Thursday, December 17, 2009

Taugeh kan...


Kita nak share dengan korang experiences masa kita jadi volunteer dekat
Pusat Sains Negara.Cite nie jadi 1 1/2 tahun lepas. PSN ada buat hari untuk
kanak-kanak istimewa.

Kita kene ajar diaorang cara penyambahan biji benih melalui kacang hijau.
Masa kita tengah syok terang-terang.Ada lah seorang kanak-kanak nie datang
dekat kita tanya 1 soklan.Dia nie pengawas.Jom baca dekat bawah.

Kanak itu : Biji kacang nie,nanti kita bila besar.Jadi taugeh kan..
Kita : Tak.nanti,bila besar.Kacang nie akan jadi pokok kacang yang besar.
Kanak itu : Jadi taugeh kan..Taugeh kan..
Kita : Tak.Jadi kacang

Kanak itu pun blur.Tak sampai 15min,dia datang lagi dekat Kita.

Kanak itu: Taugeh kan
Kita : Dengan rasa 1/10 nak marah. Kita pun cakap kacang.

Akhirnya kanak itu pergi meninggalkan PSN dengan perasaan confius.Korang
rasa apa jawapan pada soklan kanak-kanak itu. Jawapannya:Taugeh.Itu pun
pas kita bukak balik buku text sains darjah 6.

Moral of this story: Semua manusia sama aje Tuhan kurniakan akal. Ada benda
yang kita tak tahu tapi orang lain tahu.

Tuesday, December 15, 2009

Stress

Asal ada orang call kita nak gi interview jer.
Kita akan jadi stress 1 badan.
Bukan kita takut tak dapat keje tu.
Tapi,kite tak nak malu kan diri sendiri,
kalau-kalau kita tak dapat jawab stupid question jer.
Maksudnyer,pakcik indon tukang kayu pun tahu jawapannya.

p/s: Good Luck to me untuk interview besok.

Wednesday, December 9, 2009

Sang Kecil

Korang ingat lagi tak sape
kawan pertama korang
kawan tak baik korang
masa sekolah kecil dulu

Sama-sama kecil
bawa beg kalah orang besar
buku kalah profesor
betape semangat nye
nak ke sekolah

Tapi bile
badan dah besar
otak pun dah berat
kita..
tetibe jadi pemalas
nak ke sekolah

bawa beg pun tidak mahu
hanya bawa sehelai kertas
pen pun pinjam kawan-kawan

Tiada lagi
perasaan excited nak
jumpa cikgu BM,BI,Matematik
Pelik

Mungkin dulu
walaupun badan nie kecil
tapi dosa kita masih ringan
tak berat macam orang besar

Mulia nya
wahai kamu
sang kecil

p/s: Gambar dekat atas tu masa kita darjah 1K.Cari lah kalo jumpa.

Manusia itu robot

Robot
Bergerak guna kaki
Manusia juga perlukan kaki
untuk bergerak

Robot
Bole angkat tangan
ke kanan ke kiri
Manusia juga begitu

Robot
Ketawa mengguna otak
Otak juga membuat
manusia ketawa

Manusia itu robot
Bila otak manusia
seperti otak robot

Mengikut arahan
tanpa boleh
menjawab

Semua nya telah di set
di kongkong seperti robot
yang tidak dapat
merasa kehidupan hidup
yang sebenar

p/s:sorry.tak banyak letak gambar.nak tengok gambar-gambar kita.
Bole tengok di facebook kita.

Thursday, December 3, 2009

Berkabung

M: Nape da lame tak update blog?
K : Berkabung

M: Facebook ko macam dah mati jer?
K : Berkabung

M: Dah lame tak dengar cite pasal ko?
K : Berkabung

M: Nape bole jadi macam nie?
K : Berkabung ke

M: Sampai bile ko nak ...............
K : Berkabung

M: Berkabung,berkabung,berkabung
K : Diam ( Dalam hati : Berkabung )

Berkabung = Aktiviti pengurangan berjumpa, menulis dan
berdepan dengan orang ramai untuk menyorok muka dan
perasaan masam kita.

M ialah Mereka
K ialah KITA

Friday, November 20, 2009

Macam mana nak tahu orang tu sayang kita?

Jom baca apa yang kita belajar hari ni.

S: Macam mana nak tahu orang tu sayang kita?

J: Alkisahnya di satu petang, kite sibuk nak beli cili padi
dekat kedai runcit bedah tepi jalan. Ada la mak kiah bz
pilih bawang sambil mengumpat pasal orang yang kita
sayang.Kita nie ade je sebelah dia dok pilih cili.Berdesing
telinga nie,macam nak perah je cili tu buah jus untuk mak kiah.

Mane tak nyer,panjang betul cite mak kiah nye. Memang de
la jgk betul story nya seperti orang yang kita sayang tu
ketut pakai seluar,tidur nampak gigi, muka macam Rosyam
Nor. Tapi,dengan kita si dia tak la teruk mana. Semua
perangai buruk dia da mula tinggalkan. Tu tanda nya
dia betul-betul sayang kita.Kita kena ingat 1 bende jer.
Bukan senang dia nak ubah perangai yang da berkurun
lama melekat dalam diri dia.Kehadiran kita da berjaya
dia melawan nafsu jahat nyer menjadi baik.Lihat lah,betapa
istimewa nya kita di mata dia.Ibarat "Power Ranger melawan
kuasa jahat".Sayang menyayang tak salah asalkan betul pada
tempatnya.


"Cerita ini tiada kena mengena dengan penulis.Ini hanya
nota jari dari kelas CC100(Cinta-Cintun 100%). "

p/s:semua komen korang hanya akan di balas pas kita
balik dari kg untuk raya haji.Salam Aidiladha semua.

Wednesday, November 11, 2009

Terakhir

Hari ini.11/11/2009 ialah hari terakhir kita tidur-tiduran di Asrama
Ilmu,Uniten. Sepanjang dekat Uniten. Kita dah belajar banyak benda
yang mungkin kita tak akan dapat dekat tempat lain.

Kita belajar mengenai kawan, bisnes, leadership, hormat, sabar dll.

Nanti,kita janji yang kita akan share dengan korang perkara yang
best sepanjang kita dekat Uniten.Tunggu.

Monday, November 2, 2009

Farewell Party@Sg Congkak





2Nov 09,Kita+9 kawan pompuan gi Sg Congkak dari pukul 10am-430pm.Kitaorang bertolak dari UNITEN Bangi.Lebih kurang 45min je.Farewell party kali nie untuk perempuan je. Sebabnya kitaorang budak pompuan tak pernah kuar together-gether sepanjang kita 31/2 tahun dekat UNITEN.Bagi kita,Sg Congkak sesuai untuk perempuan yang nak gi berkelah. Sebab pintu depan nak ke tempat sungai agak dekat.Sebabnya,kalo nak masuk.Kete kena park dekat luar.Pastu kita kena jalan kaki sikit jer.

Bayaran masuk:RM1 sorang tapi parking dia melampau.RM3 sekali parking.Dekat kaunter tulis RM2 tapi kena bayar RM3.Kita malas nak spoil kan mood happy.Kita diam kan jer.Kalo tak,memang dah kena da air liur kita dekat muka pakcik jaga tu.

Facilities dekat Sg Congkak ok.Tandas tak kotor.Ada surau,gerai makan, pondok, meja,taman permainan.Cuma air terjun dia tak la cantik macam yang lain.

Tapi,agak bersih dan selamat.Kita sangat bersyukur pada ALLAH kerana sekarang kan musim hujan.Tapi,kiteorang pergi tadi.Cuaca cerah sampai kitaorang dah bosan main air.Kitaorang buat BBQ Ayam+lamb+hotdog,Atin masak spagethi+Nasi Lemak+Mi goreng+Nasi Gorang Kg,Nora bawa kek, Main polar bear+cap kali cap dalam air.

Salin baju,terus hujan.Kita recommend korang datang Sg Congkak weekdays lagi-lagi isnin.Sebab macam Freedom sangat.Tak ada orang.Tak yah berebut-rebut.

p/s:5 star untuk aktiviti kali nie.Time kasih korang.

Thursday, October 29, 2009

Sindrom OMG!

Sindrom OMG! sedang melanda diri kita.
Tolong!Tolong! selamatkan kita dari terus di landa
virus OMG."Jangan biarkan hidup anda di landa masalah"
Sindrom ini tidak terdapat dalam kamus dewan bahasa/
Oxford/Kamus Perubatan.OMG adalah penyakit
Oh Malas Giler!Sekarang final exam week.Tu pasal la
kite tetibe terkena sindrom nie.

Saturday, October 17, 2009

Papai Thesis Papai FYP



"Study on the current method of recycling efficiency in Bangi" almost complete.
1 tahun kita bersusah payah untuk thesis nie akhirnya tinggal 4 hari untuk
semua ini.Walaupun tajuk ini nampak senang tapi tak sesenang yang di sangka.
Adventures habis.Sekarang tunggu result jer.Hopefully,elok la.

