April 30, 2011

Dating dulu, baru kahwin?

***Syaitan amat kreatif untuk menjadikan jalan maksiat itu indah. Sengaja diwujudkan jalan (dating) untuk capai tujuan (nikah). Sedangkan syariat menggariskan jalan adalah nikah, manakala tujuan adalah ibadah! Zaman sekarang, dating sebelum nikah dianggap biasa, sehingga menimbulkan rasa tidak bersalah dan berdosa, rasa tidak berdosa inilah yang paling bahaya! Nasihat aku.., jika sudah ada calon, walaupun beribu masalah mendatang, hadapilah ia dengan tenang, nikahlah kerana itu adalah tujuan yang benar, walaupun terpaksa melalui jalan yang sukar. Terimalah sedikit kesukaran di dunia yang sementara, dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesukaran akhirat yang berkekalan!***


Sekian lama aku menyepi, kini aku muncul kembali. Pernah aku berjanji kepada mereka yang bertanya.., “mengapa lama tidak update blog?” lalu aku menjawab.., “insyaAllah, aku akan update blog selepas nikah”.

Namun, maafkan aku terpaksa memungkiri janji kerana tujuan penulisan kali ini adalah begitu bermakna buat diri aku dan “ehemm”. Ada sesuatu perkara yang aku ingin maklumkan dan hebahkan kepada korang sebagai memenuhi tuntutan syariat.

Tentulah setiap syariat yang diturunkan Allah pasti ada kebaikan kepada kita. Begitulah juga, setiap ujian yang diberikan tentu ada hikmahnya. Mungkin kita tidak dapat menjangkau hikmah disebalik apa yang terjadi, tetapi jangan sesekali kita buruk sangka pada Ilahi...!

Jadi, anggaplah setiap apa jua keadaan itu sebagai ujian. Apabila merasa ujian, disitu ada didikan. Jangan hanya merasakan ujian hanya dalam bentuk kesusahan, kefakiran, kesukaran dan kemiskinan sahaja.

Sebaliknya rasailah ujian itu dalam pelbagai bentuk keadaan mahupun ia dalam bentuk kesenangan, kekayaan, kelapangan dan kemudahan. Dengan ini kita akan lebih berhati-hati (taqwa) untuk melalui hari-hari yang akan datang.

Kadang-kadang manusia boleh merasai kesusahan orang lain, tapi jarang sekali yang sanggup menanggung kesusahan orang lain! Hatinya boleh berkata “kasihan” tapi perbuatannya tidak mampu untuk membuat pilihan!

Seringkali merasa susah dengan kesusahan orang miskin sangat mudah.., tetapi merasa senang dengan kesenangan orang kaya sangat payah! Inilah yang dinamakan hasad dengki!

Jadi.., “pujuklah hati untuk merasa gembira apabila melihat kegembiraan orang lain!” teringat aku pada pesanan seorang guru bahasa inggeris semasa di zaman persekolahan dulu.

Tidak merasa senang dengan kesenangan orang lain.., itu namanya iri hati. Tidak merasa susah dengan kesusahan orang lain.., itu namanya hilang simpati! Hilangnya perasaan simpati menunjukkan sifat mementingkan diri sendiri! Sedangkan salah satu tanda kesempurnaan iman adalah mempunyai rasa berkasih sayang antara satu sama lain.

Mengikut pengalaman, perasaan aku menjadi sebak dan terharu apabila melihat orang yang susah sedaya upaya membantu orang susah.., berbanding orang yang senang membantu orang susah! Orang susah memberi kerana “tiada”.., tetapi orang senang memberi kerana “ada”.

Masih ingatkah korang mengenai kisah keluarga dari kaum ansar yang sanggup berlapar demi untuk memberi makan kepada tetamu Rasulullah. Anak-anaknya dibiarkan kelaparan kerana mereka mengutamakan apa yang lebih utama. Allah puji mereka sehingga turun wahyu kepada Nabi Muhammad saw pada malam hari.

Semua persoalan ini sebenarnya menjurus kepada satu jawapan sahaja yakni hidayah taufik untuk taat segala perintah Allah dan tinggal segala larangan Allah setiap masa dan keadaan. Jika diberi hidayah Allah, syaitan dan nafsu akan kalah!

Perlu diingatkan bahawa hidayah perlu diusahakan melalui jalan pengorbanan. Setiap pengorbanan menuntut kepada keikhlasan. Tanpa keikhlasan, ibadat yang “besar” menjadi tersasar! Melakukan sesuatu kerana Allah perlulah istiqamah! Jika disaat dilanda susah, adakah tergugat istiqamah.., jika dilanda senang, adakah terus berjuang..?

Persoalan itu telah terjawab setelah sekian lama aku berhenti dalam meng”update” blog. Kata-kata Khalid al-Walid masih terngiang-ngiang dalam kepala aku ketika beliau dilucutkan jawatan oleh Sayidina Umar. Kata Khalid al-Walid..;

“aku berjuang kerana Allah, bukan kerana Umar”.

Hebat bukan? Beliau bukan diturunkan pangkat tapi dilucutkan jawatan. Tetapi beliau terus berjuang walaupun jawatan dibuang!

Yang pasti, jika hati kita terus berjuang kerana Allah, pasti dibuatnya istiqamah. Dan aku bukanlah salah seorang yang pejuang yang ikhlas dalam menulis blog! Jika korang terus istiqamah dalam apa jua bentuk kebaikan.., maka disitulah tandanya korang seorang yang ikhlas! Walaupun pelbagai keadaan datang menerjah, korang tetap tenang mengingati Allah.


Bila berkenang, masuklah meminang!

Dan salah satu cabang untuk mendapat ketenangan adalah dengan cara nikah! Sebelum nikah, Islam menganjurkan untuk bertunang. Bertunang tidak semestinya perlu dibuat majlis besar (sekarang siap ada pelamin lagi, ish-ish..kasihan!). Bertunang sudah memadai jika seorang lelaki menyatakan hasrat (sungguh-sungguh) untuk berkahwin kepada pihak perempuan disamping disaksikan oleh kedua ibubapanya.

Semasa tempoh bertunang...kenal-kenallah sedikit sebanyak bakal isteri terutamanya dari segi agamanya. Agama adalah paling utama berbanding dari segi keturunan, kecantikan dan harta. Ini janji Nabi s.a.w.., yakinlah korang bahagia jika pilih agama sebagai yang utama! Adakah masih ragu? Sungguh, ragu itu daripada syaitan!

Ramai yang salah faham mengenai bab pertunangan.., akibat ramai yang salah membuat tindakan! Korang menyangka dengan cara bertunang, korang mendapat “lesen besar” untuk memudahkan buat segala-gala seperti orang yang dah kahwin!

Tidak hairan jika aku katakan bahawa ramai calon yang bertunang telah melakukan perkara yang sumbang! Tambahlah lagi sekarang lagi hebat kerana ada “pelamin” lagi untuk meraikan majlis pertunangan. Pernah aku lihat pasangan bertunang berpegang tangan atas pelamin sambil ditangkap gambar oleh photographer.

Semua yang melihat perbuatan itu.., tidak merasa sedih malah boleh bergembira. Sungguh jahil keadaan begitu! Tidak dinafikan ada ibubapa yang ‘jahil’ membenarkan anaknya keluar kerap kali bersama tunangnya. Bahkan, berbangga lagi si bapak dan si mak apabila tunang datang ambik anaknya dengan motorsikal nak pergi jalan-jalan. Tambah lagi si mak kata:

“haaa minah(bukan nama sebenar).., peluklah kuat-kuat.., kan nanti jatuh”

Lihat bertapa jahil si mak yang menyuruh pegang kuat-kuat pada badan tunang apabila naik motorsikal. Ini bukan mengajak kepada makruf tapi menggalakkan kepada mungkar. Mak dia kata lagi..:

“bawa motor tu perlahan-lahan ye”

Memang perlahan benar motor sehinggalah lewat malam baru sampai. Nampak sangat “kejahilan” mak dia dan anak menantu yang bakal jadi hantu! Sungguh sedih!

