My Pregnancy Countdown....

Monday, April 30, 2012

Khasiat Madu untuk Mengurangkan Berat Badan...

Benarkah madu boleh mengurangkan berat badan? Bagaimanakah caranya?

Jawapan untuk persoalan di atas adalah.... 
Ya, tetapi ia bergantung kepada diet anda secara keseluruhannya.

Madu mengandungi nutrien seperti mineral and asid amino yang membantu metabolisme badan dalam meleraikan molekul lemak. Namun begitu, dengan hanya menambah madu dalam diet harian anda tidak akan berkesan mengurangkan berat badan. Untuk mengurangkan berat badan, anda perlu menggantikan pengambilan gula biasa dengan madu.

Langkah penggantian ini penting kerana gula biasa pada dasarnya bertukar menjadi lemak sekiranya tidak digunakan oleh badan. Bukan itu sahaja, gula biasa juga akan menggunakan nutrien mineral dan asid amino daripada madu untuk metabolisme. Ini mengurangkan nutrien sama daripada digunakan untuk metabolisme lemak badan. Oleh demikian, pengambilan gula biasa secara berterusan akan mengakibatkan berat badan semakin bertambah.

Sebaliknya, madu mengandungi gula yang mudah dihadam seperti fruktosa, glukosa and maltosa. Madu juga kaya dengan tenaga , penting bagi mereka yang berdiet supaya bertenaga sepanjang hari dan menghalang daripada pengambilan makanan lain yang menggemukkan.

Tambahan pula, madu menjadikan makanan diet anda lebih menyelerakan berbanding dengan diet yang langsung tanpa gula. Ini menjadikan proses pengurangan berat badan lebih selesa dan peluang anda meneruskan usaha anda juga lebih besar!

Satu penyelidikan dari Waikato University di Hamilton, New Zealand dapat menggambarkan khasiat madu dalam mengurangkan berat badan dengan lebih jelas. Dalam penyelidikan tersebut, 3 kumpulan tikus diberikan 3 jenis makanan – makanan tanpa gula, makanan bercampur gula biasa dan makanan bercampur madu. Hasilnya, tikus yang memakan makanan bercampur gula biasa bertambah berat badan paling banyak, manakala berat badan tikus yang memakan makanan tanpa gula dan makanan bercampur madu adalah hampir sama! Ini menunjukkan madu mampu membantu and mengurangkan berat badan di samping menjadikan diet anda lebih lazat dan berkhasiat.

Jadi, apa yang anda tunggu lagi? Mulakan diet anda dengan menukar gula biasa dengan madu dan Insya-Allah, usaha mengurangkan berat badan anda akan berjaya.



* Kesimpulannya :

Saya nak tukar buat air sirap guna madu aper rasanya yerk... Budak2 bertuah bertiga tu suka sangat minum air sirap.. Huihhh... Susu dah tak mau dah... Sekarang ni bertukar... MILO memanjang...

Berat badan Haikal pun nampak macam dah semakin bertambah2 tengok.. Nak bawak badan sendirik pun aduyai... Nak bawak beg sendiri pun nampak macam malas berat... Huhhh...

Thursday, April 26, 2012

Rindu 5 tahun lepas...

Rindunye saat2 melahirkan budak ni...



Lahirnyer complete sumer... Cukup sifat dan sihat walafiat... Alhamdulillah... Bila dh hampir 5 tahun... Baru dapat pengesahan doktor yang budak bambam ni, bukan kanak-kanak biasa yang sempurna... Macam orang2 laen... Time tu sedey sungguh daku... Meraung sendirian... Huhuhu... Tak boley nak citer panjang2 sangat... Nanti sayep sedey teringatkan waktu 5 tahun dulu... Mana silapnya dan mengapa jadi begitu... Persoalan itu memang sentiasa berada dan sentiasa singgah di dalam fikiran saya... Hanya Dia yang tahu...

Mungkin itu dah tertulis untuk saya... Saya dah redha sekarang ni... Amin...

