islam di tanah air Malaysia dan lain-lain.

Sekian daripada kami, Salam Aidulfitri, maaf zahir dan batin.

"Ulamak Haraki Teraju Kemenangan"

Nota : Kedua dua teks tersebut adalah dalam tulisan JAWI. Diharap luorang dapat baca dengan terang dan lancar.

Tuesday, August 14, 2012

TAGGED UNDER: ,

Beberapa Pemimpin Tempatan Di Sabah Akan Menyertai PAS ??




Kota Kinabalu : Beberapa lagi pemimpin politik tempatan akan menyertai Parti Islam Se-Malaysia PAS, menurut Ketua Pemuda PAS Sabah, Saudara Lahirul Latigu.

Ketika mendedahkan perkara ini kelmarin beliau berkata, Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dijangka bakal mengumumkan nama nama pemimpin berkenaan semasa perhimpunan di peringkat negeri yang bakal dianjurkan oleh PAS Sabah bulan depan.

"Sebuah perhimpunan khas yang dinamakan Himpunan Hijau Ke Putrajaya akan diadakan pada 1 September dan bakal dihadiri oleh pemimpin pemimpin PAS diperingkat nasional termasuk presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya Hj Mohammad Sabu, naib-naib presiden dan ahli jawatankuasa pusat."

"Juga dijangka kehadiran Tuan Guru Nik Aziz (InsyaAllah) yang akan membuat pengumuman berkenaan beberapa pemimpin di Sabah yang ingin menyertai PAS," ujar beliau kepada wartawan ketika sidang akhbar untuk pengumuman perhimpunan kelmarin.

Lahirul menganggarkan sekurang-kurangnya sekitar 5,000 orang pemimpin, ahli dan penyokong bakal menghadiri perhimpunan ini dimana didalam masa yang sama parti juga akan menganjurkan rumah terbuka Hari Raya.

Sebuah program khas, Ekpresi Hijau Anak Muda, juga akan diadakan oleh pergerakan pemuda secara serentak sebagai platform untuk satu rapat mesra serta mendekatkan para pemimpin pemimpin PAS dengan kumpulan anak muda di Sabah.

"Perhimpunan ini juga bermatlamat untuk meraikan semangat kemerdekaan dalam menghayati dan menghargai usia 49 tahun kemerdekaan negeri Sabah."

"Pemimpin Pemuda PAS akan berada di sana untuk berjumpa dan bermesra dengan tetamu, terutamanya para penyokong muda. Ini termasuk Ketua Pemuda PAS - Nasruddin Hassan, Timbalan Ketua - Nik Abduh Nik Aziz, Naib Ketua - Dr Raja Ahmad Al Hiss.

Beliau berkata lokasi dan waktu perhimpunan akan ditentukan dan diumumkan kemudian.

Sunday, August 12, 2012

TAGGED UNDER: ,

Akhirnya, Tamrin Ghafar Secara Rasmi Isytihar Menyertai PAS



KUALA LUMPUR: Selepas kerap tampil di pentas PAS dan Pakatan Rakyat, bekas ahli Umno, Datuk Tamrin Ghafar (gambar) akhirnya meninggalkan parti itu dan secara rasmi menyertai PAS malam ini.

Anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Ghafar Baba itu menyerahkan borang permohonan keahlian PAS kepada Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam majlis peringatan Badar Al Kubra di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUISZM), Taman Melawar malam ini.

Tamrin merupakan bekas Adun Ayer Molek dan pernah menjadi Ahli Parlimen Batu Berendam selain bekas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) suatu ketika dahulu.

Tamrin dalam ucapannya berkata, beliau tidak terburu-buru membuat keputusan meninggalkan Umno.

Sebaliknya beliau mula memikirkan tindakan tersebut selepas melihat Umno tergelincir daripada landasan membela rakyat.

"Saya tidak buat keputusan ini terburu-buru tapi sejak lama dah saya fikir. Umno terkeluar daripada landasan membela nasib rakyat sejak 90-an lagi.

"Pelbagai perkara dilakukan termasuk menghina ulama. Walaupun ketika itu saya masih dalam Umno tapi saya tak setuju mereka hina ulama," katanya.

Tamrin turut berjanji akan membantu PAS dengan bersungguh-sungguh untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Saya berjanji akan berkempen berhabis-habisan bersama tuan-tuan kerana saya lihat perjuangan PAS sangat ikhlas. Saya yakin kemenangan berpihak kepada PAS," katanya.

Beliau turut mengakui pemimpin-pemimpin PAS tidak boleh dijual beli.

"Saya kenal Mat Sabu dan (Tuan Guru) Datuk (Seri) Abdul Hadi (Awang) dah lama.

