





MY FRIEND



KANAK-KANAK






MOTIVATION






OTHER



sekiranya aku tahu... pasti aku akan kurang ketawa dan banyak menangis.
TUJUAN
Blog ini ditulis sebagai peringatan dan pengislahan terutamanya untuk diri aku dan family aku. Dan selebihnya umat seluruhnya. InsyaAllah semoga dapat mengambil manfaat
SUDAHKAH SOLAT
Pastikan korang sudah solat sebelum baca blog aku. Aku tak bertanggungjawab jika korang mati masa mengadap blog aku sedangkan solat ditinggalkan.
Aku memang tidak pandai, jahil, nakal, suka kacau orang, tiada ilmu dan apa-apa sahaja, tetapi aku harap bila korang baca blog ni, bacalah dengan perasaan rendah diri. Pedulikan sama ada aku yang menulis ni baik atau jahat, jahil atau ilmuwan kerana jika korang tawaduk, korang bukan sahaja boleh belajar daripada orang yang baik dan berilmu tetapi juga daripada orang yang jahat dan dungu.
JANGAN KELIRU
Aku TIDAK mewakili mana-mana pihak: parti politik, persatuan, pertubuhan, puak, ideologi, fahaman, gerakan dan apa-apa sahaja. Aku hanyalah salah seorang umat Nabi s.a.w yang satu.
CERITA
Segala gugusan cerita yang aku paparkan adalah benar yangmana telah aku rasai sendiri atau yang telah aku pelajari daripada kehidupan diri sendiri dan orang lain. Kadang-kadang dalam cerita yang dipaparkan, aku sengaja “lebihkan” atau “kurangkan” atas sebab tertentu, tetapi pada hakikatnya pengajaran tetap aku kekalkan. InsyaAllah.
SIAPA YANG SALAH
Tanda orang yang bersalah adalah dia akan tutup mata dia. Jadi apa sahaja yang berlaku ke atas diri aku, keluarga aku, kampung aku, negeri aku, negara aku, hatta dalam dunia ni sekalipun.., maka semua ni adalah SALAH AKU.
CEREKA
Singkatan kepada “cerita rekaan” adalah satu cerita yang direka semata-mata tetapi diselitkan pengajaran. Cereka ini tidak ada kena mengena dengan kisah orang yang hidup ataupun telah mati.
HUA HUA ERRR
Menggambarkan perasaan yang serba salah untuk aku ketawa ekoran daripada melihat diri dan umat dalam keadaan menderita tetapi masih ramai orang bergelak ketawa dan sangat sedikit yang mengalirkan air mata mengenangkan dosa-dosa..
KOMEN
Digalakkan untuk memberi pendapat, idea, kata-kata semangat, berbincang, dan korang juga boleh kutuk, caci, maki, hentam dan nasihatlah pada aku.
HAK CIPTA TIDAK TERPELIHARA
Sebarang pengambilan mana-mana bahagian dari tulisan disini untuk tujuan kebaikan bolehlah mengutip, merujuk, mengcopy, mengpaste dan apa-apa lagi meng... Tetapi diharapkan memberi kredit (http://fikirdanrisau.blogspot.com) bahawa korang mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari blog ini. Hal ini agar segala kesalahan dan teguran boleh diteruskan kepada aku.
Cuba tengok banner-banner kat bawah tu. Semua tu adalah sumber “pendapatan sampingan” kat aku, itupun kalau korang membeli produk yang disediakan. Jadi untuk meng”kaya”kan aku, adalah digalakkan untuk membeli mana-mana produk yang diiklankan. Tidak paksa tapi sukarela. Segala komisyen yang aku dapat, korang jangan risau sebab aku memang gunakan khas untuk ke arah jalan Allah s.w.t. Bak kata orang agama “membeli sambil menderma”.
KOLEKSI GAMBAR
Beberapa koleksi gambar yang mana mungkin menarik, tertarik, manfaat dan unik untuk tatapan kepada sesiapa sahaja yang mahu ambik manfaat. Klik sini untuk melihat koleksi gambar. Check selalu sebab aku selalu update dari semasa ke semasa.
RUJUKLAH PAKAR
Setiap apa-apa sahaja yang aku tuliskan terutamanya mengenai firman Allah s.w.t dan hadith nabi s.a.w serta huraiannya, maka diharapkan jangan korang terus menerima untuk diamalkan secara “membabi buta” tapi sebaiknya rujuklah terlebih dahulu kepada mereka yang pakar dalam sesuatu bidang.
BOLEH HUBUNGI
Kalau ada apa-apa yang penting untuk dikongsikan, pertanyaan and apa-apa aje, korang boleh emailkan aku di fikirdanrisau@gmail.com
MATI
Tiada siapa pun tahu pasal kematian melainkanNya. Oleh itu, sekiranya aku terlalu lama tidak mengupdate blog tanpa perkhabaran, besar kemungkinan aku sudah tiada di alam dunia fana ini. Doakanlah kebaikan untuk aku ketika itu.
No comments:
Post a Comment
Syarat-syarat KOMEN.
1. Korang boleh nak kutuk, nak kritik, nak nasihat, nak boikot, nak caci, nak maki, nak perli, nak istiharkan perang ke atas diri aku atau apa-apa aje yang korang nak lakukan pada aku… Silakan., ATAU
2. Kalau tak nak buat perkara tu, maka boleh bagi pendapat agar kita dapat ambik manfaat sehingga menjadikan kita lebih matang. Berbeza pendapat takpe sebab tak menjadi punca perselisihan tapi yang jadi perselisihan apabila sikap dalam berbeza pendapat akibat kurang ilmu dan adab sehingga menjadi biadap. ,ATAU
3. Kedua-duanya sekali.