Sungguh kreatif syaitan menipu manusia hari ini. Syaitan sangat suka manusia yang bertunang lama-lama tapi hidup dalam keadaan seperti orang yang dah kahwin! Sebab itu benar kata orang-orang tua..,

“kalau bertunang tu, jangan lama.., bahaya!”

Masa sebelum aku bertunang dulu (aik, aku dah bertunang ke sekarang).., aku ingat biasa je apabila bertunang. Tapi... “huhhhhhhhh!”. Hebat ujian orang bertunang! Sukar untuk cerita, tapi korang akan rasa sendiri apabila mengalami saat itu.

Tapi ada lagi yang lebih bahaya yakni... ada “couple” yang dah bertahun-tahun lamanya kenal, selalu jumpa, sering makan minum sekali, berdating, bawa ke sana ke mari, tapi.... tidak jugak ingin bertunang. Kenapa? Alasan yang diberi adalah..,

“nanti kalau dah bertunang, tidak boleh lama-lama, bahaya!”

Bertapa geramnya apabila aku mendengar jawapan macam tu daripada golongan “couple” yang kesengalan semakin meningkat! Yang dok lama-lama hidup macam laki bini tu.., tidakkah itu dipanggil jugak bahaya? Lagi bahaya kalau tidak rasa itu perbuatan dosa!

Sebenarnya tujuan bertunang adalah untuk mengenali pasangan masing-masing dengan tidak melepasi “batas” yang ditetapkan syariat. Jika melepasi “batas”, dibimbangi akan terbabas! Ya, terbabas di pertengahan jalan nak kahwin.., tetapi sudah ada “benih” anak yang akan dilahirkan!

Nasihatku.., korang sebenarnya tidak perlu kenal “sangat” calon isteri korang, tetapi sudah memadai sekiranya korang mengenai ibunya. Bak kata sesetengah orang.., kalau nak tahu anak perempuannya berakhlak macamana...maka lihatlah akhlak ibunya.

Manakala jika hendak mengetahui akhlak seorang lelaki.., kenalilah dengan siapa dia berkawan. Bukankah nabi s.a.w pernah berpesan bahawa agama seseorang ditentukan oleh dengan siapa dia berkawan?

Tip yang lain aku nak bagi percuma adalah apabila korang sudah berkenang dengan seseorang perempuan.., beranikanlah diri menyatakan hasrat korang untuk berkahwin dengan anaknya! Zahirkan kesungguhan korang dengan cara berjumpa “face to face” degan ibubapanya.

Soal ibubapa mereka terima atau tidak, itu soal nombor dua. Yang penting korang berani mencuba! Sematkan dalam hati kisah Bilal r.a ketika pergi memulakan langkah pertama untuk meminang.

Pernah diceritakan dalam satu riwiyat (boleh jadi riwayat ini tidak terlalu kuat)..., Bilal r.a telah berkenang pada seorang gadis lalu pergilah beliau untuk berjumpa ibubapa gadis tersebut. Kata Bilal r.a..;

“saya ingin meminang anak pakcik yang bernama ‘sekian-sekian’.., kalau pakcik terima...alhamdulilah.., Kalau pakcik menolak...subhanallah..”

(lepas ni kalau korang nak pergi meminang, ingatlah cara macam ni nak cakap dan jawab!)

Apabila ditanya kenapa Bilal r.a jawab macam tu. Jawab Bilal r.a..;

“aku ni tiada perkara yang boleh dibanggakan. Kalau tengok dari sudut merdeka...aku tidak. Aku bekas hamba. Dari segi fizikal tiada perkara yang boleh disebut “molek” padaku..”

(Sebab tu kalau kita perhatikan dalam sejarah Bilal r.a...tiada sejengkal pun di tubuh beliau yang tidak terselamat daripada parut! Beliau pernah dibakar di atas bara api...sehingga darah yang keluar daripada badan beliau itulah yang memadamkan bara api....!)

Beliau kata kalau orang terima peminangannya...”Alhamdulillah”. Kenapa perkataan “Alhamdulillah”? Kerana batinnya celik... beliau tak tengok zahir...tapi beliau tengok disisi Allah macamana, taqwa macamana? Tapi kalau orang itu tak terima maka beliau tidak salahkan orang tersebut kerana orang tersebut mungkin telah terhijab hati untuk menilai akhirat atau terhenti pada pandangan dunia sahaja!

Kenapa pulak perkataan “Subhanallah” apabila ditolak? Subhallah ertinya Maha suci Allah.. Jadi Bilal r.a bagitau..;

“Kalau kamu tengok aku ni tak suci...tak bersih...banyak kurang. Jadi jika kamu nak cari yang sempurna.., siapa lagi..? Melainkan Allah!”

Jawapan macam ni asing bagi kita...tapi sebenarnya bagi orang yang makrifat tidak!


Hikmah dibuang kerja..?

Sedang membelek-belek surat khabar, aku terbaca kisah seorang pemuda yang ingin melangsungkan perkahwinan hanya beberapa hari sahaja lagi... tiba-tiba dia telah dibuang kerja oleh majikannya. Bagi korang yang tidak alami, mungkin menganggap itu perkara biasa. Tapi bagi orang yang telah mengalami, amat pahit terasa!

“Sabarlah...” pesan aku. Memang mudah untuk mengungkapkan perkataan “sabar” dimulut.., tapi kebanyakkannya hati tercalar. Tapi tak mengapa, belajarlah untuk mengucapkan sabar, mudah-mudahan dapat memujuk hati yang telah tercalar menjadi segar!

Wahai diri.., setiap orang ada ujian. Jika korang dapat memenuhi syarat ujian maka korang akan beroleh didikan dan kebaikan. Allah memberi ujian mengikut iman seseorang.., semakin besar iman, semakin besarlah ujian!

Percayalah juga bahawa setiap ujian Allah ibarat “cubitan” untuk mengingatkan diri korang daripada lalai. Bayangkanlah jika korang terus “dibelai atau diulit” oleh syaitan dan nafsu untuk menuju ke arah kesesatan. Risaulah kerana betapa ramai yang sesat dalam kehidupan berbanding yang sesat di dalam hutan!

Untuk tidak sesat dalam kehidupan, jika diberi ujian, carilah hikmah disebalik yang terjadi dengan suluhan cayaha iman! Celikkanlah mata hati apabila pekerjaan korang diberhenti! Mulakanlah langkah mengadu kepada Allah terlebih dahulu, sebelum pergi mengadu kepada orang yang sudi membantu!

Mengadu di depan Allah dengan merasa korang hamba. Hamba yang tidak layak untuk menerima apa-apa sahaja.., tetapi sebaliknya hanya menerima apa-apa sahaja yang diberikan oleh Allah.

Mungkin disaat itu korang belum lagi nampak hikmah disebalik apa yang Allah takdirkan kepada korang. Ingat, dalam hadith qudsi ada menyebut bahawa sekiranya korang menerima apa-apa yang Allah ingini, maka Allah akan datangkan apa-apa yang korang ingini!

Namun apabila saat perkahwinan telah dekat.., perkerjaan lain yang korang cari masih tak dapat-dapat, sedarlah disitulah ada hikmahnya. Hikmahnya, mungkin Allah inginkan korang membuat perbelanjaan perkahwinan yang paling rendah!

Tidak membeli barang-barang yang pelik dan tidak bermanfaat.., ia sebenarnya mengajar korang untuk tidak membazir dan boleh berjimat-cermat. Sedangkan berjimat-cermat bukan sahaja disaat melarat tetapi disaat korang larat (mampu)!

Bayangkan jika korang terus kerja.., dapat gaji beribu-beribu setiap bulan. Duit dapat dikumpul dalam waktu terdekat.., pasti korang akan belanjakan untuk perkahwinan dengan cara yang hebat! Apabila korang menunjukkan hebat, disitulah hilangnya berkat!