"Mat Sabu tak pernah pun ajak saya masuk PAS tapi saya yang selalu suruh dia tinggalkan Umno," katanya.

Sumber - Harakahdaily

Saturday, August 11, 2012

TAGGED UNDER: ,

Peringatan Untuk Semua Ahli Ahli Dan Penyokong PAS



Ahli PAS, Teliti Arahan Al - Quran

Al-Quran ialah kalam Allah yang diturunkan oleh Allah SWT kepada nabi Muhammad SAW. Ia adalah mukjizat yang kekal hingga hari qiamat. Quran sahaja yang masih kekal dan segar, segala mukjizat nabi SAW yang lain, kita tidak sempat melihat. Tetapi al-Quran ia kekal sampai hari kiamat. Kerana ini adalah janji Allah di dalam al-Quran.

Maksud firman Allah SWT

“Sesungguhnya kami telah turunkan al-Zikr (al-Quran), dan sesungguhnya kami yang memeliharanya”.

Semoga Allah menggolongkan kita sebagai pejuang Islam berminat untuk membaca al-Quran dan meneliti kandungannya. Kemudian digolongkan pula sebagai golongan yang memelihara al-Quran dan Al Quran pula memelihara kita. Kita mengharapkan Allah menjadikan kita di kalangan orang yang mendirikan hukum Allah.

Ketika kita membaca al-Quran kita membayangkan ia adalah panduan hidup kita. Ia juga merupakan perlembagaan parti kita. Sudah tentu kita berbangga kerana yang di baca, telah menjadi rujukan kepada perjuangan kita.

Membaca al-Quran ganjarannya besar di sisi Allah SWT. Sebagaimana firman Allah SWT

“Sesungguhnya orang yang membaca al-Quran, mendirikan sembahyang dan membelanjakan sebahagian dari rezki yang kami kurniakan kepada mereka secara rahsia dan terang-terangan, mereka mengharapkan perniagaan yang tidak pernah rugi, agar Tuhan mencukupkan pahala mereka serta menambahkan mereka dari kurnianya, sesungguhnya dia Maha pengampun dan pembalas” (Surah Fatir, 29-30)

Al-Quran menjadi wajib kepada ahli Pas, terutama yang bertaraf pemimpin dari semua peringkat. Tidak layak kita menamakan diri kita sebagai pejuang Islam jika al-Quran kita tidak membacanya. Sebaik-baiknya al-Quran mesti dibaca disetiap hari, jangan lebih daripada tiga hari kita tidak membaca al-Quran. 

Telahan lagi di bulan Ramadan yang mempunyai hubungan yang rapat dengan al-Quran. Kerana al-Quran diturunkan daripada Lauh Mahfuz ke langit dunia secara sekali gus di dalam bulan Ramadan dan diturunkan kepada nabi Muhammad SAW secara beransur-ansur selama 23 tahun. Tiga belas tahun di Makkah, ayat yang ditekankan ialah ayat Aqidah. Manakala di Madinah selama 10 tahun ayat yang berhubung kait dengan susun atur kehidupan bermasyarakat dan bernegara.

Banyak kelebihan yang diberikan oleh Allah kepada hambanya yang membaca al-Quran. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud

“Siapa yang membaca satu huruf dari kitab Allah, dicatat baginya satu kebajikan. Dan setiap kebajikan dilipat gandakan menjadi sepuluh. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim itu satu huruf, tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf”

Bacalah al-Quran kerana ia akan memberi syafaat di akhirat. Sebagai sabda Rasulullah SAW

“Bacalah al-Quran, kelak dihari qiamat ia akan mensyafaatkan tuannya”

Berkata Saidina Ali karramallahuwajhah siapa yang membaca al-Quran sedang ia berdiri di dalam sembahyang, maka baginya atas setiap huruf seratus kebajikan. Siapa yang membacanya sedang ia duduk di dalam sembahyang , maka atas setiap huruf lima puluh kebajikan. Siapa yang membacanya sedang ia berada di luar sembahyang dalam keadaan bersuci, maka baginya atas setiap huruf dua puluh lima kebajikan. Siapa yang membacanya sedang ia berada di dalam keadaan tiada bersuci , maka baginya atas setiap huruf sepuluh kebajikan.

Sebagai pejuang agama Allah mesti ada kelainan daripada orang lain ketika mengadap al-Quran. Kita memaca, bukan sekadar membaca, tetapi mesti teliti dengan baik dan menyerap di dalam hati. Sedikit yang kita membaca sambil merenung dan memahami maksudnya adalah lebih baik daripada membaca tanpa merenung dan memahaminya.

Apabila kita membaca al-Quran, maka hendaklah kita teliti, fahamkan dan renungkan tiap-tiap ayat al-Quran. Perhatikan setiap ayat yang mengandungi perintah Allah, atau larangannya, janjinya dan ancamannya. Selepas itu kita renungkan diri, keluarga kita adakah kita patuh dengan perintah itu dan menjauhi larangannya pula.