Time kasih pada mereka yang tolong kita dalam menyiapkan thesis ni:
1. Co-supervisor: Farah Izyan Mohd Salleh
2. English teacher: Faizah,Aisyah,Neckroz,Onny
3. Finance : Mummy and abah,PTPTN
4. Kaunselor : Kak myra,ikfa,fara,syu,ida,atin,nadia,nani,muazan,yana,amar,kak zura
5. Assistance kaunselor : Azhar,amelia,aen,ct
6. Penyokong : Semua student final sem CE nov 2009 Uniten
7. Supervisor: Dr Norazli Othman

p/s: Gambar di atas,Recycle bin at Precinct 10 Putrajaya menjadi soklan kegemaran
examiner and supervisor masa presentation hari tu.

Under Construction

Blog ini masih lagi dalam proses mengecun.

Thursday, October 8, 2009

Bangun

Dulu
kite tau apa yang kite
Mahu dalam hidup ini
Kita tau
Bile kite bangun tido
Kita akan terus ke tandas
sebelum ke kelas

Tapi,kini
kita bingung
dengan diri ini
Kerna
Kita bukan lagi
bangun seperti dulu
Tapi bangun
Untuk masa depan
yang penuh harapan

Pening kita
Bila memikirkan
Semuanya
Kerna kita mahu
Selepas ini
Bila kita bangun sahaja
Kita bukan lagi
ke tandas
Tapi akan terus berdiri
dan berlari
Sejauh yang mungkin

Bersama masa depan
yang sudah pasti

Friday, October 2, 2009

Doa seorang sahabat


"YaALLAH, berikan lah kawan ku
Farah Izyan kebahagian, umur yang panjang
kesihatan yang baik, kerjaya yang elok dan
segala yang baik mengenainya"
Happy Birthday

p/s: Fara yang pakai cermin mata yer.

Thursday, October 1, 2009

Wednesday, September 30, 2009

K.I.T.A = Lecturer


Kalau la KITA jadi lecturer:

1. Kita tak akan bebankan students dengan project yang susah=Dr Chua+Pn che noriza
2. Tegas di luar tapi baik di dalam = Puan Nina + Dr Bashar
3. Mengajar dengan bersemangat = Dr Lee + Puan Baini
4. Sabar mengajar orang yang rajin tapi lambat pick up = Puan Mona+ Cik Narimah
5. Tak akan tengking student = Puan Irfah + Cik salamun
6. Understanding = Dr chua + Puan Leen
7. Caring = Sir Dynamic + En Arif
8. Sentiasa senyum = Dr Bashar
9. Ajar yang de kaitan masa kerja = Dr Lariyah
10. Bagi semangat pada student yang lemah = Dr Lee + Cik wahidah

p/s:post ini ditulis lepas kene marah dengan fyp supervisor kita yang cakap kita nie seorang
yang pemalas.Siapa yang kenal kita sure tahu kita nie pemalas ke?

Monday, September 21, 2009

Jangan Menyesal pada Takdir


Pergh..macam tajuk cerekarama TV3 plak

Jangan menyesal pada Takdir.Ini kisah benar dalam hidup kita yang bagus untuk renungan bersama.

Masa kita sekolah.Kita selalu tak bernasib baik dalam kedudukan kelas.Tapi,kita tak kisah sebab bila berada dalam kelas yang sederhana.Kita lebih mempunyai kawan yang menghargai persahabatan hingga kini.

Lepas SPM,kita tak pernah terfikir akan sambung belajar dalam Kos B.Civil Eng sebab result SPM kita paling hancur untuk subjek PKA dan LK.Kita benci dengan 2 subjek tersebut hingga terus delete cita-cita sebagai jurutera dalam hidup kita.Kita tak salahkan takdir sebab masa diploma,kita mempunyai my lovely sis, kawan-kawan, lecturer yang sanggat supportive.

Kita ada mengalami satu sakit sejak kecik sehingga kita terpaksa mengambil Final Exam sorang diri dalam bilik khas masa diploma.Kita hampir putus asa dan berserah pada takdir. Alhamdullilah,result sem itu adalah yang paling terbaik.

Lepas habis diploma.Kita dapat UNITEN dan UiTM.Semua kos yang sama iaitu B.Civil Eng.Kita hampir demam memikirkan semua ini.Tapi,kita menyambung takdir kita berada di UNITEN.

Selepas 23 tahun kita tinggal di Gombak.Kita begitu sedih untuk meninggalkan rumah memori kita untuk berpindah ke Putrajaya.Takdir yang menentukan apabila abah n mummy di tukarkan ke Putrajaya.Tapi,hari ini.kita bersyukur dengan takdir yang tertulis kerana kita dapat banyak info untuk projek FYP kita dan selalu ke rumah kakak kita.

Hari ni hari Raya.Kita berada di depan PC, Putrajaya.Kita tak dapat pulang ke kampung kerana abah tak dapat cuti.Nasib baik,takdir tertulis sebegitu kerana panjang lagi thesis yang belum siap.

Jangan salahkan Takdir.Percayalah pada Qada dan Qadar.Selamat makan rendang.

Wednesday, September 16, 2009

Last Ramadhan as a Full Time Student

Perasaan : Sedih
Sebab : 1.Tak bole selalu buka posa dengan kawan-kawan
2. Tak dapat nak makan free dekat masjid lagi
3. Entah tapi sedih

p/s:Salam Aidilfitri.Maaf Zahir Batin

Dia

Dia pasti akan baca blog nie
Untuk dia
Apa yang kita buat beberapa
bulan nie
Ada sebab nya
Sebab yang baik dan
tak dapat di fikirkan oleh
Dia

Tuesday, September 15, 2009

Tiada Tajuk

Kita suka sangat gambar nie.Kenapa?Tak tahu.Kita yang pakai baju pink.

Wednesday, September 9, 2009

Sayang

Kita sayang Tuhan dan Agama kita
kerana menjadikan kita mukmin sejati.

Kita sayang Abah
sebab kita dia selalu suh kita belajar rajin-rajin

Kita sayang Mummy
sebab mummy amat sabar dengan perangai bukan-bukan kita.

Kita sayang Nana
sebab dia nampak je garang tapi dia selalu baik hati dengan kakak dia

Kita sayang Dikmat
sebab kalau bosan2 bole suh dia gi kedai beli makanan

Kita sayang Sulan
sebab dia yang bagi nama kita

Kita sayang Arwah Cik Rose
sebab dia selalu manjakan kita tika kecik

Kita sayang Arwah Tok Ayah
sebab dia selalu belanje kite kopi masa kecik dulu

Kita sayang Kak Zura
sebab dia banyak bagi support dekat kita yang banyak main nie

Kita sayang Kucing kita
sebab kalo bosan bole peluk dia

Kita sayang Kawan-Kawan kita
sebab diaorang dah jadi 1/2 dari hidup kita

Kita harap kita dapat sayang korang macam korang sayang kita.

p/s:Post nie di tulis masa tengah ponteng kelas numec

Monday, September 7, 2009

Lelaki Cute,Lelaki Ayu

Gambar Hiasan

Korang pernah tak kenal lelaki macam nie:
Cute je kalau tengok dari jauh
Ayu je kalau tengok dari dekat


Friday, September 4, 2009

Mencari Sinar Malam Lailatul Qadar

"Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara. Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!” (Al-Qadr:1-5)

“…sesiapa menghayati malam Lailatul Qadar dengan mengerjakan solat (dan pelbagai ibadat lain), sedang dia beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya dia diampunkan dosanya yang lalu.” (Hadis sahih riwayat Bukhari)

“Bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui Lailatul Qadar pada malam ganjil 10 malam akhir Ramadan.” (Hadis sahih riwayat Bukhari)

Imam Nawawi, berkata: “Lailatul Qadar dapat disaksikan orang yang dikehendaki Allah pada tiap-tiap tahun ketika Ramadan, sebagaimana yang diterangkan dengan jelas dalam hadis Rasulullah s.a.w dan diberitakan juga oleh orang yang soleh…”

Thursday, September 3, 2009

24,17,14,10,8,6 tahun dulu

24 tahun dulu

Umah colour putih depan jalan raya@Bukit Abal, muncul la baby girl yang comel di samping family tersayang.Cucu kedua untuk keturunan Tuan Hj Muhammad.Semua ahli keluarga Tuan Hj Muhammad bertungkus lumus memikirkan nama yang vogue untuk baby comel tadi. Akhirnya,pakciknya (Sulan) berjaya memikat hati juri dengan memberi nama Zarith Naquiah.
Nama itu hasil gabungan Tengku dara Naquiah dan Raja Zarith Sofea.Memang Vogue nama tersebut sebabnya hasil gabungan 2 keturunan raja iaitu Raja Negeri Sembilan dan Sultan Johor.

17 tahun dulu

Pertama kali baby yang comel itu memakai pakaian sekolah berwarna biru pekat.Masa itu, dia sangat rajin belajar.Selalu mendapat no yang baik di dalam kelas.Dia lebih banyak keseorangan.
Tak ramai kawan dan pendiam.Paling penting,dia merupakan Ratu Air Mata di kelas tersebut.
Sebabnya,dia selalu kena buli dengan rakan-rakan kerana dia tak pandai bergaul.

14 tahun dulu

Perangai dia telah 100% berubah.Dari seorang yang pendiam kepada seorang yang huru-hara. Ini semua kerana 1 sebab yang dia akan ingat sampai bila-bila.

10 tahun dulu

Dia telah bertukar menjadi seorang yang nakal.Mula ponteng sekolah, ponteng kelas, gaduh bersama group otai nya ketika itu.