Wednesday, April 25, 2012

MPSJ nak lupus aset??? Ada yang berminat ker???

MPSJ nak jual aset2 ni... Kalo nak boley ler? Kalo sayep... Bole bawak g masuk kebun.... Ngehngehngeh...


KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA PELUPUSAN ASET ALIH KERAJAAN


Kementerian/Jabatan:
MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA


1. Tawaran adalah dipelawa dari syarikat atau orang perseorangan yang berminat untuk membeli aset seperti berikut:



2. Aset boleh dilihat pada 25 April 2012 dan/hingga 26 April 2012 di antara jam 9.30 pagi hingga 12.00 tengahari di Depoh Taman Perindustrian 2 (TP 2) Subang.

3. Tawaran sebutharga boleh dibuat dengan menggunakan Borang Sebutharga Pelupusan Aset Kerajaan (KEW.PA-25) yang boleh diperolehi di alamat seperti di para 5. Tawaran hendaklah sah bagi tempoh 60 hari.

4. Semua tawaran dengan maklumat yang lengkap hendaklah menggunakan sampul surat berlakri dan ditanda No. Sebutharga MPSJ/KHP/AM/300-5/10/2/3 dan dihantar melalui pos atau dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga di alamat:-


JABATAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN,
MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA,
Persiaran Perpaduan USJ 5,
47610 Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan.


5. Tarikh tutup sebutharga pada 10 Mei 2012 jam 12.00 tengahari.


Tuesday, April 24, 2012

Owwwwuuhhh...Bosan Tahap Dewa...

Ya Allah... Kasihanilah hamba-Mu ini... Bosan Sangat2.. Tak tahu nak buat apa dah... Belajar Photoshop ngan Illustrator buat saya jadik mereng... Aduyaiiii... Hahaha...

Tak tahu nak post apa... Makanya saya jadi begini larh... Kasihanilah Hamba-Mu ini...

Friday, April 20, 2012

Magnet Rezeki dengan Solat Dhuha....

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : 

”Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” 

(Riwayat At-Thabarani )

Tatacara :

1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi

3) Niatnya:


"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"



4) Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali





5) Baca doa ini selesai solat





Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Thursday, April 19, 2012

Bazar Ramadhan MPSJ 2012

Mownink...Permohonan Bazar Ramadhan 2012 dah bermula... Yeayyy... Dah dekat ngan bulan Ramadhan rupanya... Rindu bertandang lagikkk....

Sesiapa yang berminat untuk mencari pendapatan lebey untuk Hari Raya ni... Sila-silakanlah yerk...

 


Wednesday, April 18, 2012

Kenapa Mark Zuckerberg 'Likes' aplikasi Friendsheet ...

Mownink... Entri nak melabuhkan tirai mata saya dah ni... Eqal dah tido... Bolehlah menulis skejap... 

Hari ini tersangatlah letihnya melayan kerenah sorang2 nyer pari2 syurga yang saya ada ni... Dah pukul 12 tengah malam. Tak mahu juga tido... Jenuh dah ikut nasihat kawan2 minta buat begini dan begitu... Tapi saya kalah... Bila dia sudaaa menjerit... Adoyai... Caner Mami nak buat lagik yerk???? Redha dan tabah ajerlah... Pesan buat Eqal (kalo dh gheti baca nanti)... Tunggu Mami di pintu syurga nanti yerk nak... 

Wuih... larik tajuk plak... 

Ok Kembali ke topik seperti tertera yerk...

Entah... saya pown tak tahu kenapa dia 'Likes' aplikasi tu... Malas nak jumpe Pakcik Google lelama...  cuma bersiar2 makan angin jer....Huhuhu... Kalo ikut si Mashable ni... Beginilah petikannya... sayep maleh nak translate... ngehngehngeh... almaklomlah... Bahasa Antarabangsa neh sayep tak berapa nak terrer... Huihhh... Horror time zaman sekolah...