Jika kita membaca ayat berhubung dengan hijab dan pakaian seorang muslimah di dalam surah al-Nur. Kita segera muhasabah, adakah isteri dan anak-anak kita membalut aurat atau menutup aurat. Kalau hanya balut aurat segera betulkan keadaan supaya tidak mendatangkan fitnah kepada Pas, kerana ini adalah pandangan pertama orang kepada ahli dan pimpinan Pas. 

Tidak ada makna jika kita gagal menyerap ayat ini di dalam rumah tangga kita, walaupun kita bergegar untuk menegakkan al-Quran, sedangkan di dalam rumah tangga kita gagal menyerapkan penghayatan al-Quran.

Adakah kita percaya dan yakin dengan janji tuhan serta ancamannya? Jika memang ada , maka segeralah memuji Allah dan mensyukurinya, kerana yang demikian itu berlaku dengan taufik dan pertolongannya. Oleh itu hendaklah kita istiqamah melakukannya tanpa jemu.

Tetapi jika kita merasakan diri kita tidak patuh kepada perintah Allah dan tidak menjauhi larangannya, maka segeralah kita memohon keampunan kepada Allah dan bertaubatlah kepadanya kerana kesalahan kita. Sesudah itu hendaklah berazam untuk mematuhi perintahnya serta menjauhi larangannya.

Jika kita membaca ayat-ayat yang menyebut tentang musuh-musuh Allah dari kaum yang tidak beriman dengan menyebut sifat yang buruk itu, segera kita muhasabah diri kita, adakah kita tergolong dengan ciri yang disebut. Jika ada, terus bertaubat kepada Allah.

Berkata Imam Hasan Basri Rahimahullah, orang yang terdahulu dari kamu menganggap bahawa lambaran al-Quran sebagai surah yang dikirim Allah kepada mereka, maka mereka pun cuba menelitinya di waktu malam supaya mereka dapat menjalankan perintahnya di waktu siang kelak.

Membesarkan Allah serta berlaku khusyuk dan khudhuk ketika membaca al-Quran adalah sifat orang mukmin yang sebenarnya. Manakala sifat lalai, keras hati, sentiasa lupa dan kurang memerhatikan ketika membaca al-Quran adalah sifat orang yang membelakangkan al-Quran, keyakinannya hampir tidak ada, hatinya kosong dari hakikat mengenal Allah dan mengenal kalam Allah.

Seperti firman Allah SWT

“Tidakkah mereka mahu memperhatikan isi al-Quran, ataukah hati mereka terkunci” (Muhammad, 24)

Mudah-mudahan Allah memelihara kita sekalian dari kelakuan tersebut, dan dia melindungi kita dari semua jenis bala dan bahaya.

- Ustaz Idris Ahmad

Wednesday, July 11, 2012

TAGGED UNDER:

Biarlah Miskin Tapi Mengandungi Keberkatan ..

Salah seorang penerima sumbangan di DUN Bukit Bunga

Inilah antara bantuan dan sumbangan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Kelantan yang memang tidak akan pernah didendangkan dalam media mainstream. Tapi maklum, sumbangan begini memang tidak perlu dibesar besarkan kerana ia adalah inisiatif kerajaan negeri untuk membantu golongan yang memerlukan. Bukan untuk tujuan populis dan mencari nama.

Nota: Walaupun selalu diulangtayang sebagai negeri yang miskin, Kerajaan Negeri Kelantan masih mampu untuk memberikan bantuan disana sini. Allahuakbar ~!!

Sumber Foto : Facebook 

Sunday, July 8, 2012

TAGGED UNDER: ,

Alah Bisa Tegal Biasa : TG Haji Hadi Sekali Lagi Membuktikannya


Bak kata pepatah "Ular yang menyusur akar tidak hilang bisanya" begitulah perkara yang timbul dalam fikiran wa apabila melihatkan foto diatas dimana TG Hadi Awang bersama delegasi pemuda Palestin ketika menjamu selera.

Teringat wa akan kisah kisah para sahabat sahabat terkemuka yang menjadi pemimpin atau panglima Islam suatu ketika dahulu apabila penampilan mereka tidak dapat dibezakan antara mereka dengan orang awam apatahlagi Saidina Umar Al Khattab yang terkenal dengan zuhudnya.

Nota Foto: Tidak perlu protokol, majlis yang gilang gemilang dan pakaian yang gemerlapan kerana mereka mereka ini sudah terbiasa dengan hidup serba sederhana lebih lebih lagi para pemuda Palestin yang sudah lali dengan kepayahan. Takbir~!!