8 tahun dulu

Mula berubah menjadi seorang yang baik.Ini kerana pengaruh rakan-rakan sekolah.

6 tahun dulu

Mula rasa tanggungjawab dan semakin baik.

1 bulan dulu

Berubah menjadi seorang yang serious dalam hidup.

Monday, August 31, 2009

Terkejut......Ada 29 hari lagi

Kita dengan muka terkejut sebab ada 29 hari lagi untuk hantar draft thesis pada supervisor.

Gila-Gila Blog

Kita rasa kita dah gila-gila blog sebab kita bole duduk depan pc selama 5 jam above juz untuk view blog-blog orang.Kalau la cikgu darjah 4 kita tanya sekarang."Apa Hobi kamu".Kita akan jawab dengan kembangnya."Membaca".Sure,dia fikir.Baguih anak murid dia suka membaca.Padahal,dia tak tahu,Kita HANYA suka baca blog orang-orang je.Tapi,kalau tetibe dunia nie da advance.
Semua lecturer letak notes dia dekat blog.Kita dengan cepatnya,akan liquid hobi kita yang suka membaca tu.

Saturday, August 29, 2009

Classmates yang Awesome


Kita study same-same macam nak pengsan untuk subjek foundation,soil 2,RC etc.
Lebih 10 orang study sama-sama dekat COE.
Kita buat projek Rc same-same.
Kita same-same pening-pening lalat untuk subjek integrated.
Kita kuar same-same
Makan same-same
Tengok wayang same-same
Hopefully,kita same-same tak kan lupa each other

Ada lagi 3 bulan untuk kita habiskan masa same-same.Jom plan another xtvt.

p/s:Nie masa kitaorang buka posa+tengok wayang+sahur same-same.

Friday, August 28, 2009

Pengajaran I

Tak semestinya orang yang ada bad attitude tak ada langsung perkara baik dalam hati dia. Tapi,orang yang suke pecah belahkan manusia memang tak berpeluang nak jadi baik. Sebab, hati dia dah hitam.Nak cuci pakai klorok pun tak lepas beb.

p/s:Renung-Renungkan.Selamat Beramal.

Tuesday, August 25, 2009

Tag by Azhar

1. Apa perasan sekarang? ---> Time to sleep

2. Saya nak makan.... ---> Nasi bersama 4 lauk di beli tadi (Lada solok,pajeri nenas,daging,sotong pedas)

3. Saya tak suka.... ---> Hipokrit,Pemalas,Kedekut

4. Impian saya? ---> Berjaya dunia akhirat

5. Haiwan yang saya tidak suka? ---> Nyamuk

6. Saya harapkan..... ---> Dapat keje

7. Jika boleh diputarkan masa..... ---> Nak jawab elok-elok SPM

8. Saya pada 10 tahun akan datang? ---> Ada bisnes sendiri.

9. HP saya adalah..... ---> Nokia

10. Saya pernah bercinta sebanyak..... --->Tak pernah

11. Saya suka pada..... ---> Benda yang rilex

12. Kawan² saya..... ---> Baik dan sangat ramai

13. Pernah dikhianati? ---> Pernah tapi kita tak kisah pun

14. Apa yang hendak dilakukan terhadap orang yang mengkhianati anda? ---> Percaya yang ALLAH S.W.T akan membalas semuanya.

p/s:Sape-sape yang nak jawab tag nie.silakan.

Friday, August 21, 2009

Kitaorang peduli apa


Walaupun petang semalam,kitaorang kena bamboo dengan consultant masa presentation petang tu.Kitaorang peduli apa.Nie gambar kitaorang lepas 5 jam kena bamboo.Happy kan.Nie gambar kitaorang 1 kelas masa BBQ umah nora.

p/s:thanks nora sebab kasi kenyang perut kita.

Thursday, August 20, 2009

Beronjeng sebelum puasa

Memandangkan ramadhan akan muncul besok.Kita da luangkan masa kita dengan beronjeng bersama kawan-kawan.
20.8:Makan sehabis banyak+Tengok G.I Joe
21.8:BBQ sambil berterawih


p/s: Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dengan rasa kesyukuran.

Tuesday, August 18, 2009

Letih

Letih sebab kita tukar-tukar pc dan laptop dengan fara.Fara guna pc kita.Kita guna laptop kawan kita.Setiap kali,kita nak kena edit gambar guna laptop.Kita akan tukar dari guna laptop ke pc pulak
sebabnya kita tak mahir nak scrol and click guna laptop tanpa pakai mouse.

Monday, August 17, 2009

Keputusan

KITA dah buat 1 keputusan besar.Bulan 12 nie baru nak umum..

Thursday, August 6, 2009

Kitab Budak-Budak Uniten

Post nie macam kitab budak-budak Uniten.Maksudnya,bila korang tengok list-list dekat bawah mesti korang akan tersenyum dan cakap "Betul la aku budak Uniten"

1. Kalau la ada ranking student U mana yang paling banyak tulis blog.Uniten mesti menang.Ramai tu student Uniten yang de blog sendiri walaupun tenet dekat hostel macam siput.

2. 80% student uniten pernah gi karok walaupun tak ada pun kos seni persembahan dekat sini.

3. 90% student uniten pernah join BBQ party.Kita sendiri pun dah pandai nyalakan api jadi bara.

4. Kami di Uniten ada intranet.Download je cite-cite favourite sesuka hati.

5. 100% tak ada sistem bas Uniten keluar dari Uniten.Kalau ada pun buat syarat lalu je sebab tak pernah tahu pun waktu perjalanan bas tersebut.

p/s:Post ini di tulis selepas Uniten dengan baiknya mengumumkan cuti ketika kita nak submit progress report 3(FYP).

Serious

Akhirnya,selama 24 tahun.Kita selalu berdoa yang kita akan menjadi seorang yang lebih serious.
Akhirnya tercapai.Sesiapa yang kenal kita,sure tahu yang kita nie banyak main.Tapi,selepas habis sekolah. Kita ingat lagi masa tu teacher kita tanya."Wat Ur wish 4 thz year".Dia tanya sorang-sorang.Ramai la yang cakap,nak berjaya la pe la.Kita dengan selambanya. "I want to be a serious person". Semua orang terkejut.Then cikgu english tanya lagi."why".Kita jawab pendek je. "I think its good for my future".

Kadang-kadang,kita suka.Tapi,kadang-kadang kita kena jadi serious jugak.
Kita kena ingat tak semua bende kita boleh main-main.

Tuesday, August 4, 2009

Gary Leon died of severe dehydration


KLANG: The 22-year-old Universiti Tenaga Nasional student Gary Leon Robert who was found dead at the Shah Alam stadium on Monday had died due to severe dehydration.

His uncle, known only as Ng Chuen, said the organisers had probably not provided sufficient water for the runners in the marathon.

The family was still undecided whether or not to institute legal action against the organiser, Ng told reporters at the Tengku Ampuan Rahimah Hospital (HTAR) mortuary Tuesday.

Gary Leon had collapsed in one of the stadium’s tunnels on Sunday after completing a 22km run in the Adidas King of the Road marathon event organised by Adidas and the Shah Alam City Council.

The electronics and electrical engineering student had participated in the event with two of his friends who had also completed the run.

He had sprinted ahead of the two but when he failed to turn-up at their designated meeting place after the run his worried friends searched for him and informed his family that he was missing.

Gary Leon’s father Marry Robert had lodged a police report at the Section 11 police station on Sunday after he was alerted of his disappearance.

The Star,5th August 2009


p/s: Kita suka tengok Gary Senyum.RIP,Gary

Friday, July 31, 2009

Akhbar Bahasa Melayu Online Terbaik

Kita merasakan Mstar online merupakan akhbar online terbaik untuk masa kini.Semua berita yang terbaru ada dekat website ini.Untuk krew Mstar,tahniah.Tak percaya,cuba korang buka link nie: http://mstar.com.my/

Thursday, July 30, 2009

Superwoman

Kita baru mendapat bende yang paling berharga dari superwoman Malaya yang banyak tolong kita dalam banyak hal.Hari nie,lepas kita baru bangun tidur.Kita dapat sesuatu yang berharga untuk projek kita.Bersyukur sangat sebab superwoman dah tolong kita.Tq Superwoman.Jasamu di kenang.

Tuesday, July 28, 2009

Penat

Masa tulis post nie kita da hampir nak pejamkan mata.Penat.Hari nie,pukul 415pm baru lah kita sempat menjamah mi goreng dekat umah nani.Kepala dah pening.Tak cukup tido.Masa itu
emas.Baru la sekarang tika umur tak berapa muda ini baru la nak faham Masa itu emas.Setiap kali berada di semester akhir,perasaan penat memang tak putus-putus.Entah kenapa agaknya sistem
pembelajaran di Universiti di buat begitu.Semester akhir pasti sibuk dan penat.Padahal,mereka patut tahu bila berada di sem terakhir,kita akan jadi semakin tua.Tua usia dan Tua ilmunya.

