Pasca pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari jawatannya
sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam Kabinet dan Timbalan Presiden UMNO tanggal 2hb. September 1998 menyaksikan lanskap politik Malaysia telah melalui perubahan
yang begitu drastik. Rakyat terheret sama mengharungi liku-liku perjuangan
dalam politik Malaysia. Sekaligus mendidik lebih ramai rakyat untuk lebih
celik politik. Namun politik yang tidak berkesudahan dan berpanjangan selama
lebih 16 tahun sehingga kini, pada tahun 2015 telah mula meresahkan rakyat.
Rakyat semakin terhimpit bukan sahaja akibat politik dalam Negara malah semakin
lemas dan rimas dengan kebobrokan pemerintahan UMNO BN serta kebejatan ekonomi akibat tangan-tangan
rakus pemimpin-pemimpin yang diangkat oleh 47% pengundi pada PRU13 yang lalu.
POLITIK PARTI PEMERINTAH MERESAHKAN RAKYAT
Politik dalaman UMNO begitu membarah akibat dari kelompok Najib
(yang hanya membentuk minoriti dalam UMNO) yang masih mempertahankan bos mereka
untuk terus bergayut pada kuasa adalah antara faktor mengheret rakyat kepada
politik aktif. Tindakan mereka secara relatifnya menyebabkan rakyat mula resah
dan peduli politik. Semakin hari semakin ramai “netizens” atau warga
siber begitu rancak meluahkan rasa tidak puas hati mereka melalui media sosial
seperti facebook, whatsapp, instagram dan lain-lain. Tidak kurang juga dgn
bloggers. Kesemua ini mampu membentuk persepsi dan aliran pemikiran rakyat
marhaen bermaklumat justeru menjadikan media arus perdana hilang pengaruh dan
relavansinya. Realiti Politik Malaysia bagi rakyat adalah “A Need To Know Basis”, sejak
dahulu persepsi begitu galak dimainkan oleh UMNO BN bagi mengalih dari isu
sebenar sambil meraih sokongan. Sehinggakan begitu ramai yang masih belum sedar
akan kepincangan dan urus tadbir Najib yang lemah serta mengheret Negara kepada
kerosakan ekonomi. Meskipun kini disedari ia kelihatan sangat sukar untuk diatasi. Politik, kuasa dan ekonomi sangat berkait rapat.
Kedurjanaan dalam berpolitik, penyalahgunaan kuasa bagi
memperkayakan kroni, merompak hasil negara, urus tadbir yang pincang, rasuah
yang bermaharaja lela mengundang kepada masalah ekonomi yang akhirnya menghimpit rakyat. Bagi yang sedar mereka bangun menentang dan menjadi lebih cakna
serta peduli dengan politik. Bagi yang berada dalam zon selesa, mereka masih
bermimpi indah, kurang sedar, enggan peduli atau masih yakin UMNO BN mampu mentadbir negara.
Dalam keasyikan dan mimpi di siang hari akibat dari sajian isu-isu yang
mengalihkan pandangan dari isu utama yang membarah, satu persatu mula
tersingkap dan “power struggle” dalam UMNO mula kelihatan di permukaannya. Itulah
perancangan Allah SWT dan semuanya dalam ilmu Dia…Yang Maha Berkuasa.
