Friday, July 31, 2015

Bintang Hati

Hari pertama datang.
Dari jauh nampak sugul.
Senyum pun tak manis.
Cukup sekadar nampak tersenyum.
Bila berada di hadapan.
Kemanisan senyuman itu kembali.
Menghiasi wajahmu.

Hari-hari mendatang.
Ku rasakan seperti satu keperluan.
Untuk membahagiakanmu.
Membuatmu tersenyum.
Membantu kerja-kerjamu.
Memudahkan perkara hidupmu.

Hari terakhir.
Terpancar kesayuan pada wajahmu.
Tahu sukar untuk bahagia lagi.
Dek kerana perpisahan sementara ini.
Minggu akan datang nanti.
Tiada wajah atau tubuhku di hadapanmu.

Tangisan akan mengalir.
Rindu mula bertaut.
Cinta mula berputik kembali.
Sayang mulai menyelubungi hati.
Sayu akan bertandang lagi.

Bintang Hatiku.
Percayalah pada harapanmu.
Percayalah pada rindumu.
Percayalah pada Tuhanmu.
Cinta padamu takkan pernah putus.
Kerana aku sentiasa berharap akanmu.
Menjadi suri dalam hatiku.
Membahagiakanmu setiap hari.
Membuatmu tersenyum setiap masa.

Sebaris doa.
Tak pernah lupa mengungkapkannya.
Terungkap namamu ke hadrat Illahi.
Agar sentiasa dapat membahagiakanmu
Hari ini,
Hari Pernikahan.
Hari-hari yang akan datang.



No comments:

Post a Comment

da bace, komen yerr...

Save Gaza

Save Gaza Denaihati