Wednesday, December 31, 2008

Putra Perdana Construction



Kite akan buat LI dekat sini.

Cerite sikit pasal company nie:
1.Main Board of Bursa Malaysia
2.Malaysian Construction Industry (MCI) Excellence Awards 2003 Project Award for Major Engineering Category by CIDB
3.2006 ASEAN Energy Efficiency & Conservation (EE&C) Best Practices Competition for Buildings for New and Existing Category (Asean Centre for Energy)
4.Branch office at Abu Dhabi, United Arab Emirates

Monday, December 29, 2008

Maaf Kan Kite, Kawan-Kawan


Teddy Bear nie untuk kawan-kawan yang sayang kite.Penganti untuk kite yang sibuk melampau.

Kepada kawan-kawan Kite.
Kite nak minta maaf siap-siap
sebab sepanjang tahun 2009 nie.
Kite akan jadi orang yang tersibuk
di Malaysia.Masa untuk bersama
korang pun da kene limit.Sedih~

Sebabnya:
1. FYP report kite teruk.Kene buat
lebih dari orang lain.
2. FYP
3. FYP
4. FYP
5. FYP

Korang bole tak imagine betape kite stress
dengan FYP kite.Tak bole cite lanjut sebab
sangat la hurm..hurm..

Saturday, December 27, 2008

Mari Flag Blog Hina Islam

Selepas Adibah Ahmad.
Satu lagi kroni dia,
Tok Batin Senoi.

Mari la same-same,kite flag blog nie.
Blog dia: http://tokbatinsenoi.blogspot.com/

Nak tau cara flag blog tersebut:
Sila pergi ke blog Anna: http://bududanbelacan.blogspot.com/

Kepada Orang-orang Kafir/Yahudi di luar sane
yang hendak menyesatkan kami,orang Islam.
Lupe kan hasrat anda kerana kami masih kuat
dan bersatu padu sesama kami.

Salam Awal Muharam,
Ikhlas dari K.I.T.A
untuk semua pembaca Blog ini.

p/s:Terima kasih Puan Lieyn di atas information psl blog tersebut.

Siapa itu Adibah Ahmad yang macam ******

Sila ke blog Detektif muda,Khai:

http://justkhai.com/blog/adibah-ahmad-menghina-nabi-muhammad/

p/s:preliminary background study(MY FYP) in progress.

Kitar Semula

Kitar semula di Malaysia bermula pada 1993.Tapi,kurang kerjasama
dari pihak atasan dan kerjasama semua.Maka,program kitar semula gagal.
Pada tahun 2000,kerajaan memperkenalkan program 3R (reuse,recycle,reduce).

Malaysia ade tiga kaedah kitar semula:
1. Letak barang yang kitar semula di tong kitar semula
2. Jual barang-barang kitar semula
3. Lori datang ke umah-umah

p/s:post ini di tulis selepas siap buat pendahuluan untuk
My FYP

Friday, December 26, 2008

Ke hadapan Bintang Jatuh-Fynn Jamal



Video yang anda akan rasa rugi bile tidak melihatnya.
Selamat menonton.Pemilik video ini ada di sini: Fynn Jamal

p/s:Proposal fyp~

Rahsia Lelaki

Kepada lelaki-lelaki di luar sane.
kite da tau hampir semua rahsia
yang anda simpan selama ini.
Bukan kite yang bocorkan tapi
seorang lelaki juga yang bagitahu.

Semuanya de bile anda click
blog ini Brother Love.


p/s:sedang sibuk dgn proposal FYP

Wednesday, December 24, 2008

Kenangan Di Hari Lahir



Kite Lahir pada 29 Disember 1985.

Perkara tak mungkin kite lupa pada
birthday kite:

1. Kite selalu celebrate birthday dengan
abah sebab birthday abah 1st January.

2.Mase kecik,kite akan dapat hadiah yang
di pos oleh makcik kite.Dulu,dia study dkt
UM,Kuala Lumpur.

3.Masa sekolah.Memang tak celebrate dengan
kawan-kawan sebab time tu cuti sekolah.

4.Kite nie suke kecoh pasal birthday kite
dekat orang ramai.Kite rase kawan-kawan
kite ramai yang dah tau bile birthday kite.

5.Masa dekat KPTM ada kolam.Memang bile time
birthday.Tempat tu akan jadi sasaran untuk
membaling mangsa.Kite pun tak terkecuali.
Tapi,kite tak la di baling tapi kite
rela hati masuk sendiri.

6.Kawan-kawan dekat KPTM selalu celebrate
birthday kite.Setiap tahun,kite selalu
celebrate banyak kali dengan orang
yang berlainan.Time kasih korang.

7.Ada satu tahun,Kawan-kawan di KPTM buat
treasure hunt.Diaorang sorok HP kite.
Pastu kene cari dalam bapa minit jer.
pastu,diaorang bagi kek.

8.Di KPTM jugak,kite kene ikat dengan mata.
diaorang bawa kite tour satu kuantan.Pastu,
bile buka mata.Kite de dekat Medan Feri Kuantan.
Tak la jauh sangat dari KPTM.Candle Light
dinner lagi tu.

9.Masa Diploma,setiap tahun kite akan rasa chuak
apa la kawan-kawan KPTM kite nak buat masa
birthday kite.Hahahaha

10.Kite wajib call 2 kawan kite nie untuk
wish birthday kami yang sama tarikh.
Kak sheila+baboon.

p/s:Happy Birthday untuk Kita, Kak sheila,Baboon,AJ,Suhana,Acap dan mereka yang lahir pada 29 Dec juga.
Moga Panjang Umur dan Di murahkan rezeki

Hendak Ini

CE BBQ Nite

Tadi jumpe Suhairy
Pastu,discuss dengan yoy
Nak buat jugak CE BBQ nite
sem depan (Bulan 7 2009)

Kirenye nie last event kite
dengan CE committee
Masa 1st time join CE committee:

Event terawal kite,BBQ nite
Event terakhir kite,BBQ nite

Dulu
kite jadi ketua decoration
sekarang nie nak jadi
ketua makanan/sponsor

BBQ oh BBQ
Sepanjang duduk Uniten nie
udah tiga kali buat BBQ
kiosk,kelas,CE

Saturday, December 20, 2008

Detik Tahun Baru

Lagi 10 hari dari tarikh kite tulis nie.
Kalendar tahun 2008 akan di buang sempena
menukar kalendar baru untuk tahun 2009.
(Jangan buang merate.Kitar semula yer)

Kite nak kongsi perkara-perkara menarik yang
kite da buat sempena tahun 2008.

1.Raya 2008,kite telah memaafkan kawan kite
di atas kesalahan masa lampaunya.

2.Kite juga telah berjaya mengurangkan 50%
kadar emotional yang de dalam diri nie.

3.Kite telah jadi seorang yang bertambah-
tambah penyabar.

4.2008,kite memulakan bisnes perfume kite.

5.Kite ke anugerah juara lagu.Sesuatu yang
kite tak dapat lupakan.

6.Bertambah serious belajar.

7.Memulakan penulisan puisi.

8.Beli PC baru.

9.Pengalaman kerja maxis yang tidak dapat dilupakan.

10.Blog K.I.T.A di tubuhkan.

11.Bekenalan dengan Rakan-rakan Farhan(AN).Korang semua best.

Thursday, December 18, 2008

Tag By Hadi

1. 5 Ciri Wanita/Lelaki Idaman Anda :
a) Terima seadanya
b) Beriman
c) Baik
d) Rajin
e) Gentleman


2. 5 Wanita/Lelaki Yang Tak Pernah Anda Minati Sepanjang Hidup :
a) Panas Baran
b) Playboy
c) Belagak
d) Pemalas
e) Banyak songeh

3. 5 Perasaan Anda Sekiranya Keluar Dengan Orang Yang Minati :
a) Berdebar
b) Gembira
c) Bersyukur
d) Teruja
e) Nak jumpa lagi

4. 5 Tempat Istimewa Yang Ingin Dilawati Bersama Pasangan Anda :
a) Paris
b) Perhentian
c) Maldives
d) Makkah
e) Central Market

5. 5 Barangan/Sesuatu Istimewa Yang Akan Anda Hadiahkan Kepada Dia :
a) Puisi Terindah
b) Kejujuran
c) Hati
d) Keikhlasan
e) Lukisan

6. Tajuk Lagu Yang Akan Anda Nyanyikan Untuk Pasangan Anda..
a) Kau ilhamku-Man Bai
b) Terbaik-Ello
c) Ciptaan sendiri

Tag ini untuk sesiapa sahaja yang berminat.

