Saturday, November 5, 2016

Isu semasa terkini



DILEMA MAHATHIR | Memerintah Malaysia hampir 23 tahun lamanya. Dikenali sebagai bapa pemodenan Malaysia. Di zamannya Malaysia berkembang pesat dan bergerak maju memicu ekonomi. Modenisasi yang diperkenalkan oleh beliau kelihatan indah dan berjaya dimata kasar rakyat. KLCC, KLIA, F1 Circuit, Multimedia Supercoridor (MSC), MRT, Cyberjaya & Putrajaya adalah antara legasi yang ditinggalkan oleh beliau. 

Namun begitu dalam meniti usia senja nan berakhir, kita semua merasa aneh dan kaget mengapa anak didik beliau sendiri saat ini begitu membenci dan hampir mau menidakkan semua apa yang beliau telah lakukan. Sekadar menyebut TRX, Bandar Malaysia, MRT Sg. buloh-Kajang seluas lebih 50km, Projek East Coast Railway yang meliputi 620km diantara Port Klang hingga Tumpat Kelantan, adalah projek mega yang bakal akan menjadi bayang hitam terhadap legasi Mahathir nanti. Bukan sekadar itu sahaja, malah semua mereka yang suatu ketika dahulu kecut perut berdepan dengan beliau ketika berkuasa,sekarang sewenang-wenang mengutuk dan menidakkan segala apa yang diucapkan beliau. Malah ada yang sampai peringkat mahu memusnahkan apa yang telah beliau bina selama ini.


Di zaman Mahathir beliau mengambil polisi dan pendekatan berbaik dengan Jepun dan Korea. Namun begitu saat ini anak didik beliau sendiri mengambil pendekatan berbeza iaitu berbaik dengan China. Biar pun diasak hebat oleh Mahathir sendiri, namun begitu kelihatannya anak didik beliau tetap teguh berdiri, sebaliknya kelihatan Mahathir berdiri lesu dan terpaksa menjilat semula musuh politik beliau yang dahulunya hampir mustahil utk dihadam bersama. 

Apakah sebenarnya dosa besar yang telah dilakukan oleh Mahathir sehingga sebegitu rupa beliau terhina oleh parti dan juga anak didik beliau sendiri? Dimata kasarku,aku melihat hanya satu sahaja iaitu di zaman beliaulah, Dua kalimah syahadah yang suci telah diharamkan untuk di amalkan.Melalui Majlis Fatwa Kebangsaan yang tunduk dengna arahan beliau. Tiada siapa yang mampu dan tergamak mengharamkan dua kalimah syahadah ini selain Firaun sahaja. Justeru itu beliau juga pernah dikenali sebagai Maha Firaun. Semoga rakyat Malaysia yang celik mata hatinya dapat menilai untung nasib Mahathir saat ini.Semoga juga Mahathir dapat menilai semula keputusan yang pernah beliau lakukan dahulu dapat dibersihkan dan dinilai semula.


DEMONSTRASI | Jumaat lepas iaitu pada tanggal 4 November 2016, di kota Jakarta, Indonesia, telah berlangsung peristiwa demo terbesar dari umat Islam Indonesia ekoran kenyataan biadap oleh Ah Hok (Basuki Tjhaya Purnama) yang telah menghina ayat al quran, Surah Al Maidah ayat 51 dan 52. Demo ini adalah yang terbesar selepas peristiwa demo ketika era kejatuhan Suharto pada tahun 1998. 

Demo kali ini adalah merupakan gabungan dari seluruh pendukung-pendukung Islam diseluruh Indonesia yang terdiri dari jemaah pengajian, jemaah perjuangan amar makruf nahi mungkar dan juga beberapa tokoh politik Indonesia yang turut serta bersama. Mereka bergabung atas satu barisan dan matlamat iaitu ingin melihat mereka yang menghina Islam dihukum mengikut lunas undang-undang negara.



Biarpun pada awalnya, demo ini berlangsung dengan secara aman damai, namun begitu disaat penghujung petang, ianya dicemari dengan tembakan gas pemedih mata yang mengakibatkan kecederaan. Sehingga kini belum diketahui apakah matlamat demo ini berjaya menghukum mereka yang menghina Islam itu.

Apa yang ingin kita sentuh ialah, pendemo di negara jiran kita ini sudah tentulah terdiri daripada mereka-mereka yang ikhlas dan semata-mata kerana Allah. Biarpun ramai diantara mereka yang hidup susah dan derita tetapi bila agama mereka dihina dan dipijak mereka bangkit dan bersatu demi agama yang mulia.

Tetapi bagaimana pula dengan pendemo kita di Malaysia ini? Apakah mereka setanding dengan umat Islam di Indonesia?


Mungkinkah matlamat malah keikhlasan mereka akan sama seperti pendemo di Indonesia juga? 


Kita semua pasti ada jawapan yang berbeza diatas persoalan ini. Apa yang pasti pendemo ini adalah terdiri daripada mereka yang memperjuangkan politik sekular dan fahaman demokrasi yang selama ini telah mendarah daging dalam diri sebahagian rakyat Malaysia. 

Dengan isu-isu negara yang diulang tayang dan ditokok tambah menambahkan lagi suasana seperti hangat bagaikan goreng pisang panas lagaknya. Pimpinan kerajaan Malaysia saat ini dilihat lemah dan tak berdaya menampung isu-isu semasa tersebut. Biarpun akta dan undang-undang dicipta namun itu belum mampu untuk menahan kebangkitan rakyat yang tertekan oleh bahana ekonomi kapitalis yang mencengkam rapat saat ini.

Bagi saya sebagai rakyat marhaen hanya mampu berdoa agar, biar apapun yang terjadi krisis demi krisis di negara ini, janganlah hendaknya lompang-lompang ini diisi oleh pihak luar yang berniat jahat sejak sekian lama mahu melihat negara Malaysia ini jadi kucar kacir dan rosak serta hilang keamanannya. Moga Allah memelihara negaraku ini daripada musuh-musuhnya.

No comments:

Post a Comment