Wednesday, July 22, 2009

Kata nasihat dari indie band "Radiostar"

Q. Anggota kamu, seperti Pot Amir mempunyai pengalaman yang banyak dalam industri muzik kita. Apakah pengajaran yang beliau ambil untuk memastikan kugiran ini tidak membuat kesilapan seperti kebanyakkan kugiran lain sehingga kebanyakkannya tidak bertahan lama?
A. Ada beberapa pengajaran yang Pot Amir bawa kepada kugiran Radiostar ini :-

i. Jangan buat persembahan di tempat-tempat yang menjual arak. Walaupun kita tak minum arak , bila kita perform di tempat-tempat ni, kita telah bertanggung jawab membawa penyokong-penyokong muzik kita ke dalam tempat-tempat ini (padahal diorang datang pasal nak support kita). Maksudnya kalau diorang minum arak pada hari itu, atau mereka minum arak setelah bersuaikenal dengan tempat-tempat arak ni, maka kita akan dapat sedikit saham dosa diorang.

p/s:ini lah nasihat yang paling ngam dari orang yang berpengalaman.
Nak baca semua temuramah mereka:klik sini

Monday, July 20, 2009

Floria@Putrajaya

Website: FLORIA
Tarikh: 1-9 Ogos 2009
Tempat: Presint 2 (Depan MOF)
Pengangkutan Awam: Dari KL;
ERL(KL sentral ke Putrajaya Sentral)
Rapid Express Bas(Bas stop depan LRT
Pasar Seni ke Putrajaya Sentral)
Dari Putrajaya Sentral:
Ambil Bas(nadi putra) ke presint 2

Selamat melihat bunga
p/s:kita mayb pergi 9/8 nak tengok kalau ada-ada orang
jual pokok bunga mawar putih.Dulu pergi,tak ade jual.
Harap tahun ini ada.

Sunday, July 19, 2009

The Best Photo


Kita paling suka gambar nie
sebab nampak player tu betul-betul pukul bola tenis tu
Pastu,kite guna digicam biase je yang 6MP(Sanyo)

Rindu

Kita tengah rindu pada seseorang.Orang yang paling
banyak tolong kita dalam study kita.Yang pasti
dia bukan dari kaum yang bermisai.

Terima Kasih untuk segalanya.

Hilang

Sehingga bulan 11 nie.Kita akan hilang sekejap
dalam dunia blog.Bukannya ke mana-mana
tapi,kite sedang sibuk menghabiskan sisa-sisa
masa kite di uniten.Every week de presentation.
Tapi,kalo korang de cite best yang nak share dgn
kita.bagi la komen dkt blog nie.insyaALLAH,kite
baca.Semoga semuanya sihat.

p/s:nak call bakal abang ipar jap lagi.papai

Sunday, July 5, 2009

Kemenangan Pertama

Akhirnya,tiba la masa yang kita tunggu selama ini.
Berada di semester terakhir ijazah kita.Memang lah
kita belum di anugerahkan lagi jawatan engineer.
Biar pi la.Ini adalah kemenangan pertama untuk diri
kita.Pelbagai dugaan telah kita hadapi untuk berada
di tahap ini.Penuh air mata,putus asa saje.Terlampau
banyak kesusahan dari kesenangan.
Jadi,kite hendak kongsikan hadiah ini untuk anda juga.

Tiada Apa

Dah lame,blog nie diam saje.bukannya kita da x minat
nak menulis lagi.cuma kita sibuk menulis logbook LI.
hari nie,kite baru de nafas nak tengok udara ahad.
Selalu,setiap kali hari ahad.kita akan sibuk kemas
barang di rumah gombak,basuh baju dan berehat.
cuti 1 hari seminggu sungguh memenatkan.untuk
pembaca blog KITA.mungkin sebelum melabuhkan
tirai 2009,kita akan hadiahkan anda sesuatu.kita
akan cari satu identiti untuk blog ini supaya nampak
lebih cool beb.

Sunday, June 14, 2009

Misi Separuh Sedar


Masa:Pertengahan Ogos 09
Tempat:Kuala Kangsar
Destinasi:Medan Laksa dan Cendol,Kedai Labu Sayung,
Tower Jam, Round-Round Bandar Kuala Kangsar
Pengangkutan:Kereta Api Tanah Melayu
Tentatif:930am-2pm=KLSentral ke Stesen KTM
Kuala Kangsar.12am-530am=Stesen KTM Kuala
Kangsar ke KL Sentral.(Balik Hari).
Paling penting,nak pi pekena Laksa Kuala dengan
Cendol dekat sane.Sape de info psl Kuala Kangsar,
bole la share2.

Nota jari: Kita bz sikit sekarang nie,semua komen
kite akan balas nanti.Sorry.

Sunday, May 31, 2009

Hari BIntang Jatuh 09 Part 1

Semua kisah suka duka untuk hari bintang jatuh 09
akan di update selepas zul memberi gambar-gambar
yang awesome.Baru best,bercerita dengan gambar

Kisah Hari Bintang Jatuh

Semalam,kita menghabiskan masa siang kita untuk
menyaksikan hari bintang jatuh 09 di Annexe,CM.
Kita dah lama menunggu hari ni selepas 1 malam tu
kita berdiskusi dengan En Amirul(Status:Single)pasal
seni.kiteorang selalu perasan je yang konon-konon
kiteorang orang seni("bak kate kak fynn").Tunggu-
Tunggu punya tunggu.Semalam pun tiba.Kite tak
punya masa untuk mengajak ramai kawan-kawan
untuk join event ni sebab sekarang kita pun tak
punya masa untuk diri sendiri.90% pakai baju putih.
Ikut tema yang di beri.
Lepas kita duduk je,kite terus mencari kelibat rakan
seni kita "En Amirul".Malas nak msg sebab kita dah
sedia maklum yang sekarang ni dia bz sikit.
Hari bintang jatuh berjalan hampir 3jam.Teng..Teng..
Amirul berbaju hijau.Rakan seni kita dah sampai.Tak
sangka,datang jugak.sebab kalo dia tak datang,tak
dapat la kami nak bergosip pasal hal nie.
Untuk Amirul,sorry sekarang bz dengan hal dunia.
nanti,de masa boleh bergosip hal-hal seni lagi.

p/s:Sesiapa yang hendak mengorat Amirul.Let me know.
bole la pas no tepon.

Saturday, May 23, 2009

Luka by Fara&Zarith

Sampai bila
Aku harus berduka
Tiada yang ambil peduli
Sampai bila
Aku harus diam
Sampai bila
Hatiku terus perit
Menahan luka yang
Di biar melarat

Aku jadi penat
Penat menahan
Pedih di hati
Sakit
Aku terus sakit
Perit luka dalam hati

Hanya tangisan hati
yang tak bawa erti
penganti hadiah
meratap luka
sendirian..

Award dari Blogger Cemerlang


1. Copy award di atas untuk diletakkan di blog anda.
Done and thanks.

2. Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini.
1.Blogger yang cemerlang-Kite bagi gred A sebab azhar nie
paling banyak tinggalkan comment dkt blog kite.
2.2nd Afdlin.90% mereka yang kenal dia akan menyokong
kenyataan di atas.
3.Sangat baik dan pendengar yang baik.
4.Seorang yang rajin berusaha
5.Paling penting,korang kene kenal azhar nie dulu.Baru
korang boleh judge dia nie macam mana.

3.Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta atau hobi diri
sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.
1.Menikmati udara pagi
2.Membaca puisi
3.Mendengar lagu-lagu akustik
4.Mendengar puisi
5.Berniaga

4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya
dan describe tentang mereka.
Award nie di beri kepada mereka yang paling banyak
komen dekat blog kite.Time kasih tanpa korang
sunyi la blog kita.
1.Azhar(dia yang bagi kita award nie,Tapi tak pe la
nie dari kite pulak)
2.Faris
3.Rakan Farhan
4.Onny
5.Fahmie kaiser
6.Puan Lieyn
7.Amirul
8.Yana
9.Honey

Wednesday, May 20, 2009

Cikgu Hidung

Sempena Hari Guru Tahun nie.Kite nak dedikasi
ucapan hari guru kepada mereka yang pernah
bergelar cikgu pada kite.Happy Teacher's Day.
Moga Ilmu cikgu/lecturer bertambah-tambah.

Bile hari guru,kite teringat masa sekolah dulu.
Kite agak nakal sikit.Semua cikgu nak bagi nama.
Tengak la,Mama Lion la,Gigi la,The rock la.Tapi
yang paling best.Cikgu hidung.Kite bukan benci
dekat dia.Suka jer.Paling kite suke,tengok
hidung dia.Sangat mancung dan lawa.Hahaha

Nama cikgu hidung tu,Cikgu Zukartini.Dia ajar
Geografi masa form 2.Time tu,kite bersekolah
dekat Sek Men Hillcrest.Dulu kala,kite suke
ponteng kelas.Pastu duduk belakang sekali.
Senang nak kuar memonteng.

Tapi,time cikgu Hidung nie.Kite tak pernah
ponteng kelas.Semata-mata nak tengok
hidung dia.Pastu,time dia mengajar.Kite
tak bergosip pun.Tengok je dia ajar dekat
depan.Semua sebab dia punya hidung yang
cantik.Hasil dari hidung dia,kite dapat
result elok untuk subjek geografi.

Time kasih Cikgu Hidung.

Monday, May 18, 2009

Wisel Untuk Wanita


Sekarang banyak kes ragut untuk kaum wanita.
Jadi,baru-baru nie 3R telah mencadangkan kaum
wanita meniup wisel sekiranya beg mereka di
ragut.Contoh wisel yang di cadangkan macam
KITA pakai.Mesti lah tak malu kan nak pakai.

