Memaparkan catatan dengan label misteri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label misteri. Papar semua catatan

10 Februari 2011

UFO Di Sabak Bernam?


Mungkin hanya bunga api . Ataupun hantu penanggal.

SHAH ALAM – Seorang kakitangan awam mendakwa berjaya merakam satu cahaya objek terbang yang tidak dikenali (UFO) melintas di kawasan sebuah kem askar di Sabak Bernam ketika bertugas pada Jumaat lalu.

Asri Harun Abd. Rahman, 42, yang membuat rondaan ketika itu terkejut setelah melihat sebuah objek bercahaya yang terang seperti lampu limpah menerangi langit kira-kira pukul 5.30 pagi.

Dakwanya, selama bertugas di situ sejak 11 tahun lalu, perkara seumpama itu tidak pernah berlaku dan menyifatkan ia merupakan perkara pelik pernah dialami.

“Cahaya objek itu bulat, sangat terang dan tidak bergerak ke mana-mana.

“Kebetulan, pada waktu itu tiada satu bintang kelihatan dan cahaya itu tidak berkelip-kelip seperti bintang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sumber dipetik dari Kosmo! Online

30 Mei 2010

Fenomena Misteri di Kampus Puncak Perdana, UiTM Shah Alam


Gambar kiriman Taufik Amarasikin ini sungguh pelik. Kelihatan seperti sesuatu menerjah keluar dari bilik tersebut. Fenomena apakah yang menyebabkan penampakan sebegini terjadi?

Pengirim menyertakan teks berikut:

salam sejahtera..
saya terjumpa blog pasal gambar2 hantu masa dok tgk kt google..
pastu tetibe teringat ade satu gmbr yg pernah sya snap masa kt dulu2... tarikh ialah 22 April 2007, jam 11:30 pm. Masa tu sya msh pakai hanpon Nokia 3230. Ni gmbr original. xde edit pn.. snap gmbr tu sbb awan mlm sgt cantik.. pastu bila tgk kt hanpon, ade cahaya dari bilik tingkat paling atas blok perempuan.. pelik..
munkinkah biasan cahaya atau sememangnya ade entiti kt situ?

Mungkin ini ralat fotografi ataupun Encik Taufik benar-benar telah berjaya merakam satu entiti ataupun fenomena ajaib yang jarang-jarang berlaku. Apa-apahal terserah kepada anda untuk menilainya.

21 Oktober 2009

Ayat Al-Quran Pada Kulit Bayi


Baru-baru ini gempar mengenai penemuan ayat-ayat suci Al-Quran pada bayi di Moscow, Russia. Benar atau tidak, terserah kepada anda untuk menilainya.

Khabarnya, pada mulanya ibu bapa bayi ini merahsiakan penemuan ini, tetapi apabila tulisan di kaki bayi tersebut tertera "Tunjukkan aku", maka mereka terus menunjukkannya kepada orang ramai.

Dari akhbar KOSMO:
MOSCOW - Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.

Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.

Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.

Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.

"Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis," kata ibunya Madina Yagubova.

Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.

Paparan mengenai kejadian aneh di Dagestan, wilayah selatan Rusia yang menjadi sasaran pertempuran antara tentera Rusia dengan pejuang-pejuang Islam itu turut dipaparkan di laman perkongsian video YouTube.

"Ali merupakan tanda kebesaran Tuhan. Kelahirannya di Dagestan bagi menyedarkan penduduknya supaya bersatu," kata seorang ahli parlimen di wilayah itu, Akhmedpasha Amiralaev. - Agensi

Video:

31 Disember 2008

Kaki Dalam Kepala Bayi

Berita ni aku ambik kat mana aku dah lupa. Tapi memang aneh dan misteri!


DENVER: Seorang pakar bedah otak kanak-kanak berkata beliau menemui sebelah kaki dan bahagian tubuh tidak sempurna di dalam ketumbuhan yang dikeluarkannya ketika membedah otak seorang kanak-kanak di Colorado.

Paul Grabb berkata beliau melakukan pembedahan ke atas Sam Esquibel yang baru berusia tiga hari, 3 Oktober lalu di Hospital Kanak-kanak Memorial, selepas ujian imbasan menunjukkan ada ketumbuhan mikro di dalam otak kanak-kanak berkenaan. Sam bagaimanapun seorang bayi yang sihat.


Grabb berkata ketika mengeluarkan ketumbuhan itu beliau mendapati ia mengandungi sebelah kaki hampir sempurna dan bahagian tubuh menyerupai sebelah lagi kaki, tangan dan paha.

"Penemuan ini sesuatu yang amat luar biasa, unik dan hampir tidak pernah diketahui," katanya.