Pergelutan kuasa dalam UMNO yang merupakan parti tunjang
Barisan Nasional semakin parah. Lain-lain parti komponen BN seolah-olah terkedu
dan kelu dengan masalah ini sementelah mereka sendiri mempunyai masalah dalaman
yang menanti masa untuk “meletup”. Ianya umpama bom jangka. Kekalutan dalam
UMNO membarah berpunca dari keterlibatan Najib dan konco-konconya dalam
skandal kewangan terbesar abad ini, malah tersohor dan termahsyur seantero
dunia iaitu 1MDB. Meskipun usaha MP pembangkang sebelum ini terutama Rafizi
Ramli (PKR) dan Tony Phua (DAP) untuk
membangkitkan isu 1MDB ini ianya kelihatan hanya diberi perhatian oleh pihak
pembangkang dan penyokong-penyokongnya sahaja. Penyokong UMNO BN memandang sepi
kerana ‘spin masters” UMNO BN acapkali berjaya membelit dan memutarkan isu ini
SEOLAH-OLAH ianya sekadar isu fitnah yang sengaja dibangkitkan oleh
pembangkang. Namun, hari demi hari rakyat melihat kesan “politik
rompakan” durjana. Urus tadbir pincang yang masih menobatkan Dinasti Kodi mengakibatkan negara menghadapi kemelut ekonomi serta penyusutan nilai ringgit
akibat "TRUST DEFICIT" yang dihadapi oleh pentadbiran Najib.
Bertolak dari
keputusan Tun Dr. Mahathir Mohamad (Tun M) untuk menegur Najib secara
terbuka, rakyat yang sedang “lena” mula membuka
mata. Namun masih ramai penyokong UMNO BN masih menguap dan enggan bingkas bangun dari tidur di
siang hari. Asakan demi asakan ke atas pentadbiran Najib terutama isu 1MDB oleh
bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu mula kelihatan keras. Tindakan itu
mula mencelikkan mata penyokong-penyokong UMNO BN akan kebobrokan politik dan
kuasa yang bakal mengheret Malaysia ke kancah kegawatan ekonomi. Usaha Tun M
pada mulanya dipandang sepi oleh ramai pihak termasuklah penyokong-penyokong
pembangkang kerana merasakan Tun M mempunyai agenda peribadi dan untuk menyelamatkan UMNO BN semata-mata. Tiada nilai patriotik diberikan kepada Tun M.
Adakah hakikat sebenar lebih dari itu? Bukan sahaja bagi menyelamatkan Malaysia dari terjebak dalam kerosakan ekonomi yang sukar dipulihkan, malah bagi mengelakkan Malaysia terjerumus ke lurah konflik hubungan antarabangsa dengan Amerika Syarikat dan China? Sesungguhnya ASEAN tidak boleh dijadikan “Zone Konflik” dan Malaysia perlu mengekalkan status “Non Allies Nation” serta bersikap lebih berkecuali atau sekurang-kurangnya tidak kelihatan "memihak". Isu sensitif ini tidak dapat dibincangkan di sini namun kita yakin ianya adalah antara perkara yang sejak awal difikirkan oleh negarawan seperti Tun M dalam usaha beliau mendesak Najib "turun tahta".
Adakah hakikat sebenar lebih dari itu? Bukan sahaja bagi menyelamatkan Malaysia dari terjebak dalam kerosakan ekonomi yang sukar dipulihkan, malah bagi mengelakkan Malaysia terjerumus ke lurah konflik hubungan antarabangsa dengan Amerika Syarikat dan China? Sesungguhnya ASEAN tidak boleh dijadikan “Zone Konflik” dan Malaysia perlu mengekalkan status “Non Allies Nation” serta bersikap lebih berkecuali atau sekurang-kurangnya tidak kelihatan "memihak". Isu sensitif ini tidak dapat dibincangkan di sini namun kita yakin ianya adalah antara perkara yang sejak awal difikirkan oleh negarawan seperti Tun M dalam usaha beliau mendesak Najib "turun tahta".
Namun, pelbagai isu termasuk 1MDB sudah menjustifikasikan
bahawa rakyat tidak kira fahaman politik, bangsa dan agama seharusnya bersatu
mendesak Najib dan konco-konconya melepaskan cengkaman kuasa. “The
Enemy of Our Enemy is Our Friend”. Tun M dan sesiapa sahaja yang ingin mendesak
Najib meletak jawatan WAJAR disokong. Ini bukan lagi terbatas atau berkisar
sekadar politik tetapi kelansungan survival Negara Malaysia yang berdaulat.