Kredit Foto : Facebook

Thursday, July 5, 2012

TAGGED UNDER:

Apabila Polis Dan Askar Masuk PAS...Apa Bakal Terjadi? Jawab!



Cuba perhatikan susur-susur perkembangan  tentang polis kita dan askar. Setelah BERSIH 3.0, banyak kecaman terhadap polis oleh rakyat mengenai keganasan mereka.

Tetapi jika melihat perkembangan terkini, seolah ada "cahaya " di hujung sana !

Pertamanya, orang nombor tiga dalam PDRM dahulu masuk PAS iaitu Dato Fauzi Shaari. Kemudian dua orang "polis lakonan" dalam Gerak Khas iaitu Zulkifli Ismail dan Abby Abadi mula berjinak dengan PAS (nota: Zulkifli telah masuk PAS).

Terkini, TG Presiden minta ahli PAS tidak menjadikan polis sebagai musuh. Satu uslub dakwah meramaikan kawan mengurangkan musuh.

Terakhirnya, Hero askar Melayu " Lt Adnan " Hairie Othman masuk PAS.

Kesannya, Gerak Khas bakal "dipadam" dari RTM jika ada lakonan Zul dan Abby. Jika anggota polis mahu jadi polis mithali, contohilah lakonan "polis baik" Abby dan Zul.

Dan yang harunya, Bulan Kemerdekaan kita bulan depan, bakal diharamkan tayangan filem "Lt Adnan" dalam TV kita. Cuba tanya Pembakar Jambatan Rais Yatim, benarkah begitu?

Jika lagu "Oh Azizah" serta filemnya  Penarik Beca P Ramlee pun diharamkan dalam Radio RTM, apa lagi dengan filem Lt Adnan. 

Tonton Gerak Khas....terbayang  Abby dan Zul dengan PASnya.

Tonton Lt Adnan.....terbayang Hairie dengan PASnya.

Hebat juga pengaruh PAS ! Ada di mana-mana.

Sumber : Blog TokPepijat Dan FB BusMan

TAGGED UNDER:

Abby Abadi Sudah Mula Mempertahankan PAS ..


Cerita pelakon Abby Abadi menyertai parti Pas sudah lama heboh sejak keputusannya berhijrah. Tambahan pula, dia sering dilihat berada di kebanyakan ceramah anjuran Pas.

Bagaimanapun, Abby sebelum ini pernah menafi kan hal itu dan mengakui tidak berminat untuk melibatkan diri dengan mana-mana parti politik.

Namun sejak kebelakangan ini, Abby dilihat banyak mengeluarkan status yang menjurus kepada keagamaan. Tidak terkecuali mengenai perihal Pas.

Paling ketara, semalam, status terbaru di laman sosial, Facebook miliknya, terang-terangan menyokong dan mempertahankan parti Pas.

Malah, statusnya itu mendapat pelbagai reaksi daripada peminatpeminat. Tidak kurang ada yang menyokong dan ada juga yang menghentam.

Pun begitu, bekas pelakon Gerak Khas ini turut berbalas komen sambil tetap mempertahankan parti itu.

Sementara itu, Zass cuba menghubungi Abby namun tidak berjaya. Adakah Abby sebenarnya sedang berkira-kira hendak mengumumkan penglibatannya dalam parti Pas.

Sumber : SinarHarian

Wednesday, July 4, 2012

TAGGED UNDER: ,

DUN Selangor : Jika BN Letak Katak Jadi Calon Pun Boleh Menang??

Atas kertas, semua calon PAS Selangor kalah

KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abd Rani Osman (gambar) berkata, pertambahan mendadak pengundi baru yang diragui di Selangor memperlihatkan atas kertas tiada seorang pun calon PAS boleh menang dalam PRU-13 ini.

Katanya, maklumat semasa di 20 Dun yang bakal ditandingi PAS, pertambahan pengundi baru sangat ketara dan luar biasa menyebabkan kerusi yang ditandingi sangat tidak selamat.

Keadaan sekarang di Selangor juga katanya mirip apa yang dilakukan terhadap negeri Terengganu pada Pilihan Raya Umum tahun 2004 di mana kerajaan negeri yang diterajui PAS ketika itu jatuh kepada BN.

"Atas kertas satu orang pun calon PAS tak boleh menang sekarang ini dengan kemasukan 600 ribu pengundi baru yang meragukan di negeri ini," katanya dalam rancangan Fokus Isu, Selangorku semalam.

Beliau yang juga pengerusi Skim Mikro Kredit Miskin Luar Bandar (SKIMSEL) berkata demikian ketika diminta mengulas peluang PAS di negeri itu khususnya di kawasan majoriti Melayu yang ditandingi parti itu.