Jadi, jangan sesekali terlintas untuk mengambil jalan yang singkat untuk mendapatkan wang yang banyak dengan cara yang tidak halal. Sedangkan wang yang dapat secara halal itu berkat walaupun sedikit. Memadailah yang sedikit tapi berkat daripada banyak tapi rosak!

Ingat, jika Allah tidak memberi sesuatu yang korang ingini.., bukanlah bermakna Allah benci tetapi sebenarnya korang disayangi! Allah tidak memberi apa yang korang mahu tetapi Allah memberi apa yang korang mampu!

Percayalah.., Allah lebih kenal siapa korang lebih daripada korang mengenali diri sendiri. Allah yang menciptakan, sedangkan korang diciptakanNya. Korang tidak tahu disebalik apa-apa yang berlaku.

Cuma korang perlu teruskanlah berdoa dan berusaha.., jangan sesekali berputus asa. Bukanlah menjadi isu besar sekiranya korang berdoa tetapi tidak dimakbulkan. Sebaliknya isu yang lebih besar adalah sekiranya korang lupa untuk berdoa!

Bahkan ulama telah sepakat mengatakan bahawa orang yang tidak berdoa dalam sehari sahaja.., sebenarnya telah melakukan dosa! Ya, alasannya kerana orang yang tidak berdoa sebenarnya tidak mendirikan solat!


Dengan solat, pasti ada kejayaan!

Mungkin disaat kesuntukkan masa itu...korang terfikir untuk melakukan sesuatu yang tidak biasa korang buat. Padahal sebelumnya korang sedang melakukan perkara yang luar biasa! Mungkin biasa pada pandangan penduduk di bumi tapi sungguh luar biasa pada pandangan penduduk di langit!

Sebagai contoh.., jika dulu korang istiqamah dalam solat berjemaah...tapi apabila korang hilang pekerjaan... korang terus memulakan langkah untuk “memberontak”. Maka datanglah syaitan untuk berbisik agar korang mencari duit dengan cara yang cepat walaupun terpaksa meninggalkan solat!

Oh lupa aku..!Syaitankan kreatif.., mereka takkan suruh korang terus tinggal solat. Tapi dibisikan secara perlahan-lahan agar korang meninggalkan solat berjemaah terlebih dahulu. Bisik syaitan..:

“tak mengapa, korang kan masih solat..., cuma tak solat berjemaah je.., kerja itu penting... kerja pun ibadah jugak tau”

Lalu apabila dah biasa tidak solat berjemaah.., maka perasaan yang dulu rasa bersalah.., kini tidak lagi rasa sedih malah boleh berbangga lagi kalau solat seorang! Saat itu, syaitan akan meneruskan langkah seterusnya. Bisik syaitan..:

“solat sendirian buat apa.., kalau dapat pun 1 pahala sahaja..., baik korang tinggal sahaja la.., sedangkan kalau korang kerja sepanjang masa.., korang akan beroleh duit berlipat kali ganda!”

Syaitan akan berbisik lagi supaya korang bandingkan kehidupan korang dengan kehidupan orang yang jauh lebih senang. Saat itu, korang akan lupa segala jutaan nikmat yang ada pada diri korang kerana mata hati telah ditutupi dengan jutaan nikmat yang ada pada orang lain.

Sehinggalah korang terikut-ikut dengan ajakan manusia yang telah istidraj (atau dalam bahasa mudah manusia yang lupa daratan). Manusia ini walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal..;

"Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu tinggal ibadat tentu boleh kaya macam aku” katanya sombong.

Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya. Rasullulah s.a.w bersabda:

"Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul Ibad)

Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, apabila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah!

Jadi, bersabarlah dalam ketaatan. Teruskanlah bersolat sehingga korang benci untuk buat maksiat! Janganlah sesekali hilang sabar di jalan ketaatan sehingga menyebabkan korang mengikuti jalan kemaksiatan! Ingat pesan aku... Apabila rezeki itu datang lambat.., jangan sesekali memburu dengan jalan maksiat!


Ikutlah petunjuk, bukan telunjuk!

Untuk mengelakkan maksiat.., mudah sahaja formulanya iaitu ikut petunjuk Allah berdasarkan al-Quran dan al-hadith. Agama Islam yang diturunkan bukanlah agama yang menyusahkan umatnya.., malah amat mudah jika difahami dan diikuti hatta bab nikah sekalipun!

Wahai diri... dalam apa jua perkara, berhati-hatilah jika perlu mengambil pandangan orang lain. Selidiklah terlebih dahulu orang tersebut. Bukan buruk sangka tetapi lebih baik bersedia.

Dengarlah dulu pandangan mereka tetapi buatlah “tapisan” samaada itu perkara yang benar atau tidak. Janganlah hanya meminta satu pandangan sahaja.., tetapi mintalah beberapa pandangan. Lagi banyak pandangan.., “kebangkalian” untuk mendapat pilihan yang terbaik sangat cerah!

Dua macam orang yang aku cadangkan kepada korang agar setiap perkara yang korang buat dapat keberkatan. InsyaAllah, mudah-mudahan mendapat pencerahan. Mereka adalah.., ibubapa atau ulama.

Ya, mereka inilah yang tidak ada kepentingan diri apabila korang mengajak untuk berbincang dengan mereka. Sebaliknya jika dengan orang lain, dibimbangi akan ada yang inginkan “imbuhan” atau “balasan” diatas pertolongan yang diberikan.

Dalam soal perbelanjaan untuk kahwin.., janganlah korang bandingkan dengan perkahwinan mewah orang lain. Janganlah bandingkan mas kahwin korang dengan mas kahwin orang zaman sekarang. Intai-intailah sedikit sebanyak mas kahwin dan belanja perkahwinan orang terdahulu yang diredhai Allah.

Ramai ibubapa meletakkan harga mas kahwin (sehingga boleh mencecah puluhan ribu ringgit!) dan belanja hantaran nikah yang begitu tinggi kerana beranggapan status dan kedudukan anak-anak mereka perlu diberi perhatian yang sejajarnya dengan kedudukan.

Jap! Aku nak tanya.., siapa korang berbanding Nabi? Siapa anak gadis korang berbanding anak-anak Rasulullah? Sedangkan Fatimah kekasih hati Rasulullah pun bernikah dengan belanja sekadar hasil gadaian dari baju besi!

Syukurlah kepada Allah kerana telah menyelamatkan anak-anak korang daripada dosa zina! Syukur dan mujurlah kepada Allah kerana telah menemukan jodoh kepada anak-anak gadis korang dengan lelaki yang sudi menikahi dan menjaganya.

Jadi, buktikanlah tanda syukur itu dengan mempermudahkan urusan nikah mereka dan mengurangkan belanja perkahwinan mereka.., agar bakal pengantin lelaki dan keluarga pasangan tidak rasa terbeban. Pesan nabi s.a.w..:

“Sebaik-baik pemberian mahar adalah yang paling memudahkan.” (Hadis riwayat Hakim)

Pedulikan apa orang nak kata...kerana korang tak akan mampu untuk menutup mulut orang. Disitu nilainya harga diri korang. Jika korang hidup dibawah “telunjuk” orang lain berbanding “petunjuk” yang telah sedia ada dalam Quran dan Hadith...maka harga diri korang sebenarnya telah jatuh teruk!

“aiii, kalau nak kahwin.., sekurang-kurangnya kena ada sebuah kereta!”

“ah, kerja tidak tetap.., kau nak kahwin!”

“zaman sekarang, kalau tiada duit rm10 ribu.., janganlah haraplah nak kahwin!”

Itulah salah satu percakapan orang yang tidak mengikut petunjuk yang telah tersedia ada dalam al-Quran dan hadith. Jadi janganlah menjadi “bodoh” dengan rela mendengar dan mengikuti segala kata-kata “telunjuk” orang yang jauh dari petunjuk!

Kalau korang ikut telunjuk orang.., sampai bila korang tidak menemui jalan kebahagiaan. Sungguh, korang tidak mampu untuk memenuhi segala kemahuan suara “telunjuk”... kerana “jari telunjuk” terlalu ramai. Ada yang suruh korang buat macam ni.., ada yang suruh korang buat macam tu! Sungguh, jalan banyak tetapi menemui semak!