Friendsheet
An app that takes the photos from your Facebook News Feed and puts them in a layout strikingly similar to Pinterest got the seal of approval from Mark Zuckerberg.
The Facebook CEO pushed the “Like” button on the Friendsheet Facebook app, which launched in January but is now likely to gain plenty of traction from Zuckerberg’s thumbs-up. Nearly 12 million Facebook accounts subscribe to his Facebook Timeline.
The app displays public Facebook photos in small panels, just like popular social bookmarking site Pinterest showcases images on Pinboards. Although Friendsheet resembles Pinterest at first glance, the mastermind behind the app said it was also inspired by Facebook Timeline.
“The goal was to take Facebook photos, and turn it into a visual experience while maintaining speed, performance, and a great, intuitive experience,” Friendsheet creator Zachary Allia wrote on Facebook.
Friendsheet settings allow you to hide photo captions and comments for a more visual experience.

Hurmm... Ok... Lebey kurang begitew lorh citernyer...

Tamat. Tetttttt.... 

(Tapi saya sudah ada akaun Pinterest... Ngehngeh... Syok sebab dok mengepin jer ape yang daku suka... huhuhu... Sesiapa yang ader business, Pinterest ni boleh jadi tempat yang baik untuk buat marketing produk anda... Cubalah)

Friday, April 13, 2012

Episod Sejarah Aaron Aziz datang ke Malaysia!

Mownink... Saya nak share ini daripada Blog Sedar... Nak share pakei Facebook ngan Twitter... Almaklumlah gomen dah sekat sumer2 kejadah bersosial ni.... Eweeehuuu... So saya tolong sharekan cni jerlah yerk... Sebab saya pown orang Johor gak... Senai tempat kelahiran sayep... Heheheh... Bacalah yerk kawan2ku...



1. Inilah lakonan pertama Aaron Aziz dan masa ini umur abg Aaron baru 25 tahun , aku memang tengok cerita ni, tetapi masa tu aku dan keluarga lebih fokus kat Suzairie tu. hee

2. Untuk cerita Cinta Bollywood ni, Abg Aaron menang Pelakon Pembantu Lelaki terbaik dalam Anugerah yang di adakan di singapura dan Abg Aaron menjadi Artis Paling Popular Singapura pada usia 27 tahun untuk lakonannya dalam Garisan Takdir (ok kalau tak tahu cerita tu abaikan sahaja)

3. Masa ini aku dan keluarga memang gamar drama-drama singapura ni, maklum lah orang Selat tebrau, oleh itu apa je channel TV singapura yang kami tiada kan. - Sayep pown peminat citer2 Singapore... Sampai tgk citer cina dia pown tertunggu2 apa akan jadik ngan episod akan datang... time tu skolah rendah... huhuhu... Suka tengok Zoey berlakon... (korang tak kenal kot)... Ngehngehngehhh....

4. Oleh itu agak-agak macam mana Abg Aaron ni boleh terlepas ke Malaysia, sudah semestinya dibawa oleh Kak Erma Fatimah kita.

5. Masa menang kan Abg Aaron ada sebut " terima kasih kak erma kerana bawa saya ke sini (KL)" dan ini lah cerita ringkas dari Erma Fatimah bagaimana beliau membawa Aaron Aziz ke Malaysia.. - korang baca larh ek....


5. Wahh kalau suatu hari Adi Putra pun berjaya macam Aaron Aziz, sekali lagi Kak Erma yang akan dapat nama lah kan. - Diorang sumer ni mmg dh pemes pown kat Singapore sana nuh haaa... Sebab industri seni melayu kurang jerk... Kalo tak lebey dr kat Malaysia ni kot...

6. Tahniah lah, Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu, Datuk Yusof Haslam bawa Hetty Sarlene, tapi setakat untuk sembilu sahaja lah. (Hero kot buat hetty tak naik, hehe) - hahahahaha.... betol larh... saya sokong... ape ker ntah si 'HERO' tuuu...