Ditanya tindakan jentera parti menghadapi situasi itu, Dr Rani berkata pihaknya kini sedang 'all out' menjalankan pengesanan pengundi baru melalui program Selangorku Bersih yang dijalankan kerajaan negeri.

"Kita sedang kumpul nama yang diragui, kita akan buat laporan polis dan jika perlu pendakwaan di mahkamah sekalipun kita akan buat.

"Sekarang ini kita 'all out' jalankan pengesanan melalui Selangorku Bersih ini," katanya lagi.

Selangorku Bersih merupakan program membersihkan daftar pemilih ekoran pertambahan pemilih secara mendadak di Selangor sekaligus ianya mampu membantu tugas SPR.

Untuk tujuan itu kerajaan negeri Selangor menggerakkan semua JKKK, Ketua Kampung dan Penghulu untuk memeriksa senarai pengundi baharu di seluruh Selangor untuk memastikan nama-nama yang didaftarkan ini benar-benar wujud dan bukannya pengundi hantu seperti yang didakwa banyak pihak.

Pada masa yang sama beliau menyeru kepada seluruh jentera parti negeri itu mengadakan solat hajat agar diberi pertolongan oleh Allah menghadapi situasi itu.

"Tahun 2008 siapa boleh jangka kita menang. Sampai Khir Toyo kata nak bagi pembangkang sifar di Selangor.

"Ada kata di Meru, letak katak pun BN boleh menang. Tapi Allah lebih berkuasa menentukan," katanya.

Sumber : Harakahdaily

Saturday, June 30, 2012

TAGGED UNDER: , ,

Wallaweyh .. Ning Baizura Pun Akan Join PAS?


Ning Baizura Join PAS ?

Rilek bhai , rilek .. berita ni masih diperingkat ura ura. Dan orang yang menyampaikan ura ura ni bukan orang sembarangan.. Naib Presiden PAS sendiri iaitu Salahuddin Ayub dalam ucapannya bersempena Jamuan Makan Bersama Tok Guru di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas, Tampoi baru baru ni ..

Wa sangat konfiden, khalayak sangat kenal dengan kelibat yang bernama Ning Baizura ni. Perjalanan seninya memang tak pernah lekang dengan gossip dan kontroversi dan wa langsung tak berminat nak menyentuh pasal perkara tersebut. 

Sumber : Sinar Harian


Namun, jika berita yang disampaikan oleh Naib Presiden PAS ini betul, alangkah besar kesannya pada senario semasa hari ini apabila artis artis semakin menunjukkan kesedaran dan inginkan perubahan kepada yang lebih baik dan Ning Baizura bakal menjadi contoh yang signifikan.

Dan jika ia benar benar terjadi, ia akan menjadi satu titik tolak kepada satu anjakan paradigma kepada artis artis lain untuk mula keluar dari kegusaran untuk menyatakan pendirian politik masing masing hanya kerana alasan takut periuk nasi bakal terancam jika berbuat demikian. Jika Ning Baizura pun boleh berubah mengapa yang lain tidak ??

Apapun perkara ini masih lagi belum pasti dan masih diperingkat spekulasi. Namun jika terjadi, wa ucapkan Tahniah dan Ahlan Wa Sahlan kepada beliau.

Nota : Wa tak dapat bayangkan serangan peribadi yang bakal dilakukan oleh chai chai ameno jika Ning Baizura ingin berubah dan menyokong PAS. Jika serangan gilababi kepada Abby, Bob Lokman & Hairie dijadikan contoh, bayangkan cemana chai chai ini bakal meroyan nanti.

Friday, June 29, 2012

TAGGED UNDER: ,

Tiada Lagi Tawaran Berlakon Setelah Sertai PAS - Hairie Othman



Pelakon filem juga drama popular, Hairie Othman, mengakui sejak menyertai parti PAS, beliau tidak lagi menerima sebarang tawaran berlakon sehingga ke hari ini. Namun situasi tersebut tidak langsung mematahkan semangat hero filem Leftenan Adnan ni untuk tetap dengan pendiriannya mahu setia dengan parti pimpinan tok guru Nik Aziz Nik Mat itu.

Malahan Hairie sudah sejak dari awal lagi menjangkakan yang dia bakal berdepan dengan nasib sebegitu. Justeru pelakon berusia 41 tahun ni memberitahu yang dia akan bersara dari kerjaya yang sudah diceburi selama 20 tahun itu. 

Menurut Hairie, dia langsung tidak bimbang meskipun kini sudah kehilangan pekerjaan. Sebalik rezeki baru yang diterima, Hairie sekarang giat aktif dengan memenuhi undangan-undangan ceramah di merata tempat. 