Sedangkan jika ikut petunjuk.., hanya satu jalan sahaja. Kalau ya pun ada banyak jalan.., tetapi dalam petunjuk hanya ada satu matlamat sahaja! Matlamat untuk dapat redha Allah! Kadang-kadang hati kita buta untuk melihat dengan pandangan “petunjuk” disebabkan terlalu banyak pandangan “telunjuk” yang telah menutupi hati korang.

Ikut “petunjuk” memang kena kritik tetapi Allah redha.., manakala membuat bid’ah dan kenduri yang tidak ikut sunnah, memang manusia suka tetapi Allah murka! Akhirnya perkahwinan yang dibina tidak bahagia juga!

Perlu diingatkan bahawa tidaklah menjadi satu kesalahan sekiranya korang mengikut telunjuk orang lain.., asalkan mereka itu yang dikategorikan mendapat petunjuk Allah! Aku merayu.., raikanlah agama melebihi kata-kata manusia kerana suara “telunjuk” tetap akan datang dan pergi...tetapi “petunjuk” kebenaran akan kekal selama-lamanya!


Nikah itu mudah!

Apabila korang mengikut petunjuk Allah, semua perkara dibuat akan menjadi mudah. Memang pada mulanya agak susah dan mujahadah.., tetapi kalau sudah biasa.., yang susah akan menjadi mudah!

Suka sama suka, rindu sama rindu, sayang sama sayang itu adalah fitrah manusia. Allah tidak menciptakan fitrah begitu sahaja tetapi Allah mewujudkan saluran yang betul untuk menguruskan fitrah. Fitrah tidak boleh dibunuh tapi mesti diurus! Jadi, Allah sediakan jalan perkahwinan untuk mengurus segala perasaan yang timbul dikalangan orang yang bujang-bujang!

Aku amat pantang dengan mana-mana ibubapa yang apabila anak-anaknya menyatakan hasrat ingin berkahwin.., maka dihalang daripada berkahwin walaupun calon lelaki itu mempunyai pegangan agama yang kuat!

Golongan mereka inilah yang dikatakan “jahil” dan “sengal”.., kerana merekalah yang menjadi penyebab kerosakan yang berlaku sekarang termasuk kes lahirnya anak luar nikah yang begitu ramai!

Jahil apabila anak yang sudah dewasa dan besar sepatutnya dibantu dan dicarikan pasangan…tetapi dihalang kerana katanya belum matang! Sungguh jahil jika berfikiran demikian!

Ramai ibubapa yang jahil yang faham tugasnya mencari rezeki untuk memberi makan minum kepada anak-anak tetapi mereka yang jahil lupa untuk memenuhi tuntuan batin anak-anak. Adakah tidak tahu bahawa seks itu juga seperti makan dan minum sebagai memenuhi fitrah?

Menjadi satu kejahilan apabila anak-anak sudah besar dan matang masih dilarang bernikah lantaran belum bekerja dan masih belajar. Baik belajar atau tidak, bekerja atau menganggur.., seseorang itu tetap perlu makan kerana fitrah.., dan tuntuan itu samalah dengan nikah!

Bukankah mulut itu diletakkan dimuka yang perlu disuap dengan makan dan minum apabila perut itu lapar? Apakah kemaluan yang diletakkan di badan tidak memerlukan “makan” apabila terasa “lapar”..? Sungguh, kemaluan jugak memerlukan “makan” sebagai memenuhi fitrah!

Islam agama yang fitrah memang menyediakan jalan nikah bagi yang mereka ketandusan fitrah. Tetapi zaman sekarang, kata-kata ini hanya tinggal sebagai teori sahaja disebabkan perlaksanaan nikah telah disusah-susahkan oleh mereka yang kuat berpegang kepada adat yang bertentangan dengan syariat!

Sebagai contoh perkahwinan di Malaysia sekarang.., seseorang lelaki itu memerlukan belanja perkahwinan sekurang-kurangnya RM10,000! Itu pun ramai bakal pengantin yang bertindak “sengal” melakukan perkongsian mas kahwin tanpa diketahui oleh ibubapa mereka. Mereka hanya inginkan nama agar tidak jatuh maruah apabila disebut mas kahwin yang tinggi-tinggi semasa akad nikah!

Sebenarnya pasangan ini “sengal” kerana telah mempermainkan hukum Allah! Mereka merasakan boleh sembunyikan daripada pengetahuan ramai.., tetapi mereka tidak sedar kemurkaan Allah mengiringi mereka!

Manakala bagi mereka yang tidak dapat berkahwin lantaran belanja perkahwinan yang tinggi.., maka mereka telah mengambil jalan singkat untuk hidup seperti pasangan suami isteri! Inilah yang banyak terjadi disana sini.

Malah bertapa jahil ibubapa yang lebih senang melihat anak-anak hidup dalam keadaan begitu (macam suami isteri) walaupun belum lagi kahwin! Akibatnya korang (ibubapa yang jahil) turut menanggung beban dosa jika anak perempuan korang terlibat dengan agenda-agenda maksiat sebelum nikah!

Justeru aku merayu.., jangan sampai menyusahkan mereka yang ingin berkahwin.., mudahkanlah untuk melakukan perkara yang hak.., dan susahkan diri jika diajak untuk melakukan perkara yang batil!

Orang miskin atau kaya, muda atau tua, bekerja atau tidak, masih belajar atau sudah tamat..., maka apabila sampai tahap “kemuncak”.., mereka tetap ada hak untuk nikah.., kerana mereka yang merasai kehendak batin (termasuk seks) sudah tiba masanya perlu dipenuhi!

Tidakkah korang risau betapa ramai anak luar nikah yang telah berdaftar...? Bagaimana yang belum daftar..? Cuba renung sekejap.., apakah puncanya? Puncanya adalah kerana manusia telah “membunuh” fitrah yang sepatutnya “diurus” dengan cara yang baik. Dalam erti kata yang lain manusia menyusahkan perkara yang begitu mudah!


Berhutang dibenarkan tapi..?

Bahkan cuba lihat bertapa Allah Maha Luas membuka jalan kepada mereka yang ingin menguruskan fitrah. Manusia yang jahil sahaja yang membuat jalan sendiri untuk menyusahkan dirinya dan orang lain!

Dalam surah al-Baqarah ayat 282.., Allah menjelaskan begitu panjang mengenai hutang-piutang. Lihatlah bertapa Islam yang diturunkan Allah mempunyai jalan penyelesaian yang terbaik dalam apa jua keadaan.

Katakanlah korang tiada cara yang lain (misalnya kerana kesuntukan masa).., maka Islam membenarkan korang berhutang. Berhutang kerana terpaksa untuk melakukan sesuatu perkara yang perlu! Kahwin itu perlu andaikata mampu dan nafsu itu selalu melulu!

Berhutanglah untuk perkara yang hak.., sebagaimana “orang terdahulu” yang diredhai Allah turut berhutang. Tapi jangan salah faham... terdapat jauh perbezaan antara “orang terdahulu” dengan orang zaman sekarang. Bukan berbeza dari segi jumlah berhutang tetapi bezanya kerisauan dan kesungguhan dalam membayar hutang!

Ya, “orang terdahulu” walaupun mereka berhutang.., tapi lihatlah bagaimana kerisauan dan kesungguhan mereka untuk membayar hutang! Dicuba sehabis daya terlebih dahulu tetapi apakan daya tidak kesampaian juga. Bahkan mereka sanggup untuk menggadaikan apa-apa sahaja hanya untuk melangsaikan segala hutang yang masih berbaki.

Sedangkan zaman sekarang.., belum lagi meminjam sudah berniat untuk tidak ingin membayar kembali. Hakikatnya bukan berhutang tapi mencuri! Apabila diberi rezeki yang mencukupi.., sudah kedekut untuk membayar lagi. Tolonglah, jangan bersikap begini.., hancur hidup nanti!