Lari oleh Zarith Naquiah

Lari
Terus berlari
Lari
Tanpa henti
Lari
Ke sana
Ke mari
Lari
ke kiri
ke kanan
Lari semua
kacau bilau
kekusutan
kemarahan

Pergi
Jangan kembali
penat
bingung

Biar
kegembiraan
kasih sayang
yang takut
untuk lari
dari aku

My FYP

Nie tajuk FYP kite:

Study on the current method of recycling efficiency activities in Malaysia

Sesiapa yang ada info ke
Bole la bagi sikit
yang nak tau pasal ni pun
Bole Tanya
Tak apa

Wednesday, December 17, 2008

Post ini untuk orang ini -->

Post ini untuk orang ini -->

1. Orang yang kejut kite pukul 12am (18/12/08)
2. Orang yang selalu dengar cite-cite kite
3. Orang yang kite sayang
4. Orang yang ubah kite jadi baik+rajin belajar
5. Orang yang layan semua perangai kite
6. Orang yang selalu buat kite rasa macam nak cubit
kalau dia nakal
7. Orang yang menaikkan semangat kite
8. Orang yang selalu dengar kite menangis
9. Orang yang selalu pinjam kan bahu dia dekat kite
10.Orang yang selalu buat kite pening dengan perangai dia yang
kadang-kadang susah nak baca.

Sape-sape yang rasa dia la orang itu.
Ruangan di bawah untuk anda.
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ __ _ _ (Isikan nama penuh anda)

K.I.T.A book of record Part I

KAWAN TERLAMA YANG KITA ADA:



Nama:Faizah
Nickname:Pifi
Umur:23 Tahun
Tempoh berkawan:Sejak umur 8 tahun(15 tahun)

Kenapa Pifi?

Kiteorang nie tak la selalu jumpa.
Dah bertahun tak jumpa.Last jumpe
pun,terserempak-->Dalam KTM.

Tapi,kiteorang nie tak pernah lost contact.
Kepada pifi:kalau ko kahwin ke tunang,ko jgn
lupe ajak kite.

ref:Tengah chuak dalam Lab tunggu nak register
FYP.Doa kan kite berjaya.

Monday, December 15, 2008

Maut di Bukit Antarabangsa



Kite terpanggil untuk menulis artikel nie
selepas Dr Lee[Lecturer Foundation]
bercerita mengenai masalah ini.

Ini adalah pandangan peribadi kite mengenai
masalah ini.Ramai yang menunding jari ke arah
majlis perbandaran tempatan.

Masalah ini bukannya salah mereka 100%.Ramai
yang bertanggungjawab ke atas kes ini.
Contractor,Consultant.Semua
kene di siasat.Adakah ini bukan salah mereka.

Mungkin perubahan cuaca global yang tidak menentu
menjadi sebab utama kejadian ini.Semua ini masih
dalam siasatan.

kite pernah ke bukit antarabangsa pada tahun 2006.
Untuk melihat tapak projek masjid di sana.Memang
best dapat tinggal di sana.Tinggi.Berangin.

Kebetulan,ketika kite hendak pulang.Hujan turun
dengan lebat.Kite betul-betul terkejut bila
laluan ke bukit antarabangsa yang tadinya indah
bertukar menjadi sunway lagoon baru.Air mengalir
ke permukaan jalan dengan lajunya.Padahal sistem
perparitan di sana cukup sahaja.Ada longkang
kiri kanan jalan.

Air tadi bukannya berwarna putih tetapi warna perang.
Seperti pesta teh tarik di jalan raya.Kotor.Air lumpur
itu di percayai berpunca dari kesan pembinaan di
kawasan tersebut.

Amat mengecewakan.Apabila kediaman berharga jutaan ringgit
bertukar sekelip mata hanya kerana hujan lebat.Lagi-lagi,
sekarang musim hujan.

Tiada ungkapan penyesalan mampu di ungkapkan.
Semuanya telah berlalu.
Cuma kini,kite berasa sungguh kecewa dengan segelintir
penduduk bukit antarabangsa yang menyalahkan pihak terbabit
berkenaan harta mereka di dalam rumah telah hilang.
Adakah harta lebih berharga dari nyawa.Ada berita mengadu,
penepatan sementara mereka tidak selesa.

Bersyukur lah kerana ada orang membantu kite dan anda masih hidup.
Tadi,(15Dec08) berita utama TV3 ada menyiarkan ada segelintir
penduduk di sana yang hendak mengambil harta-harta peninggalan
mereka di dalam rumah tersebut walaupun kawasan rumah tersebut
belum benar-benar stabil.

Mereka tidak menghiraukan semua itu.Sehinggakan pihak keselamatan
terpaksa meminta mereka menandatangani perjanjian bahawa semua
risiko adalah tanggungjawab sendiri.

Yang kelakarnya,TILAM pun hendak di selamatkan.
Entah la apa yang di fikirkan dalam kepala mereka.
Harta lebih berharga dari Nyawa.

Friday, December 5, 2008

Impian Indah

Semua orang de impian.
Kita pun de impian.
Ini de senarai impian kite.

1.Bekerja Bagus
Supaya kite dapat ringankan beban
family kite.Anak sulung banyak
tanggungjawab.

2.Berholiday di semua pulau di Malaysia
Akan kite bawa semua orang-orang yang
kite sayang dan rapat dalam hidup kite.

3.Puisi kite di publish
Seronok bile orang baca karya kite

"Impian menjadi Nyata ibarat menikmati
aiskrim cornetto di gurun sahara"

Pembuli Wanita

Kite cukup bengang dan benci
dengan pembuli wanita.

Bagi kita wanita bukan untuk di buli@
di pijak seperti sampah berbau busuk.

Apa itu Pembuli?
Buli bukan bererti tumbuk,terajang
secara fizikal.Tapi,buli itu scope
dia sgt besar.Contoh:kalo korang gi kedai.
Pastu tinggal satu je kicap cap kipas
udang yang tinggal.Korang nampak nie de
Makcik tu baru nak bik,korang bik jugak.
Alasannya korang akan mati kalo tak makan
kicap satu hari.

Tapi,kite bukan nak cite pasal kicap.
Atau pun nak cite pasal lelaki yang
terajang,pukul,tampar perempuan
sampai lembam.Tu semua tak la
kejam sangat.Sebab kalo de lembam ker.
Bole buat police report.Pastu masuk
paper muka depan.

Yang kite nak cite.Buli secara halus.
Maksudnyer,pembuli itu melakukan
sesuatu ke atas mangsa tanpa meninggalkan
kesan pada anggota badan mangsa.

Yang Paling ketara,Bila "Pembuli a.k.a lelaki":

1.Tak bagi nafkah pada isteri.Kalau istei de depan
mata pun.semua bende isteri nak kene bayar sendiri.
Duit suami simpan je dalam bank sampai jadi abu.ataupun
berjoli katak bersama betina-betina lain.

2.Si pakwe nie cakap phone dengan aweknya.Dalam
masa yang sama,bermsg dengan scandal-scandalnya.

3.Pembuli ini tak nak melafazkan cerai ke atas
isterinya dengan alasan demi anak-anak padahal
si pembuli ini da lama lupa tanggungjawab dia
sebagai suami.

4.Pakwenya meninggalkan aweknya tanpa sebarang
sebab.Hilang begitu sahaja.Last-last dengar dia dah
kahwin dengan orang lain.

5.Pembuli yang sentiasa membuat wanita yang
kononnya dikate sayang menangis kerana sikapnya.

Semua perkara yang dinyatakan di atas adalah melalui
pengalaman sendiri+kawan-kawan.Kita hanya mampu berdoa
agar kita tidak berjumpa lelaki yang pembuli.Kita lebih
rela duduk seorang diri dari berjumpa lelaki begitu.

Wednesday, December 3, 2008

Glam..



Terasa diri glamour sekejap sebab berada dikalangan
orang-orang yang glam.hehehehe (@_@)

Monday, December 1, 2008

Tips Berjaya

Ini adalah tips yang kite rasa
logik dan ok untuk di praktiskan
kalau nak berjaya.
Semua tips ini adalah melalui
pengalaman kite.

1.Kalau nak berjaya.JANGAN kenal
erti PUTUS ASA.Usaha bersungguh-sungguh
baru pasti akan membuahkan hasil.
Yang Penting USAHA.

2.Jangan berhenti BERDOA.Berdoa dengan seikhlas
hati yang boleh.

3.Target TINGGI.Contoh jangan target untuk lulus.
nanti,kite akan berusaha hanya untuk lulus.Target
untuk dapat A.Baru kita akan berusaha ke arah A.

Tips ini telah di praktiskan kan kepada 10 pelajar
yang lain.Selamat mencuba.

Sem Baru Penuh Serabut

Dah masuk pun sem baru
Tapi kite tgh pening
Untuk 2 minggu pertama nie

Nak buat praktikal dkt mana
FYP nak bik tajuk pe

Makan
Ingat
Tido
Fikir

Lepas semuanya stabil
akan de post yang lebih hangat

Tuesday, November 11, 2008

Perempuan Itu Lemah?



