Huhuhu... Alhamdulillah
Aku dah berjaya susukan Qalisha dengan hasil tenusuku sendiri, bukan daripada lembu..
Selama 2 bulan aku berjaya direct breastfeed pada Qalisha...
Huh.. Bahagia sesangatnyer yang amat...
Akan ku berusaha sehingga yang ku mampu untuk Qalisha minum terus EBM masa aku kerja
Dan terus breastfeed masa dia ada dgn aku.
Kisahnyer sebab aku tak berjaya nak breastfeed Adam selama yang sepatutnyer
Seingat aku cuma 2 minggu jer kot... Sian Adam..
Sbb tu Adam selalu tak sihat.
Adik yang breastfeed ni pon batuk ngan selesema tak bebaik
Kalo minum formula milk lagi terok gamaknyer...
Azam aku nak brestfeed mula bila Adam dah dekat 7 bulan
Sbb Adam asyik demam jerk
Mula2 nak express EBM, tapi mcm tak penuh plak ilmu untuk stimulate susu balik
Akhirnya kusimpan pam susu yang dah aku beli untuk hasil tenusu adik2 Adam d kemudian hari..
Aku pon mula blajar sket2 pasal EBM dalam SusuIbu.Com
Hari ini, aku berjaya buat stok susu untuk Qalisha
Sejak dari pantang lagik aku dah mula mengepam susu
Sbb Qalisha asyik dok melekat je kat aku, aku tadak masa nak pam susu...
Dengan kerenah Adam yang macam2 lagik..
Itupon aku start lagik sebulan nak start kerja
Tiap hari aku dok pam
Tu pon masa Qalisha tido...
Dapatla dalam 5 oz pada setiap hari
Biasanya aku pam awal pagi dalam kol 3 pagi atau 4 pagi
Tu pon sbb breast dah bengkak dan susu dah meleleh...
Kiranya aku mampu untuk hasilkan 20 botol yang mengandungi 5 oz susu
Buat bekalan Qalisha dekat taska setakat ni...
Syukur kepada Allah yang telah memberikan rezeki
dan pam susuku yang banyak membantu.. Cehhh.. Huhu...
Isnin-20 April
Hari tu aku dah mula pam susu kat opis... Mewah gak la..
Hasil tenusu ku hari tu..
Pagi (10.30 am)- 9 oz
Petang (2.30 pm)- 5 oz
Total 14 oz... Alhamdulillah
Hari Selasa-21 April
Aku EL sebab Adam demam
Direct feedingkan Qalisha
tengah malam kol 1 aku pam dapat 3 Oz jer..
Bole la tu...
Hari Rabu-22 April
Awal pagi (4.00 am)- 6 Oz
Pagi (10.00 am)- 5 Oz
Petang ( 1.30 pm)- 5 Oz
Malam (11.30 pm) - 7 Oz *Updated
Total 23 Oz...