Showing posts with label Aku. Show all posts
Showing posts with label Aku. Show all posts

Kepada Isteri...

Posted by Fiq | Posted in , , , , | Posted on Tuesday, November 02, 2010

5


P/S: Baru saja kehilangan sahabat lama, satu sekolah dulu... Al-fatihah untuk arwahyarham Shaiful Mat Isa... Moga rohmu dicucuri rahmat daripada-Nya...

Masih Hidup Lagi Aku Ni...

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Wednesday, September 29, 2010

7

Assalamualaikum....

Pergh... Lama gile kan blog ni tak berupadate. Dekat 3 bulan tu...
Sekarang dah berupdate... Alhamdulillah=)

Erkk... Chow dulu.

Wassalam

P/s: Punya la lama tak berupdate, tapi bila update kejap gile kan? Haha

Award Daripada Cik Tiram

Posted by Fiq | Posted in , , | Posted on Thursday, July 01, 2010

5

Erk... Tiram pun boleh bagi award? Haha. Ni Tiram bukan sebarang Tiram. Ni Tiram masuk Uni ni. Haha.

Cik Tiram ni dengan baik hatinya menghulurkan buah tangan (Tiram ni ada tangan 2 ye...) berbentuk award beserta tugasannya sekali. Tapi disebabkan aku ni manusia yang punya ego lebih tinggi daripada Tiram, maka aku dengan sesuka hatinya mengubah tugasan beliau mengikut selera sendiri.

Harap Cik Tiram jangan ambik hati (sebab Tiram takde hati...). Ini dia buah tangan Cik Tiram:


Write 5 interesting facts about the person who gave you this award...

1. Cik Tiram ni hanya nama samaran beliau. Nama sebenar beliau tidak diketahui. Namun jantinanya dapat dikenalpasti dengan jelas iaitu perempuan.

2. Beliau ni masih muda. Baru nak masuk 21 tahun (kan? kan??).

3. Walaupun masih muda, namun sudah mempunya 2 anak di mana salah satunya telah mati. Nak tahu siapa anak beliau? Pergi la selam sendiri lautan blog Cik Tiram.

4. Aku teka Cik Tiram ni suka warna pink atau purple berdasarkan kepada warna blog beliau. Mungkin sudah bosan dengan warna biru laut agaknya...=D

5. Menurut beliau, beliau ni suka membaca. Harap takde la suka baca semua benda macam jampi serapah atau mantera... Takut pulak bila pikir. Haha

Jot down 5 interesting facts about yourself of your hobbies. (dari 10 aku letak 5, sebab aku ni pemalu sikit nak cerita semua... haha)

1. Aku ni anak sulung dan confirm lelaki.

2. Aku sangat suka tengok movie. Jadi download movie adalah satu hobi aku yang terbaru.

3. Dulu sangat minat bermain catur. Sekarang entah ke mana minat tersebut.

4. Aku ni jenis serius bila serius, kelakar bila kelakar (erkk... aku pun tak paham apa maksud ayat ni...)

5. Seperti Cik Tiram, aku gila komik. Haha...

Picks your 5 most deserving recipients. (ni pun aku taruk 5 jer...)

1. Cik Nabilah

2. Cik Ila

3. Cik Amirah

4. Cik Hasni

5. Cik Dina


S
ELESAI!


Selamat Hari Bapa 2010

Posted by Fiq | Posted in , , , | Posted on Sunday, June 20, 2010

6


Selamat Hari Bapa diucapkan khas buat abah tercinta:

SAIDI BIN SAAIDIN

Moga dipanjangkan umur, sentiasa dimurahkan rezeki, dan diberkati Allah dunia akhirat.

Terima kasih untuk segala-galanya...=)

ABC Punya Tag

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Friday, May 28, 2010

5

Tag ni aku dapat daripada Cik Nabilah. Amboi... Bukan main simple lagi dia punya tag, tapi jawapan nak berjela. Adoi...

Apapun, meh aku selesaikan tag ni.