Betul ke Perempuan insan yang lemah?
Kite akan bagi fakta yang menyangkal
bahawa perempuan seorang insan yang
lemah.Mereka sangat kuat.

1.Seorang perempuan mengandungkan
baby yang comel selama 9 bulan

2.Ramai Perempuan yang jadi Best
Student

3.Perempuan Bole Hidup sebagai
ibu tunggal selama hayatnya dan
bole jaga anak mereka sehingga
besar

4.Perempuan bole masak,basuh kain,
kemas umah,lipat baju lepas seharian
berkerja di opis

5.Perempuan Penyabar.Jarang dengar
perempuan tampar orang

6.Selalu dengar "Di sebalik kejayaan
saya adalah isteri saya"

7.Bole angkat plastik-plastik bag
yang banyak lepas balik dari shopping

8.Perempuan bole bawa bas Rapid KL

9.Perempuan kuat daya ingatan.
Semua tarikh-tarikh penting diaorang
akan ingat

Perempuan Insan Yang Kuat Bukannya Lemah.
Teringin nak tengok Perempuan jadi
Superman/Batman/Keluangman

Cyber Cafe@Bandar Tasik Permaisuri



Di Buka 24 Hours

Alamat: Dealova(nama CC tu)
10-11,Block D,Jalan Dataran Dwitasik,Bandar Tasik Permaisuri,
5600 Cheras KL.
RM2/hours.
RM5 - 3 jam (8am-8pm)
4 jam selepas 8pm
RM10/10hours

Bole Print,Scan[sesuai untuk student yang nak kene submit keje
awal pagi besok]

Bole beli dvd latest movie,
TV series,
MP3
videoclips

Bole main online game yang baru.

"Datang Sekali,Mesti Nak Datang lagi"

Monday, November 10, 2008

Tagged By Puan Lieyn

Pass this quiz to 5 persons that you wished to know how they feel about you:
1. Zulfahmie
2. Onny
3. Faris
4. Amirul
5. Mira

1. Who is no.1 having relationship with?
Entah.Siapakah orang itu.

2. Is no.4 a male or female?
Male

3. If no.3 and 5 are together, will it be a good thing?
Hanya Kawan

4. What is no.2 studying about?
Degree Mech Eng@Uniten

5. When was the last time you had a chat with no.3?
Last week

6. What kind of music band does no.4 like?
Tak Tahu la Amirul.Sorry.

7. Does no.1 have any siblings?
Ya

8. Will you woo no.2?
Tidak

9. How about no.4?
Tidak

10. Is no.1 single?
Not sure.Single available or Single not available

11. What is the surname of no.3?
Abdul Razak

12. What’s the hobby of no.5?
Ambil Gambar

13. Does no.1 and 5 get along well?
Diaorang tak kenal pun

14. Where is no.2 studying at?
Uniten

15. Talk something casually about no.1:
Minat Jalan-Jalan

16. Have you tried developing feelings for no.3?
Tiada

17. Where does no.5 live at?
Cheras

18. What colour does no.2 like?
Pink

19. Are no.3 and 1 best friend?
Tak kenal.Tapi,kalau kenal.Bole jd kawan kot.

20. Does no.3 have any pets?
Tak tahu

21. Is no.1 the sexiest person in the world?
Hahaha

22. What is no. 5 doing now?
Tengok Tv kot

Tagged By Puan Lieyn

1. The person who last tag you is:
Puan Lieyn

2. Your relationship with him/her is:
My Physic/Technical Drawing lecturer@KPTM Kuantan

3. Your five impression of him/her:
a - Simple
b - Creative
c - Sabar
d- Baik
e- Nampak sombong,Tapi Tak Langsung

4. The most memorable thing he/she had done for you:
Masa Puan Lieyn jaga final exam kite dekat bilik Khas.

5. The most memorable thing he/she had said to you:
Jaga kesihatan kamu.

6. If he/she become your lover, you will:
Tak Logik

7. If he/she become your lover, thing he/she has to improve on will be:
none

8. If he/she become your enemy, you will:
Tak Akan

9. If he/she become your enemy, the reason will be:
Tak Akan

10. The most desired thing you want to do for him/her now is:
Semoga Sucess Selalu

11. Your overall impression of him/her is:
Lecturer Yang Sporting

12. How you think people around you will feel about you?:
Namapak Tak serious Tapi hakikatnya Kite seorang yang serious.

13. The characters you love of yourself are:
Bole borak-borak dengan sape-sape je.

14. On the contrary, the characters you hate yourself are:
Emotional

15. The most ideal person you want to be is:
Anak,Pelajar,Kawan yang Baik.

16. For people that care and like you, say something to them:
Terima Kasih dan Kite akan ingat kamu sampai bile-bile.

Tag By Puan Lieyn/Mira

My Top 10 Most Favorite Foods :
1.Kek Span Pandan Giant
2.Cencaluk
3.Double Cheese Burger
4.Asam Pedas
5.Telur Pinang
6.Nasi Kerabu
7.Ayam Berempah
8.Bahulu
9.Akok
10.Jco Donut

5 Things I Love Doing:
1.Melukis
2.Berpuisi
3.Berblog
4.Window Shopping
5.Sleeping Beauty

5 Things I Love Doing When I'm EMO :
1.Call My Sister
2.Diam
3.Makan
4.Minum
5.Tidur

5 Things I Love Doing When I'm Happy :
1.Jalan-Jalan
2.Belajar
3.Senyum
4.Ketawa
5.Makan

5 Things I Wish To Happen :
1.Habis Degree
2.Dapat keje
3.Bukak Bisnes
4.Nasi Ayam Tukar jadi Rm3.50 dari RM4
5.Obama Stop Perang Teluk

My Top 5 Most Addicted playlist :
1.Lagu Untukmu-Aizat
2.Cuba-Faizal Tahir
3.Kau ilhamku-Man Bai
4.Semua lagu Babyface
5.Kita dan dunia-Kerispatih

Tagged By Mira

Starting time : 10.34 am
Name : ZARITH NAQUIAH BINTI ZAHARI
Sisters : ZARITH LIYANA BINTI ZAHARI
Brothers : MUHAMMAD LUQMAN HAKIM BIN ZAHARI
Shoe size : 5
Height : -

-Where do you live?
Gombak,Selangor

-Have you ever been on a plane?
Kelantan

-Swam in the ocean?
Tak reti berenang

-Fallen asleep at school?
Selalu.Tudung mesti ke depan.

-Fell off your chair?
Tak pernah

-Sat by the phone all night waiting for someone to call?
No

-Saved e-mails?
No

-What is your room like?
Semua Bende Colour Pink

-What’s right beside you?
Cermin mata,sikat,pemadam

-What is the last thing you ate?
Bebola,nugget,hotdog di beli di Kiosk

-Ever had...Chicken pox?
Masa kecik

-Sore throat?
Tak

-Broken nose?
Tak

-Do you believe in love at first sight?
Tak

-Like picnics?
Terlampau suka

-Who was/were...The last person you danced with?
Tak reti menari

-Last made you smile?
My sister

-Today did you...Talk to someone you like?
Pn Awal.Hahhahahaha..

-Kissed anyone?
Aisya Nur

-Get sick?
Sekarang sihat

-Talk to an ex?
Tak pernah coupla

-Miss someone?
Mummy,Abah,Nana,Dik mat[dah lama tak balik umah]

-Who do you really hate?
Hipokrit

-Do you like your hand-writing?
Suke sebab ramai kawan-kawan puji
kita punye tulisan lawa.

-Are your toe nails painted?
Pakai inai je.Hehehe.

-Whose bed other than yours would you rather sleep in?
Katil Didi

-What color shirt are you wearing now?
Hijau.Tshirt sponsor dari Times Life

-Are you a friendly person?
Semestinya

-Do you have any pets?
Tak de

-Do you sleep with the TV on?
Bile tengah Bosan

-What are you doing right now?
Buat Tag

-Can you handle the truth?
InsyaALLAH

-Are you closer to your mother or father?
Mummy-80%,Abah-70%

-Do you eat healthy?
Makan je

-If you’re having a bad day, who are you most likely to go to?
Makan Mcd

-Are you loud or quiet most of the time?
Depend on situation

-Are you confident?
80%

-5 things I was doing 10 years ago
1) UPSR & SPRA
2) Makan Nasi Lemak Mak Ishak
3) Balik sekolah dengan Bas Leng Seng (30sen je)
4) Ponteng Sekolah Agama
5) Kene pukul dengan Cikgu Shafie

-5 things I would do if I were a billionaire
1) Pergi haji Bersama keluarga
2) Buat Rumah di Perhentian
3) Sedekah Amal Jariah
4) Berbisnes
5) Ke Paris selama 1 bulan

-5 of my bad habits
1) Makan tak ingat orang
2) Lambatkan sembahyang
3) Tak ingat nama
4) Pelupa
5) Berangan

-5 places I've lived/living
1) Kg Bukit Abal
2) Cheras
3) Keramat
4) Gombak
5) Putrajaya

Kamu Pilih Yang Kaya/Baik/Rupa?

