Daisypath Anniversary tickers

* FOLLOWERS *

Showing posts with label KerJa SamPai LeBaM. Show all posts
Showing posts with label KerJa SamPai LeBaM. Show all posts

17 August 2016

Temuduga F41 @ 2016

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua,

Fuhh lama sungguh tak update blog ni.. Dah berhabuk dan bersawang bagai dah. Hampir setahun jugak la. Malas rasa nak berblog sekarang ni. Kalau habis teruk tak tahan perasaan blog la akan jadi tempat luahan. Tapi dah la aku tak berblog ni means aku masih dapat kawal tekanan dan emosi. Masih stabil.. Cewahhh..  

Hari ni saja nak share pasal pengalaman interview jawatan F41. Setelah 3 tahun berlalu baru ada interview. Korang bayangkan skim aku ni nak kena tunggu 3 tahun untuk dipanggil exam dan interview. Memang jangka masa yang sangat lama bagi aku. Last interview tahun 2013. Kali ni aku kena pada bulan puasa dan hari yang mulia iaitu hari Jumaat. Jadi aku doa kuat2 agar adalah rezeki aku untuk kali ni. Ok aku just list down soalan2 yang panel tanya untuk rujukan aku sendiri utk next interview dan semua yang membaca blog ni..Hahaha macam ada pembaca.. Tapi aku yakin ada yang baca sebab aku kan retis banyak stalker... Hahaha

Soalan-soalan panel :

1. Sila perkenalkan diri. Latar belakang keluarga, pendidikan dll. 
    Blablabla aku cerita. Tapi tak sempat pun aku habis cerita semua pengalaman aku masa di PDRM. Padahal kat sana banyak sangat yang aku belajar.
2. Masa panel cut tu aku tengah bercakap pasal FYP yang aku dapat projek FYP terbaik masa kat        UiTM dulu.So panel kata menarik.. Projek apa yang awak buat ni?? Aku pn cerita la tajuk projek dan objektif projek. Tak sempat nak cerita guna tools apa, language apa bagai tu trus panel cut lagi.. huhu
3. Sekarang awak buat apa? aku pn cakap saya sebagai pentadbir HRMIS kementerian. Terus panel cakap, saya kesian dengan pegawai yang macam di tempat awak, HRMIS sistem dah siap jadi kenapa perlu ada skim f kat situ. Tak perlu pun. Jadi aku xsemena-mena jawab. Saya sokong dengan Dato yang xsepatutnya skim f ditempatkan di Unit HRMIS. Bagi saya teknikal hanya setup aliran kerja. Tu pun skim lain pejam mata je boleh buat.
4. Then aku cerita yang aku dulu bangunkan sistem masa di PDRM. Blabla.... Panel2 tanya pasal proses bangunkan sistem. Aku cerita pasal SDLC step by step.Tapi xsempat habis jugak kena cut dgna soalan lain.
5. Panel2 tanya ikut ke step2 ni masa bangunkan sistem. Aku dgn jujur cakap kalo sistem tu diarahkan untuk siapkan dlm masa seminggu or 2 minggu memang as a team kitorang terus bangunkan sistem setelah dapat segala user requirement dari pengguna. Kalo masa yang bos bgi tu lama memang akan ikut step SDLC tu. Tu memang apa yg dah aku lalui kt PDRM. Panel2 tu tanya plak keberkesanan sistem kalo buat camtu.aku pn goreng blablabla lgi..
6. Siapa yang tetap kan kos untuk setiap projek? Kalau ada jawatankuasa sebutharga kenapa kos boleh dikurangkan/ditambah? Setiap jawapan ko akan saling berkait dengan soalan seterusnya.
7. Panel tanya aku antara PDRM dengan KeTTHA mana yang puan suka dan kenapa? Aku jujur suka PDRM sebab aku team sistem dan byk benda lain yg aku kena buat. Banyak la belajar kat sana. Kali ke berapa interview utk post ni?
8. Berapa kali perhimpunan bulanan yang KeTTHA dah adakan dalam setahun? aku jawab sekali. Terus dia tnya awak tahu tak berapa kali kena buat perhimpunan bulanan kalau ikut KSN? setiap bulan aku jawab. Panel pun blablabla....
9. Siapa pihak berkuasa melantik?
10. Sudah bersedia ke untuk jadi F41. Nak jadi penyelia ni. 