Oleh itu, ketika ada rezeki yang datang di tangan.., itu tandanya Allah memberi bantuan. Ya, bantuan untuk korang menggunakannya hanya di tahap keperluan! Selebihnya gunakanlah untuk melunaskan hutang-hutang sebelum dijemput “pulang”!

Buatlah perkara yang perlu.., bukan perkara yang disuka walaupun dua keadaan ini saling bertindak bertentangan. Ingat pesanan ini, untuk berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat.., lakukanlah perkara yang perlu sahaja walaupun tidak suka. Tiada pilihan melainkan dengan memaksa diri melakukannya!

Belajarlah makan minum sekadarnya.., utamakanlah yang lebih perlu(bayar hutang) berbanding perkara yang disukai nafsu. Tundukkanlah nafsu dengan mengingatkan kepada amaran Allah bertapa dasyat roh terhalang dari naik ke langit bagi mereka belum menulasi hutang-hutang!

Jadi berhati-hatilah jika terpaksa berhutang untuk perkara kebaikan. Jangan sampai kerana belanja kahwin yang begitu banyak... hutang masih belum selesai walaupun sudah beranak-pinak.

Justeru.., sebagaimana korang bersungguh-sungguh untuk berhutang...maka buktikan pula kesungguhan korang untuk melunaskan hutang. InsyaAllah.., korang pasti mendapat bantuan Allah!


Raja sehari je..?

Oh yea, kos perkahwinan menjadi bertambah apabila ada dikalangan korang bertindak “jahil” mengupah Mak Andam dan photographer untuk “make up” dan ambik gambar korang.

Kenapa “jahil”? Bukanlah aku jeles dengan duit banyak korang tapi aku kasihan tengok korang. Soal membelanjakan duit itu.., itu korang punya pasallah sebab harta korang tetapi apabila batasan agama tidak dipeduli.., maka perbuatan yang jahil semakin menjadi-jadi.

Perbuatan “jahil” berlaku apabila Mak Andang mengenakan make up yang tebal-tebal. Aku ingat mukanya tiada jerawat tetapi rupa-rupanya silap! Pengantin perempuan yang di “make up” plak.., ada yang sampai jadi macam patung plastik di pasaraya!

Gincu yang dikenakan mengalahkan budak-budak yang tak pandai pakai gincu. Kening jugak rela dicukur seolah-olah ingin menunjukkan tanda syukur! Syukur tidak bernilai langsung jika ada perbuatan kufur! Kening yang Allah ciptakan memang sudah cantik.., yang korang rela dicukur oleh Mak Andang tu kenapa? Aku tengok hodoh sekali wajah korang terutama jika lepas basuh muka! Errr..., geli dan ngeri tengok!

Perbuatan “jahil” ini jugak berlaku apabila photographer kata..:

“emmm., buat macam ni yea” (sambil tangan photographer ambil tangan isteri letak kat tangan suami)

“cium dahi isteri kat sini yea” (sambil tangan photographer tunjuk ke arah dahi isteri)

...dan banyak lagi aksi-aksi yang sangat memalukan! Korang kan “raja sehari”.., yang korang “sengal” ikut arahan photographer tu apa hal?

Photographer pun pandai jugak.., dia kata tak banyak “angel” lah asyik dok dalam rumah. Maka tak puas hati...pergi tangkap gambar di tepi pantai plak! Pakai baju dedah sini, dedah situ... bodoh ke cerdik ni?

Sekali lagi aku ulang... korang kan raja sehari!

Ya, raja sehari.., bukan bermakna korang jadi raja hari tu. Asyik dok bersanding sambil dilihat orang ramai (kalau aku tengok orang bersanding.., hati aku berkata “kasihan betul orang macam ni”), lepas tu pergi dalam bilik berkepit-kepit dengan isteri, dok mengenakan “possing” yang diarahkan oleh photographer... (mujurlah photoghper tak suruh korang buang pakaian je)...

....sedangkan berapa ramai tetamu yang datang untuk mendoakan keberkatan buat korang.., tetapi mereka balik dengan perasaan kecewa. (tidak dapat layanan dan kena bayar lagi plak tu lepas makan)

Sebenarnya bukan korang yang kena duduk makan.., tetapi harus beri orang yang susah itu makan. Wahai pengantin, korang seharusnya tunggu dan tidak makan kerana sibuk melayani mereka. Itulah sunnah dan keraian sebagai tanda kesyukuran.

Sunnah walimah adalah apabila pengantin jadi pelayan dan melayani tetamu yang hadir. Bukannya pengantin dok “melahap”dengan hidangan mewah sambil melakukan aktiviti suap menyuap di meja khusus sambil diperhatikan oleh tetamu. Kononnya raja sehari.., tetapi sebenarnya mengundang kemurkaaan Ilahi.

Sahl bin Saad ra memberitahu bahawa Abu Usaid as-Sa’idi mengundang Rasulullah ke majlis jamuan pernikahan beliau dan ketika itu isterinya yang menjadi pengantin perempuan itulah yang sibuk melayani tetamu dan keperluan mereka.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Yang benar katakanlah benar.., yang salah katakanlah salah! Jangan sesekali untuk membenarkan apa yang salah dengan cara menyedapkan hati dan mulut dengan mengatakan “tidak mengapa.., sekali je seumur hidup”.

Paling merisaukan, disaat kesibukan menyambut tetamu maka ada pengantin sendiri yang melewat-lewatkan solat. Ada jugak, pengantin perempuan dikenakan “make up” dan pakaian pengantin sebelum zohor lagi kerana ingin menunggu ketibaan pihak pengantin lelaki selepas zohor. Akibatnya ramai pengantin perempuan yang buat keputusan untuk meninggalkan solat!

Pengantin lelaki tidak peduli samaada solat atau tidak, yang penting dapat “enjoy” sebagai raja sehari.., tambah plak nak menyambut keindahan “malam pertama”. Segala yang perbuatan yang buruk dan dosa.., semuanya dianggap biasa kerana mata hati dikaburi dengan nafsu syahwat!

Awal-awal lagi menunjukkan pengantin lelaki memang tidak layak menjadi pemimpin dalam rumah tangga kerana membiarkan isteri melakukan dosa! Akibatnya suami yang “jahil” jugak menanggung dosa sama-sama! Ingat, permulaan yang baik.., akan menentukan natijah selepas itu adalah baik..,tetapi kalau permulaan pun sudah menyalahi.., akibatnya rasakanlah keretakan yang mengekori!

Yakin dan ikutlah “petunjuk” (al-quran dan hadith) kerana janji Allah dan Rasul pasti! Perkahwinan yang korang dirikan akan mendapat berkat dan rumahtangga yang dibina aman dan selamat!


Apabila hak semakin kuat..?

Ya, berkat dan selamat amat diperlukan dalam menjalani kehidupan berumah tangga. Janganlah sampai terlalu asyik berumah tangga.., tetapi lupa kepada ibubapa yang telah sekian lama mendidik dan menjaga!

Ingatlah wahai bakal atau yang telah menjadi suami! Tanggungjawab terhadap ibubapa korang adalah lebih besar dan berat daripada isterimu sendiri! Hak ibubapa perlu diutamakan.., hak isteri jugak perlu ditunaikan! Benarlah jika aku memetik kata-kata daripada filem Spiderman 1.., ketika dimana Peter Parker memberitahu bahawa..:

“apabila hak semakin kuat.., tanggungjawab semakin berat!”

Bagi seorang suami.., selepas Allah dan Rasul maka ibubapanya perlu ditaati terlebih dahulu berbanding isteri! Manakala bagi seorang isteri.., selepas Allah dan Rasul maka suaminya perlu ditaati terlebih dahulu berbanding ibubapanya sendiri!

Percayalah.., jika kita mengikut “petunjuk” yang telah digariskan.., maka kebahagiaan, ketenangan, kegembiraan dan kesenangan akan diberikan Allah kepada pasangan suami isteri tersebut!