Hanya segelintir di kalangan UMNO yang berkepentingan dan mempertahankan Najib, majoriti di dalam UMNO terutamanya ahli
dan pemimpin akar umbi begitu marah dan kecewa dengan Najib. Natijahnya, timbullah bermacam usul,
kenyataan dalam mesyuarat Cawangan dan Bahagian UMNO yg boleh dianggap sebagai
anti-Najib. Lapuran polis turut dibuat terhadap Najib. Namun dengan kuasa dan
segala apparatus kerajaan yang ada telah dipergunakan untuk “menutup” suara
akar umbi. Begitu lah kecilnya jiwa seorang pemimpin.
POLITIK PARTI PEMBANGKANG MERESAHKAN RAKYAT
Majoriti rakyat sejak
beberapa Pilihanraya Umum (PRU) yang lepas telah melihat pakatan parti-parti
pembangkang sebagai pakatan yang mampu menjadi alternatif bagi menggantikan BN.
Itu adalah aspirasi rakyat dan Pakatan Rakyat terbukti merupakan kuasa politik yang mampu mencabar dan meruntuhkan ego BN. Ini telah dibuktikan di PRU13 yang lalu bila berlaku "tsunami politik".
PR menjadi harapan rakyat bagi menggalas misi menumbangkan BN sekaligus menghentikan
keresahan rakyat terhadap pelbagai kebejatan, kebobrokan dan keangkuhan pemerintahan BN
yang dianggap menzalimi rakyat. “Power Corrupts. Absolute Power Corrupts Absolutely”.
Itu yang terjadi kepada BN dan kini Najib menggunggulinya.
Namun PR turut dilambung ombak. Harapan kepada pakatan pembangkang semakin menjunam, rakyat
semakin kecewa. Resah dengan politik haprak UMNO BN, rakyat terkesan dengan
pertikaian dalaman Pakatan Rakyat. Bermula dari sikap “LAPAQ MICROPHONE”, segelintir pemimpin dalam
PAS, PKR dan DAP mula “menembak” kawan di "lapang sasar" musuh. Sokongan rakyat membuatkan mereka
“terlena” dengan jawatan dan kuasa. Media musuh mula menjadi medan bercakaran sesama sendiri.
Keadaan semakin ketara apabila cabar mencabar berlaku antara
PAS dan DAP yang kemuncaknya ialah Muktamar Tahunan PAS ke 61 pada 4-6 Jun 2015
yang menyaksikan kelompok Profesional dan Progresif G18 yang digelar “JEBON”
telah disingkirkan secara “en-block”. Menambah luka apabila pemimpin-pemimpin
PAS pro-Ulama telah memutuskan untuk menghentikan “tahaluf siyasi” dengan DAP
tetapi meneruskan kerjasama longgar dengan PKR. Suatu keputusan yang maha pelik
dan hanya diterima oleh penyokong tegar PAS. Natijahnya ramai ahli PAS mula
keluar dari parti dan ianya semakin ketara selepas 1 September 2015.
Keresahan rakyat terutama pendokong PR semakin
mendesak yang inginkan pakatan terus membela rakyat dan WAJIB kelihatan kuat
bagi menyaingi UMNO BN yang semakin lemah dan lemas. Malang bagi PR, ianya
lebur kerana sikap tidak “kebersamaan” PR oleh pemimpin-pemimpin tertentu dalam
PAS. Natijahnya dari tekanan NGO-NGO terutama PASMA, IKRAM dan
lain-lain maka tertubuhlah Gerakan Harapan Baru oleh G18 yang ahirnya membentuk
Parti Amanah Negara (PAN) atau sinonim
dengan perkataan AMANAH. Amanah diumumkan selepas himpunan Bersih 4.0 yang
menyaksikan himpunan rakyat pelbagai kaum yang turun disertai oleh pemimpin
PKR, PAN dan DAP malah oleh Tun M. Ianya adalah natijah dari keresahan rakyat
terhadap Najib, UMNO dan BN. Kali ini “it’s beyond politics” dengan 500,000 rakyat turun ke jalanraya selama 34 jam bagi membuat 5 tuntutan utama untuk menyelamatkan negara dan mendesak Najib meletakan jawatan. Antara tuntutan adalah bagi memastikan pilihanraya yang bersih dan adil.