Sedar tak sedar lebih kurang 25 minit kena soal.aku rasa soalan tu macam peluru. Sekejap je rasa dalam bilik tu. Tup tup panel kata ok terima kasih puan itu saja. Sebelum aku nak keluar bilik kt pintu dah baru panel tanya raya ni balik kedah ke terengganu? masa aku aku spontan jawab kedah padahal turn raya di terengganu. pahtu panel tanya kenapa tak raya kt terengganu.aku slamber jawab ikut turn dato...haahaha Lepas kuar dari bilik interview tu mula macam2 aku pikir. Dapat ke tak ni. Panel langsung xbuka folder aku. Tak tengok pun sijil2 aku yang tebal tuh. Resume pun tengok2 gitu je. memang sepanjang interview dia tengok je mata aku ni. Tak kalih ke lain. cuma panel ke 2 je ada tengok sesuatu kt screen depan dia. 

Alhamdulillah result dah keluar... Aku bersyukur walaupun aku bukan diantara 61 orang yang berjaya dapat tapi aku dapat sebagai calon simpanan. Walaupun sebagai calon simpanan aku tetap bersyukur dan aku sntiasa berdoa agar aku akan dipanggil untuk lantikan tetap sebelum expired calon simpanan aku ni. Sekarang SPA dah buat hanya setahun sahaja calon simpanan. Kalo sampai setahun tak dipanggil,so kena pegi exam dan interview smula. Harap2 ada la rezeki aku dan anak2 serta suami. Aku percaya pada rezeki Allah...Tak de la runsing sangat.Cuma plan aku lepas ni try lagi PTD, kastam, dll.Jangan pernah putus asa. Panjang plak yer.. Semoga bermanfaat untuk semua yang akan hadir ke next interview.. 

GOOD LUCK !!!














27 August 2015

Temuduga Program Pertukaran Belia Malaysia - Korea Tahun 2015

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua..

Lama sungguh tak bersiaran... Sebenarnya banyak benda nak tulis tapi masa tu tak ada.. Kalau luah kat blog ni hilang la segala resah dan keserabutan yang ada... Ok back to the topic. Actually masa iklan ni keluar di website JPA, baca tajuk tu macam syokk jaaa... Why not try kan.. Bukan senang nak ke Korea free kan... hehehe kemudian aku pun proceed laa isi borang dan hantar borang untuk pengesahan ketua jabatan.. Berdoa jugak supaya SUB luluskan borang dan hantar ke JPA. Sebulan lepas tu keluar la result untuk temuduga..Dan tak sangka aku dapat panggilan temuduga. Ok aku set mind untuk cuba...mana tahu rezeki kan dapat la pegi korea free... heheeheh Diantara soalan-soalan yang ditanya aku list kat bawah yer... 

1. Perkenalkan diri (nama, tempat kerja) dan kenapa anda nak ke Korea? pahtu aku pun cakap nak ke Korea sebab nak tgk budaya masyarakat korea tu sendiri.. kaitkan la sikit tentang sikap positif org korea nih.. blablabla...

2. Apa yang anda nak bawa balik kebaikan dari Korea untuk dipraktikkan di Malaysia? yang ni aku cakap pasal populasi penduduk vs bil penjawat awam. aku compare antara korea dan malaysia.. haha ikut suka aku ja.