Sebaliknya jika suami melebihkan ketaatannya kepada isteri berbanding ibubapanya.., atau seorang isteri tidak mentaati suami disebabkan ketaatannya kepada ibubapanya.., maka tunggulah keputusan Allah ke atas pasangan tersebut!

Tidak hairan jika aku mengatakan bahawa ada pengantin baru yang bersikap biadab semasa berada di rumah ibubapa masing-masing (kalau di rumah korang sendiri.., korang nak buat apa-apa pun aku tak kisah!). Waktu pagi sering menjadi sunyi kerana suami isteri masih “sedap” tidur di bilik!

Sedangkan ibu mereka sedang mengerahkan keringat untuk menyediakan makanan di dapur! Sungguh zalim jika bersikap demikian walaupun ibu korang membuat semua perkara itu dengan sukarela. Ibu korang bukanlah hamba kepada korang walaupun korang dikatakan baru sahaja menjadi pengantin!

Jika sesekali sekala itu, ada munasabahnya jika tidur di waktu pagi.., mungkin menyambung rehat akibat keletihan berjaga di waktu malam. Ini tidak, tiap-tiap waktu pagi tidur! Bangun tidur, hanya nak makan.., lepas itu pergi tengok tv, bersiar-siar di bandar.., pulang lewat, terus masuk dalam bilik untuk berehat. Sungguh biadap jika berakhlak begitu!

Jadi, usahakanlah untuk melapangkan masa untuk bersembang-sembang dengan ibubapa, adik beradik dan sesekali curilah masa untuk pergi ziarah ke rumah-rumah keluarga terdekat.., baik keluarga di pihak ibubapa sebelah isteri mahupun suami.

Janganlah asyik “memerap” dalam bilik sahaja.., hanya keluar bilik apabila perut sudah lapar. Macam spesis haiwan plak aku rasa!

Tambahan plak, apabila cuti semperna hari perkahwinan telah habis.., pengantin masing-masing bangun pagi untuk bertebaran mencari rezeki. Si isteri kerja pulang lewat, si suami balik kerja penat.., maka mulalah ibubapa dibiarkan malah tidak lagi ditanya khabar.

Wahai pengantin baru.., korang kena ingat.., walaumacamana sekalipun korang penat dan lewat balik dari kerja.., jangan sesekali abaikan ibubapa korang! Sembanglah dengan mereka walaupun dalam keadaan sungguh penat. Bantulah mereka di dapur.., walaupun korang terasa sangat nak pergi tidur!

Tentu korang telah sedia maklum mengenai kisah yang berlaku di zaman nabi.., dimana seorang pemuda yang telah mempunyai isteri tidak dapat mengucapkan dua kalimah syahadah ketika nazak. Dipendekkan cerita, disaat itu sahabat yang lain terkejut lalu terus mengadu kepada Rasulullah s.a.w mengenai apa yang berlaku.

Rasulullah s.a.w sudah sedia maklum bahawa pemuda itu mungkin mempunyai masalah dengan ibunya. Lalu pergilah Rasulullah berjumpa dengan ibu pemuda tersebut... setelah ditanya.., ibu pemuda itu menjelaskan bahawa sebelum nikah, pemuda itu sangat menjaga kebajikan ibunya.., tetapi setelah berkahwin, pemuda itu telah melebihkan isterinya daripada ibunya!

Justuru aku menyeru kepada para isteri.., taatlah pada suami dan galakkan dan ingatkanlah suami akan tanggungjawab kepada ibubapanya perlu diutamakan. Itulah tanda kasih sayang yang sebenarnya daripada seorang isteri kepada suaminya. Tanpa kasih sayang seorang suami kepada ibubapanya.., kehidupan korang jugak akan turut merana!

Namun begitu, janganlah pula seorang suami langsung tidak menghiraukan ibubapa isteri. Apabila korang dah kahwin.., ibubapa isteri korang...adalah ibubapa korang jugak! Bukanlah lagi menantu.., tapi menjadi anak.

Seorang anak yang baik akan menjaga, menghiburkan, memandikan dan mengubati ibubapa disaat mereka sudah tidak berdaya. Malah, anak yang baik jugak akan memandikan, menyembahyangkan, mengapankan, mengusungkan dan memasukkan ke liang lahad disaat ibubapa sudah tidak bernyawa lagi! Doa tidak putus-putus dihulurkan dan sering melakukan amalan dengan niat bersedekah ke atas mereka!

Wahai para isteri, biasakanlah memberitahu suami korang..:

“abang bukanlah menantu lagi sekarang.., tapi abang adalah anak kepada ibubapa sayang”.

Begitulah jugak isteri kena menganggap ibubapa suami bukanlah mertua, tetapi sebagai ibubapa. Kenapa begini? Bagi aku.., apabila panggilan “wahai menantuku...” disebut, akan terasa hubungan keluarga sangat jauh.., tapi jika panggilan “wahai anakku...” disebut, bukankah ini lebih baik dan lebih dekat rasanya?

Jadi, panggillah dengan panggilan yang paling cantik.., kerana ia akan menentukan tindakan yang diambil adalah yang paling baik!


Sudah kahwin, kenapa jadi dingin..?

Tapi ada jugak dikalangan “couple” yang sengal telah menggunakan panggilan yang paling cantik sebelum nikah! Dalam perbualan atau mesej mungkin begini.., “sayang buat apa tu?”.., “abang, kita jumpa kat warung yea malam ni”... dan banyak lagilah gaya-gaya yang pernah aku dengar dan lihat daripada kawan-kawan.

Akibatnya dengan panggilan yang cantik.., bila sembang dalam handphone, lelaki rasa tergoda gara-gara perempuan bersuara manja. Mana-mana ada silap salah.., “tidak mengapa, ayang maafkan”. Yang lagi hebat, hantar mesej atau bergayut dengan suara yang mengairahkan tetapi ditopengkan dengan hujah “keagamaan”. Kononnya ingin mendidik pasangan sebelum nikah tetapi sebenarnya tersilap langkah!

Itulah apabila terasa nikmat dalam buat maksiat! Ditahap ini, mereka tidak akan merasa berdosa lagi bahkan jauh sekali untuk bertaubat! Ada sahaja jalan yang dihalalkan walaupun haram!

Semuanya berpunca dari titik-titik pertemuan yang berlandaskan nafsu syahwat. Lelaki atau perempuan yang belum ada pasangan.., mulalah gatal tangan meletakkan gambar dalam laman sosial (misalnya facebook) yangmana bagi lelaki itu gambar yang paling handsome sekali.., dan bagi perempuan plak dengan meletakkan gambar yang paling cantik, comel dan seksi!

Soal agama dan akhlak ditolak ketepi terlebih dahulu. Yang penting kehendak nafsu dituruti. Lepas puas hati tengok gambar yang ala-ala mengoda, lalu nafsu mengajak untuk berjumpa(dating). Diminta nombor handphone agar mudah berhubung, lalu berjumpalah untuk mengenali lebih dekat.

Semakin dekat, risiko untuk buat maksiat lagi tinggi! Tambah lagi kalau jumpa di tempat yang sunyi.., aku berani kata “confirm!” mesti tangan menjadi gatal nak berpegang tangan walaupun baru sahaja kenal!

Oh, syaitan sungguh kreatif! Bisik syaitan..,

“sekali je cuba.., lepas ni kalau tak cuba, bila lagi nak rasa”.

Apabila sampai saat lelaki bercakap dengan manis dan perempuan cakap dengan manja.., tangan mula dah rasa miang. Maka terjadilah “ulat bulu dah naik daun”.

Sekali dah cuba, terasa kenikmatan.., ingin buat lagi lain kali. Kalau dulu nak pegang tangan rasa malu tapi apabila “berdating” lagi.., pegang tangan dah jadi biasa. Disaat ini rasa bersalah tidak ada lagi kerana telah rasa biasa dengan dosa!

Seterusnya berlakulah percumbuan, meraba-raba, berpeluk dan akhirnya.., benih yang haram bertemu! Jika ditakdirkan mengandung, mulalah rasa gelisah! Jika tidak, terus melakukan dosa tanpa rasa bersalah!