Apa yang kamu akan pilih selepas baca tajuk di atas.
Kalau di takdirkan suatu hari nanti.
Kamu berkahwin,apa ciri-ciri yang akan kamu pilih
untuk menjadi pasangan anda.

Adakah kamu akan pilih orang yang Kaya/Baik/Rupa?
Kalau soalan itu di tuju pada kita.
Kita dengan senang menjawab,kita akan memilih
orang itu berdasarkan kebaikannya.

Bagi kita kebaikan akan menjadikan manusia itu
lebih berakhlak dan berperikemanusiaan.

Bukan,kita tidak memilih yang kaya.Tapi,selalunya
orang kaya cepat alpha pada dunia.Yang mempunyai
rupa biasenya tak kekal lama.

Tapi,kalau di takdirkan kita berjumpa seorang
yang baik,kaya dan mempunyai rupa yang hensem.
Kita tidak akan menolak.Itu bonus berganda.
Cuma,bagi kita tiada manusia yang sempurna.
Sebab itu la kita memilih salah satu dari
pilihan di atas.

Kamu pula bagaimana?Kamu pilih yang mana?

Sunday, November 9, 2008

Group Member Bermasalah

Pada student-student
Mesti pernah alami
Group member yang
bermasalah
walaupun sekali

Kadang-kadang
bukan kite yang nak
sama group dgn dia
Tapi,dia telah
menabur janji-janji palsu
ataupun "cakap nak boom"

Apa yang perlu
kita buat
Maki hamun
Mengumpat Tak Henti
Atau Bunuh Sahaja

Begini lah
Kalau kita
marah berguni pun
Mereka tetap malas
Dah memang genetik
mereka begitu
Pemalas

Cara Terbaik
adalah membuat
keje mereka
sampai siap
sebab kalau
part dia je
spoil
Markah group juga
akan spoil

Dan berjanji
pada diri
Blacklist terus
nama si pemalas
dalam hidup
ini

GIS

A geographic information system (GIS), captures, stores, analyzes, manages, and presents data. The choice of layers of information selected by the users depend on the purpose, such as documenting/analyzing water resources, establishing a similar occurrence in a city to detect a pattern, finding the best location for a new development.
(Copy From Internet)

Untuk Project GIS.
Kita bersama group kite
Buat Tajuk
Run off and Infiltration Analysis Using GIS.

p/s:Nak tahu apa-apa pasal GIS.Tinggal kan
komen pada blog ini.

Saturday, November 8, 2008

Mimpi Semalam



Percaya atau tidak
Semalam merupakan
mimpi paling indah
dan paling ngeri
pernah kita alami

Kita telah memimpikan
Gadis di atas
Fasha Sandha
Bertuahnya
sebab mimpi semalam
sangat indah
bersama
Fasha Sandha

Rasanya
Scandal-scandal nya
Pun tak pernah
bermimpikan
Fasha Sandha

Jadi Ngeri
Bile kita
Perempuan mcm
Fasha juga

Kita bukan
Peminat fanatik
Fasha tapi
Peminat Cite Melayu

Terima Kasih
Fasha Sandha
Kerana hadir
dalam
Mimpi Semalam

Tuesday, November 4, 2008

Berlagak

Kenapa la wujud manusia begini

Berlagak Jutawan
Walaupun baru kaya
sekecil zarah
Tak baik begitu
Kalau da bankrup
Time tu nak minta
sedekah dekat Chow Kit
Bolayan

Berlagak Pandai
Mengalahkan Profesor
Padahal baru dapat 3.0
Tu pun nak tunjuk eksyen
failed paper tu
Baru nangis tak berlagu

Berlagak Cun
Seperti model iklan
bedak sejuk
Kang kalau tetibe
terjatuh dalam gaung
Baru tau nak minta tolong

Belagak Macho
Hero Malaya Terakhir konon
Nanti kalau da accident
Baru tau bape ramai
nak puja ko lagi

Berlagak Chef
Semua resipi mau di masak
Last-last
garam dan gula pun
tak tau mana satu

Kenapa
Kite kene berlagak
nak kejar award
Ke nak kene sampai
de cop dekat dahi
"Aku berlagak"

Syukur la
apa yang ada
Ini semua
pemberian Tuhan
Pada kita

Jangan Teruskan Sifat Berlagak Itu.Ubah la.
Tiada apa bende yang mustahil dalam dunia ini
p/s:Peringatan Untuk Kite Jugak

Muka Same

Pernah tak korang alami berjumpa
dengan orang yang mukanya same
dengan orang yang da lama korang
tak jumpa.

Tadi,kite tengah berjalan-jalan
sambil memegang air sirap di tangan.
Ini yang kite rasa:

1.Mata berubah menjadi mata ikan
2.Jantung kite selaju air terjun ulu yam
3.Tangan kite sesejuk air batu campur
4.Lidah kite semasin ikan masin
5.Senyuman semanis durian

Tu je yang mampu di ucapkan.
Terima Kasih Tuhan Kerana Menemukan Orang
Yang Muka Sama Itu.
Terubat sikit rindu padanya.

p/s:Pastikan orang yang korang jumpa itu
sempurna anggota tubuh terutama kakinya.

Monday, November 3, 2008

Rantai Kembali Lebih Hangat



Jom Ke Sane.Sape Nak Ikut,Bagitahu la yer..

Aisya Nur Azlan Shah



Acara : Majlis Cukur Jambul Aisya Nur
Tempat: Kg Bukit Abal,Kelantan
Tarikh: Hari Raya Aidilfitri 2008

Anugerah Untuk Raja K



Anugerah ini di berikan untuk menghargai mereka yang
paling banyak memberikan komen untuk blog ini.
Anugerah ini di berikan setiap kali sudah sampai
1000 pengunjung yang melawat blog ini.
Terima Kasih Semua.

Pemenang Kali ini:

Faris Abdul Razak(13 komen)

Kepada yang tidak mempunyai blog pun bole komen.
Caranya:
Choose an identity.Click Anonymous.
Jangan Lupe tinggalkan nama.

Terima Kasih Semua

Terima kasih semua kerana melawat blog saya ini.
Sudah mencapai 1000 orang yang melawat.

Memang mengambil masa yang lama untuk mencapai
1000 pengunjung.Ini mungkin saya tidak mempromote
Blog saya pada orang ramai hanya teman-teman yang
di kenali jer.

Lewis Hamilton Juara F1 Termuda



Post ini Khas Buat Nani.
Macam mana.Hamilton menang jua akhirnya.
Kite tunggu Next F1 la yer..

Biodata Lewis Hamilton.

Tarikh Lahir : 07/01/85
Tempat Lahir : Stevenage , UK
Tinggi : 1.74m
Berat : 68kg
Muzik kesukaan : R & B, Reggae, Hip-Hop dan funky house
Hobi : Bermain gitar,muzik dan berlatih
Website : www.lewishamilton.com

Sunday, November 2, 2008

Kahwin Oh Kahwin



Mulai Bulan Oktober 2008-Akhir 2009
Kite bersama rombongan Cik Kiah yang lain
sibuk menghadiri majlis
pertunangan dan perkahwinan kawan-kawan sejagat kite.

Ini senarai aktiviti rombongan kami.
Mau Join.SMS Nak ke 3299.

10/2008-Wahid Kahwin
11/2008-Tunang Radiah
12/2008-Tunang Sara
-Ajis Kahwin
-Ct Kahwin
-My best Friend Tunang

1/2009 -Ac Kahwin
4/2009 -Noe Kahwin
6/2009 -Nana Kahwin
2009 -Kak Ngah kahwin
2009 -Radiah Kahwin
2009 -My best friend Kahwin
2009 -Boon Kahwin

Banyak lagi yang Belum Confirm.

Selamat pengantin baru dan Selamat Bertunang.

Cerita Selepas Exam

1. Qadak Tido
Selama Berlangsungnya final exam.
Kite tak mempunyai masa tido yang
tenang.Bangun jer teringat exam.
Katil jangan lari.Kite on the way.

