Saturday, March 20, 2010

Sotong Rebus Bersuhun

Bahan-bahan:

500 gm sotong - dibersihkan
3 ulas bawang merah - ditumbuk halus
2 batang serai - diketuk
1 sudu makan lada hitam - ditumbuk
30 gm suhun - direndam
4 cawan air
Garam dan gula secukup rasa


Cara Menyediakan:

Masukkan air, bawang merah, serai dan lada hitam ke dalam periok.

Bila mendidih masukkan sotong dan suhun.

Masukkan garam dan gula. Masak lagi selama 5 minit.


Sumber: Kompilasi Hidangan Mudah

No comments:

Post a Comment