A
Aku bernama Syafiq Farhan Bin Saidi

B
Bakal mencecah umur 21 tahun

C
Cita-cita ingin menjadi seorang saintis berjaya

D
Duit bukan matlamat hidup walaupun aku nak duit banyak dalam hidup aku

E
Enak dimakan begitu saja adalah ayat yang sesuai untuk masakan mama aku

F
Fakir adalah satu keadaan yang aku selalu fikir untuk elakkannya

G
Gila-gila adalah diri aku bila aku berjumpa dengan orang yang salurannya juga gila-gila

H
Hidup ibarat esok nak mati, ibadat ibarat hidup 1000 tahun lagi merupakan prinsip yang aku cuba nak capai

I
Isteri idaman dalam hidup aku kalau boleh biar la ada sorang je la... Lebih kang susah plak aku nanti...=P

J
Jam tangan merupakan benda yang memang aku tak suka pakai. Memberatkan tangan je... Haha

K
Kesian aku bila melihat masih ada lagi orang kat Malaysia yang tak berpeluang untuk sambung belajar

L
Lokasi rumah aku di peta Malaysia ialah di Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman

M
Mama aku adalah orang yang aku sangat sayang kat dunia ni

N
Nak sambung belajar kat Jepun atau Korea, mana tau dapat awek sana. Haha

O
Orang yang aku sayang adalah orang yang menyayangi aku

P
Peristiwa yang paling aku rasa syukur ialah aku dilahirkan ke dunia ni dalam Islam dan dalam keluarga yang bahagia...=)

Q
Que Sera-Sera adalah lagu yang selalu dipasang kat sekolah menengah aku ketika waktu rehat.

R
Rumah aku kat Langkawi adalah di tengah-tengah kawasan sawah padi dan berlatar belakangkan gunung yang paling tinggi kat Langkawi iaitu Gunung Raya

S
Syafiq merupakan nama pertama bagi semua adikberadik aku.

T
Tujuh keturunan sumpah Mahsuri ke atas Langkawi dah tamat (erkk... ni semua orang dah tau kan???)

U
Universiti Malaya adalah tempat pengajian aku ketika ini

V
Vote atau undi adalah sesuatu yang bakal aku lakukan buat pertama kalinya bagi pilihan raya umum yang bakal menjelang

W
Waktu sekolah menengah merupakan memori manis aku sepanjang perjalanan hidup aku menuntut ilmu

X
X-Men merupakan kumpulan yang aku selalu angan-angan nak masuk. Haha

Y
Yang aku gatal-gatal cerita pasal diri aku kat atas buat apa?

Z
Zafira Nabilah punya pasal la. Dia yang tag aku!=p


Seminggu Di Unit Kuda

Posted by Fiq | Posted in , , | Posted on Saturday, May 22, 2010

5

Assalamualaikum...................

Seperti yang dijanjikan, hari ni aku nak cerita pasal kuda pulak. Latihan aku di Unit Kuda aka Unit Ekuin telah pun tamat. Ekuin kalau korang nak tau adalah istilah veterinar untuk kuda.

Kerja kat sini takder la banyak sangat. Tapi lebih meletihkan la kalau nak dibandingkan kerja kat Unit Arnab. Malas nak cerita panjang, apa kata korang layan je la gambar-gambar kat bawah....

Sekali lagi, jejaka-jeaka macho kat atas meneruskan perjuangan mereka di Unit Ekuin plak. Hehe....=p


Inilah pandangan kandang kuda dari luar. Ia dipanggil "Stable House"


Ini plak pandangan dari dalam. Bilik-bilik kecik yang korang nampak tu dipanggil "Stable"


Ni satu lagi contoh stable yang ada.



Ini ialah "Stable Arena". Kat sini kuda yang agak jinak akan dilepaskan ketika kerja pembersihan stable dijalankan. Kalau yang liar tu aku tambat jer. Hehe...


Apa yang aku tengah buat tu ialah pembersihan stable kuda. Benda yang kat lantai tu ialah habuk kayu. Habuk kayu yang kena air kencing akan dibuang. Yang member aku buat tu plak ialah membuang najis kuda yang ada.


Habuk kayu yang dibuang perlu la diganti dengan yang baru. Basah baju aku. Peluh tu.....


Yang ni plak mandikan kuda. Layan jer kuda tu kena air. Haha


Apa yang aku tengah buat ialah "grooming". Ini penting untuk membersihakan badan kuda daripada kotoran seperti bulu lama, daki dan debu.


Kuda ni kitorang grooming ramai-ramai sebab saiz dia besar sangat. Tak larat nak buat sorang-sorang. Hehe....


Part ni yang paling best. Menunggang kuda! Yeehaaaaaaa!!!


Ok. Cukup la kot. Nanti aku cerita plak apa yang aku buat kat unit lain. Hingga ketemu lagi di lain masa, tempat yang sama... Wassalam=)

Seminggu Di Unit Arnab...

Posted by Fiq | Posted in , , | Posted on Thursday, May 20, 2010

3

Assalamualaikum................


Pertama sekali aku nak minta maaf la kat korang sebab lama tak update. Bukan apa, internet kat tempat aku ni ada masalah sikit. Jadi terpaksa la aku menunggu lama untuk membuat post yang baru. Huhu...