2. Makan Jco Donut
Sedang dalam usaha menghasut sesiapa
yang nak makan donut bersame-same.

3. Siapkan GIS
Project(50%).Nie je harapan terbesar
untuk sem nie.

4. Tulis Blog
Dah lame blog nie sepi tanpa berita.

5. Kemas Barang
Mau balik rumah.

6. Cinema
Tak tahu nak tengok cite pe

7. Kuar dengan budak-budak kelas
Tolong la jangan buat di PD.Kite tak setuju.

8. TV oh TV
Masa untuk menonton.

9. Sehari bersama Ousemate,Roomate
Sem nie sem last kiteorang ddk same-same.
Dah 3 sem duduk sekali.So,sem nie nak kuar
gi bik gambar.

10.BBQ time
Bersama ahli-ahli kiosk.

Tamat...

Tamatnye sudah Final Exam.
Dec nie,kite melangkah
ke Final Year..Hooray..

4 Paper 1 week cukup meletihkan.

Selasa-Agama
Khamis-Soil 2
Sabtu-Dynamic
Ahad-RC 1

Kembali berblog dengan isu-isu yang
suam-suam kuku.

Saturday, October 18, 2008

Selamat Tinggal Blog Terchenta..

Untuk pengetahuan umum,
blog kelip-kelip nie tiada
post baru sehingga kite
bis final exam 2/11/08.
Pada rakan-rakan ku yang
akan menghadapi final exam.

Good Luck.Buat elok-elok.
Doakan kite berjaya..

Sekian.

Wednesday, October 15, 2008

Filem Wajib Tonton:Sayang!!You Can Dance

http://www.sayangthemovie.com

Gambar akan di upload nanti sebab tetibe tak bole letak gambar.

Friday, October 10, 2008

Kisah Cinta Terindah

"Kahwini lah orang yang kite tidak boleh
hidup tanpanya tapi jangan kahwini orang
yang kite sayang padanya"

Wang Dan Dunia

Dunia perlu kan wang.Wang perlukan Dunia.Tanpa wang,
Tiada apa lah ada di dunia nie.Tiada KLCC,LRT,TGV.

Setiap hari kite mesti mengeluarkan wang walaupun
ketika tu kite berpuasa.Wang bergerak selaju air.

Kadang-kadang,kite mengeluh "Alangkah eloknyer,
kalau aku ada wang untuk membeli itu,ini"

Pernah kah kite terfikir..Bagaimana seorang pakcik
berjawatan rendah boleh duduk di sebuah rumah yang
selesa.

Adakah pakcik itu kedekut sekedekut Haji Bakhil.
Atau pun,pakcik itu menyertai MLM.

Pakcik ini pernah menceritakan pada kite
yang dia tidak kedekut sebenarnya tapi
seorang yang memikirkan masa depan.
Pakcik itu sebenarnya seorang akauntan terbaik
Malaysia.
Dia bole memaksimum kan penggunaan wang ringgit
untuk menakluk dunia.

Pakcik ini tidak pernah menyekat perbelanjaannya.
Pakcik ini pernah mempunyai sepasang kasut
berharga RM180.Baju semahal RM150.Hp berharga
ribuan ringgit.

Pelik Tapi Benar.

Pakcik ini hanya tersenyum melihat kite yang blur.
Bukannya hendak meminta duit raya yang banyak dari
pakcik itu tapi sekadar hendak bertanya kunci
kekayaannya.

Dia memberitahu:
"Pakcik tak pernah berkata pakcik ini miskin"
"Pakcik tak pernah mengeluh pakcik tak de duit"
"Pakcik tidak akan berkire untuk bende yang
pakcik suke mcm rumah nie"
"Pakcik akan membuat kire-kire setiap bulan"
"Pakcik tak akan membazir pada bende yang melalaikan"

Paling Penting,Pakcik itu memberitahu.
"Ingat Allah S.W.T selalu dan banyak bersedekah"

Kite berfikir panjang sebelum tidur.
"Kalau pakcik ini boleh berjaya,
Kite juga boleh"

Terima Kasih Pakcik atas nasihatmu.

Friday, September 26, 2008

Salam Aidilfitri-Maaf Zahir Batin-



Seloka Raya

Anak-anak kecil sibuk
di halaman
berebut-rebut
menyalakan bunga api
kesukaan mereka

Abang di jadikan
pembantu mereka
menjadi
saintis kimia
mencipta
ramuan-ramuan
rahsia mereka
mengejutkan
kampung nan sunyi itu

Ayah pula sibuk
di tepian rumah
memasang pelita
membakar lemang
di masak oleh si ibu

Ibu dengan
jari-jemari halusnya
sibuk di dapur
memasak juadah
Rendang,ketupat
menjadi
pilihan hati

Kakak ke sana
ke mari
mengelap pinggan
mengelap cermin
mengelap lantai
semata-mata
ingin rumah
kelihatan cun
di pagi raya

Semua sudah
sedia menyambut
Raya dengan
sempurna
tiada cacat cela
walaupun
satu zarah atom

Tag sedunia

Banyak tag yang kawan-kawan saya bagi..tak apa lah,
best juga.dah jadi trend.Semua pemilik blog kene de
tag...Selamat Menyambut Hari Tag Sedunia.

Tag From Zulfahmie

1. PAKAIAN
Kite nie suke pakai baju yang selesa dan simple.Ada unsur-unsur pink.
Kalo membeli,kite akan beli time diskaun dan murah tapi nampak mahal.

2.KAKI RAYAU
Tak kot sebab kite sentiasa bz dengan hal-hal dunia.Tapi,suke ke gi pavillion
makan jco,jusco wangsa maju,central market.

3.MAKAN
Suke makan sampai la jadi macam sekarang..hahahha..Kite suke masak bende yang
kite suke makan.

4.KERETA
Tak de kereta~

5.GADGET
Tengah berangan nak dapat ipod dan PDA.

6.TIDUR
Hanya kawan-kawan saya yang boleh jawab soklan "TIDO" nie.

7.IKEA
Pernah ke sana sekali.Tapi,setiap tahun dapat katalog ikea.
Best utk orang yang rasa nak cari bende yang simple dan cantik.

Fakta ke-7

7. Penulis Surat Cinta

Masa kite sekolah rendah,kite tolong
kawan-kawan kite tulis surat cinta-cintun
dekat lelaki yang diaorang suke.De tu,sebab
surat cinta kite tulis.Diaorang couple
jugak akhirnya..Sekarang tidak lagi..

Fakta ke-6

6. Suke ke udara di radio/tv

Kalau bosan-bosan tahap melampau,kite akan tepon
ke mana-mana stesen radio atau tv untuk bagi
ucapan dekat kawan-kawan.Setakat nie,kite
pernah call hotfm,era,xfresh,apa-apa aje,
kopi susu,joe jambul,MHI,radio muzik,THR,
red104.9.Kite akan gune nama sophia.kalo
tetibe terdengar macam kenal je suara tu..
kite la tu..jangan segan-segan msg nak tnye
betul ke tak..

Fakta ke-5

5. Pink.

Mule-mule kite nie anti pink-pink nie sampai la satu
hari masa dekat teknik gombak.Sampai la syida
duduk sebelah katil kite.Syida nie semua barang
dia colour pink.Macam citer "Sutun".Asal buka je
mata nie.tengok jam dia colour pink.Dekat bilik
prep,tengok pen,pensil,pensil box semua colour
pink.Tetibe terkena badi syida sebab sekarang
semua barang kite nak unsur-unsur pink.sampai
email pun nak letak nama pink.

"Pink di hati ku,apa di hatimu"

Fakta ke-4

4. Sophia

Macam mana kite boleh dapat nama sophia nie.Nie terjadi
dekat KPTM Kuantan.Dalam kelas agama yang bosan,
de la ustazah tu terang apa maksud sofea.Sofea=bijaksana.
Pastu,kawan sebelah kerusi kite.Nama dia azie.Dia bagitahu
"Zarith,aku nak panggil ko nama sofea boleh tak,da bosan
panggil zarith".Mula-mula macam malu..Ayu sangat nama tu.
Pastu,dia sambung lagi."Ko tak nak jadi pandai ker"..Kite
pun menganguk kepala.Mesti la nak..dalam masa 24 jam jer..
Semua orang da tau nama baru kite.Tapi,kite ubah ejaan dia
jadi glamour lagi,Sophia.

Thursday, September 25, 2008

Fakta ke-3

3.Kolej Poly-Tech Mara Kuantan

Kite sangat sayang kolej nie.walaupun buruk tapi banyak memori.First,dekat
sini..kite jumpe kawan-kawan yang sangat best dan baik sepanjang hidup kite.
Terima kasih semua yang sudi jadi kawan kite.Jaga kite masa kite sakit.Tak tau
nape,kite tak jumpe lagi kawan sebaik korang sampai hari nie.
Dekat sini jugak kite jumpa lecturer yang sangat best.Warden yang best.Paling best,dekat sini..kite jumpe kakak angkat tersayang kite..KPTM de kolam yang best.Kite pernah masuk sekali jer dekat kolan tu.Kalau musim buah,boleh kait buah jambu air dekat sane.Bas kunyit yang unik.Anjung,kedai makan yang murah.Makcik
kulit licin yang jual mihun sup yang best.