3. apa program belia di Malaysia yang awak nak perkenalkan kepada Korea? yang ni aku merepek pasal program fit malaysia laa bagai.aktiviti kemasyarakatan la bagai.... aku tak prepare sangat pasal ni.. huhu

4. Please tell me about Malaysia. Why, i should go to Malaysia? yang ni kena cerita apa yang menarik tentang Malaysia. kononnya panel tu orang korea la.. Tak kira la dari segi budaya ke, makanan ke, tempat menarik ke.. kena cerita sampai panel puas hati.. dia akan interrupt jugak semasa kita tengah bercakap..

5. kemudian, panel akan tanya apa kelebihan awak. boleh menyanyi? menari? bermain alat musik? masa ni memang ko kena laa tunjuk bakat ko.. kena la menyanyi dan menari... panel kata nanti kt korea akan ada malam kebudayaan. masa tu kena buat persembahan lebih kurang 2 jam camtu kt pulau nami..wahhh bestnyaaa pulau nami...berkelip2 dah mata aku masa tuh.. katanya diorang nak orang yang sporting, xde malu2. sebabnya masa nak blatih tu terhad sbab aktiviti pack sangat kat sana... so kena pandai2 sendiri..bawa nama malaysia so kena laa buat elok2 katanya..

6. Pernah ke luar negara? negara mana dan pergi sendiri atau ditaja? aku cakap penah pegi ke indonesia, singapore dan thailand..panel tanya tak kena blacklist sebab ptptn ke? aku cakap tak dan snyum jer..   

7. Ada penyakit kronik? kronik tu maksud dia nak kena makan ubat setiap 3/4 jam sekali.. Tahan ke dengan salji? konon masa ke korea nanti masa tu tengah peralihan musim. dari luruh nak ke salji... wahh bestnya la kan kalo dapat main salji.aku cakap aku tak penah jumpa salji then panel suh pegi i-city..hahaahha okk fine...

8. Lastly, panel tu kata Goodluck. kalo ada rezeki kita semua akan ke korea. seramai 138 org yang interview..hahah yang ni kelakar.xdenya JPA nk bawa semua ... Actually hanya 15 orang akan pergi ke sana. ha terlupa plak..untuk pengetahuan korang, sijil2 dan salinan buku perkhidmatan tu dibawa ke satu bilik dimana pegawai dalam bilik tu yang akan check dan nilai dari sudut penglibatan dan akademik. panel interview tu langsung tak tengok segala sijil ko.means dia zero tentang ko...


aku tak dak la mengharap sangat lepas interview semalam...kalau dapat tu alhamdulillah rezeki..klo tak boleh cuba lain kali dan jadikan sebagai pengalaman... easy kan... ok itu saja pengalaman yang boleh share... semoga korang berjaya untuk program akan datang.. :)




10 October 2011

Tips Peperiksaan Undang2 Kerajaan

Salam korang sume... Hari ni nak kasi tips skit untuk semua calon Peperiksaan Undang-Undang Kerajaan pada esok hari. Tips ini khas jugak untuk diri sendiri sebab sok Fza pun nak amik exam nih.. Cuak,takut, risau sume perasaan ada la.. hehe Doakan Fza berjaya yer kawan2... :)

Untuk disahkan sebagai Penjawat Awam (gunasama terutamanya) tidaklah semudah yang disangka. Anda perlu memenuhi beberapa syarat seperti yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dalam Surat Pekeliling SPA Bilangan 1 Tahun 2004. Antara syarat-syarat yang terkandung di dalam Surat Pekeliling itu adalah seperti berikut:

Sistem Saraan Malaysia yang dikuatkuasakan mulai 01 November 2002 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 menetapkan setiap pegawai yang dilantik ke perkhidmatan awam dikehendaki melalui tempoh percubaan antara 1 hingga 3 tahun. Syarat yang sama terpakai juga kepada pegawai yang dilantik melalui kaedah Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL). Pegawai yang dilantik sebelum 01 November 2002 dan belum disahkan dalam perkhidmatan pada tarikh tersebut, dikehendaki memenuhi tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun yang dikira daripada tarikh pelantikannya. Dengan perubahan ini, pegawai yang telah memenuhi semua syarat yang ditetapkan, iaitu lulus peperiksaan dan / atau hadir dengan jayanya Kursus Induksi serta mendapat perakuan Ketua Jabatan boleh disahkan dalam perkhidmatan selepas genap setahun perkhidmatan.


