Showing posts with label melayu itu bahasaku~. Show all posts
Showing posts with label melayu itu bahasaku~. Show all posts

Wednesday, November 09, 2011

Jawablah

sudah cukupkah?
amalan yang mungkin dibawa
ibadah yang akan dipersembahkan
kebajikan yang akan dibentangkan

yakinkah?
kalau amalan, ibadah, kebajikan itu
diterima semuanya
dan tidak ditolak olehNYA

sehingga kau berani
untuk merasa malas dan lengah??!

lupakah?
masamu kian suntuk, singkat, sempit
lupakah?
sekecil apa perbuatan itu, tetap dilihat Sang Pencipta?!

ya benar, Allah itu Maha Pengasih,
penuh rahmat dan kasih
tapi apakah kau layak untuk menagih
jika ketaatan kepadaNya tidak kau pilih?

jalan kembali kepadaNya
sentiasa terbuka lebar, seluasnya
bijaklah dalam mngatur langkah
agar kembali kepada redha Allah

~let's walk to him


Tuesday, November 17, 2009

saya pun tak faham..

pagi tadi saya pergi basuh baju guna mesin basuh di blok Khar.ya lah, malam ni dah nak balik terengganu, jadi kena selesaikan semua baju tu dengan segera.
sambil tunggu mesin selesai, eh, saya terperasan ada seekor kucing putih bertompok hitam, datang dekat dengan saya, kemudian pergi ke suatu sudut.
dekat sudut tu ada longgokan baju-baju yang tidak dikutip oleh siswa siswi, jadi makcik yang membersihkan blok kumpulkan atau longgokkan di sudut itu.
bila saya tengok dengan teliti, eh! ada empat ekor anak kucing yang masih halus! sangat lemah dan sangat kecil.tergolek dan terliuk lentok, ya la, tulang masih belum kuat.
rupanya anak-anak kucing itu milik ibu kucing berwarna putih hitam itu tadi.dia pergi dekat anak-anak dia tu.longlai.penat agaknya ye, mungkin masih dalam pantang? hihi..

saya tengok walaupun ibu kucing tu masih lemah, tapi bila anak-anak dia panjat dia (secara tergedek-gedek dan jatuh-jatuh..hihi, lucu!) ibu kucing tu masih setia dekat situ.dia bagi anak dia minum susu.bayangkan, empat mulut dan lapan tangan halus, kat badan ibu kucing lemah tu..ibu kucing tu sampaikan kena angkat tangan dia sikit, bagi laluan kat anak-anak dia.saya tengok dia, dan dia tengok saya, dengan mata yang agak kuyu.lemah.

bila anak dia dah kenyang dan tergolek, ibu kucing tu mandikan pulak anak dia.perlahan-lahan.cermat.bila macam ni la, saya mula tak faham...

1. saya tak faham kenapa kucing punya naluri kasih sayang lebih tinggi dari manusia. ya la, tengok je la kes-kes buang anak, dekat tandas la, surau la, kolej la..haish!

kucing: tak ada orang atau kucing lain yang akan marah atau kecewa dengan dia kalau dia abaikan atau biarkan anak dia.tapi dia tetap jaga anak dia.dia tak ada akal untuk bezakan yang mana baik yang mana buruk, macam manusia, tapi naluri sayang dia menyebabkan dia setia jaga anak dia.manusia yang berakal pulak? aduh, ironi kan?

sedihnya tengok generasi baru yang makin rosak..apa yang boleh saya buat dalam situasi macam ni ya? sebab sebaik-baik manusia adalah mereka yang bermanfaat kepada orang lain.saya mahu jadi orang yang berguna untuk masyarakat.mungkin, satu hari nanti saya dapat buat sesuatu..

Tuesday, October 27, 2009

minggu belajar

semester ini sesi kuliah sudah pun selesai.sekarang masa untuk para pelajar mengulang kaji segala pelajaran yang telah diperolehi mahupun tidak untuk semua subjek yang bakal diduduki untuk peperiksaan nanti....

alhamdulillah, tidak terlalu banyak dugaan mahupun kesulitan yang dialami oleh saya sepanjang semester ini. untuk tugasan individu, berpasangan jua berkumpulan, semuanya sudah selesai. pening juga kepala masa hendak selesaikan soalan-soalan objektif bagi subjek 'language test' tempoh hari.tapi semua dah pun siap.markah? alhamdulillah...

jadi sekarang, tak boleh terlalu selesa dan berehat terlalu banyak meskipun tiada lagi sesi kuliah.sekarang ini lah sebenarnya masa yang amat menguji disiplin dan tanggung jawab individu, terhadap diri sendiri.maksudnya, sama ada diri menggunakan masa yang diperuntukkan dengan betul atau sebaliknya.

dalam erti kata lain, tidak boleh salah guna masa lapang tapi perlu pastikan semua pelajaran sudah diulang kaji. kepada semua rakan seperjuangan, selamat berusaha dan berjaya. =)

[ahahaa..mode nk tulis cam budak skema dlm bahasa melayu..ok x? ]

