Showing posts with label mereka. Show all posts
Showing posts with label mereka. Show all posts

Monday, June 13, 2011

si Pemandu teksi



Si Pemandu TEKSI (1)
Maghrib.Semalam hujan renyai2, aku redah je jalan kaki yang penting sampai Wangsa Walk kena cepat2 grab teksi. Masa dah naik teksi tu confident aku bgtaw mana arah nak pergi.

“Wgsa Maju,Seksyen 5”
“Dekat dengan sekolah tu ke?”
“(eh?aku scan cepat2 dlm otak itu seksyen 4) Depan lagi dekat area2 Hospital Tentera  Sultan Mizan”
“Hospital?bawah tu.Eh itu seksyen 2”
“Ha’ah iye betul la. *Confident je(ERK!!OMG did i just said seksyen 5?!”)

Si pemandu teksi terkebil2 kejap tengok aku kat cermin. Aku pun ikut terkebil-kebil macam pak cik tu.Paused kejap!Pak cik tu senyum.Aku tergelak!

“Ya Allah~saya sebut seksyen 5 ke td?huhu (malu!!) ouh~sorry3!!seksyen 2.seksyen 2..(ulang2 sambil angguk tepuk dahi) saya dah mamai sebab nak cepat.

“Ahaa~nasib baik sy tanya, kalau tak kita dah ke atas seksyen 6.Saya ingat awak kerja macam bebudak2 yang selalu naik teksi  sy nie. Biasa diaorang sy kenal. Kalau tak tadi kita terlajak, susah lagi awak nak bayar lebih.” (aku mengiyakan je sambil senyum sumbing tahan malu..Aargh!)

Sempat bersembang. Dalam hati aku, aku nie payah nak bercakap ngan orang tak dikenali..tapi kalau orang pandai nak bertegur sapa memulakan cerita. Aku pun rancak nak bersembang. Aku ngan pakcik tu bersembang2 sampai cerita anak2 dia yang ambil course advertising, smpi bkerjasama dengan orang Arab, kerja berdekatan dengan restoran Amy Search.


Si Pemandu TEKSI (2)
Maghrib.Hari nie sedar2 aku tengok jam dah pukul 7. Office hour abes jam6. Cepat2 aku kemas beg. Nak cari teksi area2 opis nie sure tak de. So aku berjalan kaki depan sikit, seperti biasa menghala ke Wangsa Walk. Sana, teksi berlambak2 so aku melangkah laju macam nak terkejar2. Letih gak la sebab bahu aku tanggung beban lap top (dan b’brapa material lain*). Agak2nya anggaran 5kg smpi kot? :D ahaha.

 Aku tengok langit.Hurm~mcm dah nak gelap dah nie? Semalam dah la hujan ribut.Harap2 la malam ni tak. Huhu.Part paling tak best kalo ramai manusia duduk kat bus stop, maleehnyee aku nak berebut.Pandangan aku meleset bila hanya beberapa kerat ja manusia kat sana.Yeay! Dari jauh aku perasaan ada lelaki dan perempuan, Aku agak ni mesti couple. Aku jalan depan sikit, lalu bersebelahan diaorang, toleh kiri situasi diaorang mcm tgh bengang. Bf tue tahan teksi tapi diaorang x naik lagi still duduk.Teksi dah depan mata.Aku perasaan lelaki tue cam paksa naik teksi, tapi gf dia tak nak (eh~myimpang plak myibuk hal org.Adeeys!)

OK!stop kat situ.So aku buat2 tak nampak.memandangkan diaorang tak nak naik. Teksi pun dah tunggu. Aku pun risau hari dah nak malam. Aku trus grab teksi tu.Aku jengguk sekejap.Pemandu teksi melayu (watak ayah2) berkopiah. Ok la kot, aku trus ckp Wangsa Maju Seksyen 2. Si pemandu angguk dan ucap “bismillah”. Sejuk hati aku dengar. 