Sebenarnya, latihan aku di Unit Arnab telah pun tamat pada minggu lepas. Minggu ni aku dah berpindah ke Unit Kuda. Sebab aku dah tak pergi ke Unit Arnab lagi, jadi hari ni aku nak bawak korang semua tengok apa yang telah aku buat sepanjang aku berada di Unit Arnab. Jom...=)


Mamat hensem berbaju biru itu ialah aku. Yang lagi 3 tu member aku yang juga dari UM. Kitorang memang dah pakat nak buat Latihan Industri kat tempat yang sama. Haha...


Inilah kandang arnab. Ada banyak sangkar yang disusun secara sebelah-menyebelah.


Yang ini plak contoh sangkar arnab dari dekat. Setiap sangkar hanya mengandungi satu ekor arnab dewasa.

Kotak besi kat depan sangkar tu dipanggil palong makanan. Kat situ la makanan arnab akan diletak.


Kotak kayu yang besar tu dipanggil kotak anak. Kotak ni memang disediakan untuk arnab sebelum arnab tu melahirkan anak dan dibiarkan di sangkar tu sehingga la anak arnab tu cukup dewasa untuk dipisahkan daripada ibunya.

Apa yang aku tengah buat ialah perkara pertama dalam pengurusan kandang arnab iaitu mencuci najis yang bertaburan kat lantai tu. Bukan susah pun nak cuci. Guna paip je. Hehe...


Lepas cuci semua, aku bagi arnab makan. Arnab ni makan pellet, bukan lobak ye...


Ini plak anak arnab yang baru lahir. Comel tak? Bulu pun takder lagi tu...


Aku buat close up sikit. Panas wo badan die. Macam anak tikus pun ade...


Anak yang baru lahir perlu ditimbang. Timbang ramai-ramai...


Ini gambar organ pembiakan arnab jantan...


Ini lak yang betina...


Ha. Ini la cara arnab tu mengawan. Paling kelakar bila jer habis mengawan, arnab jantan kat belakang tu akan tumbang ke tepi. Comel giler. Haha...


Macam yang aku cerita pada entry yang lepas, aku jugak buat post-mortem.

Ini plak proses tangging, iaitu proses meletakkan nombor tag kat telinga. Bukan apa, nak memudahkan proses merekod data.


Ni aku tengah ambik sampel darah arnab. Susah giler nak ambik. Salah cucuk darah memancut. Kadang-kadang tu arnab tu meronta giler-gilernye. Dia punya kuku tajam, jadi bila dia meronta tu alamat senang la nak dapat luka kat tangan. Huhu...


Rasanya itu jer kot yang dapat aku kongsikan dengan korang sepanjang aku di Unit Arnab. Nanti ada masa aku cerita plak pasal Unit Kuda plak. Ok?


Bye...=)

Kepada Cikgu-Cikgu...

Posted by Fiq | Posted in , , | Posted on Saturday, May 15, 2010

2

SELAMAT HARI GURU

16 MEI 2010

Diucapkan kepada guru-guru yang pernah mengajar diriku ini, iaitu:

GURU-GURU DI SRK NYIOR CHABANG, LANGKAWI

&

GURU-GURU DI SMK TUNKU PUTRA LANGKAWI

Jasa dan pengorbanan kalian tidak akan dilupakan selagi hayat dikandung badan...
Teruskan usaha kalian mendidik anak-anak bangsa...
Kalianlah yang membentuk pemimpin generasi depan...


Ucapan khas Selamat Hari Guru juga ditujukan kepada mama dan abahku,

NORITA BINTI MOHD RASHID
&
SAIDI BIN SAIDIN

Moga mama dan abah terus sihat dan bersemangat dalam mendidik anak-anak Langkawi...=)


Post Mortem Arnab

Posted by Fiq | Posted in , , | Posted on Thursday, May 13, 2010

8

Salam.............

Seperti biasa, sampai aje aku ni kat kandang arnab, perkara pertama yang dilakukan ialah mencuci kandang dan juga memberi makan. Tapi hari ni ada tambahan kerja iaitu bagi arnab mengawan. Kalau semalam hanya didemokan, hari ini kena buat sendiri. Banyak jugak.

Lepas kerja tu selesai, kitorang jumpa plak 1 ekor arnab yang mati. Jadi ketua unit kitorang pun kata nak demokan post mortem arnab. Apa lagi, aku dengan member pun seronok la kan. Belajar benda baru... Huhu

Mula-mula ketua unit kitorang, Puan Norzie namanya, suruh kitorang basahkan bulu arnab sementara dia pergi ambik alat-alat bedah. Kitorang pun apa lagi, beramai-ramai la basahkan arnab yang mati tu.