Wednesday, August 05, 2009

titipan untuk si dara

sayang,

jadi gadis usah mudah bersungut
kerna kelak orang jadi muak


sayang,

jadi gadis perlu pandai jaga bahasa dan tutur
agar orang sentiasa senang dan sayang


sayang,

jadi gadis harus ada maruah dan pendirian
moga diri tidak diremeh, diperleceh tapi disegani


sayang,

jadi gadis perlu kembali kepada TUhan,
supaya diri ingat tujuan, tak hilang pedoman








written at 10:39am

Thursday, July 23, 2009

"Di sini... merah berdenyut"

aku, takkan izinkan kau di sini.

kerna di sini hanya milik DIa.

kerna jika ada kau di sini,

pasti tiada tempat untuk Dia.

tapi, meski ada Dia di sini,

jika kita benar dan jujur,

pasti...tersedia tempat khusus untuk kau,

khusus yang lebih bermakna, lebih bahagia...


kerna denyut merah ini, bersama kau,
adalah demi DIA..

dan itu yang sewajarnya.

Saturday, June 27, 2009

ayam oh ayam...

:tulisan ini mungkin lucu dibaca kerna bahasanya -yg kononnya puitis- sengaja aku mencari kelainan.tidak salah kan? hihi..bismillah:

sekarang mak dan ayahku berada di rumah abangku di shah alam.mereka menghantar kakakku yg ketiga dengan barang2nya yang amat banyak untuk praktikalnya di seremban nanti-kalau aku tidak silap :p-jarang sekali mak tiada jika aku lagi di rumah, cuma beberapa minggu di awal cuti sem sj yang ayahku tiada.dia pergi ke UPM Serdang, mengikuti kursus tentang kayu-ayahku awalnya lebih kepada bidang elektrik tapi harus mengikuti kursus ini sejak bekerja di kilang papan usai umur pencennya..baginya, ini kali pertama dia ikut cara pembelajaran yang sedemikian rupa: diajar oleh seorang pensyarah berpangkat Professor, di dewan yang punya puluhan atau mungkin ratusan pelajar.atau erti lainnya, pengalaman pertama ayah mengikuti kuliah seperti anak2nya di usia 59..lihat, usia bukan penghalang =)

oh, soal ayam seperti di tajuk yg kutulis..haha, sebenarnya sungguh lucu.aku ditugaskan untuk beberapa perkara- "na, nanti goreng ikan...masak nasi..basuhkan baju mak(mujur punya mesin basuh)..bagi makan ayam..tutup semua tingkap, kunci rumah sebelum tidur..pergi sekolah bibah esok utk ambil kad kemajuan.." dan banyak lagi pesanan mak sebelum kereta bergerak semalam.mahu sj aku tulis semua dalam satu senarai yg pjg.huhu...jadi, aku perlu urus ayam2 itu..mak sempat ajar aku bgmn tutup reban.penat menunggu dua ekor ayam yg nakal, membuat kami termangu2 menunggu mereka masuk ke reban sedang yg lain sudah pun di dalam..
oh, terlupa pula. selingan berita:

"2 ditemui mati dipercayai lemas ekoran air yang terlalu banyak dan mereka gagal berenang.masa kejadian dianggar tengahari.mangsa ditemui oleh seorang remaja lelaki berusia 19thn..."kejadian berlaku di reban ayam belakng rumahku! adeh.dan 2 ekor bangkai anak ayam yg sungguh kasihan itu sudah ditanam adikku itu setelah aku mendesaknya.haha..kesian sungguh si anak ayam, haus barangkali..tapi mungkin terjatuh dan gagal naik semula.ish3..

lucu aku rasa bila melihat ayam2 itu beratur menaiki reban masing2..sungguh tahu diri bahawa hari sudah malam dan perlu pulang-kecuali 2 ekor yg nakal tadi, penat menunggu hingga azan maghrib..ish.dan pagi ini.lucu melihat mereka tidak sabar2 mahu keluar! seperti aku bakal diterkam usai pintu dibuka! sedikit takut-mereka punya paruh dan cakar okay.. -haha
mungkin aku agak lewat membukanya, semua sudah menanti tanpa sabar dan saat pintu dibuka, nah, seekor demi seekor keluar..menuruni tangga reban yg ayahku buat.-terfikir sebentar, kenapa istilah ibu dan anak ayam dikait dengan pelacur? entah.

seperti diduga, ayam2 ini amat lapar-tidak pernah tidak, haha-jadi aku mengambil balang makanan mereka dan menaburnya di tanah, di bekas2 makanan mereka..tiba2 aaa! seekor yg rakus melompat ke atas reban disebelahku dan hampir terkena bahuku! dia ingin patuk makanan langsung dari balang yg aku letak disitu! huh, sungguh tidak penyabar! hahahahahha...

ok la, aku perlu siapkan nasi goreng.kuali2 dan periuk perlu dibasuh.kuah basi itu mungkin jadi jamuan ayam petang nanti-lupa untuk menyimpannya malam td!! adeh-
perlu bersiap utk ke SMK Pdg Midin bagi mengambil kad kemajuan adikku..