7. Kak Erma bawa Aaron, sampai ke puncak dah beliau dan Adi Putra pula hanya menunggu masa beliau tiba insyaAllah. - Adi Putra another my hero.... Ery Putra pown ok gak... Huhuhu...

8. Kalau lah Adi Putra pula naik, harap Timbalan Presiden Seniman masa tu orang yang lebih berfikiran terbuka ;p - Mudah2an yerk....

Thursday, April 12, 2012

Grab a Button and Win A Branded Handphone From EqbalZack.Com

EqbalZack.Com

Morning.... Wowheee...

EqbalZack.Com nak bagi branded handphone (dapat badge button pown ok gak)...  Ngehngehngeh..... So saya buat short stori jerk... Hope bole dapat... Huhuhu...

Caranya mudah jerk....

1. Jadik follower dan "LIKE" official FACEBOOK Fan-Page EqbalZack.

2. Letakkan button icon disebelah sisi blog/penyertaan anda bermula 
    12 April - 13 Mei 2012

3. Blogkan ia di dalam blog anda, dan cerita mengenai EqbalZack.Com dan penyertaannya di dalam Anugerah DiGi WWWOW Awards  yang mengandungi link ke EqbalZack.Com

4. Hantarkan maklumat butiran nama, alamat, dan no.telefon anda di SINI!!!!!

5. Setiap peserta yang menyertai kempen ini berpeluang untuk memenangi telefon berjenama di dalam contest akan datang yang akan diadakan pada bulan ini!!!! (yeyyyy... kena tunggu ni...)



Kalo yang tak tahu apa itu DiGi WWWow Awards ????

Ini saya petik daripada sumber Harian Metro yang ditulis oleh oleh Georgie Joseph (georgie@hmetro.com.my)... dan juga berdasarkan sumber melalui Nuffnang oleh Thara Sofian

Anugerah DiGi WWWOW Internet for All Awards 2012 adalah satu-satunya anugerah di Malaysia yang meraikan pencapaian luar biasa pengguna harian Internet tempatan. Bergantung sepenuhnya kepada kekuatan kandungan, kreativiti dan kepintaran laman itu sendiri, penganjuran pertamanya tahun lalu berjaya menarik penyertaan sebanyak 5,800 calon sebelum proses penapisan dilakukan untuk setiap kategori.

Penyertaan sudah pun mula dibuka bermula 24 Mac lalu kepada seluruh rakyat Malaysia menerusi laman web DiGi WWWow Awards 2012 sehingga 22 April nanti. Manakala, undian untuk setiap peserta hanya akan dibuka sejurus sehari selepas penyertaan ditutup iaitu bermula 23 April sehingga 13 Mei nanti.

Pelbagai hadiah lumayan bakal menanti setiap pemenang termasuklah wang tunai, tiket penerbangan, gajet pintar, kad debit prabayar dan banyak lagi dengan jumlah keseluruhan RM200,000 yang mana pengumuman untuk pemenang akan dilangsungkan pada sekitar Jun nanti.

Untuk pemenang kategori People’s Choice of The Year Award 2012 akan ditentukan secara undian paling popular manakala pemenang kategori The Best of the Best Award akan diputuskan oleh barisan juri.

Kategori Pertandingan....

1. Astro ‘Top online Over-Achiever Under 15’
2. Nuffnang ‘Fave Makan-Makan Expert 2012’
3. Nuffnang ‘Fave Kay poh 2012’
4. Lowyat.net ‘Fave Tech Head 2012’
5. Says.my ‘Online Shop of The Year 2012’
6. Nuffnang ‘Blogger of The Year 2012’
7. Google ‘Most Inspiring Internet for Good Award 2012’
8. Innity ‘Funniest Video of The Year 2012’
9. InMobi ‘ Mobile Short Film of The Year 2012’
10. Malaysiakini ‘Photojournalist of The Year 2012’
11. MSN ‘Breakthrough Star Performer of The Year 2012’
12. Yahoo! ‘Social Media Gathering of The Year 2012’
13. Mudah.my ‘Most Promising Webpreneur of The Year 2012’
14. Samsung ‘App of The Year 2012’
15. DiGi ‘WWWOW People’s Choice of The Year Award 2012’
16. DiGi ‘WWWOW of The Year 2012 (Best of The Best)’