Jika si jantan tidak mahu bertanggungjawab apabila si betina mengandung.., maka si betina pergi report polis atas alasan kena rogol. Maka keluarlah muka depan surat khabar kosmo... “pelajar kolej dirogol”. Sengal! Padahal buat suka sama suka!

Jika “benih” yang disalurkan secara haram dibiarkan.., si betina akan membuat dua pilihan. Gugurkan atau buangkan bayi apabila dilahirkan. Itu sahaja jalan penyelesaian bagi mereka yang buta mata hati! Sungguh jijik dan kotor berperangai begitu!

Betul kata Nabi s.a.w (kalau tak silap aku)..:

“satu kejahatan akan diiringi dengan kejahatan yang lain!”

Sudah melakukan persetubuhan yang haram.., dilakukan pula langkah seterusnya dengan membuang “anak haram”.

Jika bakal ibu dan bakal bapa mempunyai sifat prihatin dan tanggungjawab.., maka mereka akan kahwin dengan cepat-cepat! Tujuannya supaya “anak haram” yang bakal dilahirkan menjadi “anak halal”. Semuanya hanya untuk menutup keaiban semata-mata. Kahwin hanya sekadar tempat “persinggahan sementara” untuk menunggu kelahiran anak. Selepas itu, masing-masing buat keputusan untuk bercerai kerana kahwin bukan atas dasar ibadah.., tapi atas dasar supaya tidak tercalar maruah!

Mungkin ada yang terus mengekalkan perkahwinan tersebut.., tetapi perkahwinan yang dibina macam dilanda ribut! Akibat titik pertemuan yang dimurkai Allah, maka hubungan rumah tangga menjadi semakin goyah! Tidak sanggup untuk ditelan, tidak sanggup untuk diluahkan!

Lalu terjadilah.., isteri tidak mahu dengar cakap suami.., suami jadikan isteri hanya sebagai alat boneka.., isteri tidur membelakangi suami.., suami terajang isteri.., apabila muka bertatap, rasa bosan dan meluat.., hubungan seks menjadi hambar.., suami suka tengok isteri menayangkan perut dengan berpakaian ketat ketika mengandung.., isteri tidak cemburu lihat suami main perempuan lain.., suami tidak peduli isteri kerja dengan suasana pergaulan bebas..,

(aku menarik nafas sekejap...)

...suami isteri sama-sama tidak solat.., isteri mengenakan pakaian ketat.., suami isteri berbual dengan modal mengumpat.., anak-anak dibiarkan tanpa didikan akibat ibubapa sendiri tidak menjadi murabbi.., ajaran agama dibiarkan kerana sibuk memburu dunia..., isteri dikhianati dan diragut (sebab korang tunjukkan gelang penuh kat tangan, maka peragut datang meragut. Korang kata peragut jahat tapi bila korang berpakaian tak ikut sunnah maka itulah kegagalan bagi korang).., suami plak cabut lari kerana tak tahan kerenah anak dan isteri...

...dan banyak lagi kejadian buruk dan teruk yang berlaku akibat titik permulaan yang salah tanpa diiringi perasaan bersalah dan bertaubat! Maka berterusanlah dalam melakukan maksiat dengan merasakan ibadat. Pergi kerja menggangap ibadah tetapi pakaian tidak menutup aurat.., bagi makan minum kat isteri anak tetapi makanan “rohani” tidak lagi dipeduli.., rajin bersedekah tetapi duit hasil daripada perbuatan rasuah!

Justuru aku ingin mengingatkan.., kejahatan atau kemaksiatan itu bukanlah suatu perkara yang berlaku secara kebetulan (tiba-tiba) tetapi ia terbentuk secara perlahan-lahan! Mula-mula ingin mencuba.., merasa.., dan akhirnya berakhir dengan suatu penyesalan.

Sungguh! Penyesalan itu akan menjadi sia-sia andaikata korang masih berniat ingin melakukan lagi perbuatan yang dikeji. Dilakukan berulang-ulang kali akibat ketagihan menguasai! Sekali cuba, sukar untuk dilupa!

Ingat.., dating dulu, baru nikah adalah satu bentuk kejahatan dan kemaksiatan! Manakala nikah dulu, baru dating adalah satu bentuk kebaikan malah kenikmatan! Setiap kejahatan itu pada permulaannya amat menyeronokkan tetapi pasti ada penyesalan setelah melakukannya. Kebaikan itu menyusahkan pada permulaan, tapi pasti ada kemanisan apabila dilakukan!


Wahai orang yang berdosa!

Semua pesanan di atas ditujukan oleh aku dengan aggapan bahawa korang memang bersalah dan berdosa! Beruntunglah korang jika merasa berdosa kerana kecenderungan untuk bertaubat adalah tinggi. Merasa berdosa kerana melakukan kesalahan adalah lebih baik daripada merasa gembira kerana melakukan kesalahan.

Sesungguhnya dosa sebenarnya bukanlah perkara yang pelik dan mengaibkan tetapi yang aibnya ialah apabila seseorang itu kekal dalam dosa tanpa rasa ingin kembali bertaubat serta memohon ampun daripada Allah SWT. Sesungguhnya, sebaik-baik orang yang berdosa adalah orang yang bertaubat!

Jadi katakanlah.., “tiada istilah terlambat bagi mereka yang ingin bertaubat!” Bertaubatlah sebelum terlambat. Mati sedang menghambat.., hari kiamat semakin dekat! Dan apabila sudah tahu sesuatu itu adalah dosa.., tapi diteruskan juga maka itulah dinamakan celaka! Jika Allah “kata” celaka dan murka.., maka akan diheretkan ke nereka! Jika Allah “kata” redha.., maka akan dipersilakan ke syurga!

Sungguh, apa yang aku tulis bermakna itu apa yang aku tahu. Beruntunglah jika korang yang tidak tahu berbanding aku yang tahu. Korang melakukan dosa kerana jahil.., padahal aku ada ilmu tapi masih tergamak melakukan dosa. Maka tidak syak lagi bahawa korang sememangnya lebih baik daripada aku.

Jadi tepatlah sekiranya semua peringatan ini adalah untuk diri aku. Mudah-mudahan dengan setiap perkataan yang diungkapkan.., mengingatkan aku kepada kemurkaan Allah bagi orang yang suka “mengetuk” hati orang lain tapi lupa untuk “mengetuk” hati sendiri!

Dan aku harap semoga setiap titisan air mata yang mengalir disaat merasa berdosa.., mampu untuk memadamkan api neraka! Aku menangis bukan kerana merasa susah! Tapi aku merasa bahawa aku masih jauh dariMu ya Allah!

Mungin diberikan kesusahan dan kesempitan sementara ini untuk mengingatkan aku tentang dosa-dosa yang jika tidak bertaubat.., membuatkan aku akan mendapat seksa selama-lamanya. Ya Allah, kepadaMu aku berlindung dari segala kejahatan dan kecelakaan yang menipuku dari kemanisan iman.

Akhirnya, tidak semua “kata-kata” yang terbuku pada hati aku dapat diluahkan melalui ucapan dan tulisan.., tetapi ianya akan terus bersemadi di dalam perasaan. Hanya sesiapa yang mengalami sahaja dapat menyelami segala maksud yang tersurat dan tersirat penulisan kali ini. InsyaAllah...

-dah habis-



Suara hati untuk bakal isteri...


Wahai ukhti..,

Disaat ini dirimu belum lagi bergelar isteri kepada seorang suami. Aku tidak tahu samaada dirimu akan baca suara hati ini sebelum menjadi isteriku.., tetapi aku yakin selepas nikah, dirimu juga akan fahami ilmu yang disampaikan di bawah ini. Percayalah, tidak semua ilmu itu boleh difahami dengan cara mempelajari tetapi perlu dialami. Walaupun kita sama-sama tidak pernah mengalami.., tetapi alangkah baiknya jika kita sama-sama bersedia untuk menyelami!


