My Pregnancy Countdown....

Monday, December 24, 2012

Minggu ke-32

Alhamdulillah.... Diam tak diam rupanya kandungan saya untuk kali ke-4 ni dah masuk bulan ke-8 rupanya yerk... Hehehe... Kejap jerk masa berlalu kan? Terasa macam masih awal lagik jer rasanya nak branak.... Lepas branak... eh branak lagik kerja aku nih... Apapun syukur sangat2 bila dianugerahkan anak yang berderet... Hahaha... Rezeki sayep dekat anak... Rezeki orang lain mungkin plak ditempat lain kan... 

Mengandung kali ni sangatlah surprised.... Huh... Surprised la sangat2... Eceh3x... Rasa surprised sebab tak tahu jantina apa yang berada di dalam rahim ni... Yang pastinya kalo tak lelaki opkoslah perempuan... Semuanya itu anugerah... Terimalah dengan penuh redha yerk... Aminnn...

Bila flash back saat2 nak bersalin kan 3 orang anak dulu haihhh.... macam2 ragam... 3 orang anak dengan kerenah dan cara serta prosedur yang memang sangat2 berbeza... Kali ni makin seram sebab tak tahu macam mana pulak gayanya nanti... Takotttt....Mana taknya bila dah merasa c-zer, vakuum, dan bersalin dengan kaedah normal... Mestilah ko rasa seram kan... Haihhh... Bertambah2 takot kan.... 

Tak lama lagi juga bermulalah episod saya mengusung pam kesayangan saya itu ke hulu dan ke hilir... Yesss.... Tak sabar rasa nak tunggu saat2 mengepam semula setelah hampir setahun merehatkan pam ku itu dari melakukan aktiviti berat saban hari selama 30 minit - 45 minit selang 3 jam - 4 jam seharian... Sangat kesian kat dia.. Tapi dah memang kerjanya... (skali teringat masa zaman skolah bwat karangan... "Pen Saya") hehehe.... Sekarang ni tengah dok menghantar dia ke "SPA".... Dah dekat 3 tahun pakai, baru sekarang berpeluang nak servis kasi senyap sket bunyinyer... 

Suka tgk gambar ni... Kalo dia boleh wat macam ni... Kita pun sepatutnya kena lebey dari ini.... Caiyokkkk... 


                                     Source: vintageblackbeauty.tumblr.com via Bianca on Pinterest








Monday, November 26, 2012

Mendapatkan Ganjaran Melalui TOLUNA...

Munink...

Tak tau nak update apa ntah kat diari alam maya saya ni... Haihhh...

Tapi saya nak berkongsi apa yang saya dapat melalui TOLUNA ni... Walaupun tak banyak dan tak berapa nak memberangsangkan jumlah ganjaran yang saya dapat... Tapi cukup untuk saya gunakan di ETSY.com .
Hehehe... kenapa saya suka ETSY.com ni pun tak tahu ler... Tapi memang menarik kat sini...

Tiap kali cukup 16,000 mata... Terus tukarkan kepada RM 20 ke dalam Paypal... Syok kan?...


Monday, November 5, 2012

Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak...

Mari berkongsi post yang saya baca daripada Akademi Fakih Intelek... Sebagai panduan untuk semua para ibu bapa dan juga untuk saya yang punya anak istimewa....


Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak

Kesilapan Pertama 
Kurang Berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah :
  • Saidul (penghulu) istighfar
  • Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
  • Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
  • Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah :
  • Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
  • Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25:74)
  • Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

Kesilapan Kedua
Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
  • Menakutkan anak-anak dengan sekolah
  • Menakutkan dengan tempat gelap
  • Menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
  • Menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

Kesilapan Ketiga
Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
  • Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
  • Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

Kesilapan Keempat
Menegur mereka secara negatif
  • Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
  • Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

Kesilapan Kelima 
Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
  • Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

Kesilapan Keenam
Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak

Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)


Kesilapan Ketujuh
Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
  • Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

Kesilapan Kelapan
Susunan rumahtangga yang tidak kemas

  • Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

Kesilapan Kesembilan
Kurang menghidupkan sunnah di rumah

  • Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

Kesilapan Kesepuluh
Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak

  • Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.

Kesilapan Kesebelas
Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang

  • Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

Kesilapan Keduabelas
Berrtengkar di depan anak-anak
  • Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.

Kesilapan Ketigabelas
Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah

  • Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.

Kesilapan Keempatbelas
Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton

  • Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

Kesilapan Kelimabelas
Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak

  • Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian
dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

Wednesday, October 10, 2012

Nikmati 50% diskaun bagi pemegang kad OKU di Tutti Frutti....

Salam.... hehehe...

Dah lama betul tak mengupdate blog ni yerk... Alkisahnya disebabkan oleh morning sickness lorh... Haihhh....

Alhamdulillah sekarang kandungan saya dah masuk 5 bulan, so bila dah masuk trimester ke-dua ni, sumer penyakit itu sedikit demi sedikit hilang.... dan hehehehe... 

Bermulalah episod melantak segala makanan yang terlintas kat pala... Nampak apa jerk yang sedap semua nak dimakan... 

Dan antaranya.... hehehe... macam yang korang nampak kat post ni ler.... hehehe...

Special Privilage For Disable... 50% plak tu... 

Actually nak gunakan privilege ni untuk si debab tu ler... My dear Haikal... 

Tapi dalam masa yang sama disebabkan privilege ni tak mention apa-apa yang untuk menidakkan mami dia ikut sama join... hahahah... i pon nak juger lah... 

Jom kita pegi makan sesama ngan Daddy yerk Haikal...


Wednesday, July 18, 2012

Berehat kejap yerk....

Salam... Hurm... Mesti ada yang dok terpikir nape dah lama saya tak update blog kan??? Hehehe... Tak tau nak update apa bwat masa ni... Cadangannya mau berehat sat sampai masa yang sesuai untuk update blog... Kenapa? Mengapa? sampai masa nanti saya bagitau yerk???? Ngehngehngeh.... Apa2 pon... jenjalan lah dan bacalah sebarang artikel yang menarik perhatian dalam blog ini yerk... Terima kasih pada mereka yang masih sudi bersiar2 di dalam blog ni... Tengkiu memanyak yerk....

Friday, June 29, 2012

Tahukah Anda????


Tahukah anda bahawa gabungan madu dan kayu manis mampu mengelakkan anda daripada terkena selesema... Macam mana saya tahu? Tentulah saya pergi jumpa ngan makcik 'Google'... Hehehe... Sebabnya saya sedang mengalami pra-selesema (ade ke ayat cenggini???).

Kenapa saya tak makan ubat selesema jer? 

Sebabnya saya malas bebenar nak makan ubat selesema dan saya sangat tak suka nak meneguk ubat selesema yang boleh membuatkan saya nak zzzzzz.... sepanjang hari... 

Tengok idea ni macam sedap jerk untuk ditelan kan?????