Disini saya ingin kongsikan sedikit tips untuk menghadapi Peperiksaan Undang-undang Kerajaan.

1. Fahami isi kandungan buku undang-undang terbitan kerajaan seperti Arahan Keselamatan, PKPA dan Arahan Pentadbiran. Sekiranya ditanya soalan berkaitan cuti contohnya, anda seharusnya tahu bab mana yang perlu dirujuk.

2. Jika anda jarang menulis pastikan anda mula berlatih menulis untuk mengelakkan kesukaran sewaktu menjawab soalan nanti kerana anda diwajibkan menjawab 10 soalan subjektif dalam masa 3 jam.

3. Paling penting pastikan tulisan anda kemas dan mudah dibaca. Tulisan calon turut memberi kesan terhadap pemberian markah.

4. Disebabkan peperiksaan ini dilakukan secara “open book“, maka pastikan anda membawa ketiga-tiga buku undang-undang seperti yang telah dinyatakan. Tiada siapa yang akan meminjamkan kepada anda buku tersebut sekiranya anda lupa untuk membawanya pada hari peperiksaan.

5. Kaedah yang agak popular dikalangan calon-calon sebelum ini adalah membuat tagging pada bab-bab yang terkandung di dalam buku undang-undang tersebut. Anda boleh cuba kaedah ini jika dapat membantu. :D

6. Apabila hendak menjawab mana-mana soalan, sentiasa pastikan anda mulakan jawapan dengan merujuk kepada bab-bab yang berkaitan contohnya:

Mengikut Arahan Pentadbiran Bab C mukasurat 15 perenggan 2(b) menyatakan bahawa……

7. Disebabkan masa yang agak terhad untuk menjawab 10 soalan dalam masa 3 jam, maka sebolehnya anda menggunakan sepenuhnya masa tersebut untuk menjawab soalan yang mudah terlebih dahulu dan cuba elakkan daripada pergi ke tandas sewaktu peperiksaan sedang dijalankan.

8. Bertawakallah selepas selesai menjawab, semoga anda kite berjaya! :D 

Credit to: Mohd Hafez

18 August 2011

Perihal Keja ....

Hiii uolss.... hmmmmmm...
fiza nak mengeluh panjang dulu boley???? 
huuuuuhhhhhhhhhhhh... 
Makin hari makin bosan plak keje dalam suasana macam ni... Rasa tak best semakin menebal.. Keje sume okey... Environment pun okey..Cuma yang tak okey opismate laaa... Kadang2 Fiza pelik nape skunk baru rasa tak best?? Dulu masa mula2 masuk keje..Sangatlah best.. Kawan2 sume kamcing.. Kesana kemari, buat aktiviti sume boleh ramai2.. Tak de pun nak rasa kekok ke tak mesra ke.. Skunk diorang dah tak de.. Dah berpindah ke negeri masing2 ikut suami, anak2 & tunang.. Ehh anak2 ikut diorang.. huhu.. Pahtu masuk plak orang lain.. Mula2 masing2 macam tak boley blah ngan budak2 baru nih.. Tapi lama kelamaan kitorang okey jgak.. Tapi sejak kebelakangan ni 3 4 bln sbelum ni sume dah berubah..Masing2 buat hal sendiri.. Tapi ada plak yang nak control kawan.. Pegi sana sini pun berahsia.. Ala risau sangat orang ikut.. ape2 pun fiza xkisah sebab bagi fiza xrugi satu sen pun xde kawan macam tuh.. Cuma plzz la jangan nak berdengki ngan orang, nak tunjuk baik depan orang... tu talam dua muka orang panggil.. Berdoa banyak2 supaya fiza xlame kt situ.. dan yang penting tak nak dah jumpa orang mcam tuh... 
Pelakon terhebat!!!
Tahniah buat anda.. 

p/s: entry ni ditulis sebab bengang tdi... Ada ke orang masuk keje kol4ptg sedangkan kol5 dh waktu blik?? Dah tu bagi alasan tak boleh blah..Kan dah kantoi.. Cuti je la pe de hal?? 


