Daisypath Anniversary tickers

* FOLLOWERS *

06 August 2014

Anugerah Terindah

Assalamualaikum & Salam Lebaran... 

Tak terlambat rasanya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf Zahir Batin.. Raya kali ni tiada yang lebih happy apabila tengok si kecikku bermain riang, walaupun kadang kala dia suka berebut barang orang dan merengek-rengek..bagiku itu perkara biasa bagi budak kecik sebesar Arissa yang masih dalam proses nak membesar... Hatiku gembira tak terkata kerana sepanjang bercuti seminggu sempena Hari Raya ni Arissa dah mula minum susu guna botol..Alhamdulillah, berkat kesabaranku Allah makbul jua doaku.. yang penting usaha tanpa kenal erti jemu.. Menyusu ni hak anak jadi mama tidak menggunakan cara/petua orang seperti letak asam jawa, kopi dan sebagainya..Sebab mama yakin yang satu hari nanti Arissa akan berhenti menyusu sendiri.. Walaupun Arissa masih menyusu tapi tidak lah sekerap dahulu.. Dalam hatiku, sedih..sayu.. tapi apakan daya demi si kecik di dalam perutku ni..Sedar tak sedar dah menjangkau 6 bulan..Cepat masa berlalu.. Arissa seolah-olah paham yang dia akan jadi kakak satu hari nanti. sudah terserlah sifat penyayang dalam dirinya.. Mama doakan semoga anak-anak mama sentiasa sihat walafiat dan sentiasa berada di dalam rahmat dan lindungan Allah... Dan mama juga berharap agar diberi peluang sekali lagi untuk menyusu bakal adik Arissa sehingga umur 2 tahun..InshaAllah..

Semalam mama ajak papa pergi skodeng adik Arissa.. Subhanallah indah sungguh ciptaan Allah... Macam tak percaya ni kali ke 2 perut rasa berombak, ada insan lain dalam perutku yg ku bawa ke sana ke sini.. Alhamdulillah..syukur ya Allah atas rezeki dan nikmatmu ini.. sesungguhnya aku sangat2 bersyukur.. Dari semalam sesudah kuar dari blik doktor, aku rsa nak sengih jer sampai telinga..tapi aku cuba cover jugak.. tetap tak boleh..masih rasa nak senyum memanjang..sampai ada akak kat kerusi menunggu pun hairan tengok aku sengih jer.. Semoga anak mama sihat hendakNya, ckup sifat dan sempurna, menjadi anak yang taat pada perintah Allah dan soleh. Mama doakan agar kandungan kali ni tiada masalah,tiada gangguan sihir/hasad dengki, dan Allah izinkan mama untuk melahirkan adik secara normal dan sihat.. 

Baru2 ni aku diuji dengan sakit pada malam raya sehinggalah hari kedua raya... Sakit yang Allah saja taw mcamana rsanya sehingga nak baring , nak duduk semua tak boleh... aku hanya boleh dok keadaan bersujud..tu pun masih sakit at least boleh tahan sakit lagi..sakit ni sungguh pelik kurasa.. lain dari yang lain...selesai takbir dilaungkan di masjid-masjid sakit mula datang.. pedih ulu hati sehingga sesak nafas beserta dengan sakit perut menucuk-nucuk.perut kembung seperti tong drum.. jasa suami dan ibu mertuaku maa yang tak dapatku nak balas..ditengah2 malam tido maa terganggu disebabkan  maa urutku agar reda sikit kesakitan.. tapi angin langsung tak kuar sedangkan aku rsa perutku macam nak meletup dah..maa pun pelik knapa..sedangkan kalau mengurut orang mesti akan kuar jugak angin tu at least sikit..semalaman aku tak dapat tido..suami ajak pegi hospital tapi aku tak nak sebab aku tak nak susahkan orang dan paling penting aku tak nak spoilkan mood raya orang2 lain... entah laahh... petang raya tu kitorang ada singgah kat pantai..kalo tak salah nama pantai tu teluk ketapang.. masa kat situ aku dah niat, Ya Allah jika penyakit ni datang dengan cara tak baik(sihir) ku mohon agar penyakit ni ditinggalkan bersama-sama arus ombak.. seharian aku tahan kesakitan ..ku gagahi jua pergi beraya rumah sedara suami.. Alhamdulillah berkat doa Allah makbulkan jua, malam tu sakit tu dah beransur pergi.. hari raya kdua masih tinggal sisa-sisa jer... petang tu aku dah mula sihat seperti sediakala..