Grabb berkata, beliau tidak pasti punca yang menyebabkan ketumbuhan seperti itu tetapi percaya ia mungkin sejenis ketumbuhan yang mempunyai kaitan dengan keturunan.


"Bagaimanapun ketumbuhan yang pernah ditemui hanya mempunyai bentuk biasa. Ia juga mungkin satu kes dikenali sebagai 'janin di dalam janin, merujuk kepada kembar janin yang terbentuk di dalam organ lain, namun amat jarang berlaku di dalam otak," katanya.

30 Jun 2008

Imbas Kembali : Gambar Peristiwa Objek Di Langit


Pada 26 Julai 1992 telah berlaku satu fenomena yang sangat aneh, sekumpulan 200 pelajar sebuah sekolah agama di Klang, Selangor; mendakwa melihat 26 objek aneh yang secara tiba-tiba muncul di langit. 

Objek aneh tersebut adalah gambaran 26 imej yang kelihatan di langit. Fenomena objek di langit ini telah mengemparkan Malaysia pada tahun 1992. Pelbagai spekulasi dan teori telah dibentangkan.

Malah pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sendiri telah melakukan penyiasatan sendiri. Pada mulanya mereka telah mengesahkan bahawa kejadian ini benar-benar berlaku berdasarkan temubual dengan saksi-saksi yang terlibat. Pihak Jais mengumumkan perkara ini dalam sebuah sidang akhbar pada 10 Oktober 1992.

Ekoran dari kejadian ini, ada sesetengah pihak yang mula mengambil kesempatan. Gambar-gambar objek di langit mula dijual. Malah ada juga kumpulan tertentu yang meramalkan bandar Klang akan tenggelam dilanda banjir. Mereka mengutip derma untuk membina 3 buah kapal besar. Ramai yeng terpengaruh dan kumpulan ini berjaya menyiapkan satu dari 3 buah kapal yang dirancang.

Ekoran dari itu, pihak Bahagian Hal-Ehwal Agama Islam, Jabatan Perdana Menteri (BHEAI-JPM) pula melakukan siasatan. Dan akhirnya mereka mengishtiharkan bahawa kejadian Objek Di Langit ini hanyalah satu penipuan.

Benar atau tidak, peristiwa ini masih lagi menjadi misteri. Sungguhpun paparan imej di angkasa memang tidak mustahil boleh dilakukan dengan peralatan laser berteknologi tinggi, namun kita juga tidak harus lupa kepada kebesaran Allah.

Apa pendapat korang?

21 Mei 2008

Gambar Hantu Lama



Korang tau kamera zaman dulu yang jenis bukak penutup depan kejap, pastu tutup balik dapat gambar? Zaman dulu diaorang pakai kamera jenis ini. Dan sesetengah pengkaji paranormal mendakwa bahawa kamera jenis ini paling sesuai dan paling berkesan untuk menangkap gambar hantu.

09 April 2008

Gambar Pokok Kelapa Pelik


Pokok kelapa ni bercabang dan mempunyai dahan seperti pokok biasa. Sungguh misteri.

03 April 2008

Gambar Bayangan Hantu Di Cermin


Gambar dikirimkan melalui emel. Timbul jelmaan wajah manusia di cermin. Mungkinkah imej tersebut adalah refleksi seseorang yang berdiri di sebelah kamera? Mengikut saiz dan kedudukan refleksi tersebut, 'orang' yang berdiri itu haruslah berada hampir dennan akak pakai baju warna biru tu. Adakah ini hantu?

25 Mac 2008

Babi Berwajah Manusia?



Biasa kita dengar cerita pasal manusia berwajah babi (kes-kes menguruskan jenazah) tapi kali ini kat Indonesia dikejutkan dengan fenomena babi yang dilahirkan mirip wajah manusia. Siap ada pusar rambut kat atas dahi lagi.

Kalau diteliti, anak babi ni takde la muka macam manusia sangat. Cuma dia nyaris jadi cyclop (satu mata) je. Cuba tengok betul-betul. Ini kategori 'deformed' dan tumbesaran dia dalam rahim tu terganggu sikit dan akhirnya tak berapa nak jadi. Tu nampak macam ada dahi, hidung mancung (memang babi hidung mancung beb..)

Dalam rahim ye adik-adik, pembesaran tu (pertumbuhan daging) jadi dari kiri dan kanan dan bercantum di hadapan muka (sebab tu kita ada.. apa tu.. yang antara hidung ngan bibir tu..). Kes babi ni dia
terbantut sampai struktur tengkor dia tak sempat mengunjur ke hadapan. 
Tu jadi macam tengkorak manusia.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...