26 July 2011

Sistem Lirik Lagu...huhhhhh

Hmmm tengok tajuk entry pn panas dalam je rase... Ntah pape sistem yang diorang ni request.. Ingat kot nk request sistem lirik nasyid ke, sistem ayat Al-Quran ke... Ni sistem lirik lagu plak... huhhhh ... Actually sistem ni untuk menyenangkan diorang karoke la... Tapi aku rasa tengok kt klip video pun dh ada lirik lagu kn... Pelik2 kan... Dah tu banyakkan lagu dlm dunia nih.. So sebagai nasib masing2 kenalah update lirik lagu ikut artis masing2.. Aku skunk tengah update lirik lagu Broery Marantika.. Banyak kot lagu dia... Buat setakat mampu je lah... Dato nk guna hari Jumaat, ptg tadi baru bagi taw.. Lagu ape sangatla yang dia nak nyanyi tuh... Lagu 60-an je semua.. Cair taik telinga sape yang hadir majlis tuh.. hehehehe... Pe pun buat setakat mampu sebab sok aku nak kena settle Sistem Penganugerahan Pingat plak.. Sistem profiling jenayah pe citer der...xsiap2 lagik.... hahahaha .Hold dulu sebab aku tengah stuck.otak jammed trus..xreti plak nk buat mcam pe yang diorang request... sistem oh sistem... 




19 July 2011

19 Julai 2011 - Setahun sudeyyy....

Alhamdulillah... hari ni 19 Julai 2011, genaplah setahun aku berkhidmat sebagai penjawat awam di sebuah jabatan di ibu kota ,KL... Walaupun pelbagai dugaan, onak dan duri yang aku lalui selama setahun di sini, namun masih panjang lagi perjalanan yang harus aku lalui.. Bak kata senior2 dalam perkhidmatan awam kata la... "Rilek la, Fiza baru je lagi dalam dunia gomen ni, byk lagi yg Fiza kena lalui... Dalam gomen ni kte akan jmpe banyak jenis org... So bersabar la yer dan terus berjuang" .. Akak saya sangat hargai nasihat2 akak... Mak & abah pun penah cakap bnda yang sama... Aku harap rezeki yang aku cari selama ni adalah rezeki yang halal dan diberkati Allah.. So just ignore anyone yang menyusahkan..dan yang hanya bermuka2 di depan aku..Dan aku juga amat berharap aku akan dapat peluang yang lebih cerah selepas ini... Dan aku tidak akan putus asa di sini sja.. Masih jauh perjalananku.. Semoga ALLAH makbulkan impian aku ini.. Dan aku juga berharap agar tahun2 yang mendatang aku tidak berada di takok ini sja. 

 Good luck Fiza Zainol... 




