judi bola sepak


Saya percaya banyak yang tidak bersetuju dan membantah dengan pemberian lesen judi bola sepak Piala Dunia. Bagi mereka kerajaan sudah tidak rasional meluluskan lesen ini.
Saya juga secara peribadi tidak setuju tetapi apabila melihat kawan saya berbangsa cina amat meminati judi seperti judi bolasepak Piala Dunia maka saya berpendapat kerajaan meluluskan judi untuk bukan Islam. Apakah kita lupa bahawa kaum cina memang suka permainan seperti judi samada kanak-kanak hingga orang tua. Cuba kita lihat bangsa apakah yang ramai ke Genting Highland untuk berjudi. Mengapa orang cina suka ke Macau ?
Sedar atau tidak banyak orang cina tidak membantah isu ini. Cuma yang ‘berkepentingan politik’ dan ‘dunia gelap’ yang merasa tergugat income. Di Kelantan judi berleluasa, yang berkopiah pun siap tulis nombor di kertas untuk beli nombor secara sembunyi dengan orang cina. Sukarnya ingin membendung orang Islam daripada berjudi mahupun arak biarpun berada di serambi mekah yang mengamalkan dasar Membangun Bersama Islam.
Apa yang dilaksanakan oleh TGNA adalah untuk orang bukan Islam, tetapi adakalanya mengelirukan kerana jika orang lain laksana salah tetapi kalau TGNA betul…(saya keliru dengan kata-kata TGNA “cakap lain buat lain”)
Hakikat sebenarnya jika kerajaan BN luluskan lesen judi Bola sepak,kerajaan PR mula tidak setuju dan kononnya membantah tetapi sebenarnya andainya kerajaan PR luluskan maka mereka akan kata inilah kerajaan yang peka dan prihatin kepada semua kaum contohnya kaum cina.
Kini mungkin apa yang dibuat oleh BN adalah untuk bukan yang beragama Islam tidak disenangi PR kerana bakal mengugat.
Semoga Allah swt memberi petunjuk jalan yang benar. InsyaAllah. Kita sebagai orang Islam diberi akal fikiran dan hati. Ingat yang baik datangnya dari Allah swt dan yang tidak baik datangnya dari kita sendiri.