Kesimpulannya,saya sayang KPTM Kuantan.

Fakta ke-2

2. Reformasi

Masa diploma dulu.Kite adalah Pencentus reformasi dekat Kolej
tersayang(KPTM Kuantan).First time reformasi tu masa ari jumaat.
Sebenarnya,kite de meeting sebagai ketua blok pasal problem air.
Tapi,kite selambe ubah bende nie jadi reformasi.Kite kumpul beberapa
orang duduk dekat luar bilik pengarah sementara tunggu kawan-kawan habis meeting.
Paling dahsyat,masalah guard yang kurang ajar.Kite tengah lepak2 dekat luar.
Pastu,de member mengadu pasal guard tak kasi kiteorang kuar makan.kafe da tutup.
Pengarah masa tu buat keje dekat bilik dia.Kiteorang yang tau pengarah de dekat sane.
Kite terus panggil semua budak-budak perempuan.Sementara kawan-kawan kite gi jumpe
pengarah.Ramai giler yang join.Sampai jalan depan bilik pengarah penuh dengan
semua guard kawal.Hasilnya,kiteorang dapat balik before pukul 11pm.Sebelum nie,
sampai pukul 7pm.Moral value:Tak buat hati jer,sila la buat reformasi...

Tag From Amirul..7 Fakta yang best..

1.Nakal

Sampai sekarang,kite still nakal tapi hanya 1% sahaja.
Zaman paling nakal,masa form 2.Tak tahu nak kata apa.
Datang sekolah lepas rehat.Balik umah awal semata-mata
nak tengok separuh akhir juara lagu.Lalu dekat pintu rahsia
Sek Men Hillcrest.Masa tu,buat keje nie dengan kawan-kawan.
Bile de subjek yang kite tak suke,lepas beri salam dekat cikgu
tersayang.Kite terus dekat pintu belakang kelas.Lepak kelas
sebelah sampai cikgu tu percaya kite nie students dia.Tu tak
kira masa ERT.Kite sorok bawah meja yang de letak alas meja.
Dalam tu,kite borak-borak dengan kawan-kawan.Banyak lagi,bende-
bende karut yang kite buat masa form 2.Alhamdulillah cikgu tuisyen
kite garang.Jadi,dekat tuisyen la baru kite belajar.Nak harap belajar
dekat sekolah.Memang tak la..

Monday, September 22, 2008

I've been tagged by Nana Liyana

Di alih bahasa kepada Bahasa Melayu.

7 Fakta Diri,Pelik dan Secara Rambang Mengenai Saya.

1. Kite seorang yang sangat Sibuk.Setiap masa,memang de je
bende nak buat.Dalam pepatah melayu,tak boleh duduk diam.

2. Bende Pelik yang kite bole buat.Kite Boleh minum air 1/2
segelas dalam satu nafas.Kite juga memegang rekod makan
terpantas antara kawan-kawan kite.

3. Kite seorang perempuan yang luaran nampak ganas tapi
sebenarnyer sangat sensitif dan keperempuanan..hahaha..

4. Berkerja sebagai Promoter Maxis,Volunteer dekat
Pusat Sains Negara,Sales Assistance di Hinode Shop,
Promoter Buku english kanak-kanak.Semua kerja nie
kite buat dalam masa 3 bulan cuti semester lepas.

5. Suke berusaha sendiri.Dan paling anti dengan orang
yang hanya tunggu pohon jatuh di riba sahaja.

6. Tak pernah terfikir akan sambung dalam kejuruteraan awam
sebab SPM.LK dengan PKA paling teruk antara semua orang.

7. Tak sampai hati melihat orang lain sedih kerana kite yang
membuatnya.Tak syok,buat orang sedih dan terasa.

Tag nie di buka kepada Umum,
Kalau rasa macam nak buat,
Boleh buat..
Bile dah buat tag nie.
Bagitahu la dekat kite,
saje nak tau bape orang
yang sudi buat tag nie.

Coming Soon..

Nanti kite update ari jumaat nie.
Promosi Raya..

1.Berbuka Puasa Bersama XKPTM di khulafah
(Thanks Korang sebab Datang)

2.Seloka Raya
(di buat masa kelas agama)

Tuesday, September 16, 2008

Muazan Calon MPP UNITEN 2008/2009



Ada 3 orang yang anda bole pangkah untuk
pilihanraya kampus UNITEN 18.9.08 nie.

Kite dah semestinya akan memberi sokongan kuat
untuk 2 calon nie: Muazan(8) dan Syafeeq(14)

Muazan pada pandangan kite:
1. Mempunyai akademik yang cemerlang
2. Mempunyai idea-idea yang bernas
3. Sangat aktif dalam sukan
4. Komunikasi yang terbaik
5. Mempunyai sikap seorang pemimpin

Mahu mengenali Siapa Muazan Mohsin:
http://muazan8.blogspot.com/

"Kepada pelajar B.CIVIL ENGINEERING di UNITEN sila undi
Muazan sebagai calon anda kerana tak akan anda mahu
melihat tiada nama MPP dari kalangan kawan-kawan civil kite."

"Tiada peluang kedua sekiranya anda tidak mengundi Muazan
pada 18.9.08 sebelum jam 4pm"

"Undi adalah rahsia.Buat la keputusan yang bijak"


baru sahaja selesai mengantung poster calon MPP
nie bersama ikfa dan nani(kredit pada mereka)

Sunday, September 14, 2008

Undilah Syafeeq Untuk Calon MPP UNITEN 2008/2009



Berminat Untuk Mengenali Syafeeq dengan lebih dekat:
Sila Ke:http://syafeeqc14.blogspot.com

Thursday, September 11, 2008

Rahsia KITA

Duduk depan PC membuat kite terfikir apa lah nak
di tulis di blog nie."Pe yer",sampai la kite terfikir
nak bagitahu sikit-sikit rahsia kita.

1. Kita nie anak sulung
2. Raja Lawak
3. Pengemar colour pink
4. Masa kecik seorang pendiam
5. Skrg da kecoh giler
6. No.3 Pidato Piala Di Raja Peringkat Gombak
7. Alergik nak kene pandang muke orang
8. Pemalu tapi pandai cover
9. Romantik
10. lagu-lagu sentimental peneman hati
11. Tak reti main bola jaring
12. Golkepper terbaik team bola mase sek ren
13. Suke tengok matahari terbenam
14. Suke menghirup udara pantai
15. Teringin nak jadi wedding planner
16. Anti Durian
17. Pengemar Cencaluk
18. Tak boleh ingat besday orang sgt
19. Tak reti kire duit masa shopping
20. Pelat huruf L

Tuesday, September 9, 2008

Soil Result

Rasa suffer giler study soil 2 sem nie.
jawapan same dengan mcm dlm buku pun
salah jugak.

reason:kalo copy dalam buku ertinye x faham.
kalo tambah penanda wancana pun salah
jugak.

Kite tak salahkan lecturer yang ajar soil 2.
Dia ajar ok,buat kite lebih faham soil nie
compare dengan dulu hafal sedunia jer.

Probnyer:kite punye basic soil memang teramat
lemah.

Macam tak boleh ingat langsung apa yang da belajar
mase diploma dulu.sedih giler sebab dulu x belajar
elok-elok subjek soil.Memang tak boleh ingat apa-
apa compare with structural,RC,Steel.

Hopefully,kite akan lulus paper nie.

Moga-Moga dan yang pasti kite tak akan ambik
soil untuk final year project.