"Selepas saya declare saya sertai PAS, memang tiada satu pun tawaran berlakon yang saya terima. Kali terakhir saya berlakon ialah drama Waris yang kini ditayangkan di TV3. Itu pun sebab drama tu menjalani penggambaran awal tahun ni. Tapi tak mengapa, sebab sekarang saya kerap dijemput untuk berceramah",

"Saya tidak terkilan langsung tinggalkan dunia lakonan. Sebab sudah tiba masanya saya berubah dan ini adalah perjuangan saya" ujar Hairie Othman ketika ditemui sejurus usai majlis forum Artis Berpolitik: Sekadar Glamor @ Kerana Prinsip, bertempat di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, malam tadi.

Turut hadir sebagai panel ialah Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parit Sulong yang juga merupakan penulis lirik lagu Awan Nano, Hasmi Hashim atau popular dengan nama pena, Budi Hikayat. Serta wakil daripada parti UMNO iaitu Presiden Persatuan Seniman, pelakon Zed Zaidi. 

Bercakap di majlis anjuran Akademi Pak Sako itu mengenai tajuk forum tersebut, Hairie yang mewakili parti PAS berkata keputusannya untuk menyertai parti berkenaan kerana prinsip jauh sekali untuk meraih populariti.



"Glamor ni lebih sesuai dalam bidang seni. Mungkin juga sebab saya ni pelakon, jadi kalau masuk politik nampak glamor lah. Tapi macam mana pula dengan orang biasa yang menyertai parti politik?"

"Secara dasarnya kalau kita bercakap soal politik mestilah atas dasar prinsip. Saya ni masih baru jer lagi dalam dunia politik. Saya pilih untuk menyertai parti atas dasar prinsip. Perjuangan PAS berlandaskan Islam. Pada mulanya tujuan saya adalah mahu mengubah diri daripada kurang baik kepada menjadi seorang insan yang lebih baik. Jadi saya merasakan parti PAS sesuai dengan jiwa saya", hujah Hairie.

Pun begitu, jelasnya lagi, dia mengambil masa agak lama sebelum membuat keputusan mahu menyertai parti berkenaan.

"Kalau artis masuk UMNO tidak pula jadi isu. Tapi kalau seseorang artis tu masuk parti PAS atau PKR, akan timbul isu. 

"Keputusan saya menyertai parti ni adalah satu keputusan yang amat berat. Sebab, lepas ni konfem saya kena gam dengan RTM dan muka saya memang tak keluar TV lah" ujar Hairie dengan nada berseloroh.

"Minta lah tolong pada Seniman...!!", sahut seorang penonton awam yang berada di dalam dewan lantas mengundang gelak ramai.

Meneruskan hujahnya Hairie menyambung,

"Ramai orang datang dan katakan pada saya, kalau saya sertai PAS, saya mungkin susah nak dapat job selepas ni. Mereka tanya, saya nak kerja apa? Nak makan apa?"

"Astro ada...!!!, celah seorang lagi penonton awam. Dewan sekali lagi gamat.

"Saya jawab balik, saya tahu saya ambil risiko dengan keputusan yang saya buat ni. sebab berkemungkinan besar saya akan hilang kerja. Tapi tak apa lah sebab yang bagi rezeki pada saya bukan BN tapi Allah"

"Tapi sungguh saya katakan, orang yang berani saja akan buat keputusan macam ni. Saya ada juga bertanya pada hadirin sewaktu di satu ceramah saya, kalau tiada siapa nak ambil saya berlakon, saya nak buat apa?? Mereka beramai-ramai jawab, "apa lagi, ceramah lah!!!"

"Alhamdulillah, memang program ceramah saya banyak lepas ni. Jadual dah penuh sampai lepas raya", ujar Hairie sambil menahan gelak.

Ditanya pendapatnya mengenai sesebuah parti itu mempergunakan artis dalam meneruskan agenda politik mereka, bidas Hairie,

"Saya rela dipergunakan maksudnya parti boleh menggunakan khidmat saya untuk menarik ramai undi atau berkempen. Saya rela PAS menggunakan khidmat saya"

Dalam pada itu, Hairie juga diminta mengulas mengenai penyertaan sesorang artis tu dalam parti kerajaan hanyalah kerana mahu melobi projek. Sementara penyertaan sesorang artis di dalam parti pembangkang pula adalah kerana tidak mendapat sebarang projek.

"Jujur saya cakap, orang yang buat keputusan untuk sertai pembangkang adalah dikalangan mereka yang sangat berani. Saya nak tanya, selama ni pun projek apa yang mereka beri pada saya, jawab Hairie dengan nada sinis sambil menahan tawa.

"UMNO bukan tidak baik. Perjuangan mereka juga bagus. Cuma orang-orang di dalam UMNO itu yang buat UMNO itu punah", ujar Hairie memberikan pandangan.