Itu la kitorang bersama arnab yang mati......=)


Sempat lagi main gigi arnab. Ada 4 batang......


Kemudian Puan Norzie pun sampai la dengan kotak berisi alat bedahnya. Kata Puan Norzie, nak buat post mortem, belahnya kena mula dari mulut.

Ini la caranya. Guna gunting dulu, pastu baru pakai pisau.


Makin lama belahnya makin ke bawah.....


Akhirnya, semua organ dalaman dah terdedah.....


Lepas belah, kitorang ambik sampel organ dan masukkan ke dalam beg plastik.


Yang sebelah kiri tu hati, yang kana plak peparu.


Ini la contoh sampel (trakea) yang dimasukkan ke dalam beg plastik.


Ini uterus arnab. Betina rupanya arnab ni yer... (padahal dah tau bila baca rekod...haha)

Kesimpulan yang dapat aku buat, buat post mortem ni tak la susah sangat kalau dah mahir ilmu anatomi arnab. Aku pernah belah tikus, dan apa yang aku dapati anatomi arnab dan tikus lebih kurang aje. Cuma saiz aje lebih besar.

Untuk esoknya pulak, kitorang diberitahu akan ditunjukkan teknik Artificial Insemination (AI) untuk arnab. Huhu

Ok la. Setakat tu dulu. Nak mandi dan pegi makan pulak.

Wassalam..............

Institut Veterinar Malaysia dan Aku

Posted by Fiq | Posted in , , | Posted on Wednesday, May 12, 2010

8

Assalamualaikum.......

Pertama sekali, aku minta maaf sebab semalam aku janji nak cerita pasal pengalaman baru aku menjalani Latihan Industri. Tapi semalam internet ada masalah sikit, jadi tak dapat la aku nak sampaikan kepada korang. Jadi, hari ni aku cerita la kepada korang ye... Huhu

Sebenarnya, untuk cuti semester ini, aku telah mendaftar diri untuk menjalani latihan industri di Institut Veterinar Malaysia (IVM) Kluang, Johor. Ikut jadual, aku kena buat latihan ni selama 7 minggu. Untuk minggu pertama ni, aku dan beberapa rakan-rakan aku ditugaskan di Unit Arnab.

Unit Arnab ni merupakan satu-satunya unit yang menempatkan haiwan rodensia di IVM. Kat sini ada 2 kandang arnab yang utama. Unit ni bela 3 baka tulin untuk dikacukkan antara satu sama lain bagi menghasilkan baka baru.

Hari pertama aku kat sini, iaitu hari Isnin hari tu, aku tak buat apa-apa pun. Cuma dengar penerangan ringkas aje. Start hari kedua, aku dan rakan-rakan aku dah kena mula buat kerja. Perkara pertama yang kitaorang kena buat ialah pengurusan kandang.

Pengurusan kandang yang kitaorang kena buat termasuklah mencuci najis kat lantai, tukar air minuman arnab, buat bancuhan air vitamin, beri makan dan juga pengurusan arnab yang baru lahir. Masa ketua unit tu bagi penerangan, nampak macam kerja senang aje, tapi bila dah buat baru tau macam mana situasi sebenarnya. Sampai lencun baju beb, mandi air peluh! Itu semua kitaorang kena buat tiap-tiap pagi sepanjang minggu ni.

Kat sebelah petang plak, kitaorang belajar teknik "Flamming" iaitu bakar bulu arnab yang melekat kat sangkar. Sambil-sambil tu, kitaorang kena basuh palong makanan arnab suapaya palong tu bersih bila kitorang bagi makanan esok pagi.

Hari ni punya kerja pun sama macam semalam: cuci kandang, bagi minum dan bagi makan. Cuma hari ni kitaorang belajar satu benda baru iaitu proses pembiakan arnab secara semula jadi. Proses dia senang aje. Ambil betina yang dikenalpasti dah "on heat" atau dalam tahap bersedia untuk membiak, kemudian masukkan ke dalam sangkar jantan. Lepas aje diorang mengawan, keluarkan balik betina tu dan letak balik dalam sangkar asalnya. Senangkan?

Yang menariknya dalam proses mengawan tu ialah lepas je si jantan masukkan air maninya ke dalam organ pembiakan si betina, si jantan tu akan tumbang ke lantai sangkar. Tabiat ni menyenangkan kita untuk mengetahui sama ada si jantan tu berjaya melepaskan air mani ke dalam organ pembiakan si betina ataupun tak.