Then si pemandu teksi ni cuba ajak berbual.Mula2  dia tanya aku “Chinese ke Malay?”Aku x brapa phm. So aku repeat soalan dia..”chinese ke malay?” Dia ckp “iye.Chinese kan.”Aku terkebil kejap. Pelik kejap..”Saya ke?” aku soal balik. Dia pulak yang pelik. “Malay Chinese ke?Mix?”.Ouh baru aku faham. “owh tak.Saya malay.yang Chinese tu nenek seblah abah saya.” (tetibe aku rasa aku cam terbodoh sekejap.Mix la tue! adoi) ayat dia lepas tue buat aku rasa nak tergelak besar. “Dari jauh lagi saya nampak awak ni, sy ckp dlm hati eh..lawa nie!” perghh~~tersiput2 aku..Aku gelak kecil je.ehem! (maybe sebab aku rasa mengada2 je pak cik nie..sb aku rasa aku dah selekeh gila kot masa tue!dengan serabainya rambut mcm singa laut pastu ala2 makcik 2 yang tgh angkat beras 5kg termengah2.Well beg aku kn boleh tahan gak berat dia, huhu)

Pastu aku layan je pakcik tue bere. Aku terus terang la, tak la..baru lagi dok situ x smpi setahun. Aku gtaw aku dr Sabah. Dia ckp “tak bunyik sabah pun? Bukan org sabah ada slang lain skit bunyi dia..macam stacie” aku jwb owh itu “itu slang cm orang mcm kadazandusun.” Dia ckp lagi “Sabah memang kulit PUTIH2 GEBU.Kulit putih yang LICIN. Cantik je” time tue aku dah cam pelik2 je dalam hati.~isk..pakcik nie. Aku jawab je la..”Ha’ah..kalau diaorang kahwin dengan orang cina.Tak panggil kadazandusun dah.Tapi sino kadazan.”

Pakcik tue cam get interesting la plak kan~huhu tetiba dia ckp. “awak dah KAHWIN?” Aku jadi nak tergelak. “Saya?”nada2 terkejut)..”Saya ni ada muka mcm dah kahwin ke” pakcik tue senyum sumbing.. Ayat lepas tu mmg xleh blah.Dia ckp..“Ahh..Kalau macam masih single je lagi nie. Awak SINGLE ke?” Aku dah Hagak!!argh~geli gelaman kot!Sooo.. i’m in a situation ayah2 tengah ushar remaja2. (wah remajanya aku~~terasa diri sangat muda bila taip mcmni) Aku dpt rasa camni la kot org2 tua yg nak flirt agaknye..?hahaha!! Aku gelak je time tue. Aku jawab dengan nada sopan dan sebenarnya cuba mengelak.“Iye.Single..kahwin lagi. Ahh~Tapi DAH ADA!-laju sepantas kilat dan JUJUR yeh!! Terus soklan cepumas semakin kedengaran..Umo awak berapa? Aku balas la 23..(ehem!) pakcik tue trus cakap. “Ugh!patut la MUDA lagii..ingatkan single tadi, kalau tak masih boleh MENCUBA, insya Allah..kan?”Aku cam nak tercekik...tertelan air liur jap, tak taw nak balas...boleh plak cakap cmtu yeh?!!

Then masa bersembang tu trus dia bg aku namecard. Dia ckp kalau xde teksi atau nak g airport call je dia. Aku angguk2 je.Time nak bayar tu aku tengok meter RM5.30, then aku hulur RM50 sebab aku xda duit kecil.Semua duit besar dan ada 3 keping duit seringgit. Tetiba pakcik tu ckp dia pun xda duit kecil. End up dia ckp aku bayar RM3 pun xpa, sbb aku xda duit kecil dan dia pun memang xda duit tukar. Aku blk2 minta maaf kat pakcik tu sb rasa bersalah plak bayar rm3 ja..huhu tapi dlm hati aku berbunga jap *wlupun hanya RM2.50 xyah bayar..hee~


Monday, March 22, 2010

Perkara perlu tau perihal LELAKI

perkara perlu tau perihal LELAKI!-tips 4 gurl (^.*)


-Ini dia ‘rahsia’ kepada perangai lelaki yang mungkin membingungkan pempuan.Jom kenali lelaki! Sumber ni aku dapat dari majalah Cosmopolitan~


1. Mereka lebih rela dapatkan nombor kamu daripada memberikan nombor sendiri.


2. Usahkan gusar jika pertemuan pertama bak ‘drama’ bisu. Mereka tak pandai kekalkan perbualan yang lancar seperti perempuan walaupun dia berminat denganmu.