02 July 2011

Induksi Umum di IKWAS, Kluang , Johor


Alhamdulillah..... akhirnya tamat jugak kursus nih ...Rasa mcm bertahun lamanya kt sini.... Jadual tersangat la ketat .. Aktiviti xhenti2 dari hari pertama sampai la last day.... Everyday tido xpnh cukup... seawal 4.30 pagi dah kena bangun untuk solat subuh di surau... tido plak kol 1 .... Fuhh mna tahan..Mata dah sampai juling-juling dah tahan mengantuk masa dengar ceramah... Ngan assignment yang banyak ... Assignment kumpulan + Assignment group.. Persembahan group la ,biro la..Mcm2 aih…. Nak study untuk exam akhir pn last minit... Nasib baik la Pengurus Program En Norizam baik hati bagi taw soalan2 spot nak exam hari tuh... So bace yang itu je la..untuk objektif hentam je la mana ada..hehehe... Walaupun kursus ni agak memenatkan tapi aku rsa tersangat la berbaloi... Sebab kitorang akan ingat sampai bila2 pengalaman kt sini..Hanya org yg datang kursus kt sini je taw... :) Aku dh selamat balik ke KL.Semalam sempat jgak jejalan di Ayer Hitam dulu.. Orang kata barang2 untuk kawen murah2.. So boleh la cuci mata kalo ada yang berkenan beli je la... Sempat jgak aku beli bunga telor n beg gift kt sana..sangat murah okey..So ape salahnya beli skit2.. :).. Tak lame dh ni nak kawen... hahaha  Okeh adios..bubye all.....

01 June 2011

panggilan induksi...

Yezzzaa  alhamdulillah..akhirnya aku dipanggil jugak utk menghadiri induksi umum... Lega la skit rasenyaa.... Keje dah dekat setahun tapi x confirm lagi... Thanks En Johari (org JPA) sebab tawarkan aku induksi ni.... Kursus ni akan ade next 2 weeks... nmpaknya lame la aku xmsuk opis..skunk ni pun tgah cuti seminggu..yahooo yabedabedu.... aku sgt suka keadaan mcm ni... Msuk opis pn bkan de bnda sgt nak buat... Sape la kitorang ni kn..hehehe... Semalam agk susah hati sebab takut xdpt induksi... Tpi hari ni pgi2 lagi aku kol En Johari tnya..Rupa2nye semalam dia salah anta email ... dia hntar ke hafizahzainon@rmp.gov.my... mmg la xdpat..sebab nama abah aku Zainol bukannya Zainon..hehe.. Ok la.. Aku ada byk keje lagi nk dibuat nih...Majlis dah dekat tapi preparation xsiap2 lagi... Merapu sana sini bile la nk siap kan... okey...

wish me luck... orait!!! adios.....

06 May 2011

Surprise!!!

Surprise..... 
Happy Birthday 2 u...
Happy Birthday 2 u...
Happy Birthday 2 u...
Happy Birthday 2 u...

Suhaili, Amacam ko ada rase terharu ke x? hehehe.... Utk pengetahuan korang, hari ni birthday Sue... so ktrg rancang la utk buat surprise... Mulanya aku n Ros rancang la nk bt surprise kt Sue... Ptg Khamis tu dh rancang pnye baik, then aku dpt taw yg aku kena g Putrajaya... Kementerian Wilayah Persekutuan & kesejahteraan Bandar..G training sistem anugerah pingat.... Masa tuh aku dh mula pening,adoiii mcmne plan nih... Smpai jer kt putrajaya tuh, aku trus msg Ros.Aku cakap kt dia buat jgak bgi jadi surprise tuh sb aku xsure plak habis kol bpe training ni ha... Skali training tuh kol 11.30 dh hbis..so ape lagi sempat la kan...Nabila dh tgu aku kt opis..sb kitorang yang nk g beli kek... hehehe.... Diorang dh pegi Bremmall masa tuh.... G karoke...Nk sambut birthday Sue n Bob kt situ la..Actually birthday Bob dh lpas tp kitorang smbut sekali la.. Sampi je Bremmall tuh,ktrg trus g bli kek n trus ke tmpat karoke tuh..Dah set siap2 dah ngn org kt situ suh play kan lagu Happy Birthday time kitorang msuk blik smbil bawa kek .... Bestttt.....Kawan2 sume sporting... kat bawah ni ada bberapa gmbar blh tengok... :)


Comey kn birthday girl n boy...

ni kek buahan2... sedapp

HAPPY BIRTHDAY SUHAILI
SEMOGA PNJG UMO N CEPAT KAWEN... :)

16 April 2011

Keje..keje..keje

adoiiii bosannye.... weekend pun kena keja.. nasib aku la wehh.... padahal bkn keja sgt pun....konon standby pilihanraya.. tapi dok nganga saja ja..hehehehe.....


dah tu aku soang plak pompuan..nk gi tandas pn takut2...sampai ada mmber cakap..siang2 pn takut ke fiza???.. biasa la aku ni..penakut skit... :)

25 January 2011

Komitmen tinggi tapi Gaji kecik....