Friday, September 5, 2008

Tagged Survey by Yana

THREE NAMES THAT FRIENDS CALL YOU:

1. zarith
2. qunyah
3. sophia

THREE THINGS YOU'VE DONE IN THE LAST 33 MINUTES:

1. blogging
2. borak-borak
3. kemas bilik

THREE WAYS TO BE HAPPY:

1. beach
2. with my love(family,fren,etc)
3. tido ketika sejuk

THREE OF YOUR FAVORITE SONGS AS OF NOW:

1. Cokelat-Setiga
2. ACAB-Streets of uptown
3. Babyface-heaven

THREE THINGS YOU LOVE IN A GUY:

1. understanding
2. terima seadanya
3. baik

THREE PERSONS YOU MISS:

1. Family
2. Kakak ku
3. Kawan-kawan di KPTM

THREE GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE:

1. Semua bende yang pink
2. bantal
3. kuntuman rose putih

THREE PLACES YOU WANT TO GO FOR NEXT VACATION:

1. Perhentian
2. Cameron
3. Paris

THREE OF YOUR FAVORITE HOBBIES:

1. Lukis kartun
2. buat puisi
3. tido

THREE FAVORITE CARTOON/ANIME CHARACTERS:

1. Slamdunk
2. Cardcaptor sakura
3. Karya Aie

THREE OF YOUR FAVORITE FAST FOOD:

1. McDonalds
2. KFC
3. Ayamas

THREE FAVORITE DRINKS:

1. Soya
2. Ribena
3. Orange juice

THREE THINGS FOUND IN YOUR HANDBAG:

1. money
2. handphone
3. ic

THREE FAVORITE COLORS:

1. pink
2. brown
3. white

TOP THREE U LOVE SO MUCH:

1. Family
2. Kakak ku
3. Future Husband

Tag:

1.zulfahmie
2.mawar
3.Puan Lieyn
4.faris
5.Eliz
6.anyone who visits my page

Cerita Blog Kita

Untuk pengetahuan semua
kite buat blog nie suke-suke

Pasan tak blog kite lebih kepada puisi-puisi yang kite
yang tak penuhi etika penulis malaysia.Tak ada ryhtm pun.
Kite tulis suke-suke jer.Biase la,kite tak pernah pun
bik subjek sastera kecuali masa form 4&5 dalam subjek
bahasa malaysia.Pastu kite nie tak pernah attend mana-mana
kursus sastera pun.kite nie pelajar kejuruteraan awam.
Bukan lah seorang yang jiwang pun.ganas jer tapi hati lembut.

Tapi,kite nie peminat setia puisi melayu.Suke lukis-lukis
kartun.Suke menulis.Kepada mereka yang membaca blog kite.
Ucapan terima kasih tak terhingga pada anda.

Puisi Seorang Adik

Puisi ini khas untuk kakak saya "Siti Norazura Salikin"

Adik perlukan
kakak
yang sentiasa
mengajar
membimbing
menasihati

agar
adik akan
menjadi adik
yang sama
pada hari ini
besok
lusa
dan bile-bile

Terima kasih
Tuhan
kerana mendatangkan
kakak yang baik
padaku

Percaya lah
akak
darah bukan ukuran
untuk
mengukur masa
kite berdua

Hanya
jantung adik
menjadi
kayu pengukur
untuk
kita berdua

Sungguh
tidak akan
ada penghujung
masa
untuk kite
itu
janji adik
pada kakak ku
yang comel ini

Thursday, September 4, 2008

Ramadhan Walk at Ilmu



Ramadhan Walk at Ilmu(R.A.W.I)
Masa:430pm-730pm
Tarikh:3/9/2008-21/9/2008
Tempat:Parking kereta Ilmu 4,Uniten

Sehari Di Zoo Negara

Sehari di Zoo Negara.Bukannya,kite ke sana
untuk mengambil-ambil gambar binatang-binatang
cute di sana.Tapi,membantu pekerja-pekerja zoo
membersih,memberi makanan,memandi binatang tersebut.

Kite di tugaskan menyediakan makanan dengan ida.
Jadi Chef Burung la gamaknya.


Perkara-Perkara yang anda perlu tahu mengenai zoo negara:

1. Zoo Negara de ahli club diaorg sendiri.Nama dia Zoorama.
dapat membership card dgn benefit-benefit lain lagi.
2. Burung merupakan binatang yang paling kuat makan.5x sehari.
3. Burung makan makanan yang sangat sedap.Contoh roti gardenia.
4. Kalau kite nak bagi burung yang mcm angsa makan.Kite kene
bersiul untuk memanggil mereka makan.
5. Gajah dekat zoo nama dia bego.Nanti gi zoo.Panggil lah nama tu
sure dia senyum.
6. Zoo Negara de kantin yang murah.Nak tau dekat mana.Tanya pekerja
di sana.Mana kantin untuk staff.
7. Semua pekerja zoo negara menggunakan basikal sebagai kenderaan
rasmi mereka di dalam zoo.
8. Gaji pekerja zoo sangat lumayan.Senior boleh cecah RM3000++
9. Pekerja Zoo hanya cuti sehari seminggu tapi bukan pada hari minggu.
10.Zoo negara bukan hak milik kerajaan sepenuhnya.Company Swasta yang
handle.


bego namanya




makanan burung

Akademi Nasyid



Ke Akademi Nasyid bersama kelly(kelisa)zul.Dari Uniten ke Plaza Alam Sentral.Kite dengan zul first time gi Akademi Nasyid.Kiteorang datang sebab nak bagi support dekat group Farhan.We'LL duduk dekat tempat family farhan.1st time jugak tengok live dekat alam sentral.

Performance Farhan Malam tu sangat merdu dan lunak suaranya. Macam yang kite bagitau before nie,farhan satu-satunya group dalam AN yang semuanya boleh menyanyi.Walaupun farhan tak dapat ke final. tak tau apa salahnya.SMS tinggi,Juri pun suke.. Hanya ALLAH S.W.T sahaja yang tahu perjalanan abang-abang farhan nie nanti.

Saya Zarith Naquiah Zahari akan terus menyokong perjuangan abang-abang sekalian sampai bile-bile.Good Luck.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Terima Kasih kepada:
1. Zulfahmie kerana teman kite.
2. Azhar kerana reserved tempat untuk kami berdua ari tu.
3. Abang Faizal kerana melayan kami dengan baik.
4. Abang Adi,Abang Anwar,Abang Faizal(Farhan) kerana mengalunkan lagu pada malam tersebut dengan lunak sekali.
4. Rakan Farhan yang lain kerana menyokong Farhan
Doakan perjalanan Farhan sempurna.

Amin..

Monday, August 18, 2008

Satu Minggu Yang Penat

10.8-17.8,merupakan minggu terpenat kite.
Penuh padat dengan aktiviti duniawi.
Isnin :Dynamic Test 1
Rabu :Soil 2 Test 1
Khamis :Tutorial Dynamics
Jumaat Pagi :Rc1 Test 1
Jumaat Petang:Talk Soil 2
Jumaat Senja :Ke alamnda cari kasut
Sabtu Pagi :Konvo nana
Sabtu Malam :Akademi nasyid
Ahad :Sehari di zoo negara


Maaf,gambar tak boleh nak upload buat masa nie.
nanti,try lagi

Sunday, August 17, 2008

Coming Soon..

1.8-31.8 memang penuh dengan aktiviti plus exam.
Sekarang tengah busy.
Nanti,kite update kan:
1.Akademi nasyid
2.Zoo negara
3.Jualan di konvo uniten

Saturday, August 9, 2008

Undian Terakhir Untuk Farhan(Akademi Nasyid) ke Final




Ini lah masa terakhir untuk semua peminat
mengundi Farhan di Akademi Nasyid.Farhan tersingkir
pada saat-saat terakhir sebelum ke final.
Satu-satunya kumpulan Nasyid di dalam AN
yang semua ahli boleh menyanyi


Pengalaman Farhan:
1.Kesinambungan sebuah kumpulan nasyid di MMU Cyber yang bernama WILLDONE
2.Backup brothers kat Kedah
3.Backup tetap Raihan
4.Anak murid Cikgu Siti Hajar dan belajar vokal bersamanya sejak 2004
5.Telah keluar single mereka tersendiri semasa dalam Akademi Nasyid
http://halamanfarhan.blogspot.com


Monday, August 4, 2008

Terima Kasih Kuantan






June 2003
pertama kali kita
ke Kuantan

Bag pramugari
yang di beli abah
di Makro dan
hp 3310 yang di beli
hasil wang niaga
menjadi peneman kita
selama 3 tahun
di KPTM kuantan

3 tahun sudah cukup
untuk kita menyanyangi
Kuantan buat
selama-lamanya

Pelik
bandar kecil
ini lah yang
menjadi pujaan kita

Kuantan
Bandar istimewa
Sangat istimewa

Air terjun yang best
Jerangkang
Sungai yang tak
boleh mandi
"Benteng"

Menyusuri
bandar kuantan
menaiki bot
memberi kenangan
terindah di sana

Yang buat kita
bertambah gila
dengan kuantan
Shopping complex
dekat sini
dekat-dekat jer

Kita pernah jalan kaki
untuk ke 5 shopping complex
yang tanpa henti
Teruntum-Kuantan Parade-
Parkson-Mydin-Megamall
Nampak letih
tapi puas
jalan-jalan
sambil
borak-borak

Lepas tu singgah
satu-satu tempat
makan/minum
5X makan dekat sane

Kuantan memang banyak
makanan yang sedap
dan murah
paling kita suke
minum sirap bandung
dekat kompleks sebelah
kuantan parade

mihun sup dekat makcik
kulit licin di pasar malam
ari sabtu menjadi kepastian

Bulan posa tiba
mengingatkan kita
"pesta makan bersila
atas padang bola
sebelah masjid"
di sana