3. Satu suku berkata , berbohong itu boleh dilakukan, jika dapat elak pihak lain daripada terluka.


4. Lelaki sering menggunakan kawan yang jelik untuk memulakan perbualan dengan kamu, kemudian menyampuk untuk ‘selamatkan kamu’.
5. Kebanyakan lelaki bersetuju wajah cantik adalah lebih penting daripada berbadan seksi.


6. Setengah lelaki suka membuat lawak menjelikkan hanya untuk mengujimu, dan menarik perhatiankamu!


7. Lelaki yang gemar date ‘online’ lebih mudah luahkan perasaan. Tanpa perlu mendedahkan identiti, senang untuk mereka menyatakan emosi daripada bersua muka dengan kamu.


8. Kebanyakan lelaki tak mengharapkan sebarang perbuatan fizikal selepas temu janji pertama tetapi mereka teringin mencium kamu!


9. Hampir separuh daripada lelaki ditanya, mengaku lebih suka gadis yang sedikit notty!


10. 43% mengatakan mereka sanggup mencari maklumat mengenai kamu di internet sebelum temu janji pertama.


11. Lelaki bujang suka habiskan duit untuk baju, kereta, atau apa sahaja untuk tayangan umum.


12. Hanya 13% lelaki sanggup berkongsi butir-butir sulit dengan kawan-kawan sekepala dengannya


13. Bahagian badan yang mereka risau adalah perut, bulu badan, dan ‘payu dara’ lelaki.


14. Perangai perempuan yang suka tukar menu, mengadu mengenai suhu restoran dan menyuruh memegang beg tangan di awal temu janji biasanya dilabelkan sebagai ‘high maintenance’!






15. Gerak geri membetulkan stoking, tali leher, rambut atau topi menunjukkan betapa dia pentingkan sifat maskulin sebelum dia mula mengurat kamu.


16. Lelaki juga suka dimanjakan apatah lagi jika kamu membuatkan biskut kegemarannya. Makin naik lemaklah!


17. Salah sangka terbesar lelaki: minat mereka terhadap rupa berbanding personaliti seorang gadis.


18. Adakalanya apabila lelaki berkata “Tak Faham!” semasa bergaduh dengan kamu, adakalanya dia tidak berbohong.


19. Etika ‘flirting’: 59% mengatakan lelaki lebih suka jika kamu memberikan ‘hint’ awal.


20. Tiga suku lelaki mengatakan: mereka akan mengajak kamu keluar untuk kali kedua, jika kamu ketawa semasa temu janji pertama.


21. Seperempat mengatakan: Lelaki sangat bimbang wanita yang disayangi berdiam diri. “adakah dia fikir saya ni membosankan?” “Adakah dia berminat?” selalu memikirkan perkara sebegini selepas keluar dengan kamu.


22. lelaki solo lebih mudah dipengaruhi pendapat kawan berbanding yang berpunya.


23. mereka umumnya mempunyai suhu badan yang lebih tinggi daripada perempuan.


24. Yang lebih berotot mempunyai ramai teman wanita untuk berseronok,tetapi yang bertubuh sederhana mempunyai tahap testosteron tinggi