- mD

Saturday, June 23, 2012

TAGGED UNDER: ,

Panas: Khalid Samad Teraju Gerakan Bawah Tanah PAS??


Psttt .. kali ni wa nak kongsikan satu rahsia besar. Rahsia yang kebanyakan ahli ahli beserta chai chai ameno mungkin belum tahu. Atau mungkin tak sampai ke kepala hotak diowang sebab tak tercapai akalnya yang memang tak cukup inci. Atau mungkin juga, RAM diowang dah tak cukup nak tampung memori sebab dah disesakkan dengan mencari jalan cemana nak memasyukkan poket sendiri .. itu biasa.. baik pemimpin atau chai chainya. 

Tapi tak mustahil jugak, ada antara penyokong PAS dan pendukung PR juga turut ketinggalan dan serba tak tahu. Itu juga merupakan satu penyakit bawaan tahap akut yang tersebar sejak PR mula menjadi fofular dikalangan manusia. 

Ahh .. lupakan lah soal tu sebab apa yang wa nak cerita ni melangkaui soal kocakan dalam cawan yang berlaku dalam pentadbiran Selangor. Apa yang wa sampaikan adalah lebih tinggi martabatnya dari siapa yang akan terpilih untuk kerusi situ dan sini.

Pendedahan adalah bersangkutan dengan gerakan bawah tanah PAS, satu taktik yang amat ditakuti sehingga mengakibatkan orang orang dari puak BN boleh terkena penyakit tangan, kaki dan mulut .. kah kah kah 


Weyh Rosnah, lu keluar dari hutan mana ? kah kah kah kah .. pendedahan Khalid Samad tu satu cubaan untuk jatuhkan ameno?? .. perghh .. rahsia besar bagi puak ameno tu .. sungguh bernas .. kah kah kah kah 

Gini la, wa dengan terbuka mendedahkan .. Gerakerja untuk menjatuhkan ameno dah bermula sejak PAS masuk bertanding pilihanraya dari dulu lagi, bukan hanya disebabkan oleh pendedahan oleh YB Shah Alam tu.

Weyh, dengar ni wa nak bagitau .. Ini betul betul.. bukan cobaan~!! (Ikut dialog pendekar Mustarjo) .. kah kah kah

Lu sepatutnya tanya kenapa SPRM taknak siasat, apsal polis taknak siasat, dah masuk 2 video yang diketengahkan. Siasatlah kalau video tu palsu atau idak .. berani ke woih??

Lagi satu rahsia buat pengetahuan 'Puteri' Rosnah, PR memang sanggup berbuat apa sahaja untuk menjatuhkan Ameno termasuklah mempasakkan paku terakhir pada keranda ameno dalam PRU 13 nanti. Lu jangan lupa bagitau geng geng lu pasal rahsia ni .. kah kah kah kah 

Nota : Syabas atas pendedahan YB Khalid Samad tentang 'rahsia besar' ni

TAGGED UNDER: ,

Contoh Peminat Sejati TGNA


perghhh .. duduk depan sekali tu .. dont play play .. kah kah kah 

Thursday, June 21, 2012

TAGGED UNDER: , , ,

Inilah Makanya PR Tak Dibenarkan Muncul Di Kaca TV



Kalau nengokkan undian ni, memang sebak le dada pemimpin pemimpin dan chai chai ameno. Tapi diowang masih lagi boleh menarik nafas kelegaan atas alasan voters tu adalah mereka mereka yang membaca akhbar online dan bukan media arus perdana termasuk media siaran.

Cuba bayangkan kalau bebetul pemimpin PR boleh masuk tv dan buat penerangan atas isu isu berbangkit secara berkala ..melopong lah tok siak kampung wa, terpacak lah rambut jkkk, terlompatlah makcik kiah dan mak senah yang tak pernah mendapat khabar selain dari berita tv3suku dan laporan utusex .. maka akhirnya mungkin PR akan kehabisan borang untuk pendaftaran ahli ahli baru.. sape yang susah ? kah kah kah

Kata member wa, tu pon Saifuddin yang memang ada background debat.. kalau yang debat tu Mat Maslan .. perghhhh .. mau dia tengok tv sambil berjogging atas treadmill lelaju sebab keterujaan... kah kah kah kah

TAGGED UNDER: , , , , ,

Prof Diraja Ungku Aziz Ucapkan Syabas Pada Mujahid Yusuf Rawa .. Apa Kes ??


