Daisypath Anniversary tickers

* FOLLOWERS *

17 August 2016

Temuduga F41 @ 2016

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua,

Fuhh lama sungguh tak update blog ni.. Dah berhabuk dan bersawang bagai dah. Hampir setahun jugak la. Malas rasa nak berblog sekarang ni. Kalau habis teruk tak tahan perasaan blog la akan jadi tempat luahan. Tapi dah la aku tak berblog ni means aku masih dapat kawal tekanan dan emosi. Masih stabil.. Cewahhh..  

Hari ni saja nak share pasal pengalaman interview jawatan F41. Setelah 3 tahun berlalu baru ada interview. Korang bayangkan skim aku ni nak kena tunggu 3 tahun untuk dipanggil exam dan interview. Memang jangka masa yang sangat lama bagi aku. Last interview tahun 2013. Kali ni aku kena pada bulan puasa dan hari yang mulia iaitu hari Jumaat. Jadi aku doa kuat2 agar adalah rezeki aku untuk kali ni. Ok aku just list down soalan2 yang panel tanya untuk rujukan aku sendiri utk next interview dan semua yang membaca blog ni..Hahaha macam ada pembaca.. Tapi aku yakin ada yang baca sebab aku kan retis banyak stalker... Hahaha

Soalan-soalan panel :

1. Sila perkenalkan diri. Latar belakang keluarga, pendidikan dll. 
    Blablabla aku cerita. Tapi tak sempat pun aku habis cerita semua pengalaman aku masa di PDRM. Padahal kat sana banyak sangat yang aku belajar.
2. Masa panel cut tu aku tengah bercakap pasal FYP yang aku dapat projek FYP terbaik masa kat        UiTM dulu.So panel kata menarik.. Projek apa yang awak buat ni?? Aku pn cerita la tajuk projek dan objektif projek. Tak sempat nak cerita guna tools apa, language apa bagai tu trus panel cut lagi.. huhu
3. Sekarang awak buat apa? aku pn cakap saya sebagai pentadbir HRMIS kementerian. Terus panel cakap, saya kesian dengan pegawai yang macam di tempat awak, HRMIS sistem dah siap jadi kenapa perlu ada skim f kat situ. Tak perlu pun. Jadi aku xsemena-mena jawab. Saya sokong dengan Dato yang xsepatutnya skim f ditempatkan di Unit HRMIS. Bagi saya teknikal hanya setup aliran kerja. Tu pun skim lain pejam mata je boleh buat.
4. Then aku cerita yang aku dulu bangunkan sistem masa di PDRM. Blabla.... Panel2 tanya pasal proses bangunkan sistem. Aku cerita pasal SDLC step by step.Tapi xsempat habis jugak kena cut dgna soalan lain.
5. Panel2 tanya ikut ke step2 ni masa bangunkan sistem. Aku dgn jujur cakap kalo sistem tu diarahkan untuk siapkan dlm masa seminggu or 2 minggu memang as a team kitorang terus bangunkan sistem setelah dapat segala user requirement dari pengguna. Kalo masa yang bos bgi tu lama memang akan ikut step SDLC tu. Tu memang apa yg dah aku lalui kt PDRM. Panel2 tu tanya plak keberkesanan sistem kalo buat camtu.aku pn goreng blablabla lgi..
6. Siapa yang tetap kan kos untuk setiap projek? Kalau ada jawatankuasa sebutharga kenapa kos boleh dikurangkan/ditambah? Setiap jawapan ko akan saling berkait dengan soalan seterusnya.
7. Panel tanya aku antara PDRM dengan KeTTHA mana yang puan suka dan kenapa? Aku jujur suka PDRM sebab aku team sistem dan byk benda lain yg aku kena buat. Banyak la belajar kat sana. Kali ke berapa interview utk post ni?
8. Berapa kali perhimpunan bulanan yang KeTTHA dah adakan dalam setahun? aku jawab sekali. Terus dia tnya awak tahu tak berapa kali kena buat perhimpunan bulanan kalau ikut KSN? setiap bulan aku jawab. Panel pun blablabla....
9. Siapa pihak berkuasa melantik?
10. Sudah bersedia ke untuk jadi F41. Nak jadi penyelia ni. 

Sedar tak sedar lebih kurang 25 minit kena soal.aku rasa soalan tu macam peluru. Sekejap je rasa dalam bilik tu. Tup tup panel kata ok terima kasih puan itu saja. Sebelum aku nak keluar bilik kt pintu dah baru panel tanya raya ni balik kedah ke terengganu? masa aku aku spontan jawab kedah padahal turn raya di terengganu. pahtu panel tanya kenapa tak raya kt terengganu.aku slamber jawab ikut turn dato...haahaha Lepas kuar dari bilik interview tu mula macam2 aku pikir. Dapat ke tak ni. Panel langsung xbuka folder aku. Tak tengok pun sijil2 aku yang tebal tuh. Resume pun tengok2 gitu je. memang sepanjang interview dia tengok je mata aku ni. Tak kalih ke lain. cuma panel ke 2 je ada tengok sesuatu kt screen depan dia. 

Alhamdulillah result dah keluar... Aku bersyukur walaupun aku bukan diantara 61 orang yang berjaya dapat tapi aku dapat sebagai calon simpanan. Walaupun sebagai calon simpanan aku tetap bersyukur dan aku sntiasa berdoa agar aku akan dipanggil untuk lantikan tetap sebelum expired calon simpanan aku ni. Sekarang SPA dah buat hanya setahun sahaja calon simpanan. Kalo sampai setahun tak dipanggil,so kena pegi exam dan interview smula. Harap2 ada la rezeki aku dan anak2 serta suami. Aku percaya pada rezeki Allah...Tak de la runsing sangat.Cuma plan aku lepas ni try lagi PTD, kastam, dll.Jangan pernah putus asa. Panjang plak yer.. Semoga bermanfaat untuk semua yang akan hadir ke next interview.. 

GOOD LUCK !!!