Rayaku tahun ni agak suram, maybe sebab berjauhan dengan family.. lagi plak hatiku agak sensitif sekarang ni..maybe sebab aku pregnant ke or memang aku sensitif orangnya..banyak benda yang aku tak sepatutnya terasa tapi aku terasa.tu kata2 husbandku.. aku akui maybe ada jgak bnda yg aku terlalu amik port sedangkan aku tak perlu pun amik serius.. hopefully lepas ni aku boleh la jadi seperti suamiku, langsung tak hirau apa orang nak kata.. asalkan kita sedar sape kita.. benda yang tak de kena mengena boleh ignore..dan benda yg kecik pnya hal kita boleh masuk telinga kanan & keluar telinga kiri.. cumanya aku hrap sangat orang-orang disekelilingku tidak lah menegur benda yang tak sepatutnya, tak perlu la nak amik taw hal aku, tak perlu juga mencanang cerita-cerita aku sbabnya aku bukanlah retis yang hot.. blog ni tempat aku meluah rasa yg pada dasarnya hanya aku sorang jer boleh baca.. tujuan hanya untuk meredakan segala rasa marah, tidak puas hati dan seangkatan dengannya... akhir kata, yang buruk datang dari aku sendiri dan yang baik datang dari Allah s.w.t. 





sayang mama, Arissa Safiya...


kesayanganku... love both of u.. 


03 July 2014

Berpantang secara moden lebih selamat dan unik

Kenapa memilih Shaklee sebagai Set Berpantang anda?






*Kerana..Shaklee ni SELAMAT dan UNIK jika nak di bandingkan dengan set berpantang atau set bersalin lain yang berlambak di pasaran sekarang

*SELAMAT kerana vitamin Shaklee boleh diambil oleh ibu yang baru melahirkan bayi seawal sejurus selepas melahirkan bayi.

*SELAMAT kerana vitamin Shaklee boleh dimakan oleh ibu yang bayi disahkan ada masalah jaundis/sakit kuning.

*SELAMAT kerana ibu yang melahirkan bayi secara normal atau pembedahan boleh makan vitamin Shaklee ini.

*UNIK kerana gabungan vitamin yang ada dalam set bersalin atau set berpantang Shaklee ini membuatkan ibu lebih cergas, lebih bertenaga, lebih anggun dan cantik.

*UNIK kerana luka ibu akan lebih cepat sembuh.

*UNIK kerana susu ibu meriah dengan adanya ESP dalam set ini.



KLIK UNTUK ORDER SET BERPANTANG

Rahsia kuat bertenaga walaupun berpuasa





Set Mighty 3 Gem juga SESUAI UTK SESIAPA SAHAJA yg ingin mengekalkan tahap kecergasan semasa sedang berpuasa.


ESP (perisa natural vanilla) : – Membekalkan tenaga & memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Menyediakan tenaga yg berkekalan dan membantu menahan rasa lapar menerusi bekalan sumber tenaga yg konsisten.

MEALSHAKE (perisa french vanilla) : ‘Easy-On-the-Go Meal’ kerana penyediaannya yang begitu mudah, dan kandungannya yang lengkap membekalkan nutrient keperluan harian. Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh. Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.

PERFORMANCE DRINK (perisa natural orange): – Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah. Membantu mengelakkan rasa dehydrate akibat kurang minum air ketika sedang berpuasa. Terbukti secara klinikal mampu menyokong tahap hidrasi berbanding air.

PM/Whatsapp 017-4045096 untuk sebarang pertanyaan lanjut..