Monday, February 22, 2010

Masa Berkempen Pilihanraya kat Ip/CD

aku dan botol no.7
Huhu rupanyer aku ada lesung pipit eyh~
owhh botol no.7 kau tetap pujaan hatiku!!
aku dan botolku bersama dimana2 saja~hehehehe
yuuhu~ botol ko bsembunyi kat belakang eyh..takpa biar aku buat tanda hati tanda aku syg botol,kurang sket pcemaran alam..aneh sungguh napala org sukati ja buang botol kat jalan raya,kn?
org tak sedar ke ko byk mnfaat?atau buat2 tak sedar?
syg kewujudan tak disedari..
buktinya ko selalu dibuang merata2..
bila terasa diperlukan utk mghilangkan boring ko disepak2,baling2, dipermainkan dulu baru digunakan utk kepentingan (bila org sedar ko rupanya penting) 
tak sapa pikir perasaan botol..maklumla botolkan benda mati..
jadi perasaan botol selalu dipermainkan
selalu disepah2kan
selalu dipersendakan sesuka hati
sebab botol dianggap kecil dan kosong tak berharga
ehehe aku dan botol ku~
tak pe wahai sang botol!
akan aku junjung tggi kau wahai botol!
tggi melangit melebihi kepalaku
saat seketika
penyorak yg mbingitkn telinga
terpekik tlolong undi~sekian2..
aku tetap bsama botol..
setia mcurah bakti sdaya mampu menaikkan dikau
sebab aku tahu kau mampu memberi air bahagia
dikala org2 haus dahaga..
sebab aku tahu kau memberi manfaat
dikala org2 memerlukan tenagamu 
sebab aku tahu suara dan bunyimu selalu tegas
mungkin mereka melupakan bunyi merdu mu..
wahai botol ajaib dimana kah dikau skg?
ntah dah p mana dah botol tu..
huhu syg kalau la aku simpan,
leh letak guli..kn?
jaat btul org buang botol no.7 aku tu!huhu
dimana..kan ku cari ganti..serupa denganmu~wahai bootol!!!
geng semerah padi~

p/s: luahan hati no.7..hanya aku yg mengerti..

Birthday party kat Alamesra

Ekculi nak update gmbar ni lama dah..masa ni birthday kat Alamesra nak tau sapa dia yg birthday??Sbnrnye yg birthday ni tuan Hj. pemilik MegaBoogie, yg byk mberi sumbangan pd UMS, pasal lighting and sound bg jer kat MegaBoogie...hehe...Alhmdulillah dpt gak salam n btandang ke majlis birthday beliau.Memang gempak gak..happening sbnrnye mlm ni kitaorg baru abes rapat umum kat IP, ingat mkn kat alamesra alih2 trus g ke birthday part..Huhuhu korang sowie ar takda ksempatan da bkurun kat laptop gmbr ni..huhu nie aku da hapdet da picture korang...meriah gak ar 2 kali trip bkumpul p cni hehehe..Makanan superb lazat!!!sempat gak dorang bkaraoke n menari!!Seyees korang mmg happening and supporting!giler ar...segan aku..aku dok sowang2 truskan makan~nyumm..nyum..bek aku mkn dr join..hahaha

Enjoy tgk dorang dok nari hahaahha...tak sanggup aku mnari segan giiileer (eceh...nak nari bila pform jer ahaha buruk prgai kn..)hummph..ada rasa sedey plak bile nengok gmbar ni...everything so perfect...until..donno la.. something goes wrong somewhere..kn? Still aku sayang tgk senyuman korang..teringat kata2 dalam lirik rossa "cintai aku" layan emo jap.

Malam yang dingin ini
Membuat aku menangis melihat
Gambar kita yang dulu bahagia
Ke mana perginya masa indah itu
Tuhan tolong kembalikan kisahku..

.huhuhu nak nanges..T_T..mas..rozie,kak jue..wat eva happen the other day or today let pray to Allah..coz we need to move on..chill out..and be strong...oyerk sat g nak hapdet gmbar2 time pilihnraye..eh lupa lak!* Mas ko dah update kn gmbr pilihnraya aritu???takpe2 aku nak gak letak gmbar korang kat blog aku!!ahaha..




Thursday, January 21, 2010

Plastic Surgery



Kambing berwajah MANUSIA..kambing ni kalau tengok sebijik cam manusia..huu~ngeri..tapi tue la kebesaran Illahi.Kambing ni dipercayai dijumpai di Turki,tak berbulu dan menyerupai manusia ..cuba korang nengok mata,hidung mulut..macam manusia kan??