Sunday, May 17, 2009

Weekend With 3R





Masa:830am-1pm
Tarikh:17 Mei 2009
Tempat:CapSquare
Rugi korang tak join:dapat Goodies Bag,Performance artis yang best.
Yuna,Nubhan,Nikki,Wani Ardy,Bottle Cap,Pesawat.Paling penting
event nie happening habis.

Saturday, May 16, 2009

Teka Teki Teka Tekuk

Apakah Nama Air Ini?
Nie Air yang paling femes dekat tmpat praktikal kita.
Jom berteka-teki.

p/s:Tengok lah tangan kita yang semakin hitam manis

Industrial Training=Hidup Lebih Sistematik


Praktikal dah buat kita seolah-olah berada
di dunia pekerjaan.Walaupun penat tapi,
dah ajar kita sesuatu yang kita tak
dapat b4 nie:

1.Hidup kita lebih sistematik
2.Jadi Lebih Kuat
3.Lebih Rajin
4.Tak Blur sangat
5.Tak Bole selalu ponteng

Belajar:Malas,Study:Malas


Perasaan nie memang dah lame dalam hati besar KITA.
Malas seh nak angkat barang balik hostel dan study
lagi.Mayb,perasaan nie lahir bile tengok kawan-
kawan diploma dah selamat menutup buku civil
mereka buat selama-lamanya.Kita plak de 1 sem
je lagi untuk habis.Bulan 11/2009.Kepada kawan-
kawan UNITEN yang akan kita jumpa balik
bulan 7.Agak-agak kalo tengok kite semacam jer.
Tu la kesan dari penyakit Virus M.S(Malas Study)
yang kita alami.Jom hilang bosan dengan tengok
gambar kita tika LI.

Thursday, May 14, 2009

Soalan Cintan Cintun

Adakah kalau orang yang minat kita tapi kita
tak ada perasaan dekat dia.Kita kena delete dia terus
dalam hidup nie?Bagi KITA tak perlu la.Mungkin dia
akan jadi kawan terbaik untuk kita.
Sila beri jawapan anda dengan ikhlas.

Tuesday, May 12, 2009

Tak Pandai Tak Apa Janji Rajin

"Tak pandai tak apa janji rajin"
Tu la kate KITA pada diri sendiri.
KITA tak pandai pun,lambat faham.
Tapi,tak apa.Selagi kita semua rajin,
selagi itu kebodohan kita akan lupus
secara halus.Usaha Beb!!Nanti,semua
orang akan sedar+teruja dengan
kerajinan korang.Trust me.KITA mmg
sudah pangkah siap-siap mereka yang
pemalas.

Sunday, May 3, 2009

Tiada lagi udara untuk hidup

Sekarang nie,KITA dah tak de udara untuk hidup.
Setiap pagi,jam 615am KITA da bangun untuk ke
tempat praktikal.740am,dah punch card.b4 pukul
8am KITA akan makan nasi yang di bungkus.
5pm,tiba masa balik.KITA akan buat OT sampai
jam 530pm-6pm.Balik,dah letih.Nasib baik ada
Amri,Wong,Steve,Abg Amirul,Abg Jo,Abg Salleh,
Edris,Miss Phang,Kak azizah,Mr Hun,Mr Wong,
Kak Yang yang baik di opis.
p/s:KITA sorang je perempuan yang buat LI
dekat situ dan satu-satunya perempuan yang
akan ke site.Yang lain,semua lelaki.m

Tuesday, April 21, 2009

Hari Bintang Jatuh 09

Apakah hari bintang jatuh?Adakah pada hari itu
semua bintang akan jatuh?
-Bukan.Hari bintang jatuh bukan bermakna semua
bintang akan jatuh dari langit.Ini bukan Pameran
Sains darjah 6 tapi Persembahan akustik dan
puisi yang awesome
.Mayb,nama bintang jatuh
di pilih sebab pada hari itu mereka yang akan buat
persembahan semuanya hebat belaka.

Sape yang ada pada hari itu?Dafi ada tak?Jac ke?
-Antara mereka yang akan ada pada hari itu.Ana,
Wani,Fynn.Semua mereka sudah mendapat nama
di persada underground.Kira penat jgk la menunggu
turn korang kalo nak bergambar dengan diaorang.

Bila tu?Dekat mana?I takut malam.I tak de
transport.
-31Mei 2009.Tarikh bertuah tu.DekatGaleri
Annexe,Pasar Seni,Kuala Lumpur
.Tak
denyer nak buat malam.Siang,dong.Dari pukul
1pm-6pm
.Tiket RM15(Free:CDkompilasi lagu/
puisi Ana Raffali,Fynn Jamal dan Wani Ardy.)

Bestnya.Nak gi tapi tak de kawan.
-Kalau rasa macam nak gi.Sila beli tiket awal
sebab hanya ada 150tiket jer.Tiket start jual 1mei
nie.Kalau rasa tak de kawan yang minat.Jangan
risau,KITA akan pergi sana.Apa-Apa bagitahu je la.

Blur lagi la.Nak contact sape yer.
Wani.
Email:venusbertiga@gmail.com

Gambar Menarik Tika ber"LI"

Kren pun nak makan jugak.Plastik merah yang berbungkus nasi dihantar
dari bawah untuk pekerja kren tu.Selamat Makan

Jalan-Jalan Kotaraya



Wani Ardy

Ini lah hasil dari Jalan-Jalan Kotaraya gi Times Square
lepas final ari tu.KITA gi tengok acoustic performance
dekat Borders.Sapekate acoustic performance bosan.
Sape-sape yang rasa macam tu.Korang sebenarnya
da terlepas satu benda yang rugi.Sebab memang best
pun lagu-lagu yang di alunkan oleh mereka petang
tu.Thanks Borders sebab buat event macam nie.

Gambar di atas,Ana Raffali dan Wani Ardy ialah
antara mereka yang perform petang tu.Best sangat.
Diaorang mayb tak lah femes macam yang lain tapi
bakat seni yang diaorang ada memang best.Nie komen
kita pasal dua perempuan seni nie.

Ana Raffali:1st time dengar lagu Ana petang tu buat
kita rasa "Nape lah,kita tak tau pasal Ana b4 nie"
Sebab terasa macam rugi sebab lambat dengar lagu-
lagu Ana.Petang tu,masa Ana nyanyi lagu tingkap kaca.
Serious meremang jugak bulu roma nie.KITA dapat rasa
lagu tu special sangat untuk Ana.

Wani Ardy:Main objective KITA datang petang tu nak
tengok Wani nyanyi-nyanyi.Tak sangka,sambil
menyelam dapat minum teh limau.Petang tu semua
best.Wani nie kecik je tapi berapi.Kreatif.Lagu Teori
Lucu sedap bangat.

p/s:Sesiapa yang teringin nak kenal mereka berdua.
Sila klik nama diaorang dekat bawah gambar tu.
De website diaorang.Good Luck Ana+Wani


Monday, April 20, 2009

Si Lembik Bekerja

Watak utama:Si Lembik iaitu K.I.T.A

KITA rasa diri kita sebagai seorang yang lembik jer.
Rasa macam 6 tahun kita belajar dalam civil eng 0%.
Nothing.Kalau ada pun sikit jer.Tak sampai 50%.
Semua kena belajar baru.KITA tak tahu sama ada
KITA yang silap sebab tak belajar elok-elok b4 nie
atau pun sistem pembelajaran di Malaysia yang
terlampau mementingkan teori menjadikan diri
KITA lembik je ketika bekerja.Kalau korang nak tau,
hari ni 1 rahsia besar terbongkar di company KITA.
Ass Manager(Civil&Structural Manager)tak ada degree
pun.Walaupun dia belajar tak tinggi mana tapi ilmu
dia superb.Dia lah orang yang paling teror dekat site
tu.Dia kalau tengok slab ke.Dia dah tau da slab tu
nak kena pakai bape bar,link,spacing.Gile tak gile
teror la orang itu.Malu tau orang yang belajar
tinggi tapi tak tahu jugak.

Lembik dekat sini bukan lah KITA nie macam
roti canai sardin yang boleh di tekan lembik tapi
KITA tak kuat mental.Semua bende tak tau.Pening.
Papai.Jumpa lagi.

Thursday, April 16, 2009

Misteri K.I.T.A

Dah lame kan blog nie kosong tanpa post terbaru.
KITA bz berpraktikal sampai ari sabtu.
Dekat opis,x de tenet.
Dekat umah,umah baru.X de tenet jgk.
Hidup KITA sekarang.Kerja-Balik-Tido.Tak de life macam dulu.

KITA sekarang under QS department.Last week,KITA under
QA&QC Department.InsyaALLAH,tengah bulan depan.KITA
under infrastructure department.PPC satu company yang
sesuai untuk civil eng student apply utk Industrial Training.

Tata.Jumpa lagi di episod akan datang.Doa kan yang terbaik
untuk KITA.Jom ke Book Fair.KITA akan ke sana,hari Ahad nie.