Itu je apa yang aku buat setakat ni. Esoknya tak tau la apa plak benda baru yang akan kitaorang belajar. Yang pastinya, setakat ni aku rasa best buat latihan industri kat sini sebab memang kena dengan jiwa aku. Rasa macam dah nak bukak ladang arnab je bila keluar nanti. Haha..

Ok la. Berhenti dulu. Lain masa aku cerita lagi. Sekian=)

Mother's Day

Posted by Fiq | Posted in , , | Posted on Sunday, May 09, 2010

2

Selamat Hari Ibu diucapkan kepada bonda tersayang:

NORITA BINTI MOHD RASHID

Semoga hidup sentiasa sihat, dilimpahi nikmat, bahagia dunia akhirat...

Kasih sayang Baan kepada mama berkekalan dunia akhirat, insyaAllah=)


Flaming Dan I-City

Posted by Fiq | Posted in , , , , , | Posted on Friday, May 07, 2010

6

Salam=)


Saat aku menulis coretan ini, jam kat laptop aku dah menunjukkan tepat 2.35 pagi. Mata aku pun sebenarnya dah berat sangat dah ni. Tapi memandangkan esok aku bakal sibuk dengan "aktiviti-orang-lepas-habis-exam", maka aku pun update la entri baru seawal mungkin...=)

Buat pengetahuan korang semua, semalam aku dan 8 lagi rakan aku, yang merupakan jantan kesemuanya, telah berjaya melaksanakan rancangan kitorang untuk dinner di Restoran Flaming berhampiran dengan Sunway Pyramid. Restoran steamboat ni kira agak terkenal la jugak sebab banyak kawan aku tau pasal restoran ni.

Kitorang start bergerak ke restoran tu dalam 7.15 malam. Disebabkan dah dekat nak Maghrib, jadi kitorang pun solat dulu kat Masjid Ar-Rahman. Solat tu kan tiang agama...=)

Lepas solat, terus kitorang gerak dengan kelajuan maksima. Semua naik motor je. Jadi walaupun keadaan trafik ketika tu memang sesak, kitorang berjaya jugak sampai awal kat restoran tu. Restoran ni memang pantang kalau lewat sebab meja sentiasa penuh.

Lepas sampai, kitorang pun apa lagi, mula la aktiviti makan. Makanan kat sini memang banyak dan sesuai untuk orang yang perutnya berkapasiti besar. Macam-macam ada. Ye la, standard steamboat la kan. Aku tak amik banyak gambar sebab layan makan. Haha=D

Yang macho lagi hensem, iaitu orang pertama dari kanan, itu la aku. Fiq=p Masa tu aku tengah bantai aiskrim member sebelah sebab aiskrim kat mangkuk aku dah habis.=D

Ini la antara ahli rombongan kitorang. Kalau rasa ada yang berkenan di hati jangan lupa gitau aku. Aku sedia menjadi orang tengah=p

Lepas sesi makan malam, kitaorang pergi pulak lepak kat I-City, Shah Alam. Masa pergi tu hujan, tapi berbekalkan semangat kental beserta perut yang penuh dengan steamboat, kitorang redah jer. Agak jauh jugak la. Naik lenguh tulang punggung aku duduk atas motor.

Tapi lenguh aku tu agak berbaloi bila aku lihat pemandangan kat I-City tu. Cantik wa cakap sama lu. Tak tau aku nak terang guna ayat. Jadi korang layan je la gambar yang aku ambik ni walaupun tak banyak.


Dari kejauhan dah nampak pokok warna-warni. Kecerahan cahaya pokok tu dah menggelapkan wajah gambar kitorang...


Ini gambar pokok cahaya tadi dari dekat. Sebenarnya semua tu hanyalah pokok buatan yang terdiri daripada ratusan LED.





Paling menarik, ada di antara gubahan yang dibuat adalah berbentuk haiwan. Contohnya kat dalam gambar ni ada merak.

Katak hijau. Lawa siot! Mengancam!!!


Ini angsa pun ada.


Kuda ni paling menarik. Dah macam alam kayangan pun ada.






Last but not least, gambar putera kayangan yang sangat macho!


Haha. Perasan sebentar=p Apapun, semalam merupakan saat yang menyeronokkan. Masing-masing lepas geram sebab dah habis exam. Haha

Rasanya cukup la dulu kot. Dah berjela dah ni. Ok lah. Aku pun nak tidur jugak. Roger dan selamat malam (ke pagi???)