KINI LEBIH MUDAH UNTUK MEMBUAT PEMBELIAN... ANDA HANYA PERLU KLIK LINK DI BAWAH UNTUK MEMBUAT PEMBELIAN !!!


KLIK UNTUK ORDER

01 July 2014

Maafkan orang hati kita akan lebih tenang.....

Assalamualaikum & Salam Ramadan buat semua yang beragama Islam..

Bismillahhirrahmannirrahim....

Fuhhh tajuk post kali ni ... Tepuk dahi jap... Sedar tak sedar hari ni dah hari ke2 kita berpuasa. Semoga tahun ini diberi keizinan dan kekuatan oleh Allah s.w.t untuk berpuasa penuh sebulan..In sya Allah..

Seperti biasa blog ni adalah tempat untuk si empunya diri meluah rasa... huhuhuh... Kepada yang tak suka boleh pergi main jauh2.. sudah masuk hari ke4 hati ini telah dilukai..chewaahh... tapi serius memang menusuk kalbu... Ambik masa jugak untuk memaafkan org yang melukakan hati ini.. Tak tahu lah kenapa nak terasa sangat... Sensitif...

Legaa hati bila dapat block org berkenaan di facebook. Kenapalah ada orang macam tuh dalam family yang bagi aku adalah family yang sangat sangat baik, kuat hubungan persaudaraan yakni rapat, akrab dan seangkatan dengannya.

Hati aku tersentap, lidah aku terkelu bila aku dimalukan sebegitu depan orang.'orang' tu bukanlah orang lain tapi orang yang penting dalam family itu. tak perlu la aku mention siapa... Prinsip aku senang je, sape2 tak suka, rse annoying,menyampah dan sebagainya boleh laaa unfriend facebook aku tuh. tak pun block jela aku... aku tak hadap pun semua nih... aku akan ingt kata2 orang tuh.. rasa aku tak pernah aku post negatif kat fb aku tuh. setakat luahan rasa suka duka, share pic tu semua untuk aku kongsi dgn family aku yang jauh. family aku bukan macam family kau yang sejam dua kau dah boleh sampai dan jumpa... 

Ayat yang paling aku rasa menyampah bila kau kata macam ni,

"Fiza, kat facebook kita tak payah laa post negatif, sebab nanti bila org yang negatif kat kita akan doakan perkara negatif untuk kita. kita patut post yang positif jer..macam *** suka post pasal positif jer..cuma sekarang je jarang post sebab sibuk dengan anak. tak ade masa untuk sendiri"

Aku blh terima nasihat ko tuh cumanya bila masa aku post negatif?? bila masa aku maki hamun org, kata kat orang??? ko cakap mmg bagus.. ni baru aku nak kta kat kau.. semoga lepas ni dalam setiap kata2 kau tak perlu la mention sibuk dgn anak, tak de masa sndiri sebab urus anak, semua alasan anak.. tau tak anak tuh rezeki ??? anak tu amanah Allah... kenapa kau nak merungut macam tuh?? ni bukan kali pertama kau kte mcam tuh ,berkali2 dah..

habis bab facebook, kau masih xpuas hati bahan aku kan... pesanan aku tak perlu la kau nak sibuk2 hal rumah tangga aku, kerjaya aku...tak perlu la ko nak promote aku jadi cikgu tadika... aku tahu cikgu tadika tu kerja yg mulia... tapi apa motif kau ckap macam tu depan org-org yang aku sayang. kau saje nak jatuhkan air muka aku... aku taw kau hebat..kau jutawan... kau solehah kan... aku tak delah bercita-cita tinggi nak jadi jutawan, kaya raya, cukup dgn apa yang ada... tak perlu ko risau tentang kehidupan aku..setiap kali jumpa aku soalan kau mesti samakan.. "sampai bila fza nak hidup ditakuk yg sama".. Aku percaya pada rezeki dan takdir Allah... 