Friday, April 3, 2009

Book Fair 2009@PWTC


Date: 17th - 26th April 2009
Mon - Thurs: 10.00AM to 7.00PM
Fri - Sun & Public holidays: 10.00AM to 9.00PM
Venue: Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur, Malaysia

Nak tau lebih dahsyat pasal Book fair nie.Sila klik--> SINI

Perkara yang nak buat dalam 1 week nie

1. Jap lagi nak gi tgk acoustic performance dekat Times Square

2. Beli Belah barang-barang nak LI

3. Pergi ke Kenduri Noe

4. Angkat barang dari hostel ke umah

5. Potong rambut

6. Start Industrial Training

7.Melawat my sister

8.Makan JCO

9.Qadak Tido

Pengkritik Akademi Peperiksaan (AP)

Dah lame blog nie diam dari sebarang berita.Tapi
kini,KITA akan kembali dengan aksi tulisan kita
yang lebih limau dari gula.

Peperiksaan Akhir dah setel pun.Tapi,kite nak
komen jgk.Kita penat sangat final kali nie.
Ahad=2 paper.Isnin=paper.Rabu=paper
lagi.Berduyun-duyun tiba.Last paper kita,foundation
memang dah tak de energy langsung.Letih sampai
kita terpaksa tidur jap time exam sebab pening pale.

Nah.Nie komen dari pengkritik AP:
Statistic: "8 soklan bersama anak-anaknya dalam
2 1/2 jam"Mana sempat.Kalau suh watson nyambek
buat pun,sure dia semput.Dah la kene lukis 4 graph.

Highway: "Formula yang di bagi serupa tak yah bagi.
Buang ink photostat jer sebab soklan dia keliru lagi
dari lagu Ajai dan Nurul.Tak tau nak pilih mane satu,
aku keliru"

RC 2 :"Sir,i did not have enough time to finish all the
question"Nie lagi semput.Baru buat 2 soklan dah
abis satu buku exam.Semua bende nak kene cari.
Final RC paling panjang masa yang nak kena buat
dalam sejarah UNITEN.

Foundation:"Nampak cantik di luar tak semestinya
cantik di dalam"Soklan nampak familiar jer tapi bile
da start buat.Memang macam ****.Serious.Susah tu.
Mana-mana kawan korang yang berlagak nak mampus
dia teror foundation/geotech.Mai sini,kita nak bagi final
paper kita.Suh dia buat.Nak tengok dia akan belagak
lagi ke tak.

Bagi kita,Ini semua kuasa ALLAH S.W.T.Kita dah usaha
dah pun.Terima Kasih bagi yang bagi sokongan.Sekarang
hanya mampu berdoa dan terus berdoa.

Wednesday, March 18, 2009

Blog ini akan mati seketika

Pengumuman:Blog ini akan mati seketika.
Ini di sebabkan kita akan memberi laluan pada
aura-aura baik untuk menghadapi peperiksaan
akhir kita.Takut,seram,sejuk,cuak,risau,gelisah..
Doa kan kita berjaya.Pada kawan-kawan yang
akan sama-sama sejuk di MPH nanti.Good Luck.
All the best.Buat mereka yang akan berada di
mana-mana dewan.Tak kisah la Dewan makan ke,
Dewan kahwin ke,Dewan Exam..
Semoga berjaya.

p/s:Blog ini akan kembali hidup selepas 1st April 2009.

Monday, March 16, 2009

Student Tension.Kerja Tension tak?

Rasa mcm tension je jadi student.Pas satu,satu lagi
exam.Tak pernah habis.Lepas da habis exam.Quiz
plak.Dah habisquiz,assigment plak.3 minggu
berturut-turut,x pernah pun 1 minggu free tanpa
apa-apa kerja.Lepas nie da nak final.Ada yang satu
hari,2 paper.Rasanya baik kerja jer.Lebih rilex
dan tenang.

Saturday, March 14, 2009

Barang Ter"HOT" di Pasaran

HP MINI 1000 VIVIENNE TAM EDITION
Nak tahu apa yang best pasal barang nie:
Sila ke website--> LAPTOP nie.


Hari Belon Udara Panas 2009

Pertunjukan Belon Udara Panas Antarabangsa 2009

Date : 19-22 Mac 2009
Tempat : Presint 2, Putrajaya
Masa : 7am-7pm
Masuk : Percuma
Website : Ballon Fiesta


Tag by Azhar


1. Who tagged you?
- Azhar.Kenal masa di Akademi Nasyid

2. Do you like tag?
- Biasa-Biasa Sahaja

3. If you can have a dream to come true, what would it be?
- Orang Bisnes yang Berjaya

4. What is your current mood?
- Penat

5. What will you do if your
crush says he/she adores you too?
- Senyum

6. Will you fall in love with your best friend?
- Dah jodoh tak ke mana

7. Which you prefer, loving someone or being loved by someone?
- Sayang orang yang sayang kita sepenuh hati

8. What is your favourite food?
- Makanan Berkuah

9. If the person you dislike is right in front of you, what will you do?
-Lari.Malas nak layan

10. What do you pray each day for your loved one?
- Maaf kan dosa-dosa dia

11. What takes you down the fastest?
- Failed mana-mana subjek.

12. How would you see yourself in ten years time?
- Mempunyai sebuah wisma bisnes

13. What is the reason that could make you so tension?
- Tak cukup rehat

14. What kind of person do you think the person who tagged you is?
- Baik.Kalau tak kenal dia memang tak tahu dia yang sebenarnya

15. Would you rather be single and rich or married but poor?
- No komen

16. Would you sacrifice for your loved ones?
- Mesti

17. What's the character must have in your partner?
- Sayang kita sepenuh hati

18. If you fall in love with two people simultaneously, who would you like to pick?
- Seseorang yang betul-betul dapat yakin kan kita yang dia Mr.Right

19. Would you forgive and forget no matter how horrible a thing that someone has done?
- Tengok kesalahan dia

20. Do you prefer being single or having a relationship?
- Buat masa nie single.Besok tak tau la..


Sesiapa yang nak buat tag nie.Bagitahu kita.nanti,kite komen dekat
blog korang.

Friday, March 13, 2009

Tag by Azhar

Tell 6 unspectacular quirks of yours:
  • Qadak Tido Bile Selesai semua kesibukan dunia.
  • Suke buat keje umah sebelah malam.
  • Cepat terliur dengan iklan dekat TV
  • Tak reti nak kira bape percent diskaun
  • Suka telefon orang pagi-pagi buta dan malam-malam buta
  • Tak gemar charge hp
Share 7 facts about yourself on your blog:
  • Suka senyum
  • Suka buat lawak
  • Berdikari
  • Susah nak faham
  • Peminat Pink
  • Suka Pantai
  • Peminat No 1 Lah V.E

Thursday, March 12, 2009

JAWATAN KOSONG : BIBIK

Syarat-Syarat:

1. Perempuan
2. Tahu membaca dan menulis
3. Umur 18-25 tahun
4. Rajin

Scope kerja:

1. Ganti kite gi kelas kalau kite malas
2. Belikan makanan untuk kite (3X sehari)
3. Taip kan assignment kita
4. Gi meeting club
5. Susun kan jadual kita
6. Teman kita gi tengok wayang/shopping

Gaji:

1. Penginapan di sediakan (Setinggan dengan kita di hostel)
2. Bole guna air/api sesuka hati
3. Gaji di bayar ikut bulan
4. Bertuah sebab tak yah nak buat keje mop lantai,
basuh pinggan
5. Gembira sebab tuan dia(KITA) baik hati

KEMASUKAN SEGERA!!!

p/s: Besok present fyp.Chuak!!Doakan kite berjaya

Wednesday, March 11, 2009

K.I.T.A dan Scandalnya


Tak salah kan nak berscandal dengan mereka.Mereka pun lelaki juga kan.

Monday, March 9, 2009

Beri lah kata semangat pada K.I.T.A

Besok de 2 exam(11/3/09).RC2 dan Highway.
Banyak lagi tak cover.Tolong la bagi kata semangat
pada kita mengharungi hari esok dengan ketabahan.
Rasa macam nak nangis jer~Doakan kejayaan kita
besok.Trimas semua.

Saturday, March 7, 2009

Lagu Terakhir Untuk Cerekarama Minggu Nie

Dygta - Karena Ku Sayang Kamu

Seandainya kau ada disini denganku
Mungkin ku tak sendiri
Bayanganmu yang selalu menemaniku
Hiasi malam sepiku
Kuingin bersama dirimu
Ku tak akan pernah berpaling darimu
Walau kini kaujauh darimu
'Kan slalu kunanti
Karena ku sayang kamu
Hati ini selalu memanggil namamu, dengarlah melatiku
Ku berjanji hanyalah untukmu cintaku
Takkan pernah ada yang lain
Adakah rindu dihatimu, seperti rindu yang kurasa

sanggupkah terus terlena, tanpamu di sisiku
Ku 'kan slalu menantimu

Download lagu itu di sini.

p/s:Moral Value dari cite tu.Sabar lah untuk orang kita sayang sebab lambat laun
dia akan hargai apa yang kita dah buat selama nie.Yang penting,kita kena ikhlas
sayang orang yang kita sayang.Sedih Seh~

Karnival Seni Mahasiswa (KSM)

Bila lah agaknya UNITEN nak wujudkan KSM.
Yang ada sekarang pun KSM jugak tapi karnival
sukan mahasiswa.Bukan seperti yang kita harapkan
Karnival SENI Mahasiswa.Kepada pihak HEP yang
terbuka blog nie.Tolong lah pertimbangkan hasrat
kecil kita nie.