Jadik... EqbalZack.Com dipertandingkan dalam kategori di No.6. Maklumat penyertaannya bole tengok di SINI YERK!!!!!!!!! TENGOK TAU!!!!!! dan terus undi setiap hari yerkkk...
Sebab Panel JURI untuk Anugerah DiGi WWWow Awards 2012 ni sumernyer terer2... huhuhu.... Ada Lisa Surihani laaaa....

Marilah sama-sama kita mengundi EqbalZack.Com setiap hari... Insya-Allah.... Mudah2an peluang untuk beliau menang tinggi sangat... Aminnnn....

Tuesday, April 10, 2012

Ampuan Tuanku....

Morning... Hehehe... Entri sblom pick-up my little rascal sat lagik... 

Hurm... tgh kompius nehhh... Sapakah gerangan yang berada di sebelah Tuanku Mahkota Johor ni erk?... 

Boleh baca tak apa yang sayep pikirkan????????

Mulia sungguh hati Tuanku.... Seperti rakyat biasa....


Monday, April 9, 2012

Uik... Murahnyer....

McDonald's New Chicken Muffin at RM2.50. Great breakfast, incredible price!:


Have a great start to your mornings with McDonald's new breakfast choice, the delicious Chicken Muffin, at a special price of only RM2.50! Special price valid for a limited time only from 9 April - 22 April 2012 or while stocks last. Hurry, you don't want to miss out on this great offer. See you at McDonald's!







Friday, April 6, 2012

Aksi Mat Yoyo....

Aksi Mat Yoyo,
Aksi Mat Yoyo,
Bergembira bersama kawan semua,
Kawan lama,
Kawan baru,
Bergembira ayah dan juga ibu,
Nyanyian dan lakonan,
Tidak lupa pelajaran...
teng... teng... teng... teng..

Yerker lirik ni... hehehe....

Hish... pepagi dah nyanyi lagu Aksi Mat Yoyo... Rindu seh... Macam nak balik zaman dulu2... Asyik tunggu depan tv nak tengok program ni kat Channel SBC... Sekarang dah jadi Chanel aper ntah Suria? atau Channel 5... Semenjak dah jadik penghuni Negeri Selangor ni dah tak tau perkembangan citer2 yang ada kat Chanel Singapore... Yerlah... Sayerkan dok Senai... Jadik dapatlah tengok Chanel Singapore... Ihikkk... 

Thursday, April 5, 2012

Ok tak?????

Entry sebelom balik umah... Huweeehuuu...

Hurm arini dok pikir idea nak buat aktibiti D.I.Y dengan dak Eqal dobot hujung minggu ni... Pari-pari syurga sayerrr... TerrrrGoogle ini idea daripada Alpha Mom... hehehe.... Ok tak3x????...Nak cari yang simple dan mudah dia nak coordinate with his hand... Idea datang biler pick-up dia abes skool tadi bajunya ada kaler warna-warni... Huh... For sure bermain dengan kaler air kat skool tadik... 

Almaklumlah nak buat garisan lurussss pown tak berapa nak tererr... Bengkang-bengkok macam ni tak taulah jadik aper? Kita cuba yer Eqal...



Aktibiti mommy cuba nak bwat ngan Eqal jerk... Tapi dalam hati sanubari ni slalu berkata... Apa2 pun nak bwat ngan abang dia, dah tentu 2 ketul lagik budak-budak bijak tu mesti nak inteprem skali... hehehe... Anyway kalo aktibiti ni menjadik nanti... Saya update yerk...