Wahai ukhti..,

Syukur kepada Allah kerana sepanjang tempoh kenalan kita.., Allah masih pelihara hubungan ini dari perkara yang batil sebelum nikah. Berborak-borak, sms, bergayut, berdating dan apatah lagi untuk bawa dirimu ke sana ke mari adalah jauh sekali terjadi. Sebenarnya perbuatan begitu hanyalah timbul daripada kehendak nafsu syahwat semata-mata! Pun begitu sebagai memenuhi tuntutan syariat, aku diperlihatkan wajah manismu sambil disaksikan oleh kedua ibubapamu. Masihku ingat sampai sekarang.., aku kenal dirimu melalui ibumu.., ibu dan ayahmu yang menjadi perantaraan sebagai “orang tengah” kita berdua. Sungguh, apa yang telah dilakukan ini, hanyalah semata-mata untuk mencari redha Allah. Apabila hubungan ini Allah redha.., kita akan bercinta hingga ke syurga!


Wahai ukhti..,

Musim bertunang semakin tamat, kerana tidak lama lagi kita akan diikat. Diikat dengan ikatan yang sah yakni nikah. Ikatan itu akan membuatkan kita diberi tanggungjawab untuk menunaikan hak setiap pasangan. Allah perintahkan pembelaan diriku hanya untuk dirimu dan Allah perintahkan ketaatan dirimu hanya untuk diriku. Memang kita akan terasa tanggungjawab ini semakin berat disebabkan hak semakin kuat.., tetapi yakinlah, menunaikan hak pasangan menjadi mudah.., sekiranya hubungan kita dengan Allah semakin bertambah!


Wahai ukhti..,

Sudikah jika aku mengingatkan bahawa Allah akan menguji dengan orang yang paling kita sayangi. Jadi, pesan aku.., janganlah terlalu menyayangi diriku dan jangan pula terlalu membenci diriku. Yang manis jangan ditelan, yang pahit jangan cepat dibuang. Jangan terlalu cepat membenci.., jangan keterlaluan dalam memuji. Pilihlah dan ambillah jalan yang sederhana kerana ia selalu menyelamatkan.


Wahai ukhti..,

Pesan nabi ..,”bercakap benar walaupun pahit”.., ingat dan amalkanlah kata-kata ini. Dalam hubungan suami isteri, seringkali terjadi situasi dimana isteri atau suami menyimpan di dalam hati sesuatu perkara yang “busuk”. Terasa sayang untuk diluahkan tetapi apabila disimpan akan menjadi “racun” dalam diri. Kadang-kadang mata hatiku menjadi kabur untuk melihat kesalahan sendiri. Aku risau jika hanya dengan satu kesalahanku, segala kebaikan yang dibuat akan dilupakanmu. Justeru, aku merayu.., bercakaplah yang benar dengan cara berbisik di telingaku. Suara lembut dan manja diciptakan Allah buat dirimu amat berguna disaat diriku melakukan kesalahan dan kesilapan. Sebelum terlambat, tegurlah diriku dengan “bisikan” yang mengancam.., janganlah pula menegur diriku dengan “jeritan” yang modalnya sudah lama dipendam!


Wahai ukhti..,

Selagi kita bernama manusia, selagi itulah kita ada kelemahan dan kekurangan. Jadi, bersedialah untuk menerima segala kekurangan yang ada pada diriku ini. Dan aku juga sudah bersedia untuk menerima segala kekurangan dirimu sejak dari mula niatku nak menikahi dirimu. Aku bukanlah berprasangka tapi lebih elok jika kita sama-sama bersedia. Ya, bersedia untuk menghadapi yang terburuk walaupun kita sentiasa mengharapkan yang terbaik!


Wahai ukhti..,

Melalui pemerhatian, aku mendapati banyak perkahwinan terlerai kerana sifat takabur disemai. Jadi langkah pertama, kita sama-sama berdoa dan berusaha untuk semaikan sifat mahmudah dan leraikan sifat mazmumah dalam hati. Aku akan sentiasa mengganggap bahawa dirimu lebih baik daripada diriku.., dan dirimu anggaplah diriku lebih baik daripada dirimu. Nescaya.., kita akan mensyukuri dengan apa yang ada dan tidak mengada-ngada!


Wahai ukhti..,

Apabila dirimu melihat kebaikan yang ada pada diriku.., ketahuilah itu hakikatnya kebaikan Allah. Tetapi apabila melihat kejahatan dan kelemahan diriku, yakinlah.., itulah cara Allah menguji dirimu. Sedarlah hidup ini terlalu banyak ujian dan merupakan jalan yang wajib dilalui oleh orang yang beriman. Jika ada masalah di pertengahan jalan, teruskanlah sahaja perjalanan. Ikutilah jalan yang paling benar.., walaupun terpaksa melalui jalan yang paling sukar! Ingat pesan diriku, apa jua masalah.., temankan hati kita dengan sabar.., ukirkan senyuman yang lebar..., akal ligat mencari jalan keluar! Sungguh.., pertolongan Allah bersama-sama orang yang sabar!


Wahai ukhti..,

Terlalu banyak pesanan yang ingin aku beritahu, tetapi cukuplah disini dahulu. Sebab aku tidak meminta yang lebih daripadamu, kerana tanggungjawab aku adalah untuk menunaikan hak dirimu. Soal hak aku ditunaikan atau tidak, terpulanglah pada dirimu. Tapi aku yakin, janji Allah tidak boleh diragu.., jika aku tunaikan hak orang lain, pasti Allah tunaikan hak aku. Dengan kata lain, jika aku banyak memberi.., nescaya aku banyak menerima. Dan aku lebih banyak menerima sekiranya memberi dengan tidak mengharap menerima kembali!


Wahai ukhti..,

Semua luahan di atas bukanlah untuk dirimu sahaja tetapi ia juga untuk diriku. Tanganku yang menaip ini lebih dekat dengan hatiku. Segala nasihat mudah-mudahan sentiasa melekat di jiwaku. Walaupun kita mempunyai jiwa yang berbeza.., tetapi selepas kahwin kita mesti berusaha untuk satukan rasa. Rasa untuk memperbanyakan “dating” dengan Allah. Apabila kita “jaga” hubungan dengan Allah, pasti Allah “jaga” hubungan sesama kita. Akhirnya(buat masa ni).., terima kasih tidak terhingga kerana kesudianmu untuk menjadi teman hidupku dan untuk menerimaku sebagai perwiramu!

Syukran ya ukhti...


PENGUMUMAN PENTING!!! :

Adalah dimaklumkan dan dihebahkan bahawa tidak lama lagi aku akan kahwin! InsyaAllah. Jangan ditanya bila, dengan siapa, dimana, bagaimana, kemana, dan apa sahaja persoalan mengenai perkahwinan ini. Cuma disini aku ingin maklumkan bahawa anak bulan masih tidak kelihatan tetapi tarikh perkahwinan telah ditetapkan. Adakah aku akan kahwin setahun lagi..,atau empat bulan lagi.., atau dua bulan lagi.., atau empat puluh hari lagi..., atau tiga hari lagi..., itu aku rahsiakan atas sebab-sebab tertentu. Cuma yang pasti dan boleh dijadikan bukti bahawa “kami” sudah bernikah adalah sekiranya aku meng”update” blog selepas posting ini. Sekian. Jumpa lagi...InsyaAllah.


P/s: Gambar “kahwin dulu, baru boleh dating!” di atas merupakan gambar yang telah aku buat melalui photoshop beberapa tahun lalu. Ajaibnya gambar ini adalah kerana ia hanya imiginasi aku sebelum aku “kenal” siapa calon isteriku. Sekarang.., insyaAllah imiginasi dalam gambar ini semakin menjadi kenyataan. Bahkan latar belakang gambar ini merupakan latar tempat dimana aku mula-mula “kenal” dengan bakal isteriku. Hebat sungguh Allah s.w.t yang Maha Mengatur segala-galanya!


Blog Widget by LinkWithin