Best sikit kalau de karnival seni untuk mahasiswa.
Bukan apa,UNITEN tak de fakulti art.Jadi,best lah
jugak kadang-kadang kita tengok bakal engineer nie
menari,belakon,menyanyi.Bukan apa,Nanti mana tau
satu hari nanti ada Engineer yang di kritik oleh Paul
Moss.Saja nak realisasikan motto "Malaysia Boleh".

Lupa nak bagitahu,UNITEN bukan melahirkan bakal-
bakal engineer sahaja.Pakar IT,Account,HR,Finance
pun ada.

Mari AFUNDI KSM ke 03-8921 2020

Friday, March 6, 2009

Penubuhan Ilmu Kiosk,Kelompok ILMU- UNITEN

Post ini di tujukan untuk generasi muda yang akan
menerajui ILMU KIOSK.At least,5-10 tahun lagi.
Bile kami ajk lama telah tiada di UNITEN.Tetibe
korang nak tau ILMU KIOSK di tubuhkan.Ini lah
jawapannya wahai adik-adik ku.

Penubuhan ILMU KIOSK tercetus apabila bendahari
ILMU ketika itu iaitu,emy mencadangkan kepada
residen kaunselor untuk membuka sebuah koperasi
di kelompok ILMU.Cadangan di utarakan semasa
beliau sedang menghadiri temuduga untuk jawatan
tersebut.

Semasa Leadtrain untuk semua ajk ILMU yang baru.
Pn Fatimah telah menyapa emy bertanya mengenai
cadangannya mengenai penubuhan sebuah koperasi.
Masa tu,emy seorang yang terlibat dalam projek
mustahil ini.Kenapa di namakan projek mustahil.
Tak pernah berlaku dalam sejarah UNITEN yang
sebuah koperasi di miliki sepenuhnya oleh pelajar.
Idea giler beb.Ketika seisi soal-jawab oleh ajk ILMU.
Diaorang cadangkan yang patut de jawatan naib
bendahari.Mula la.SokSek memilih siapa yang layak.
Last sekali.De seorang yang mencadangkan "Why not
vice president yang tolongBendahari"Orang nya ialah
Kita,Zarith.

Maksudnya misi Penubuhan ILMU KIOSK telah
bertambah ahli yang baru.Kiranya,EMY dan ZARITH
yang meneruskan misi ini.Proposal pertama yang di
sediakan tidak berapa berkesan untuk menarik
perhatian pihak HEP.Rasa nak feed up jer.Tapi En
Nizam telah memberi kata-kata semangat kepada
kami.Menurut En.Nizam kita tak yah guna duit hep.
Modal sepenuhnya dari student, resident kaunselor
dan residen fellow.Akhirnya,proposal kedua yang di
hantar kepada HEP telah berjaya.

Dah dapat permission.Kita dan emy telah memikirkan
siapakah yang layak untuk menerajui ajk KIOSK.B4
tu nak cite nama ILMU KIOSK di beri oleh Onny,Kita
dan Emy.Akhirnya ajk KIOSK yang pertama telah di
bentuk.Mereka ialah Zarith,Emy, Dayah,Didi,Shima,
Karmila,Semah.Kemudian,bertambah seorang lagi ajk
iaitu Ati.

Good Luck utk yang baru.Yang lama,terima kasih.
Korang semua membanggakan Kita

Wednesday, March 4, 2009

KSM Basketball 2009

Berdiri dari kiri: Hamzah,Ong,Vincent,Meng,Acap,Hafiz.
Duduk mencangkung dari kiri: Faiz,Foo, Low,Tan.
Duduk ayu di depan:Zarith (Manager)

Congrate korang sebab dapat gold medal.
Korang memang awesome.
"Terbaek lah"

Tragedi Tanah Runtuh Bukit Putus Semasa Pulang dari KSM



Selalu,kite dengar dan baca jer cerita pasal tanah
runtuh nie.Sekarang bende nie dah jadi depan mata.
Kite geng oren(CE-ME) terputus perjalanan di Bukit
Putus.Kami semua on the way nak balik Uniten Bangi
dari Uniten Muadzam.Masa tu hujan lebat.Tetibe bas
yang kiteorang naik berhenti tak bergerak.Pelik jugak.
Ingat ker accident.Tapi,selepas crew 991 kami
(Dina,K,Farah,Atin) keluar meninjau kawasan tersebut.
Rupanya ada tanah runtuh.Kite yang masa tu berdiri
terus mengambil keputusan untuk duduk sambil
menarik selimut (sponsor by dayah kot) untuk zzzz..
Bangun-Bangun,dah sampai petronas.Kite terus
membeli air soya.3 jam kami geng oren terperangkap
dalam tragedi tersebut.

Thursday, February 26, 2009

Tiada selama 7 hari

Kita akan bercuti dari blog ini selama 7 hari kerana sibuk
yang amat:
27.2-1.3=Event Manager@Uniten Muadzam
2.3=Quiz 3 Highway
3.3=Quiz 2 Statistic
4.3=Quiz 4 Highway
6.3=Submit FYP,Progres report 2

Tuesday, February 24, 2009

Hipokrit

Sedih
Marah
Tapi
masih
mampu
senyum
gurau
ketawa
Hipokrit
Memang
Benar
Hipokrit
Maaf
Aku
Hipokrit
Hanya
Kerna
Tidak
mahu
menyakitkan
hati mu
Biar
perit
bagi ku
Tapi
bahagia
bagi mu

Monday, February 23, 2009

Macam Mana Nak Marah Dekat Orang Yang KITA Sayang

Biase lah,semua orang buat salah.Tak de orang
sempurna.Jadi,kalau ada perkara yang tak puas
hati.Mesti lah,kita de perasaan nak marah.Ye lah,
kite juga punya hati dan perasaan macam yang lain.
Cuma kita bukan seorang yang panas baran.Bagi
kita,kalau kita dah start marah.Memang ada yang
tak kena sangat dengan orang itu."MACAM MANA
NAK MARAH ORANG KITA SAYANG"

Maksud kita,orang yang kita sayang bukan nya my
pakwe sebab kita masih single.Sesiapa yang selalu
baca blog kita,pasti dapat meneka siapa gerangan
orang itu.Banyak jugak post pasal dia dalam blog nie.

Mungkin,bende nie nampak tak bape besar kalau
orang tu memang kita da benci.Senang jer nak
luahkan perasaan marah nie.Hanya perlu marah
bagai nak rak pastu terus delete dia dalam hidup kita.
Tapi,tak kan lah..kita nak delete terus orang yang kita
sayang itu dalam hidup kita.Mesti tak boleh walaupun
kita da telan 10 biji panadol.

Sesiapa yang pernah de pengalaman macam nie.Sila
la beri sikit nasihat.Terima Kasih Banyak-Banyak.

p/s:Dah baik demam

Friday, February 20, 2009

Ini Bukan Lagu Patriotik

Ini bukan lagu Patriotik tapi lagu patriotik di Uniten.
Lagu ini akan di nyanyikan bile sampai hari-hari
terakhir sebelum habis seisi orientasi.Masa tu,semua
kena Bangun,Berdiri,Diam,Nyanyi.Hero=Mariah Carey.



Gratisan Musik


p/s:Demam Mood

Tuesday, February 17, 2009

Surat selepas Mock Interview

Kehadapan,sahabat ku..

Surat ini di tulis bertujuan untuk berkongsi pengalaman
selepas kita menghadiri mock interview pagi tadi.
Korang tau tak,soalan yang di tanya banyak kali
dan dia teramat la berminat untuk mengetahui
berkenaan resume kita.Adalah ILMU KIOSK.Yang
kelakar nyer de seorang panel tu tanya.
ILMU KIOSK tu tempat jual ilmu ker?Pastu,dia
tanya lagi pe peranan kita sebagai general
manager di ILMU KIOSK?Banyak sangat dia nak
tau pasal Ilmu Kiosk.Kita rasa dia pasti
berasa pelik,kenapa seorang pelajar civil
engineering boleh involve dalam dunia bisnes
nie.Kalau dia tau yang majoriti dari students
UNITEN involve dalam bisnes,sure dia terkejut.
Kita tau kenapa dia tanya pasal General Manager.
Nama jawatan tu gempak kan..Tu adalah salah satu
stategik kiteorang untuk attract HR officer bile
tengok resume kiteorang.Pada ajk ILMU Kiosk yang
lain..sediakan lah jawapan untuk soklan tu.

Yang Ikhlas,
KITA.

Sunday, February 15, 2009

Friendster/Myspace/Facebook Agen Jejak Kasih Moden

Friendster,Myspace,Facebook dah jadi agen jejak
kasih version moden.Tak perlu lagi lepas nie
Aziz Desa dan cerminnya menjawab panggilan
tragis yang hendak mencari orang yang mereka
sayang.Macam KITA, kewujudan alat nie..
Telah berjaya menemukan kita dengan kawan-kawan
sekolah especially kawan sekolah rendah.Ramai
sangat yang telah berjaya di jejaki menggunakan
alat nie.Paling manis+masin=Masa kite dapat
jumpe kakak angkat kita masa sekolah rendah.
Dahsyat..lebih 5 tahun tak jumpe.Last-Last,
myspace yang tolong cari kan.Kawan yang dah
kahwin,tunang pun kite tau dari alat nie.
Agaknye,bile kite dah tua.Friendster kene
tambah satu applikasi,iaitu Family group.
Mak,ayah,atok,nenek dalam satu group.Senang.
Kite ingin mencadangkan pada Pak Lah agar
mewajibkan semua rakyat Malaysia menyertai
friendster/myspace/facebook.Baru lah,kalo de
orang yang kene culik ker.Juz post dekat buletin
bagitahu hal nie.Polis pun patut de jugak.

p/s:Walaupun alat nie canggih/moden tapi
masih tak dapat mencari cikgu kesayangan kita.
Cikgu Shafiee dan Cikgu Sarnah.