Tak semena mena Prof Di Raja Ungku Aziz  tokoh yang paling disegani terutamanya dalam bidang pendidikan dan seorang ahli ekonomi yang banyak menyumbang idea kepada agama, bangsa dan negara mengucapkan syabas secara terbuka kepada Dr. Mujahid Yusof Rawa dalam salah satu postingnya di Facebook

Ucapan tersebut dibuatnya atas satu laporan yang dikeluarkan oleh Malaysiakini tentang isu Negara Islam yang berjaya diseliakan dengan baik oleh Dr. Mujahid dalam debat yang dikatakan menjadi panas apabila wakil dari MCA menyerang Hudud dan mempersoalkan isu murtad


Ucapan syabas ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa Prof Ungku Aziz menyetujui hujah hujah yang bernas yang lahir dari Dr. Mujahid dan merupakan pengiktirafan kepada usaha penerangan Islam kepada non muslim. 

Sila baca artikel yang dimaksudkan terus dari sumbernya - malaysiakini

Nota : 
  • Selama puluhan tahun dalam persekongkolan, ameno memang gagal mutlak dalam memberikan penerangan berkaitan Islam kepada sekutunya.
  • Ameno menjadi punca kenapa non muslim gagal untuk memahami Islam melainkan Islam hanya difahami sebagai Agama Persekutuan
  • Ameno jugalah yang menjadi biangnya sehingga non muslim berani untuk mempertikaikan Islam secara terbuka sedangkan dalam Islam, kita juga diajar untuk menghormati agama orang lain.
  • Sungguh benarlah para cerdik pandai sudah kian terbuka untuk memberi sokongan
  • Ameno kian membusuk sampai ke usus atau dalam bahasa geografinya .. bangkai bernyawa .. kah kah kah kah


TAGGED UNDER:

Seorang Lagi Artis Isytihar Menyertai PAS


Caiyok la Hairie, selepas komen komen lu dalam twitter dan facebook tersebar, memang dah nampak lu cenderung kemana .. dan .. akhirnya terbukti .. Ahlan Wa Sahlan Ya Akhi

Nota : Foto - Penampilan pertama Hairie Othman di pentas PAS di Batu Gajah, 20 Jun 2012


Monday, June 18, 2012

TAGGED UNDER: ,

Aik .. Sedara Taib Mahmud Pon Dah Join PAS .. Apa Cerr .. ?



KUALA LUMPUR, 18 Jun: Bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Salleh Jafaruddin secara rasmi menyertai PAS hari ini.

Beliau menyerahkan borang keahlian kepada Presiden sendiri, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut sambil disaksikan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Adam Ahid. 

Salleh berkata, beliau menyertai PAS atas pilihan sendiri dan yakin dengan petunjuk Allah selepas melakukan solat istikharah. 

"Selepas bermesyuarat dengan ahli Parlimen PAS bulan lepas, saya terus berfikir, istikharah minta petunjuk dari Allah. 

"Kalau PAS ini baik untuk saya, baik untuk perjuangan keluarga, agama dan negara saya minta Allah tunjukkan. 

"Mungkin hidayah atau petunjuk yang diilhami daripada istikharah itulah yang membuatkan saya buat keputusan untuk masuk PAS," kata beliau ketika ditemui selepas itu. 

Salleh, 68 pernah menjadi Adun dan ahli Parlimen Sarawak dan pernah bertanding sebagai calon Bebas menentang Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di kerusi DUN Balingian pada Pilihan Raya Negeri Sarawak, tahun lalu. 

Salleh yang berketurunan Melanau dari Oya, merupakan dua pupu Taib. 

Beliau merupakan anak emas Tun Rahman Yaakob ketika menjadi ketua menteri dan gabenor dalam tahun 70-an dan 80-an itu, turut bersama Rahman dalam insiden Ming Court 1987 untuk menjatuhkan Taib. 

Kini, Salleh giat melibatkan diri dalam kerja-kerja dakwah secara persendirian di Sarawak dan membuka beberapa sekolah tahfiz. 

"Saya ada aktiviti dakwah untuk menyebarkan syiar Islam secara persendirian di Sarawak sebab kedudukan saya sebagai pembangkang, sukar saya nak mendapatkan laluan ataupun kemudahan daripada kerajaan. 

"Bahkan saya nak mengadakan sekolah tahfiz 19 tahun lalu guru-guru agama datang dari Indonesia saya terpaksa hantar ke Sabah," katanya. 

Tambahnya lagi, selepas mengenali PAS dengan lebih dekat, beliau yakin dengan perjuangan PAS membawa Islam. 

Penyertaan beliau ke dalam PAS menambahkan lagi bilangan tokoh-tokoh pentadbir dan teknokrat yang bersama-sama dalam perjuangan Islam.

Sumber : Harakahdaily

Wednesday, June 13, 2012

TAGGED UNDER:

Ke 'Hijau' an Yang Tidak Akan Layu .. kih kih kih


Usah gusar.. walaupun dalam pasu kecik tanpa tanpa air, tapi konfem kehijauannya akan bertahan lama ..

Nota : Post release tension .. kah kah kah 

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top