Selari dengan aspirasi rakyat marhaen tanggal 22 September
2015 persidangan meja bulat dianjurkan PKR dan disertai oleh PAN, DAP dan
pelbagai NGO memutuskan PAKATAN HARAPAN
(PH) ditubuhkan tanpa PAS yang enggan menyertainya. PH telah memberi sedikit
harapan dan menjawap keresahan rakyat namun ianya masih belum mencukupi. Politik
dalaman dimainkan oleh segelintir pimpinan PKR yang masih mahukan PAS atas
sebab-sebab dan agenda mereka sendiri terus mencalarkan imej PKR sekaligus
sekali lagi menghampakan pendokong Pakatan Harapan yang baru sahaja bertunas.
Desakan demi desakan terus ditunjukkan warga siber (netizens) agar PH terus
mara tanpa PAS. MB Selangor, Azmin Ali yang masih berdegil untuk mengekalkan PAS dalam kerajaan negeri telah menimbulkan suasana janggal. Ketua Menteri
Pulau Pinang, Lim Guan Eng (LGE) seolah-olah mengajar Azmin bagaimana dia
sepatutnya melayan PH. LGE memulakan langkah mengumumkan kerajaan Pulau Pinang
adalah kerajaan Pakatan Harapan. Azmin kini tersepit antara agenda bersama PAS dan aspirasi rakyat bersama PH.
Harapan rakyat yang ingin melihat PH menguasai
Selangor tanpa PAS semakin memuncak. DAP memberikan kata dua kepada Azmin untuk
akur dengan PH dengan menolak PAS dari kerajaan Selangor. Sekali lagi rakyat resah
dengan pergelutan kuasa dalam kerajaan negeri Selangor yang seolah-olah tidak
berkesudahan. Jika ini tidak ditangani, adalah tidak mustahil sokongan kepada
Pakatan Harapan di PRU14 akan merudum akibat protes dan bosan dengan sikap
pemimpin-pemimpin PKR yang terlibat. Malah, pihak yang mesra PAS dilanggap tidak popular dan tidak perlu disokong. Di luar sana, di merata-rata tempat
perbualan biasa ialah tentang Najib, UMNO BN dan Hadi dari PAS. Rakyat
marhaen kelihatan kecewa dan marah dengan dua pemimpin politik ini. Tidak
keterlaluan jika dikatakan bahawa dua pemimpin politik ini sangat tidak popular
di kalangan rakyat pada ketika dan saat ini. Hanya penjilat mereka yang masih bermimpikan sokongan marhaen. UMNO dan PAS kelihatan serupa tapi tak sama. Kelunakan dua pemimpin berstatus "ulama" dalam PAS terhadap "derma" buat Najib sekadar mengeruhkan keadaan dan meloyakkan tekak marhaen.
EKONOMI YANG PARAH MENGHIMPIT RAKYAT
Semakin hari semakin resah rakyat dengan pentadbiran UMNO BN yang kelihatan menindas dan menekan rakyat dengan pelbagai
tekanan termasuk GST, kes rasuah kepimpinan tertinggi dalam kerajaan, isu 1MDB, isu "derma" RM2.6 billion ke akaun Najib, nilai
ringgit yang merudum, ekonomi yang lembab, kenaikan harga bahan bakar di
Malaysia , kejatuhan harga minyak di pasaran dunia yang memberi impak negatif
kepada Negara pengeluar minyak. Kenaikan kos harga barang keperluan sekaligus menjadikan kos sara hidup semakin tinggi.