lagi kau tak habis nak sakitkan hati aku. kau takutkan aku dengan kata2 kau.. "Fiza tak baca ker banyak kt internet tulis pasal risiko bersalin after czer kalau tak jarakkan 3tahun dengan 1st pregnancy?? rahim boleh pecah tau... bla..bla...bla "
arghhh.. lantak kau laa...rezeki Allah bagi sape aku nak tolak dan menidakkannya... Bagi aku anak tu rezeki, amanah Allah..aku akan jaga sebaik2nya,didik sampai jadi hamba Allah yang solehah. kalau kau dah tak nak anak tak payah laaa nak kata mcam2..lagi2 pada orang yang inginkan anak tapi belum diberi rezeki..

kau menyindir aku lagi kau cakap macam aku ni tak pernah bersujud sebab tu anak aku songsang... kau dengan riak bgi tau yang kau selalu buat solat tahajud, solat hajat... sebab tu anak kau boleh lahir normal kan?? kau ingat aku minta ker nak bersalin czer.. ko ingt tiap malam aku doa nak czer??? siapa aku nak tentukan semua tuh? andai satu masa nanti kau ditakdirkan pregnant lgi dan kau terpaksa bersalin czer, kau akan rasa apa yg aku dan kawan2 lain yg czer ni rasa... semua ni dugaan/ujian Allah untuk aku.. aku dah redha dengan apa yg berlaku.. ko tak perlu nak mengungkit2 lagi sbab aku dah REDHA...   

arghhh dah laa..malas nak ingt balik kata2 kau yang menyakitkan hati..banyak lagi kata2 kau tuhh..ni bukanlah kali pertama tapi sudah keberapa kali entah lah... di bulan yang mulia ni aku maafkan semua kata2 kau pada aku dan family aku.. aku tak taw rasa hormat aku untuk kau masih ada ataupun tak.. doa aku semoga kau dapat apa yang kau impikan.. 


**** Tenang sikit hati ni ****
Astagfirullahhala'zim...Allahuakbar...








01 June 2014

EUPHORIA TRIAL PACK

EUPHORIA TRIAL PACK

Bagi mendapatkan senarai penuh Euphoria Trial Pack beserta senarai harga, sila hantarkan email kepada   fizazainol@gmail.com

dengan TAJUK EMAIL :   Euphoria Trial Packs.

Anda akan mendapat balasan email dalam kadar segera.


Boleh email kepada saya atau sms kan kepada saya 017-4045096 untuk konsultasi percuma.

19 February 2014

Pantang Larang Vitamin

Tidak merasa manfaat setelah mengambil supplement dan vitamin? Mari kita check senarai semak dan pantang larang ini!

Beberapa faktor kenapa VITAMIN TIDAK BERKESAN.

Saya yakin ramai yang tahu berkat istiqamah…berkat istiqamah [ amalan yang dilakukan secara sedikit tetapi berterusan] even dalam mendapatkan kesan hasil dari pengambilan supplement, kita disarankan makan secara konsisten selama 3 bulan untuk benar-benar mendapatkan keserasian ditambah sel kita hidup antara 90-120 hari.
Ada segelintir kumpulan pengamal vitamin yang merasakan tidak mendapat apa-apa manfaat dari pengambilan vitamin atau supplement mereka disebabkan oleh beberapa faktor :

1. Pengambilan air kosong dipandang remeh.
Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka yang bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.
Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.
Ia juga penting bagi mengurangkan kesan Healing Crisis. Apa itu Healing crisis? Sila klik SINI.

2. Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa.
Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.

3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.
Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.

4. Kurangkan pengambilan kafein dalam diet harian.
Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.

5. Pantang larang makan vitamin.
-Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi (Vitalea) tidak boleh diambil bersama air susu/ ostematrix/ pil kalsium? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri.
-Tahukah anda vitamin E dan GLA Complex (kerana terdapat Vitamin E di dalam GLA Complex), tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia.