Tag By Bob Hadi

Tag Nie dari Bob Hadi.Siapa-siapa yang hendak tau Tag
nie pasal apa,kenapa kita kene buat tag nie, Dan bagi
mereka yang ingin bermain tag nie.Sila ke blog Bob Hadi.

Saturday, February 14, 2009

Korang guna Otak Kanan ke Otak Kiri

OTAK KIRI :BAHASA,NOMBOR,LOGIK,ANALISIS
OTAK KANAN:IMEJ,WARNA,RITMA,KHAYALAN

OTAK KANAN berfungsi dalam hal-hal yang masih belum konkrit, masih kabur-kabur. Tergolong dalam medan fungsi otak kanan ialah dalam aspek bentuk dan pola, manipulasi ruang, ritma dan apresiasi muzik, imej dan gambaran, imaginasi, khayalan, rentak lagu dan sebagainya. Oleh itu otak kanan digelar OTAK SENI.

OTAK KIRI pula dikaitkan dengan hal-hal yang sudah konkrit, sudah ada bentuk dan ini termasuklah dalam aspek-aspek bahasa, formula matematik, logik (mantik, taakulan), nombor, sekwens, lineariti, analisis, senikata lagu dan sebagainya. Otak kiri digelar OTAK SAINS.

Kite rasa kite guna 60% Otak kanan 40% Otak kiri.Korang bagaimana?

Bile Hattan nak buat Konsert Solo


Semua peminat Hattan,jom la pakat suh Hattan buat
konsert solo dia.Selalu nama seperti M Nasir,Jamal,
Ramli Sarip di beri peluang mengadakan konsert solo
mereka.Hattan yang mempunyai vokal yang baik dan
lagu yang penuh dengan memori zaman silam buat
kita rasa excited sangat nak pergi tengok dia
nyanyi live.Rock kapak habis.

Lagu-lagu dia yang 5 star:
1.Tiara
2.Rendang Tak berbuah
3.Dari kekasih kepada kekasih

Friday, February 13, 2009

Semakin Sibuk, Semakin Penat

Kita akan mengalami zaman-zaman mata yang
sembab, Tido yang kurang, Mimpi hanya separuh,
Tapi gelakdan senyum masih ada.So,blog nie
akan kurang postsampai 1st April.Kite jarang
update kerana sibukdengan hal dunia tak pernah
habis.Doakan kite berjaya menempuh ari-ari sibuk
ini.Amin~

"Semakin Sibuk Semakin Penat"

p/s:Untuk kawan-kawan kita yang da link blog kita
dan kt belum link lagi blog korang.Kita nak say
sorry sangat-sangat sebab tenet dekat hostel nie
tak boleh nak update.Nanti,bile da ok..kite link kan.

MISI NOV 2009


Tajuk : Misi November 2009
Perkara : Tamat belajar
Hadiah : Percutian yang seronok
Sponsor : Diri Sendiri

p/s:Jadi,mulai hari nie,kite kena belajar serajin
mungkin agar kita dapat memenangi hadiah tersebut.
InsyaALLAH.

Friday, February 6, 2009

KITA sayang Kamu

Post ini di tujukan pada kamu,kawan-kawan kita
Terima kasih sebab berkawan dengan kita
Tiada ucapan yang lebih mampu kita ukirkan
selain ucapan terima kasih yang tidak henti-henti

Terima kasih ini di mulakan dengan rasa rendah diri
kerana korang semua tahan dengan perangai kita yang
sangat pelik.Hanya kawan kita sebenar yang tau
betape pelik perangai kite.Terima kasih kerana
tak henti-henti menolong kite ketika susah.Hanya
ALLAH SWT yang mampu membalas jasa korang
dengan makbul kan doa kite supaya persahabatan
kita tiada penghujungnya.Kadang-kadang,kite tak
mampu nak buat baik macam yang korang dah buat.
Seorang yang sentiasa membuat lawak bodoh.Terima
kasih sebab korang gelak jer bile dengar lawak kite.
Terima kasih sebab sentiasa memberi support
dekat kita.Seorang yang nampak kuat jer tapi
selalu lemah bile ada masalah.Terima kasih
sebab sudi pinjamkan telinga korang dengar
semua problem kite.Dengar semua..tangisan,
marah-marah,semuanya.Memberi semangat untuk
kite terus bangkit seperti selalu.Cakap tanpa
henti,ketawa sepanjang masa.Hanya ALLAH SWT
yang tahu betape kite menghargai apa yang
telah korang buat untuk kite selame nie.

Selamat menyambut hari kasih sayang pada
semua kawan kite yang sentiasa sayang K.I.T.A.
Bak kate kawan kite masa dok tengah makan-makan.
"Tu bukti ramai yang sayang ko,zarith"Memang pun..
Ramai yang sayang K.I.T.A,Kite harap kite mampu
sayang korang macam korang sayang kite.Rasanya,
nie lah post kite yang paling touching dan
bermakna dalam hidup kita.

5 Tips Apa Yang Hendak Dicakap Ketika Dating

1.Kenal latar belakang orang yang kite nak date.Dia nie
pendiam ke peramah ke

2.Cakap bende yang yang korang suke buat.Macam hobi ke,psl study ker

3.Cakap bende yang jadi di sekeliling korang.Contoh:Karnival Jom heboh
yang korang baru gi.

4.Cakap bende yang tengah jadi dekat tempat korang.Macam nie,tetibe de
seorang baby comel sedang pandang korang.Korang boleh pick soalan nie.
"Eh comel nyer baby tu.Muke dia macam mak dia"

5.Cerita pasal korang dgn pasangan korang.Contoh:cite balik kenangan korang
masa gi camping ke

p/s:semoga sucess.yang penting,jangan gelabah.rileks.jadi diri sendiri

Wednesday, February 4, 2009

Marah itu cool tapi sabar lebih sejuk

"Marah itu cool tapi sabar lebih sejuk"

Sebabnya:

1.Bile kite marah,ia akan menampak kite nie memang buruk walaupun
kite tahu yang kite memang buruk pun.

2.Marah tak cool la beb.Memang la akan buat orang yang kene marah macam nak nangis jer dengar caci
maki kite.Tapi,tak sampai 24 jam.Tanduk dua telah timbul di kepala diaorang.Abih 2 gelas air sirap
kite minum,tapi tak reti-reti jugak nak jadi baik.Baik lah,kalau kite marah.Kite buat-buat macam tak
de apa.Kalau bole,kite belanje lagi orang tu makan roti canai.Giler Cool.Tak sampai 24 jam lepas tu,
orang tu sure akan rasa macam nak pitam sebab tak cukup oksigen dok fikir "asal lah,dia tak marah aku"
"aku tak cukup rock ker sampai dia tak rasa nak marah".Pastu,perasaan syahdu dalam diri orang tu akan muncul dengan magiknya.Mula la,dia berfikir..tak pernah dia jumpe orang sebaik korang.Padahal,dia tak tau.dekat belakang,pekataan seperti ****,****,*****,***** semua keluar.Tak per,beb yang penting biar orang nampak
kite cool habis.

3.Marah menambah dosa yang sedia ada.Kalau rasa macam sikit gile dosa korang.
Tolong lah buat bende lain yang lebih cool.Marah tak cool sangat la beb.

p/s:Jangan lah marah orang tapi,kalo orang tu nak bunuh korang.Pastu,korang
cakap "Aku tak marah,marah tak cool beb".Memang kene lah..Marah boleh
tapi biar bertempat.[SAY NO TO MARAH but SAY YES TO SABAR]

PAS adalah parti politik terbaik Malaysia

Pendapat K.I.T.A sahaja
Tiada sebab untuk di tangkap under "ISA"
Kerana post ini tidak di pengaruhi sesiapa
Hanya pandangan ikhlas penulis

PAS telah menunjuk satu kredibiliti memimpin negeri di Kelantan,Kedah.Perak tidak termasuk kerana Perak bukan milik sepenuhnya PAS kerana hasil kongsi dengan DAP,PKR.

Susah untuk kite dengar di tv/radio yang pemimpin PAS di tangkap rasuah.PAS juga merupakan satu-satunya parti politik di Malaysia yang mempunyai pendirian yang tegas terhadap Islam dan Melayu.Pemimpin PAS hanya memilih wakilnya yang benar-benar berkualiti dari segi akhlak dan pendidikan.PAS sebuah parti yang sebenarnya open minded,bukan seperti apa yang di katakan orang ramai.
Mereka boleh menerima pendapat dari parti politik yang lain.Tiada satu pemimpin PAS yang lompat parti.Mereka berdiri teguh di belakang PAS.Ini menampakkan keutuhan parti tersebut.PAS juga merupakan pelopor terhadap sesuatu perkara.
PAS negeri pertama yang memberi cuti 2x seminggu.PAS sangat sederhana dalam serba-serbi.