Burger Kaw Kaw Puchong Utama

Burppp... Akhirnya... Burger yang selama ini saya dok serbei dan dok berkepit ngan pakcik Google sudah berada di dalam mulut dan di dalam perut sayer... Alhamdulillah kenyang sangat2... Bila dok pikir 2-3 kali nak g Wangsa Maju nun jauh dari Puchong ni... Huishhh... Berpikir lak lagik 100 kali larh kata dia... Pehtu nak bawak budak2 3 ketul ni lagik... Terpaksa saya simpan hasrat tu di hati...

Tapi bila dapat tahu dah ada Cawangan baru di Puchong Utama.... Huishhh... Macam nak lompat tinggi2... Hish... Teruk bebenar perangai Mommie Eqal ni erk... Hehehe...

Ok... Pendekkan cerita saya rebiu apa yang saya dh makan... Huishh... Memang enak tak terkata... Terbaekkk... Pas ni memang i dah tak pandang pakcik mekdi ngan burger king larh kot (i'm so sorry) sbb sebagai warga rakyat Malaysia... Kita patut menyokong produk IKS kiter sendirik... Hehehe... Saya tolong promote nii...

Menu dia ada macam2... Mommie tak ingat dah... ada single, ada double, ada kawen 3 larh... Haih... Nak tau lebey2 kena terjah sana la yerkk..

Nampak menngiurkan kan... huhuhu... geram plak tgk bile beratur banyak2 macam ni atas meja.. hihihi... Gambar ni Mommie amik dari FB Burger Bakar... Tumpang pakai yerkkk...






Saya add map dekat sini yerk... So boleh ler ikut map yang dah sedia ada ni... Mommie nak bwat sndirik tak taulah map tu nanti jadik aper...




Cawangan Wangsa Maju


Masa Operasi : 7.45 ptg - 2 Pagi
Tutup : Hari Isnin


Sayer memang tak pernah sampai sini... Almaklumlah ramai bebenar peminatnya kat sana... Tokei busat ada sana maa...





Saper yang memang dah dekat area ni, dan tak pernah try... Boley le singgah...






Cawangan Taman Dagang












Cawangan Taman Puchong Utama - Lokas Makana Foodcourt


Waktu Operasi : 7.45 sampai abes patty
Tutup : Hari Khamis


Lokas Makana Food Court, 
No 15A, Jln. PU 13/2, 
Tmn Puchong Utama,
 47140 Puchong, Selangor



Locations Google Maps:2.983927,101.609201

Landmark : Lebey kurang 500m selepas Carrefour Puchong Utama








Ada masa dan uwang lebey mau kasik repeat lagik lorh... Puas ati sungguh makan...


Abes sudah rebiu... Nak lebey rebiu lagik boley la korang pegi sndirik...

Yang ni sayer punyer.... hehehe... Beef Beconizer + Cheese = RM 11.50.... eh yerk ker? Hurm... Lebey kurang camtu lorh... 


Jemput makan yerk...







Wednesday, April 4, 2012

Adui... Mengapakah jadik begini...

Salam petang2 hari...

Haaa... nak tau dah jadik aper hari ini... Huh.. Saya sangat stress biler appoitment dengan Speech Therapist yang kali ke 4 hari ini dah dibatalkan gara-gara therapist Emergency Leave... Hushhh... Naper jadik begitu? Naper tak g tau awal2... Adei... Bukan sekali ni... Dah 3 kali macam ni... Kali pertama dulu derang pandai plak nak menelepon daku... Tapi kali ni kenapa tak bley telepon yerk... Adoiii... Saya faham kalau dah nama EL... Tapi kenapa takder Therapist yang laen hek.. Takkan sepital sebesar itu, therapist cuma sorang @ 2 orang... Memang macam tu erk...Huh... Malas nak cakap panjang.. Sebab ati tengah panas... Seb baik dapat time slip... Kalo idak mau daku bom spital tu...

Sabar.. Sabar...

