
FENUGREEK (GNC)
RM 62.90 (100 CAPSULE)
RM 62.90 (100 CAPSULE)
Fenugreek Capsule Form (610 mg)
ANDA TAHU TAK YANG SUSU KITA NI BOLEH DIPERBANYAKKAN DENGAN HANYA MEMAKAN HALBA...
Pernah dengar Fenugreek seeds??....Kalau nak tau Fenugreek tu dalam bahasa melayu adalah HALBA . Sapa yang selalu dok dapur memang familiar dengan rempah ni. Tapi pernah ke korang makan halba ni mcm tu je??..sure tak sedap punye…
Halba ni atau dengan kata lainnya FENUGREEK ni boleh memperbanyakkan susu kita dengan mengambilnya dengan dos yang ditetapkan.
APA YANG MENYEBABKAN SUSU KITA BOLEH JADI BYK DGN HANYA MEMAKAN REMPAH INI ?
Kandungan yang terdapat dalam biji Fenugreek ini boleh menyeimbangkan hormon. Herba yang berasal dari Negara Eropah ini sangat kaya dengan fitoestrogen. Inilah yang menyebabkannya popular sebagai pelancar air susu ibu (ASI) dimana ia meniru kesan hormon estrogen . Kandungan serat dan saponinnya yang tinggi juga dapat mengatasi sembelit yang sering dialami oleh ibu-ibu yang baru melahirkan anak. Menurut European Society Comission of Publication (ESCOP), is menyarankan pengambilan biji fenugreek tidak boleh melebihi 6 gram sehari.
SELAIN DARI MENGGALAKKAN PENGELUARAN SUSU, APA LAGI KEBAIKANNYA??
Saya ada buat sedikit penyelidikan dan daripada pembacaan saya, biji halba ini boleh membantu masalah berikut :-
- Kolesterol tinggi atau triglycerides tinggi
- Hilang selera makan
- Masalah penghadaman atau sakit ulu hati
- Sembelit
- Mati pucuk (dikenali juga sebagai erectile dysfunction (ED)
- Botak
- Melancarkan haid
- Menghilangkan kembung,sebu dan senak
- Pencuci perut
- Menguatkan jantung
- Menghilangkan lender tekak
- Melegakan sakit kepala/ migraine
- Membuang angin
- Menyembuhkan buasir
- Senggugut
- Merangsang rahim
- Kegemukan
- Kurang berat badan
- Radang kulit dan Bisul
- Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
- Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk. Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan oleh Al-Abqirad (Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.
BERAPA LAMA FENUGREEK AMBIL MASA UTK MEMBERI KESAN??
Masa yang diambil oleh fenugreek utk meningkatkan ASI adalah bergantung kepada individu tersebut. Ada yg lepas 24jam terus byk susu and ada yg kena tunggu 2-3 hari. Seeloknya kekalkan pengambilan setiap hari selama 2 minggu. Selepas susu dah banyak, tak payah ambil langsung tetapi perlu ambil atau tingkatkan semula bila susu mula berkurangan.
KESAN-KESAN SAMPINGAN HASIL DARI PENGAMBILAN FENUGREEK...
Perlu diingatkan di sini, pengambilan Fenugreek akan menyebabkan kesan sampingan berikut :-
- Peluh dan air kencing berbau herba/maple syrup tapi ini bukanlah kesan negative tapi ia menunjukkan dos yg diambil telah mencukupi
- Anda dan anak akan kuat berpeluh
- Kalau terlebih dos, boleh menyebabkan cirit birit, asma/lelah/semput
PENGAMBILAN FENUGREEK DILARANG UNTUK :-
- Wanita mengandung sbb fenugreek boleh menyebabkan kontraksi
- Wanita yg mempunyai penyakit asthma yang teruk, yg kurang teruk kalau nak cuba boleh tapi atas risiko sendiri
- Wanita yg allergic dgn kacang
- Wanita yg ada penyakit darah tinggi dan sakit jantung
- Wanita yg memPunyai masalah migraine