Ni peringatan dari Allah,buat sang pencinta susuk...botox..n plastic surgery..Bersyukurlah dengan rupa paras anda..Jangan dok mengeluh aku ni tak cantik..berkedut la (kedut sikit nak cucuk botox..huu~megubah ciptaan Tuhan.Dosa.hee..kawan saya cakap)mengadu kulit hitam la(opss~)gigi senget la..kening tebal..bla.bla.bla and soon..

Cantik itu subjektif(hiik~mcm penah dgr je ayat ni..ayat org copy sket~) Kalau dah lawa.mesti lawa punya..Dah manis..mesti manis punya..kalu tak masakan ada Bf or Gf,tak pun ada org dok kimsalam..atau nak kenal korang; ye dok??tak yah nak ubah rupa jadi lebih anjal,tegang agar nampak muda berseri..HUssh..bersyukurlah nak..kaang datang bala dari tuhan muka cantik jadi kambeeng baru tau..huhu..

Ahaa!!Tang kambing tue..dengar kabar orang kmpg pi bakar sbb kononnya dgr kabar ada org buat perkara sumbang mahram..seks luar tabii kat kambing..(Ya,Allah!apa dah jadi niee..)hmm tak tau kesahihan btul ka tak??Anak kambing pun nak jugak..kahween kan senang.Abis ceta.huh..takott~

p/s: Apapun sekadar perkongsian..selamat beramal!

Friday, January 8, 2010

STRANGERS WHO BECOME FRIENDS


STRANGERS WHO BECOME FRIENDS
We talk around
Talking to complete strangers
Laugh for absolutely no reason at all
Have stooped fight that are over in 10 minutes
Attempt to dance and sing like
They do in music videos
Have a billion ‘you had-to-be tere’ times
Hang up on the bitch that has a problem
with one of us
Make fun of each other
When we walk into stuff
Act like we’re all on crack
And no matter what happens
we’re always there for each other
through good times and bad..
Friens,
I will stick up for you
When you are being put down
I will always have your back
I deserve all your frust and love
I will lend you my shoulder when you sad
I can make you laugh whenever you feeling sad
I don’t care what others think about you
I will never jugde you
I will make you feel safe
I don’t care if you are crazy or quite
I will give you my innocent heart to love you
I will never forget you
Because meeting you and being your frens
Is the most precious gift from GOD..

Dedicate speacially to: All my good friends who stay warmth in my heart  (frens u know who u..r.)

Friday, September 11, 2009

angin satu badan??banyak istigfar di bulan ramadhan ni..

Aku kadang2 tak faham sikap beberapa manusia. Bila kita bermanis wajah, ada yang bermasam muka. Kadang-kadang ada sesetengah manusia suka mempertahankan niat asalnya baik tapi bila disertai hati yang selalu prasangaka atau syak..benda tu dah berubah. Humm..macam2..BAK kata abang pijol ehe..manusia ni unik..macam2..Tapi yang aku nak highlight adalah sikap sesetengah manusia.....Bila kita berbuat baik ngan dorang, dorang tetiba macam nak menjatuhkan diri kita. Bila kita diam dituduh tarik muka atau sombong..Ada sesetengah manusia yang aku tak faham suka memutarbelitkan sesuatu cerita untuk meyakinkan diri mereka tak bersalah. Ada gak yang soksek sana sini...ermm erti kata mengumpat, bercerita tentang sikap seseorang yang mereka tak ngam pastu cuba membawa orang sekeliling membenci dan marah kat diri seseorang tue. Hurmm ingatkan bulan ramadhan ni hati akan bertambah suci dan bersih dari segala kekotoran, tapi ternyata ada yang masih dengan sikap dulu. Apapun yang terjadi kita kena berbalik pada diri kita sendiri. Kadang2 kita menyalahkan orang lain padahal benda tu berpunca dari sikap kita yang tanpa sedar menyakitkan hati orang lain atau mengecilkan hati. Mungkin kita tak sedar kesilapan kita sebab tu kita kena banyak istigfar dan memaafkan setiap orang yang berada disekeliling kita.
Kajilah diri.. Banyakkan berdiam bila perlu..ajar hati untuk berpuasa dari menyimpan rasa amarah sesama kita.