Masa nak balik sempat skejap g menyinggah dekat Unit Rawatan Alternatif... Pergi jmpe ngan Master Chin... Ececece... Sajer tanya pasal Akupuntur untuk Eqal. Dia kata boleh... Huih... rasa nak melompat skejap.. Nak bwat kat spital tak boley sebab Unit Rawatan Alternatif itu hanya untuk dewasa berusia 18 tahun ke atas... Hurm sori la Eqal... awak tak cukup umur... Master Chin soh g umah dia kat USJ 22. Hah... Sayep kata kat master... boleh jer kalo saya ader masa ngan ader $$$$$... Uweehuuuu...

Haihh... nanti saya update pamplet pasal Unit Rawatan Alternatif tu disini yerk... Tinggal dalam keta lark.... Ngehngehngeh...


Today is My BiRThDaY....

Huhuhu... Hepi Beday to me... Terima kasih pada kawan2 yang dah wish awal2 untuk saya... Especially kawan saya yang sentiasa berada di sebelah saya kemana jua pun dan dimana jua pun... Mudah2an boleh terus bersama melayan kerenah saya sampai bila2 dan terus hingga ke syurga. Luv u My Mr. Hubby ...

Takder apa2 permintaan pun untuk ulangtahun kelahiran kali ini (huhuhu, sbb   sayer  tk pandai nak meminta... hehehe... yor2 la erk...) cumanya saya berharap dan berdoa (sama2 doa ngan saye yerk) agar lebih tabah dan gagah dalam mendidik sorang2 nyer pari2 syurga yang dah dianugerahkan pada saya oleh Dia supaya dia boley berdikari untuk masa depannya... Amin...

Tak pandei nak tulis berjela2... ngeh3x... lagipun sayep sudah mengantukss dan mahu titon... Sok mau bawak itu budak debab pegi Speech Therapy di Hospital Putrajaya... 

Gud Nite yerk....


Monday, April 2, 2012

Winning RM200 from Corntoz...

Huhuhu... sedey... Unfortunately terdelete post about i'm winning this contest lorh... So reposting back... Hehe... (Macam ni pown boleh kan?) Ngehngehngeh...



Hebatkann!... Amik ayat Admin Corntoz... Hehehe....

Pekeliling Perkhidmatan Awam 2012 dan Pengiraan Pemindahan Gaji

Salam Petang.... Wahhh... berpikir nak wat entry aper petang2 ari macam ni... 

Sekarang sumer kakitangan gomen dah boleh tarik nafas panjang larh yerk sebab keputusan SBPA dah dimansuhkan dan SSM plak dah ditambahbaik... Sayep pun teruja juger sbb gaji saya pun naek juger... Yeyyy... bolehlah antar Eqal pegi buat rawatan akupuntur dekat The Tole ...

Nak tengok pekeliling dan cara kira bolehlah klik dekat SINI... 



Fan Page Celebration Giveaway!

Doing this short entry before go to bed... Nak cuba masuk GA ni... hehehe... Menarik hadiahnyer... GA ni di bwat oleh saudara Eqbal Zack sebagai tanda penghargaan kepada follower beliau di Fan Page Facebook Eqbal Zack dan juga di blog Eqbal Zack... Teruja ni... Hehehe... Cuba2... kot2 berjaya di pilih oleh RANDOM.ORG... Amin jerk...

Tarikh tutup Give Away ni pada 7 April 2012..

Jadik saper yang memang suka berangan-angan tetiap hari macam saya ni... hehehe... silakan join GA ni...

Syarat2 penyertaan boleh terus tekan link kat atas tu erkk...

Gud Luck yerkkk...

Ni ler antara hadiah2nyer... Saperlah yang bertuah yerk...



CK One (15 ml) x 1
MONT BLANC Legend (4.5ml) x 1
CHROME AZZARO (7ml) x 1

@


DKNY Be Delicious (7ml) x 3
DKNY Golden Delicious (7ml) x 1







Sunday, April 1, 2012

Apam Nemo...

First time baking Apam Nemo untuk sorang kawan... Hope she like it... Pinjam idea dari ApamPolkadot.Com...


Cutekan?....