Unik
Kos hidup
di Kuantan
sangat rendah
berbanding KL

Kita selalu
menghabiskan
masa di sana
dengan
mencuci gigi
di klinik gigi
kuantan
RM1 only

Bas Bulan Restu
menjadi saksi
kepada kita
meninggalkan
Kuantan buat
sementara waktu

Terima Kasih
Kuantan
Percayalah
Kuantan

Suatu hari nanti
kita akan kembali
ke sana jua




























Wednesday, July 30, 2008

Cita-Cita


Berbaju putih,berkain biru tua
kita bersama bag swan
pertama kali
menjejak kaki
ke sekolah

Kita
mula mengerti
apa itu
cikgu
kerja sekolah
peperiksaan
perhimpunan
rotan guru besar
kawan-kawan

Paling seronok
apa itu
bunyi loceng
yang pertama

Rehat=Makan+Kantin
Mihun sup rm0.50
sekarang sudah
menjadi rm1.50
lama nya
masa memakan diri kita
sudah 16 tahun

Kita
tidak pernah lupa
pertama kali
cikgu
meng"interview" kita
untuk buku laporan sekolah
"Bila besar nak jadi apa"
kita dengan spontan
menjawab
"Boss"


Badan je kecik
Tapi ati besar
nak jadi boss
tu la cita-cita kita

7 tahun ke 10 tahun
kita sudah mula
memikirkan
apa yang kita akan jadi
bila kita besar
cikgu rubiah ketika itu
bertanya kepada kita
"apa cita-cita kamu"
otak dan hati kita bergabung
muncul lah
"Jurutera,arkitek,Pelukis kartun"


Jurutera kalau pandai
Arkitek kalau pandai lukis
Pelukis kartun kalau tak berapa pandai

Sejak ari tu
sehingga kita meninggalkan
pakaian seragam kita
baju warna putih
semua buku laporan kita
tertulis
3 pekerjaan di atas


Itu dulu
kini
kita
semakin
keliru dengan
cita-cita dan impian kita

Keliru
mana yang terbaik buat kita
Benar lah kata orang
Semakin kite
meningkat umur
semakin
banyak masalah
yang kite terpaksa
tanggung sendiri

Berfikir yang terbaik
untuk
diri sendiri
dan masa depan








Sunday, July 27, 2008

I'm Single



Terase klakar tak bc post kite
kali nie
I'm Single
De tak macam dok promote
diri sendiri
Tak Pernah pun
Terfikir Macam tu

Memang benar kite masih
single
Salah ke kite masih
berstatus single
Memang tak salah

Tapi
kite kene akui
yang kadang-kadang status single nie
buat semua orang pelik

"Nape ko x de bf lagi..ko kene ingat
yang kite nie da umur 23"
"Ko nie kene cari,nanti bile da keje
semua orang da berpunyer"
Nie la ayat-ayat rakan-rakan
yang menyayangi kite

kite tak salah kan mereka
sbb kite tau mereka sayang dan risau
dekat kite
terima kasih semua

Cume yang tak sedap dengar bile
de orang mengata
"Dia nie mmg x de bf sbb ****"
Serabut jer bile hidup lagi
orang-orang begini
Selalu nyer,orang yang kate mcm tu

Orang yang kite kenal 2 hari
Dah berani nak buat kenyataan
macam paparazi
sorry,orang mcm nie bolayan

kite nie bukan per
malas nak cari orang yang tangkap muat
hari nie suke,besok benci
pening kepala jer

bercinta bagai nak rak
ending dia dengan air mata

"biar lambat asal selamat"
pepatah lama yang sesuai
dengan kite
cume kene ubah sikit

"biar lambat asal jumpa"
kelakar tapi benar
kite nie sibuk dengan hal-hal
dunia yang tak habis-habis

tak de mase nak bersms
dengan orang yang di rasakan
tak serious jer

tu la sebab nyer
masih single sehingga sekarang
kepada mereka di luar
yang masih tertanye-tanye
ini adalah jawapannya

sekian.untuk petang ini.time kasih


Sorang-Sorang

Korang pernah rase hidup dekat dunia nie
ade korang jer..
Makan sorang-sorang
Gi beli Maggi sorang-sorang
Naik bus balik kampung,sorang-sorang

kite mase tgh tulis nie pun sorang-sorang je
semua orang kuar
kite mmg dah biase jer sorang-sorang
dari kecik lagi
cume orang yang melihat rase tak biase

"sorang jer"
tu la yang biase orang kate bile
nampak kite sorang-sorang
kite mmg suke bercakap
tak henti-henti
kalo dah mulut nie da start buka

kadang-kadang kite perlu mase
untuk diri kite berehat
pergi KL sorang-sorang
sambil makan nasi ayam
sorang-sorang

try la korang bt semua nie
mmg rase mcm semua orang
dok pandang kite
tapi sebenarnyer,diaorang
tengah cari anak diaorang yang
main lari-lari dekat sane

perasan jer!!
sebenarnyer kite mmg di lahirkan
seorang diri
nanti,kite juga akan dimatikan
seorang diri

sorang diri
tak bermakne kite nie
sombong
pemalu

tapi
seorang diri
sebenarnya
membuatkan kite
menghargai diri sendiri

yang kite sebenarnyer kuat
tak kan mudah
jatuh kerana orang lain..



Saturday, July 19, 2008

My Life Part II

Mase sem dua.dah stop bisnes roti.Special sem,Wanie ajak bt bisnes printing..Nampak best bisnes mcm nie tapi byk problem bile kite deal dengan orang.Bole la untungnyer.tapi x byk jgk..Tu la,Permulaankite start bisnes.Sekarang nie,kite bt bisnes Perfume.Sape-sape minat,sila ke link:http://profiles.friendster.com/myperfume.

Tak sampai 6 bulan,kite kene fikir nak bik title pe untuk final yearproject nanti.Pening..nak pilih pe..Structure vs Geotech vs Highway vs Hydorology.Tak sure lagi.Harap-harap la dapat ilham nak bik pe utk next sem.Sem nie,kite target nak study rajin2 sebab da nak abis da.Subject semakinsusah.Harap-harap,dapat la..Sampai bulan 9 je kite jadi General manager untuk Ilmu Kiosk.Pastu,terpakse tinggal kan kiosk utk budak baru.Sayangnyer tapi ape kah daya..kakak senior nie da nak abis.Mksudnyer da tua lakite..hahahaha..Sem nie,seperti biase..akan lebih sibuk dari sem-sem lps sebabnyer..kite ambik islamic 2.Budak-budak uniten akan rs nak pengsan bile kene bik islamic.

Bukan sebab subject tu susah tapi banyak-banyak sgt keje nak kene bt utk kumpul carry mark.Pastu,kite bik GIS.elective utk subjek civil..belajar gune software..Azam sem nie..x nak ponteng kelas kecuali sakit.Onny a.k.a housemate kitedah janji..yang dia nak bagi hadiah kalo kite tak ponteng kelas.Susahnyer..Tapi,tak pe la tinggal 2 sem jer,Zarith.Usaha-usaha..Kalo betul la kehadiran kite penuh..pertama dalam hidup tak pernah ponteng.Mase sekolah,mesti de 1 hari ponteng utk 1 tahun.Sebabnyer,kite tak suke bt bende yang same setiap hari.

My Life Part I


Diam tak diam..tinggal lagi 1 year nak abis degree nie.Tak sabarnyer sebab kawan2 kt dekat uitm graduate ahir sem nie.Patutnye da final sem da kalo masuk Uitm.Tapi,kite pilih Uniten.Memang susah nak cakap kenape kite pilih Uniten dari Uitm.Dah la yuran dekat sini mahal compare to UiTM.


Tapi,hati kite lebih ke Uniten.Akhirnya,kite tau nape hati kite pilih Uniten masa dulu.Sebabnye,dkt Uniten nie kite dapat belajar bende baru.Antaranyer,kalo ddk UiTm mesti kite tak akan active utk aktiviti club.Dah tentu kalo tak active tak syok la nak tulis dekat resume bile nak minta keje.Pastu,dekat Uniten nie kite belajar basic2 teater.Masa 1st sem,join astena.Yang paling penting,Uniten telah mengubah hidupkite supaya lebih berdikari.Ye la,yuran mahal.Tak nak la susah abah dengan mummy lagi.


Kite da start berbisnes sejak sem 1 sampai la nie.Dah banyak pengalaman yang kite lalui selame berbisnes.Bisnes pertama kite dekat Uniten nieniaga roti dengan farah.untung sikit jer sebab kiteorang asyik terliur je tengok roti-roti yang nak jual.Pastu,Jual satu..Makan satu..(Memang lah laku).