Hulahuppp....

Tiba-tiba hari ni terasa plak aku nk post pasal komitmen tinggi ni tapi gaji kecik..Biasa la keje dengan Government.. Tak leh la nak compare dengan gaji aku msa keje kat Accenture dulu.. Aku xsure plak aku sorang je rase or ada jugak org lain yg senasib dengan aku nih... Hari ni baru aje dapat gaji tapi hari ni jugak la aku rase gaji aku dah nak habis .. Hehe ... Bayar hutang sana, bayar hutang sini... Bila tahun boleh kawin pun tak taw la... Tak tersimpan duit... wewewewwww....Member2 selalu kata, biasala baru start keje, so terpaksa la susah dulu.. Apa-apa pun aku redha je lah....hehehe.. Bak kata pepatah.. Susah dahulu senang kemudian..ye dakk???

Chilll.....

25 October 2010

Hari Yang Bosan ...

Setelah 2 mgu aku tak pegi opis, then hari ni aku masuk jgk opis.. Tak ada ape2 perubahan .. Cuma tenet dah kena block .. Facebook dah xleh buka.. Nape la owg tu block habis..Even nk buka page lain pun lembap nk mampos .. Ala bkn selalu pn maen Facebook .. Kalo de keje tetap bt jgak .. Hari ni aku xde buat pape pun.. bosan la jgk .. Sambil tuh aku dgr la lagu favourite aku bt masa ni ~Munajat Cinta~ .. Kt bawah ni aku paste kan lirik lagu nih..sje utk suka2..xde kena mngena dengan yg hdup or telah mati..hehe

Munajat Cinta ( The Rock)

Malam ini ku sendiri
Tak ada yang menemani
Seperti malam-malam
Yang sudah-sudah
Hati ini selalu sepi
Tak ada yang menghiasi
Seperti cinta ini
Yang selalu pupus

Tuhan kirimkanlah aku
Kekasih yang baik hati
Yang mencintai aku
Apa adanya
Mawar ini semakin layu
Tak ada yang memiliki
Seperti aku ini
Semakin pupus

23 October 2010

Oracle Training 11/10/10 - 22/10/10

Hari ni last day aku attend oracle training nih... dah 2 minggu aku training nih... Dah tepu kepala otak aku.. Padahal xde la pham sgt pun..Boleh la untuk permulaan .. hehe..Instructor tu pn best (Ms. Christina Nayagam) . Aku suka cara dia ajar .. sebab aku blh paham la jgk .. Tapi kalo time aku mengantuk tu xphm jgk .. So salah sendri la kan..hihi Selama aku 2 minggu training kat The Gardens ni blh la aku merasa mknan yg mahal2..mahal bg aku la  (Tony Romas, Pizza Hut, The Fish Manhattan, Kenny Rogers, Madam Kwan's, Teppayaki, Chicken Rice Shop, Red Box The Gardens dll..Xingt sume).. Sebab nk g sendiri blum tentu mampukan.. Thanks la untuk Pn Haliza, Aspek Tumpuan yang belanja ktrg tiap2 hari .. Makin gemuk la aku cmni..Kat sini jgk smpat la aku berkenalan ngn Tuan Fuzam , Pn Haliza, En Asrul, En Hadi dari Kmntrian Kesihatan & En Rahman..Aini aku dh knal since kt opis.. So xyh mention pn xpe kan.. Thanks to all of u ..n 2 minggu jgk la aku xpegi opis.. Terasa rindu la plak kengkawan kat opis.. Tapi drg rindu ke kt aku?? hehehe...That's all for today, will be back!! Tp xtaw bile..hehe