Pendapatan semakin kurang, gaji tidak bertambah, syarikat
besar mula membuang pekerja dan bisnes semakin susut semuanya meresahkan
rakyat. Rakyat yang sebelumnya tidak merasa himpitan ini semakin terasa
bahangnya. Kumpulan rakyat yang terkesan kepada hambatan ekonomi ini semakin
membesar dari hari ke hari. Malangnya masih ada lagi yang terus menyokong Najib
tanpa menyedari dan mengakui hakikat bahawa Malaysia diambang kehancuran kerana
sokongan seperti itu hanya membawa rebah bukan sahaja bagi UMNO BN malah bagi
negara Malaysia kerana sokongan kepada Najib, UMNO BN hanya mengakibatkan : -
- Ekonomi dan Ringgit Malaysia terus diheret turun oleh skandal 1MDB.
- GLC dan harta negara berterusan dijarah untuk menutup lubang hutang dan rompakan siang hari oleh "penyamun tarbus".
- Ringgit Malaysia akan terus merudum akibat TRUST DEFICIT kepada pentadbiran Najib.
- FDI (Foreign Direct Investment) akan merudum malah mungkin tidak akan masuk kecuali dari negara China (Manakala video memaki Cina babi sudah viral ke negeri China dan menyinggung perasaan kerajaan dan rakyat China. Percubaan memanggil Duta Besar China hampir merosakkan “Bilateral Tie” dengan China).
- Negara menuju kebangkrapan sepertimana Greece dgn Rezab BNM sudah semakin susut sehingga tinggal USD106b dan kehilangan USD40b sejak usaha yang gagal menyelamatkan ringgit yang terus menjunam.
- Syarikat-syarikat besar mula mengurangkan pekerja dan beribu rakyat Malaysia hilang pendapatan. Eksport yang semakin menyusut dan import yang membebankan akibat kejatuhan nilai ringgit.
- “Cost of Living” terus naik mencekik rakyat tanpa menunjukkan petanda akan reda.
- dan banyak lagi kesan-kesan sampingan yang perlu ditanggung oleh rakyat.
Keadaan ekonomi yang semakin parah ini begitu menghimpit
rakyat dan ianya mula dihubungkaitkan dengan masalah ekonomi dihadapi rakyat.
Rakyat mula menjadi celik dan peka kepada politik terutamanya bagi rakyat
bermaklumat di Bandar dan separa Bandar. Bertolak dari ini maka adalah dijangka
akan berlaku gerakan massa dari kalangan rakyat marhaen untuk menolak UMNO BN
di PRU14 nanti. Sistem "Dua Parti" seperti di negara-negara maju mula kelihatan praktikal dan relevan. Sistem ini memberi kuasa kepada rakyat memilih antara BN atau PH. Kini tiba masanya rakyat berbilang kaum, agama dan ideologi politik untuk bangkit dan berani melaksanakan perubahan. Sistem dua parti bakal memberi kuasa penentu kepada rakyat dan membuatkan parti yang memerintah tidak akan berani mengenepikan suara rakyat atau melakukan perkara sewenang-wenangnya kerana rakyat berhak beralih arah pada PRU yang akan datang. Sistem ini juga akan menyerlahkan "PEOPLE'S POWER". Rakyat harus dididik kearah pemahaman Sistem Dua Parti dan anjakan paradigma politik baru merentasi perkauman.
HAMPIR MENGHERET KEPADA KRISIS DIPLOMATIK
Sehingga ke hari ini, nilai ringgit kelihatan seolah-olah “free
fall” dan tidak menunjukkan petanda akan pulih dari penyusutan. Ekonomi negara
seolah-olah “terhenti” dan wang tidak lagi berlegar dalam pasaran seperti
dahulu. Ditambah dengan pelabur asing yang menarik diri dan keluar dari pasaran
tempatan sehinggakan Gabenor Bank Negara (BNM) Tan Sri Dr. Zeti turut menyatakan
kebimbangan bahawa isu 1MDB mesti diselesaikan sebelum pemulihan ringgit boleh
berlaku. Tun M di dalam blog chedit.cc turut berpandangan bahawa hanya tanpa
Najib, Malaysia mampu berdiri gagah semula.