6. Pesakit-pesakit dan keadaan seperti berikut TIDAK BOLEH mengambil vitamin dan supplement seperti yang dinyatakan:
Pesakit SLE atau lupus : Alfalfa
Pesakit talasemia: Vitalea
Ibu Mengandung: Vitamin E, Alfalfa, GLA, Vivix, Cinch, Carotamax, Lecithin, Nutriferon (kecuali dengan saranan doktor). Vitamin2 yang tinggi antioksidan tidak digalakkan diambil di awal kandungan dikhuatiri si ibu akan mengalami risiko keguguran. Biasanya diawal kehamilan, imunisasi ibu memang rendah kerana hendak memberi laluan bayi membesar dalam rahim si ibu. Pengambilan vitamin yang meningkatkan antioksida boleh memberi risiko keguguran pada janin tadi. Maka, vitamin yang tidak boleh diambil seharusnya dihentikan sebaik sahaja mengetahui si ibu telah mengandung.
Ibu Menyusu: Cinch (disarankan diganti dgn ESP kerana kandungan kalori yg rendah dalam cinch tidak mencukupi utk keperluan kalori ibu2 menyusu) dan Vivix.

TIPS UNTUK IBU MENYUSU.

Makanlah vitamin yang fokus untuk membantu ibu menjayakan penyusuan. Utamakan niat yang utama. Supaya tidak terlalu banyak vitamin yang anda amalkan dan dikhuatiri pengambilan air tidak sekata. Sekiranya anda membeli, maka dapatkan jadual makan yang betul dan pastikan anda tahu fungsi kebaikan vitamin yang anda beli!




18 February 2014

Jangan Ambil Mudah Hb Rendah Semasa Hamil


1) Apakah itu anemia?
******************
Anemia merupakan keadaan di mana berlakunya kekurangan hemoglobin (Hb) di dalam sel darah merah. Hemoglobin merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu, apabila anda mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia(kurang kandungan oksigen) dan kurang tenaga. Sebagai seorang wanita mengandung, adalah penting bagi anda untuk mendapatkan ujian darah bagi menentukan paras hemoglobinnya semasa lawatan pertama pemeriksaan kandungan (lawatan antenatal).

2) Apakah tanda-tanda dan gejala anemia?
*********************************
Gejala yang paling biasa berlaku adalah :
-Merasa letih, lemah anggota dan sering pengsan.
-Kelihatan pucat
-Kesukaran bernafas/sesak nafas
-Loya
-Mengalami debaran (palpitasi) - dengupan jantung yang cepat
-Sakit kepala dan pening
-Kerengsaan dan juga keradangan pada lidah
-Mudah lupa

Gejala yang jarang berlaku :
-Mengalami jaundis ataupun kekuningan, terutama pada mata dan kulit
-Sakit di bahagian perut atau abdomen

3) Kenapa berlakunya anemia?
************************
-Kurang pengambilan zat besi (iron) dan asid folik di dalam diet harian
-Mengalami kehilangan darah yang berpunca dari pendarahan gastrousus, buasir, ataupun darah haid yang terlalu banyak.
-Proses pencernaan mungkin mengalami sedikit perubahan semasa hamil di mana ini akan menyebabkan berlakunya anemia.
-Walaupun jumlah pengambilan zat besi (iron) dan juga asid folik mencukupi. Ini kerana sebahagian daripada ferum dan juga asid folik itu diagihkan kepada janin dalam kandungan.
-Talasemia - sejenis penyakit darah keturunan yang banyak berlaku di kawasan Asia, Mediterranean dan juga Afrika.

4) Siapa yang berisiko mengalami anemia?
*********************************
-Wanita mengandung yang tidak dapat makan dengan baik kerana masalah loya atau muntah.
-Wanita yang mengandung kembar
-Wanita yang hamil dalam sela masa kehamilan yang terlalu rapat.
-Pemakanan yang tidak baik - kekurangan pelbagai jenis vitamin. Wanita yang tidak mengambil zat besi dengan cukup adalah lebih mudah mendapat anemia.

5) Adakah anemia berbahaya kepada saya dan bayi?
**************************************
Anemia sangat bahaya kerana boleh menyebabkan perkara berikut :
KEPADA IBU
-Tumpah darah semasa dan selepas bersalin
-Tekanan darah tinggi(eklampsia)
-Keguguran
-Kematian
KEPADA BAYI DALAM KANDUNGAN
-Kematian janin
-Kelahiran bayi tidak cukup bulan
-Kelahiran bayi kurang berat badan

*Sebab tu kalau pergi check kat KK, nurse selalu marah kalau hb rendah kan??

