Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 December 2009 yang telah membenarkan pihak Herald - The Catholic Weekly menggunakan penggunaan nama Allah telah mencetuskan polemik yang sangat besar sehingga telah mencetuskan kemarahan umat Islam diseluruh Malaysia yang mengakibatkan berlaku demonstrasi dan juga pembakaran beberapa gereja kecil di Kuala Lumpur. Seperti biasa bila ada isu-isu yg besar seperti ini maka semua pihak akan muncul dan bercakap samada melalui media massa,radio,Tv atau pun blog. Tetapi melihat kepada komentar yang ada tidak ada satu pun komen ataupun cadangan yang mengajak umat Islam supaya kembali kepada akar sebenar tentang jati diri sendiri.
Sekadar menunjukkan rasa marah,prihatin dan memekik-mekik dengan penuh semangat dan amarah yang berpanjangan,apakah dengan cara ini akan dapat membuat pihak musuh-musuh Islam takut kepada umat Islam? Sudah barang tentu tidak! kerana pada mereka umat Islam yang ada dihadapan mereka adalah umat yang telah sekian lama lalai disuntik dengan doktrin dan propaganda musuh yang lebih membesarkan dunia lebih daripada akhirat. Budaya musuh telah lama berakar umbi dalam jiwa dan pemikiran umat Islam sehingga menjadikan mereka alat untuk musuh menghancurkan Islam semahu mereka. Islam telah lama gersang dan pudar dimata penganutnya. Allah hanya diperlukan ketika mereka susah dan kecewa,malah ada yang lebih parah menyalahkan Allah jika berlaku sebarang musibah ataupun bencana keatas mereka. jauh sekali untuk merasakan kebesaran Allah dalam kehidupan seharian dan sekaligus merasakan peranan Allah didalam setiap tindakan dan perbuatan mereka.
Yang sebenarnya dengan memeluk Islam,umat melayu sudah pun mempunyai satu formula yang mantap didalam membuat perubahan diri dan menjadi bangsa yang cemerlang dan disegani oleh dunia. Tetapi hakikatnya umat melayu masih lagi ketinggalan dari sudut rohaniahnya,melayu masih lagi dicengkam oleh gejala penyalahgunaan dadah,jenayah seks,sumbang mahram dan sejak akhir2 ini gejala berbunuhan sesama keluarga hasil daripada jiwa yang tertekan semakin bertambah bilangan kesnya. Mengapa terjadi sedemikian?
Islam mempunyai pandangan yang sangat luas dan holisitik dalam mentafsirkan akan erti kecemerlangan. Bagi Islam kecemerlangan itu dibahagiakan kepada dua,iaitu cemerlang dunia dan cemerlang akhirat. Kecemerlangan dunia mengikut ajaran Islam ialah bila dapat dianugerahkan dengan nikmat kejayaan,kemenangan,keuntungan dalam bidang-bidang yang diceburi dan kecemerlangan ini tidak akan sempurna jika tidak diiringi dengan ketenangan hati,keharmonian rumah tangga, masyarakat dan negara.
Manakala kecemerlangan diakhirat ialah bilamana mendapat keredhaan Allah dan dimasukkan ke syurga yang abadi kekal selamanya. Inilah yang disebut didalam doa seharian kita iaitu "Hasanah fiddunia & Hasanah fi akhirat". Kalau begitu fahamlah kita,untuk selamat diakhirat mestilah cemerlang hidup didunia terlebih dahulu. Tetapi jika hidup didunia penuh dengan masalah,penyakit hati dan jiwa yang tidak berkesudahan belum ada jaminan untuk kita selamat bahagia diakhirat kelak.
Saya berdoa dan berharap dengan munculnya isu nama Allah ini semoga umat Islam akan kembali sedar dan kembali kepada Allah dan syariatnya. Hidup kita hendaklah sentiasa membesarkan Allah melebihi segala-galanya. Merasakan bahwa setiap saat dan ketika Allah senantiasa berperanan didalam hidup kita Sedarlah bahwsanya musuh-musuh Islam tidak akan pernah berhenti mahu melalaikan kita dan menjauhkan kita daripada agama kita. Dan yang lebih penting musuh yang duduk diantara dua lambung kita iaitu syaitan dan nafsu sudah barang tentu tidak akan pernah berhenti walau sesaat pun mahu melalaikan dan menyesatkan kita. Wallahualam.
No comments:
Post a Comment