Keyakinan Tun M mempunyai asasnya kerana dengan sokongan
Negara China iaitu kuasa Ekonomi terbesar dunia, Malaysia mampu berdiri semula.
FDI dari China dan lain-lain negara asing dijangka mencurah masuk semula ke
Malaysia kerana inilah negara paling strategik di rantau Asia Tenggara untuk aktiviti perlaburan. Kemakmuran Malaysia
suatu masa dahulu juga menjadi kunci kepada minat masyarakat antarabangsa.
Himpunan baju merah yang terpalit dengan isu perkauman antara dua bangsa teras
Melayu-Cina adalah sesuatu yang sangat berisiko. Ianya kelihatan seolah-olah
gerakan anti-Cina yang memberikan impak negatif kepada “bilateral tie” antara Malaysia dan negara China.
Ditambah dengan polemik perkauman yang bahaya hasil Doktrin KETUANAN MELAYU ciptaan UMNO sehingga HAMPIR mengheret Duta Besar China ke
Malaysia mengadap Wisma Putra, sesungguhnya ia mampu mencalarkan imej Malaysia
di mata negara China. Mereka yang terlibat kelihatannya tidak sedar bahawa
mereka telah begitu hampir mencetuskan krisis Diplomatik, membangkitkan
kemarahan negara China dan berpotensi mencederakan “Foreign Policy” Malaysia. Ia juga bakal merosakkan hubungan
Malaysia-China yang telah terbina sejak 1974 melalui kepimpinan Allahyarham Tun
Abdul Razak dan diteruskan oleh Perdana Menteri selepas beliau termasuklah Tun
M.
Pada tahun 1991 di era Tun M, kerjasama ditingkatkan apabila
terbentuk China-Malaysia “Strategic Consultation Meetings” yang diadakan
setiap tahun secara bergilir antara Beijing dan Kuala Lumpur. Hasil ilham Tun M ianya telah
mempertingkatkan kerjasama bukan sahaja dari segi perdagangan, “Foreign Affairs”
dan ekonomi malah dari segi ketenteraan serta kepakaran teknologi yang
menyumbang kepada kemakmuran serta kepesatan ekonomi negara. Legasi ini diancam kemusnahan
dengan gelagat segelintir kumpulan
ultra-Melayu yang tidak lansung memikirkan kepentingan ekonomi Malaysia.
Masa depan Malaysia dan rakyatnya kelihatan suram,malah
melalui laluan berliku bermula dari kemelut politik yang meresahkan sehinggalah
kepada keperitan akibat himpitan ekonomi yang terus menerus membuatkan rakyat
merasa bosan, keliru dan hampa. APAKAH MASIH ADA SINAR BUAT MALAYSIA?? APAKAH MASIH
ADA CAHAYA DIHUJUNG TEROWONG? Itulah persoalan yang paling besar dibenak hati rakyat
yang cakna dan patriotik. TIDAK BOLEH TIDAK, JALAN KELUARNYA ADALAH
MELALUI JALAN POLITIK, KUASA DAN EKONOMI. UMNO BN SUDAH TIDAK LAGI RELEVAN. NOKTAH!!
Wallahualam.
TAPAI
02.10.2015
02.10.2015
No comments:
Post a Comment
Kepada yang nak memberikan komen, sila patuhi syarat-syarat ini.
1. Sila guna bahasa yang berakhlak. Caci maki hamun tidak dibenarkan.
2. Sila guna nama sendiri atau nama samaran. Komen tanpa nama (anonymous) tidak akan dibenarkan.
3. Fakta kena jelas. Auta kena pulas.
4. Anda dipertanggungjawabkan atas komen anda.