6) Seriuskan masalah anemia saya?
****************************
Tahap keterukan anemia adalah seperti berikut:
a) < 6.9 - SANGAT TERUK
b) 6.9 < 8.0 -TERUK
c) 8.0 < 9.5 - SEDERHANA
d) 9.5 - 10.5 - RINGAN


Bagi ibu-ibu yang hamil, jangan sesekali memandang remeh hal ini… Jika anda mengalami masalah Hb rendah semasa hamil, pastikan anda mengamalkan pengambilan makanan yang seimbang dan lebihkan makanan yang mengandungi unsur zat besi yang tinggi..Di samping itu juga, anda boleh amalkan pengambilan 2 biji Vita-Lea Shaklee setiap hari dapat membantu menangani masalah anemia ini.

Tips Pengambilan Iron Supplement.
--------------------------------------------
1) Pengambilan zat besi bersama vitamin C akan dapat membantu penyerapan zat besi lebih OPTIMUM!
2) Elakkan pengambilan zat besi bersama kalsium. Ini kerana, kalsium akan menggangu penyerapan zat besi yang maksimum.
3) Pengambilan sumber asid folat (asid folik) akan membantu mengekalkan paras hemoglobin ang normal di dalam badan. Sumber asid folat boleh didapati di Shaklee Vita-Lea dan Shaklee B-complex.

*Buat ibu-ibu hamil yang comel...Jom cuba SET HAMIL SHAKLEE..khas untuk preggy moms yang sentiasa mementingkan kesihatan diri sendiri serta bayi di dalam kandungan...(^_-)





These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


Ingin mencuba dan mencari produk Kesihatan Shaklee???Jom dapatkan melalui saya Pengedar Sah Shaklee Shah Alam dan Kuala Lumpur. 


HUBUNGI

♥ FIZA ZAINOL
♥ Shaklee ID 907011
♥ fizazainol@gmail.com / 017-4045096
♥ Free consultation for every purchase
♥LIKE Fanpage FB - Mama Arissa Vitamin Shoppe
♥FB: Fiza Zainol (SILA ADD FRIEND DULU YE)♥ COD(Cash On Delivery)/Self Pick up area Shah Alam dan Pantai Dalam, Kerinchi, Tanglin ,Kuala Lumpur. 

31 January 2014

Beli Shaklee dengan harga ahli ID : 907011 - Sticky Post

Assalamualaikum ...

Hye uollss... 
Just a sticky post.. Saya adalah pengedar sah Shaklee.Saya sendiri telah mencuba vitamin Shaklee dan merasai sendiri kebaikan vitamin-vitamin Shaklee. Start consume Shaklee masa pregnant, masa berpantang sehinggalah sekarang...

Untuk sebarang pertanyaan tentang produk Shaklee, kelebihannya dan membuat tempahan anda boleh pm saya di Facebook, WhatsApp atau pun melalui email. Jika anda berkesempatan untuk ke branch Shaklee sendiri, anda boleh la guna ID saya untuk membuat pembelian dengan harga ahli.

NOR HAFIZAH BINTI ZAINOL
ID SHAKLEE : 907011 
EMAIL : fizazainol@gmail.com
Phone No : 017-4045096
Facebook : Fiza Zainol



21 January 2014

Jom LIKE Page.. Set budget Shaklee ??

Assalamualaikum & Salam Sejahtera uollss...

Entry pendek setelah sekian lama tak update blog..Tak menyempat plak nak update blog... Maafkan daku... haha Fza just nak minta tolong kawan2 diluar sana, bloggers, haters dan especially customer kesayangan Fza dan jugak future customer untuk meramaikan lagi page bisness.. Fza aktif berbisness di page je.. Jom ramai2 like page Fza ni.. Terima kasih korang..Allah S.W.T saja yang akan balas jasa kalian.. 


Syukran Jazilan :)